Anda di halaman 1dari 18

HBML 3303

LIZA AMBAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2014

HBML 3303

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

NO. MATRIKULASI : 720106115726001


NO. KAD PENGENALAN : 720106115726
NO. TELEFON : 019-9564769
E-MEL : liz_ambak@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE

1
HBML 3303
LIZA AMBAK

Muka Surat
Isi Kandungan 1
Sekapur Sirih 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Konsep Makna Dan Perubahan Makna 4-6


2.1 Illustrasi/Visual 6-7

3.0 Faktor-Faktor Perubahan makna Dalam Bahasa Melayu 7-8

3.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri. 8-9


3.2 Perubahan Kerana Tanggapan Penutur 9
3.3 Perubahan Kerana Tujuan Simbolik Dan Stilistik 10

4.0 Aplikasi Pengajaran Makna 10 – 12


4.1 Aplikasi Pengajaran Sinonim 12
4.2 Aplikasi Pengajaran Homonim 12 – 14
4.3 Aplikasi Pengajaran Polisemi 14 – 15

5.0 Rumusan 16

6.0 Rujukan 17 - 18

2
HBML 3303
LIZA AMBAK

SEKAPUR SIRIH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam ke
atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul terakhir dan penutup sekalian Nabi dan
Rasul.

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah diberi ruang
dan kesempatan untuk menyiapkan satu kerja kursus bagi melengkapkan tugasan sebagai pelajar
Program Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian (OUM).

Di kesempatan ini, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik
Patarai Bin Cholen tutor HBML 3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK yang telah
banyak membimbing dan memberi pandangan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau, sudah pasti agak sukar untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Saya mengambil kira pandangan positif yang diberikan oleh beliau
bagi menghasilkan tugasan yang baik.

Juga, tidak lupa untuk saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekuliah yang sanggup meluangkan masa, tidak mengenal erti jemu dalam memberi tunjuk ajar,
bimbingan ,bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea dengan saya dalam menyempurnakan
tugasan yang diberi. Kepada semua, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih.

3
HBML 3303
LIZA AMBAK

1.0 Pengenalan

Semantik merupakan satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang
makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran. Istilah semantik berasal daripada perkataan
Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se
mainein yang bermaksud bererti. Kemudian se mainein diinggeriskan menjadi se mantics, dan
dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Dari sudut istilah, semantik merujuk kepada sistem dan
kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin
Abdul Razak,2003) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh
dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu
unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai
pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji
bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi
sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal
kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins
(1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam
linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian
bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata
makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku
TheMeaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya
makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan,dan suata peristiwa yang diharapkan.
Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi ‘makna’.

Bahasa merupakan satu gelombang suara atau tulisan yang semuanya merujuk kepada
satu makna yang tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi
ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign.
Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotic atau semiology (Ahmad Mahmood
Musanif 2004). Asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada sesuatu
benda .Contohnya, ‘ini bola’ sambil merujuk kearah sebiji bola. Makna perkataan bola didapati
apabila kita melihat sebiji bola. Namun apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda
4
HBML 3303
LIZA AMBAK

yang hendak ditunjuk atau bersifat abstrak seperti perasaan maka perkataan tersebut tidak
diberikan makna. Oleh itu timbullah dalam bidang semantik istilah seperti sinonim, antonim,
polisim dan hiponim. Dengan ini makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk
perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain
(Adenan s.Ayob,2007)

2.0 Konsep Makna Dan Perubahan Makna

Secara umumnya, kata makna mempunyai pengertian yang amat luas. Kata makna
diertikan sebagai maksud, idea, atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur
kepada fikiran pendengar. Misalnya Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi
memberi maksud makna iaitu erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata dan pemahaman
sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Dalam
buku The Meaning of Meanings yang dikarang oleh Ogden dan Richard (1956) pernah
memberikan 16 pengertian tentang perkataan makna; antaranya ialah suatu yang intrinstik,
konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan
(Tarigan,1985:9).

Seterusnya R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah


satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna
menjadi inti dalam kajian bahasa. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan
dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield
mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut
mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh
mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan
pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992).

Selain itu, menurut Zabech, semantik dalam bahasa seperti perkataan, penamaan (nama
am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa
Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu ‘penting atau bererti’ ( Hashim
Musa, Ong Chin Guan, 1998). ‘Sema’ juga bererti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik,
semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001).
5
HBML 3303
LIZA AMBAK

Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada
struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
Menurut Dr. T. Fatimah Djajasudarma (1993), pengertian makna (sense) adalah berbeza dengan
erti (meaning) di dalam bidang semantik.

Makna adalah pertautan yang terdapat di antara unsur-unsur bahasa itu sendiri. Makna
menurut Palmer (1976) hanya menyangkut intrabahasa. Manakala Lyons (1977) pula
menyebutkan bahawa mengkaji atau memberikan makna sesuatu kata adalah memahami kajian
kata tersebut yang berkenaan dengan hubungan-hubungan makna yang membuat penghubung
kata tersebut berbeza dengan kata-kata yang lain. Selain itu makna dikatakan sebagai bahasa
dengan dunia luar sesuai dengan kesepakatan para pemakainya (penutur) sehingga dapat saling
memahami dan mengerti.

Selain itu, menurut Abdul Chaer (1990), dalam pelajaran bahasa sering dikatakan bahawa
kata mati, misalnya sama maknanya dengan kata meninggal. Menurut teori semantik, kata mati
dan kata meninggal tidak sama maknanya. Hal ini kerana, jika kedua-dua kata tersebut
mempunyai makna yang sama, maka sudah semestinya kedua-dua perkataan tersebut dapat
ditukarkan kedudukannya secara bebas. Kata mati dalam perkataan ‘ Ayam itu sudah mati’ tidak
dapat ditukar dengan kata meninggal sehingga menjadi ‘Ayam itu sudah meninggal’. Perkataan
ayam itu sudah meninggal´ tidak dapat diterima dalam bahasa.

Perkataan mati dan meninggal sebenarnya tidak membawa makna yang sama namun
mempunyai informati yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut membawa informasi bahawa
sebelumnya adalah bernyawa, setelah mati atau meninggal, menjadi tidak bernyawa lagi.
Informasi bukanlah makna kerana makna menyangkut keseluruhan dalam ujaran (intralingual),
sedangkan informasi itu hanya menyangkut masalah luar ujaran (ekstra-lingual). Dengan kata
lain, makna menyangkut semua komponen konsep yang terdapat pada sebuah kata, sedangkan
informasi hanya menyangkut komponen konsep dasarnya sahaja.

Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual,
makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif,dan makna
tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud

6
HBML 3303
LIZA AMBAK

tersurat dan tersirat. Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik
adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana
asal mulanya, bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna
dalam sejarah bahasa.

Apabila membicarakan tentang perubahan makna kita dapati ada sesuatu masa tertentu
atau secara sinkronis, makna sesuatu perkataan tidak berubah. Tetapi dengan peredaran masa,
iaitu secara diakronis, makna perkataan boleh berubah. Sebagai contoh perkataan khalwat. Pada
waktu mula-mula perkataan ini dipinjam daripada bahasa Arab, maknanya ialah ‘perbuatan
mengasingkan diri atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan
sebagainya’. Kini, maknanya telah berubah menjadi pengasingan diri berdua-duaan di tempat
yang terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula
suami isteri.

Contoh yang kedua ialah perkataan sastera. Pada mulanya, perkataan ini bermakna
‘tulisan’ atau ‘huruf ’. Kemudian, maknanya berubah untuk membawa pengertian ‘buku’, dan
seterusnya, ‘buku yang baik isinya dan bahasanya’. Sekarang ungkapan ‘karya sastera’
membawa pengertian karya yang bersifat imaginatif dan kreatif. Karya-karya yang bukan
imaginatif dan kreatif seperti buku sejarah, buku ekonomi dan sebagainya tidak dianggap karya
sastera.

Seterusnya contoh ke tiga dalam perubahan makna dalam perkataan saudara, pada
mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian, maknanya meluas untuk meliputi
orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali, perbuatan ini menjadi sebagai bentuk
panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutama kepada orang laki-laki.

2.1 Illustrasi/Visual

Mengikut Ferdinard de Sassure, setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu
yang diertikan (Inggeris ‘signified’) dan yang mengertikan (‘signifier’). Yang diertikan
sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang, sementara yang mengertikan
ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan
perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-

7
HBML 3303
LIZA AMBAK

kedua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang biasanya merujuk sesuatu
referen yang bersifat ekstrabahasa (luar bahasa).

Berpandukan rajah di bawah tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri daripada
unsur makna ‘meja’ dan unsur bunyi melalui kewujudan fonem (m,e,j,a). Tanda <meja> pula
merujuk suatu referen yang berada di bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja salah satu perabut
di rumah. Perkataan <meja> ialah hal yang menandai, manakala sebuah meja ialah hal yang
ditandai.

meja
sebuah meja
- -------------------------------
<meja>
>>

(m,e,j,a)
ekstrabahasa
ekstrabahasa

3.0 Faktor-Faktor Perubahan makna Dalam Bahasa Melayu

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini,
maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman
kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Dalam
suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku
dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat
terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh faktor perkembangan
bahasa itu sendiri, faktor tanggapan penutur, faktor peluasan maksud, faktor pembatasan atau
penyempitan maksud dan faktor tujuan simbolik dan stilistik.

8
HBML 3303
LIZA AMBAK

Perubahan makna dalam bahasa merupakan salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian
makna. Hal ini sudah diamati oleh pengkaji bahasa sejak dahulu lagi. Menurut mereka, terdapat
banyak faktor yang mendorong perubahan makna. Menurut Ullmann (1962), terdapat enam
faktor utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti faktor linguistik,
sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Selain itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang
berlaku dalam bahasa. Menurutnya makna kata boleh disempitkan dan diperluas serta
mempunyai metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang
juga menandakan perubahan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Pengkaji akan menganalisis
perubahan makna dalam bahasa Melayu melalui faktor perkembangan bahasa itu sendiri,
tanggapan penutur dan tujuan simbolik dan stilistik.

3.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Menurut S. Nathesan (2008) makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu
sendiri. · Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa,
teknologi dan hubungan sosial masyarakat.

Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan


dengan makna asal perkataan tersebut. Contohnya, perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu
digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal
sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Begitu juga perkataan “tangan”, pada
asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.Tetapi, makna itu telah berubah mencakupi
makna ‘menguruskan’, ‘mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika
menangani kes ini”.

Seterusnya, makna negatif juga boleh berubah menjadi makna positif disebabkan
penggunaan dalam bahasa. Misalnya, kita sering menemukan ayat atau ujaran “Gejala penukaran
kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu”. Dalam contoh ini, perkataan
‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan
seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.

9
HBML 3303
LIZA AMBAK

Selain daripada itu perkataan “hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan
“hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran
berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan
“menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “mengikuti dengan
sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu”
itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu”.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia
hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi
“ kawasan perumahan”, “ kawasan perindustrian”, dan “kawasan alam semula jadi” seperti
Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan
untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-
raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses
perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu
mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

3.2 Perubahan Kerana Tanggapan Penutur

Faktor tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan
maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan
kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil
orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak.

Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai
panggilan untuk suaminya. Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “
saudara kandung” tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang
mempunyai “ pertalian darah atau kekeluargaan”. Seterusnya ada juga pengguna atau penutur
bahasa Melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas
misalnya “ saudara sesama Islam”. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan
hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas,
tanggapan penutur terhadap sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna
perkataan itu sendiri.
10
HBML 3303
LIZA AMBAK

3.3 Perubahan Kerana Tujuan Simbolik Dan Stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini juga dapat kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera terutamanya dalam puisi. Misalnya perkataan “kumbang”dan “bunga”
sering dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga =
perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
Penggunaan warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud
contohnya, “merah” dimaksudkan dengan “keberanian”, “hitam” dipadankan dengan “
kesedihan dan“ putih” adalah “kesucian”.

Selain itu, unsur-unsur personifikasi juga tidak ketinggalan menunjukkan perubahan


makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak
membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan
manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya
hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “daun yang bergerak akibat tiupan angin” dan “
keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini
menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisan yang dapat menggambarkan
sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

4.0 Aplikasi Pengajaran Makna

Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran bahasa Melayu hendaklah disampaikan
secara bersistematik.Pengajaran makna merupakan satu pengajaran yang memerlukan seseorang
guru merangka pelan dan strategi yang tersusun bagi membolehkan murid-murid khususnya di
peringkat sekolah rendah dapat memahami dengan berkesan. Tambahan, pengajaran makna
adalah sesuatu yang rumit jika tidak dikaji dengan betul. Dalam proses penyampaian kepada
murid-murid di sekolah rendah, beberapa pendekatan perlu dilakukan oleh guru bagi memulakan
sesuatu pengajaran.

Dalam hal ini proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan adalah
melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain supaya menjadi

11
HBML 3303
LIZA AMBAK

lebih berkesan dan kreatif adalah amat penting dan berkesan. Peranan guru yang kreatif dan
inovatif juga penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah
efektif. Manakala inovatif pula ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru
dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya. Kaedah pengajaran adalah satu siri
tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah
ditetapkan.
]
4.1 Aplikasi Pengajaran Sinonim

O’Grady (2000:118) berpendapat terdapat perkataan yang sama maksud yang disebut
sinonim. Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Sinonim didefinisikan dalam Kamus Dewan
sebagai kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, contohnya, “cantik”
dengan “tampan” dan “cepat” dengan “pantas”. Walaupun kata cantik dan indah mempunyai
makna yang sama namun belum tentu sinonim dapat digunakan dalam ayat yang sama. Ini
kerana perkataan sinonim ini bergantung pada tugas atau peranan perkataan tersebut dalam ayat.
Perhatikan penggunaan cantik dan indah dalam ayat-ayat berikut:

1a. Pemandangan di dasar laut sungguh cantik.


1b. Pemandangan di dasar laut sungguh tampan.
1b. Asmadi pemuda tampan.
1b. Asmadi pemuda cantik.

Dalam ayat-ayat di atas perkataan cantik tidak boleh ditukar dengan tampan. Begitu juga
tampan tidak boleh menggantikan cantik kerana makna yang didukung dalam ayat tersebut tidak
tepat. Bagi mengaplikasikan pengajaran makna dalam bentuk sinonim guru boleh menggunakan
kaedah Permainan Bahasa seperti kuiz. Langkah pertama, guru akan menerangkan konsep
sinonim supaya murid dapat memahaminya dengan menyenaraikan contoh-contoh. seperti
berikut.

abad kurun
Bebas Merdeka

12
HBML 3303
LIZA AMBAK

cipta Reka
dingin Sejuk
gagal Kandas
Huru-hara Kacau-bilau
kabur pudar
Jadual 1

Dalam aktiviti permainan kuiz, murid akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan dikehendaki memilih kad-kad perkataan sinonim. Setiap wakil kumpulan dikehendaki
menyebut satu perkataan dan wakil kumpulan yang lain akan menjawab soalan yang diberikan.
Semua murid dalam kumpulan tersebut diberi peluang memberikan jawapan dalam jangkamasa
tertentu sehingga guru membetulkan jawapan murid.

kotor cemar

tabiat perangai

wangi harum
soalan jawapan

Contoh soalan kuiz


Rajah 2

4.2 Aplikasi Pengajaran Homonim

Apabila mengetahui sesuatu perkataan bermakna kita perlu mengetahui cara menyebut
dan maknanya sekali. Homonim bersifat homograf iaitu perkataan tersebut mempunyai
kesamaan bentuk ejaan tetapi tidak sama dari segi sebutan dan makna. Sebagai contoh perkataan
‘perang’ dan ‘semak’ yang mempunyai sebutan dan makna yang berbeza :
 perang --- perkelahian atau pertempuran
 perang --- warna merah yang kekuning-kuningan

13
HBML 3303
LIZA AMBAK

 semak --- meneliti atau mengkaji


 semak --- belukar bukit

Sebagai contoh perkataan perang mempunyai dua maksud yang berbeza dari segi sebutan dan
makna. Pertama adalah perang bermaksud peperangan antara kedua-dua saudara yang
bermaksud bergaduh. Contoh dalam ayat adalah “Perang antara Johari dan Zakaria masih lagi
berlanjutan”. Kemudian perang yang membawa maksud satu warna. Contohnya, ‘Rambut
Emelia berwarna perang”. Kata perang membawa dua maksud yang berbeza.

Jadi sebagai guru yang kreatif, boleh mengaplikasi satu pengajaran yang terancang dan
sistematik dengan menggunakan satu alatan seperti kad gambar ataupun bahan maujud yang
membawa benang berwarna perang mewakili warna serta boneka askar yang mewakili
peperangan. Tambahan, bahan maujud seperti ini lebih dekat dengan murid dan akan memberi
kefahaman yang lebih jelas kepada murid. Mereka juga mampu memikirkan apa-apa sahaja
perkataan yang mempunyai banyak makna ini. Seterusnya murid dapat membina ayat daripada
perkataan himonim tersebut.

4.3 Aplikasi Pengajaran Polisemi

Menurut Hartmann dan Stork (1972), polisemi ialah sesuatu perkataan atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih. Abdullah Hassan pula dan Ainon Mohd (1994) pula
mentakrifkan polisemi sebagai perkataan yang mempunyai banyak makna. Contohnya perkataan
kepala yang antaranya membawa erti (1) bahagian tubuh badan manusia atau binatang dari
hujung leher ke atas; (2) orang yang mengetuai negara, kampung dan lain-lain; (3) bahagian
yang letaknya di atas (di hadapan) dann (4) akal; fikiran; otak
Secara rajah, perkataan kepala mempunyai empat makna atau konsep seperti yang berikut;

makna 1

kepala makna 2

makna 3

makna 4
14
HBML 3303
LIZA AMBAK

Dengan kata lain, satu perkataan mempunyai makna yang berbeza dan digunakan dalam konteks
ayat yang berbeza seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah:

Kata Makna Contoh Ayat


Bangkit a) Jaga daripada tidur. 1. Abang bangkit pukul 7.00 pagi.
b) Hidup kambali 2. Pada hari kiamat semua mayat akan
c) Naik (adunan) bangkit dari kubur.
d) Terbit 3. Kek itu bangkit dengan elok setelah
e) Sedar untuk bergerak dibakar.
f) Berdiri daripada duduk 4. Akibat terlalu lama hidup dalam
kemiskinan, anaknya bangkit untuk
membela keluarga.
5. Amir bangkit bangkit dari kerusi
untuk menjawab pertanyaan gurunya,
Cerah a) Baik, bahagia. 1. Masa depan Rais cerah jika dia
b) Terang berjaya dalam peperiksaan itu.
c) Tidak gelap 2. Cuaca hari ini sungguh cerah.
d) Wajah berseri 3. Baju yang dipakai oleh kakak
berwarna cerah.
4. Air muka emak cerah apabila
mendengar kejayaan adik.

Dalam pengajaran perkataan kata banyak makna guru boleh mengaplikasikan kaedah
perbincangan secara berkumpulan. Dalam kaedah ini murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan diberi beberapa kad perkataan yang berbeza. Selepas itu murid dan
dikehendaki merujuk Kamus Dewan Bahasa untuk mencari maklumat tentang perkataan
tersebut. Melalui penggunaan kamus ini murid akan memperolehi maklumat setiap perkataan
secara terperinci dan dapat membina ayat dalam konteks ayat yang berbeza. Seterusnya, wakil
setiap kumpulan akan membentangkan tugasan seperti contoh di atas. Pada akhir pengajaran
murid akan menyalin semula semua maklumat yang diperolehi dalam buku latihan. Selain itu,
murid boleh menjawab soalan objektif bagi memberi pengukuhan kepada murid.
15
HBML 3303
LIZA AMBAK

5.0 Rumusan

Secara umumnya perubahan makna sering berlaku. Perkara ini tidak lagi mengejutkan
mana-mana pengguna bahasa di dunia ini. Konsep makna yang dikaji juga telah dibuat rujukan
yang rapi mengenai konsep serta perubahan makna yang berlaku. Rujukan dari tokoh-tokoh
bahasa seperti Ferdinand De Saussure banyak membantu dalam memperoleh maklumat tentang
bidang yang dikaji. Perubahan makna berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang telah
disenaraikan. Antaranya adalah kerana tanggapan penutur itu sendiri, perkembangan bahasa itu
sendiri, faktor peluasan maksud, faktor pembatasan atau penyempitan maksud serta faktor tujuan
simbolik dan stilistik. Kesemua faktor ini disertakan contoh bagi membolehkan pengkaji
mengemukakan bukti yang kukuh terhadap perubahan yang berlaku.

Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan
kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi
juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh – contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa
beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh
faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas. Setiap perkataan boleh membawa dua atau lebih
makna. Jadi setiap penggunaan tersebut perlulah berfungsi sebaiknya di dalam ayat. Penggunaan
perkataan ini boleh diuji melalui penggunaannya di dalam ayat. Dari situ kita akan dapat melihat
kesesuaian perkataan dalam ayat tersebut.

Kesimpulannya, sebagai penutur yang menggunakan satu-satu bahasa tersebut,


perubahan yang berlaku hendaklah disambut baik. Hal ini demikian kerana, setiap perubahan
mempunyai faktor yang menyebabkan sesuatu kata itu berubah penggunaannya. Namun begitu,
bahasa tidak sewenang-wenangnya berubah kecuali dibuat kajian kesempurnaan perubahan
bahasa tersebut. Konklusinya, harapan pengkaji agar kajian ini dapat dimanfaatkan dengan baik
oleh mana-mana pengkaji yang akan melakukan kajian yang akan datang sebagai sumber
rujukan mereka.

16
HBML 3303
LIZA AMBAK

6.0 Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rahsid (1999). Kemahian Befikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2006), Linguitik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kuala
Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd

Abdullah Yusof, (2009), Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Abdullah Yusof,Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra‟in Shaari,(2009), Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Daniel Parera,(1990), Teori Semantik. Institut keguruan dan ilmu Pendidikan Jakarta,
Guru. Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn.Bhd
http://planet.time.net.my/KLCC/azmo1/Teori/Teori_Pembudayaan_

Jose.caeser-rio.(2012) .Definisi-semantik.Dicapai pada Jun 22, 2014 daripada


http://caeser-rio.blogspot.com/2012/07/definisi-semantik.html

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),Kuala Lumpr : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lev. S. Vygotsky (1978). (Terjemahan) Teori Pembelajaran Sosial.

Mok Soon Sang (2002). Pedogogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, (2004). Bahasa Melayu STPM kertas 1&2.Selangor:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.

PandanganKomprehensif.” dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28


Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Bin Musanif ml.scribd.com/doc/6753187

S.Nathesan. (2001). “Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu


Sdn. Bhd.

S.Nathesan, .(2001). Makna dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Semantik",http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm2009). Modul HBML


3303 Psikolinguistik dan Sematik. Universiti Terbuka Malaysia : Meteor Doc.

Shahabuddin, et.al (2003) dalam Ana Melissa binti Zainal dan rakan-rakan. Pendekatan Proses
pengajaran dan pembelajaran. 21 – 24 Mei 2007 : Hotel Capitol, Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

17
HBML 3303
LIZA AMBAK

Tarigan, H.G. (1990). Membaca dalam Kehidupan. Bady. Penerbit Angkasa.

"Semantik",http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm2009). Modul HBML


3303 Psikolinguistik dan Sematik. Universiti Terbuka Malaysia : Meteor Doc.

18

Anda mungkin juga menyukai