Anda di halaman 1dari 9

(a)Perpaduan

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan


anggota masyarakat dannegara seluruhnya melalui ideologi negara
supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuksatu identiti dan
nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.
Perpaduanmasyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam
membentuk perpaduan negara. Malaysiakini dihuni oleh beberapa kaum
dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang
perpisahan . Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka
mengamalkan dasarecah dan perintah terutama membiarkan
penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomimasing-masing
mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibatdalam bidang pertanian dan penanaman padi serta
menangkap ikan manakala tenaga buruh diladang diambil dari negara
India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari
Chinadiambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan
kegiatan ekonomi yang diusahakan disamping tempat tinggal yang
berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk
Melayu,Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti. Kesan jangka
panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem
pendidikanmereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India
memiliki sistem sekolah vernakular sendiriyang membawa masuk guru,
buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara
initelah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat
sekolah aliran agama , Inggeris, Cina ,Tamil dan aliran Melayu. Kesan
langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British inimenyebabkan
terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum
dapatdilakukan dengan sempurna.
(b)Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah


dikekalkan untuk menjaminkeselamatan negara agar kemerdekaan yang
kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untukmengelakkan
berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13
mei 1969 yangtelah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini
kita dapat lihat betapa ramai masyarakatnegara kita yang mati dalam
peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar
kejadian yangsama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan
dapat mengekalkan kestabilan politik jikakejadian rusuhan kaum ini
dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki
semangatnasionalisme dan patriotik yang tinggi. Selain itu, keharmonian
ini juga mestilah dikekalkan untukmelahirkan perasaan cintakan
tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan
dalamkalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi
keselamatan negara daripadaancaman luar dan dalam negara.
Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akanmelahirkan
kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan
kuasa luarseterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan
mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.Perpaduan negara yang
jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati
antarasatu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang
lahir dalam jiwa seluruh anggotamasyarakat. Sifat dengki dan khianat
akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakatmemiliki
sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.
(c)Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan
kaum.

Peristiwa 13 Mei telah menjadicatatan sejarah yang suram di negara


ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkanbahawa
hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan
dilakukan dan tindakan
2mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini
menjadi iktibar bahawaperpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang
boleh meletup pada bila-bila masa memandangkanterdapat sebahagian
anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih
sokongan politikmudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir
kesedaran untuk menyatupadukan kaum dinegara ini dengan
terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua
anggotamasyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu
dalam bidang ekonomi cubadiselesaikan dengan pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.Rentetan peristiwa tersebut
juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsisebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara;
penentu pentadbiran yang licin dansempurna; dan pengembali
keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati
berjayamengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk.
JPNyang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk
membantu kerajaan menggerakkandan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969bertujuan
memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan
mengatasi masalahuntuk menghapuskan perselisihan faham, membantu
dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN danJPN telah digabungkan
pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini
bergelarKementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
yang ditugaskan untukmengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah
untuk masyarakat yang berbilang kaumPenubuhan parti politik di negara
kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik
mulamelonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara
ini. Penubuhan UMNO , MCA danMIC pada awalnya bermaksud untuk
membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidangpolitik,
ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti
Perikatan mula ditubuhkanhasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan Indiadalam bidang
politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai
kemerdekaan. Prosesini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat
dilihat pada masa ini kesedaran pentingnyaperpaduan kaum dibentuk
bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai denganpenduduknya
dapat bekerjasama antara satu sama lain.
Perpaduan kaum masih isu penting
Azman Anuar

11 Jun 2017 12:24 PM


Suasana dunia sekarang tidak begitu baik. Keganasan
dan ancaman pengganas sedang mengancam Eropah,
Asia Barat dan Asia Tenggara. Tidak kiralah apa juga
punca keganasan itu baik soal agama, perjuangan atau
disebabkan penyakit mental, mereka sedang menggugat
keselamatan orang awam yang tidak ada kaitan dengan
masalah mereka pun.
Apa yang berlaku di Manchester, England dan Paris,
Perancis, baru-baru ini mungkin juga boleh berlaku di
Malaysia. Kadang-kadang tragedi berlaku bukan
disebabkan kumpulan pengganas tetapi individu yang
mungkin tidak dapat mengawal perasaan. Jadi semua
sebab dan alasan... meletakkan kita kena sentiasa
berwaspada.
Sebab itu, semangat perpaduan antara kaum di negara ini
perlu dijaga dan selalu kena pupuk. Hakikatnya
masyarakat kita bukan asalnya daripada satu bangsa
yang sama, satu kepercayaan agama yang serupa dan
bahasa yang serumpun. Perpaduan yang kita bina selama
ini dan berjaya dipertahankan sekarang adalah kerana
faktor saling percaya dan hormat-menghormati.
Jadi, janganlah ada pihak yang berani menganjurkan
Himpunan Jubli Jerusalem seperti di Melaka yang dilihat
sengaja melanggar polisi kerajaan memandangkan
Malaysia tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan Israel, sekali gus tiada keperluan untuk meraikan
sambutan tersebut. Mujur himpunan itu cepat dihidu dan
diharamkan.
Kalau perasaan seumpama ini diracuni dengan pelbagai
tindakan hasutan dan provokasi dilakukan, akhirnya sikap
saling hormat-menghormati itu akan musnah juga satu
hari nanti. Sedangkan rakyat di sebuah negara daripada
satu bangsa yang sama pun boleh berlaku perang yang
tidak berkesudahan apatah lagi kita yang berbilang kaum
dan agama. Tidak perlu ditunjukkan contoh, lihatlah
wilayah yang sedang bergolak sekarang seperti di
Mindanao, Filipina.
(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di Malaysia.

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak


kerajaan mampu mengekal danmemantapkan perpaduan kaum di
negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional
telahdirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahuniaitu dari 2005-
2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan
mempertingkatkanperpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini
mengandungi pelbagai strategi yang dirancang daripelabagai
aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan
Bahasa Kebangsaan,Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah,
Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan
TenagaManusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan
Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, PenyelidikanDan Penerbitan
Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik,
Penubuhan Panel PenasihatPerpaduan Negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri
(JKPPN),program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan
dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemuaprogram, pelan
dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan
supaya masyarakatdapat melibatkan diri dan memupuk
hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.Kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
memperkenalkan program RancanganIntegrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telahdilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini
diperluaskan ke semua sekolah rendah danmenengah pada
tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin
hubungan yang rapatantara murid pelbagai kaum di sekolah
supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara
mereka.Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka
akan timbul suasana hormat-menghormatiterhadap agama,
budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.
KPM menyediakanpeluang kepada murid pelbagai kaum untuk
bergaul mesra secara sedar dan terancang. Prosesperpaduan
ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat
diamalkan dalam masyarakat.Usaha ini dijana semula kea rah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat
Malaysiahidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang
dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursusmotivasi, kem
perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan
persembahan pentas.Sekiranya isu ini diperinci secara
mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur
17tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Modul kenegaraan PLKNsememangnya bertujuan untuk
melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja
daripadamasyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin
negara. Selaras dengan modul kenegaraan,para remaja
berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan seterusnyaperpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam
PLKN.Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut
memainkan peranan dominan dalam iltizammembentuk
perpaduan kaum.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui
aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaummengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangatkerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkandiri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat
kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya

5masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak


tentu masa dan melakukan kerja sendirimenyebabkan usaha
memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan
seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan
setiappihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan.Pendek kata,
aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik
bagi memupuk semangatperpaduan yang perlu ada dalam diri
setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkanmasyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan
bangsa mahupun agama.Satu daripada cara mencapai perpaduan
di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak
dalampergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak
mengurangkan kepentingan pemupukan budibahasa. Adat
istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan
dalam masyarakatMalaysia terutamanya pada hari perayaan.
Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.Antara
hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari
Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,Hari Deepavali, Tahun Baru
Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

Anda mungkin juga menyukai