Anda di halaman 1dari 2

Kanak-Kanak Perlu Bermain

Bermain dikatakan sebagai suatu pekerjaan kepada kanak-kanak . kanak-kanak akan bekerja keras dan
kelihatan bersungguh-sungguh semasa membuat “pekerjaan” bermain dan kanak-kanak sebenarnya
sedang belajar banyak perkara melalui bermain. Sehubungan dengan itu pengetahuan tentang bagaimana
mendidik anak melalui Pendekatan belajar melalui bermain atau play pedagogy approach perlu diberi
perhtian oleh ibubapa dan juga pendidik yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Pendekatan belajar melalui bermain amat bertepatan dengan fitrah kanak-kanak iaitu mereka amat suka
meneroka, aktif, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan amat suka berimaginasi .

Terdapat beberapa fakta yang perlu disedari oleh ibubapa tentang bermain dan kepentingannya
kepada perkembangan kanak-kanak

Bermain boleh dikaitkan dengan sebarang aktiviti yang menyeronokkan samada secara
berstruktur/dirancang atau tidak berstruktur/tidak dirancang kepada kanak-kanak. Melalui bermain
kanak-kanak sebenarnya berpeluang untuk membuat perwakilan mental bagi mewakili apa yang ada di
dunia ini

Melalui bermain kanak-kanak sebenarnya menggabungnya ke semua jenis kemahiran iaiatu kemahiran
social, emosi, kognitif, dan bahasa

Melalui bermain kanak-kanak melakukan benda/aktivti./perkara yang mereka minati dan secara tidak
langsung mereka mempunyai motivasi semula jadi untuk belajar (Shonkoff & Phillips, 2000).

Melalui prentend play (main olok-olok) kanak-kanak mengembang kebolehan untuk menggunakan
imaginasinya bagi mewakili objek,orang dan peristiwa …misalnya kanak-kanak mengembangkankan
tangannya bagi mewakili rama-rama, meletakkan pisang ditelingan bagi memewakili telipoin dan
sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa kebolehan kanak-kanak untuk berimaginasi bagi mewakili
sesuatu perkara adaah penting atau asas kepada perkembangan awal literasi dan awal matematik (Jones
& Cooper, 2006; Singer et al., 2003; Zigler, Singer & Bishop-Josef, 2004).

Semasa bermain kanak-kanak akan berinteraksi antara satu sama lain, bertolak ansur apabila berkongsi
barang mainan, belajar , mendengar idea orang lain, mengawal perasaan marah atau kecewa dan jjuga
belajar mengharagai dan bersimpati dengan org lain. Contohnya semasa main masak-masak atau main
rumah-rumah apabila seorang kanak-kanak berlakon seolah-0lah menagis, kanak-kanak lain akan
berlakon untuk memujuk menunjukkan rasa simpati. Kajian menunjukan bahawa kanak-kanak yang
mempunyai kemahiran bersosial yang baik serta mempunyai emosi yang stabil akan mempengaruhi
pencapaian akademik dan juga dapat mengelak daripada terjerumus kepada aktivtti yang tidak sihat
semasa remaja (Berk, Mann & Ogan, 2006; Fromberg, 2002; Shonkoff & Phillips, 2000).

Melalui bermain kanak-kanak dapat meluahkan perasaan seperti perasaan tertekan , sedih, merajuk dan
sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang bermain biasanya mempunyai emosi
yang kurang stabil dan banyak meragam

Perkara yang perlu difikirkan…..So if play is that important, why is it disappearing?


Dr Mahani Razali
MALIM SARJANA
1.0.PENGENALAN

Bermain adalah firtrah dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Bermain juga adalah
“pekerjaan” bagi seorang kanak-kanak ketika bermain. Kanak-kanak banyak berlajar melalui
bermain. Banyak kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan oleh seseorang kanak-
kanak menerusi kaedah bermain. Kanak-kanak akan meneroka, berimaginasi, aktif dan
mempunyai perasaan ingin mengambil tahu yang tinggi semasa bermain.

Anda mungkin juga menyukai