Anda di halaman 1dari 13

Bina ayat dengan rajah tukar

ganti.

kecil dan cantik.

ada padang yang luas.

ada kolam ikan.

ada kantin yang bersih.

ada enam buah bilik


Sekolah saya darjah.
ada sebuah bilik
computer.
ada pejabat dan bilik
guru.
ada tiga pondok bacaan.

ada sebuah Pusat


Sumber.
ada dua tandas.

SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN


CONTOH AYAT.
1. ada hati
Maksud : ada keinginan yang melebihi
kesanggupan.
Ayat : Jamal ada hati hendak meminang
anak hartawan itu.

2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licin
Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil
untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara
waktu
Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai
alas perut.

4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari
segi tingkah laku dan peraturan.
Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di
depan ibu bapanya.

5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara
seperti anak sendiri
Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik
Rahman.

6. anak bongsu
Maksud : anak yang paling muda dalam
keluarga
Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya
atau majikannya.
Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak
hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan
Adnan.

8. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman
dan Puan Faridah.

9. angkat bakul
Maksud : orang yang suka memuji atau
meninggikan diri.
Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul
apabila bercerita tentang dirinya.

10. atas angin


Maksud : Negara-negara barat
Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh
negara-negara atas angin.
11. banyak mulut
Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu
tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

12. batu api


Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik.
Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan


Maksud : sesuatu yang digunakan untuk
mencapai sesuatu tujuan
Ayat : Diterimanya tawaran kerja
sementara itu sebagai batu loncatan untuk
memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan


Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan
Clementina.

15. bergadai nyawa


Maksud : sanggup membahayakan diri
sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai
nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.

16. buah mulut


Maksud : perkara yang menjadi sebut-
sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa
gadis Inggeris pulang telah membawa buah
mulut seluruh kampung.

17. buah tangan


Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah
pasti membawa buah tangan untuk kami.
18. bulat kata
Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat
kata untuk bergotong royong membersihkan
kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh


Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak
disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Ayat : Wanita itu mendapat durian
runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.

20. gaji buta


Maksud : gaji yang diterima dengan tidak
bekerja sungguh-sungguh
Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat
daripada bekerja. Dia makan gaji buta.
21. ikat perut
Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di
sekolah kerana ayahnya tidak mampu
memberikan wang saku kepadanya.

22. iri hati


Maksud : perasaan cemburu
Ayat : Perempuan itu iri hati melihat
jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu


Maksud : tidak mendapat kata sepakat
Ayat : Mesyuarat itu terpaksa
diberhentikan kerana menemui jalan buntu.

24. keras kepala


Maksud : tidak mahu mengalah
Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada
terus bertengkar dengannya. Dia itu keras
kepala.

25. khabar angin


Maksud : khabar yang belum sah
kebenarannya.
Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari
kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar
tentang dirinya.

26. langkah kanan


Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat : Hari ini langkah saya langkah
kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang
terkenal di pesta buku itu.

27. langkah seribu


Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya
kerana takut
Ayat : Budak yang menghendap di dusun
itu membuka langkah seribu apabila disergah
oleh ayah saya.

28. mandi peluh


Maksud : basah dengan peluh
Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim
bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

29. mata duitan


Maksud : orang yang mementingkan wang
saja
Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana
kekayaan saja tidak dapat menjamin
kebahagiaan.

30. pilih kasih


Maksud : melebihkan pertimbangan kepada
orang yang dikasihi
Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam
memberikan pangkat kepada pekerja-
pekerjanya.

31. rambang mata


Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk
ke kedai pakaian itu.
32. ringan tangan
Maksud : suka menolong orang
Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua
orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang


Maksud : rajin bekerja
Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu
bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

34. sampai hajat


Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek
hendak ke Makkah.

35. saudara baru


Maksud : orang yang baru memeluk agama
Islam
Ayat : Vincent telah menjadi saudara
baru sejak bulan lepas lagi.
36. senyum kambing
Maksud : senyum mengejek
Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing
melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata


Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat : Dania memberikan sehelai
selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka


Maksud : suka menolong orang yang dalam
kesusahan
Ayat : Keluarga Hasnan menerima
kedatangan anak yatim itu dengan tangan
terbuka.

39. tangkai jering


Maksud : orang yang kedekut
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma
daripada dia kerana dia tangkai jering.
40. ulat buku
Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat : Maniam gemar membaca buku
sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya
ulat buku

Anda mungkin juga menyukai