Anda di halaman 1dari 11

SKRIP MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN

GURU SMkrps KALI KE-16

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr. Robiah Bt. K.Hamzah diiringi


oleh Datin Hjh. Siti Zabidah Bt. Setia, Pengetua Cemerlang SMK Rapat Setia ,
YDP PIBG En. Suhibbul Fata Bin Abdul Samad Yang Dipertua PIBG SMK Rapat
Setia,dan guru-guru penolong kanan.

(Para hadirin diminta berdiri.)

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan
nyanyian Lagu Negaraku.

Terima kasih, hadirin sekalian dipersilakan duduk.

(Kata alu-aluan)

Bismillahirahmannirahim,
Alhamdulillahirabbilalamin, wassala tuwassala muaa ashrafil ambia iwal
mursalin, waalaaihi wasahbihi ajmain.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau dihujung muara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Dr. Robiah Bt. K.Hamzah, Pakar Perunding Motivasi,


Yang Berusaha Datin Hajah Siti Zabidah Bt. Setia, Pengetua Cemerlang SMK Rapat
Setia,
Yang Berusaha Koperal Razali , Wakil Balai Polis Kg. Rapat
Yang Dihormati En. Suhibbul Fata Bin Abdul Samad Yang Dipertua PIBG SMK Rapat
Setia,
Yang Dihormati Pn. Norizan Bt. Abdul Hamid, NaibYang Dipertua PIBG SMK Rapat
Setia,
Yang Berusaha Pn. Hjh. Arpah Bt. Ismail, Pengetua SMK Wira Jaya,
Wakil-wakil daripada sekolah-sekolah berhampiran
Yang Dihormati Barisan Guru-guru Penolong Kanan,
Ahli Jawatankuasa PIBG SMKRS Sesi 2015/2016
Ketua-ketua Bidang Mata pelajaran, Guru-guru Cemerlang,
Para ibu bapa, serta warga pendidik SMK Rapat Setia.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sidang hadirin yang dihormati,


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi,
kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu untuk bersama-sama
menjayakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Rapat
Setia, Ipoh Kali ke-14 bagi tahun 2016.
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berrbahagia Dr. Robiah Bt. K.Hamzah atas
kesudian puan meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami pada pagi
ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi
menghadirkan diri pada pagi yang permai ini.
Sesungguhnya, tuan-tuan dan puan-puan, kita berhimpun pada pagi ini untuk satu
pertemuan keluarga di bawah satu matlamat yang murni sempena Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Rapat Setia kali ke-14 bagi tahun 2016.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-tuan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

(Bacaan Doa)

Hadirin yang dihormati,

Buluh di asah jalinan disemat


Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Alfadhil Ustaz Muhammad Fauzi
Bin Ibrahim, untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
-----***----
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Alfadhil Ustaz Muhammad Fauzi Bin
Ibrahim sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat hendaknya.
Amin

(Ucapan YDP PIBG)

Tuan-tuan, puan-puan, dan hadirin –hadirat yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan agenda ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan Yang Dihormati En. Suhibbul Fata Bin Abdul Samad Yang Dipertua
PIBG SMK Rapat Setia, untuk menyampaikan ucapan mukadimah. Dipersilakan.

..... Majlis merakamkan setinggi-tinggi oenghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Dihormati En. Suhibbul Fata Bin Abdul Samad Yang Dipertua PIBG atas
ucapan yang disampaikan.

(Ucapan Tuan Pengetua)

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya,, majlis dengan penuh hormatnya menjemput Yang Berusaha Datin Hjh.
Siti Zabidah Bt. Setia, Pengetua Cemerlang SMK Rapat Setia, Ipoh untuk menitipkan
amanat dan pesanan, lontaran idea dan gagasan beliau untuk dikongsi bersama
selaku peneraju SMK Rapat Setia. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

..... Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan pengetua
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

(Persembahan Multimedia)

Sebagai penambah seri majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama melihat
paparan multimedia bermaklumat merangkumi imbasan aktiviti-aktiviti dan progra-
program yang telah dilaksanakan oleh warga SMK Rapat Setia.

Untuk makluman semua, bahan multimedia ini diselenggarakan oleh En. Mohamad
Razi Bin Mahayiddin, En. Ibrahim Bin Che Soh dan Pn. Siti Hafsah Bt. Mior Hassan.
Terima kasih diucapkan.

(Bicara Santai oleh Dr. Robiah Bt. Kulop Hamzah)

Tuan-tuan, puan-puan, dan hadirin –hadirat yang dihormati,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada pagi yang indah ini, kita dapat bersama-sama
mendengar dan berkongsi ilmu daripada seorang pakar perunding motivasi yang
sering muncul dan menjadi tetamu dalam pelbagai rancangan.

Tak kenal maka tak cinta. Sebelum menjemput penceramah kita pada hari ini,
moleklah kita berkenal-kenalan dahulu dengan wanita berjiwa besar ini. Beliau
merupakan anak kelahiran Perak, telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah
dan menengah di Kampung Senin, Layang-layang Kanan, Perak. Meneruskan
pengajian di maktab perguruan Ilmu Khas, seterusnya ke Universiti Malaya dan
mendapat gelaran Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sangat banyak penglibatan, sumbangan dan pengalaman profesional beliau


antaranya pernah memegang jawatan sebagai presiden Persatuan Wanita Islam
Antarabangsa, menjadi Jurulatih Belia Kebangsaan dan banyak lagi. Malah beliau
sangat berpengalaman dalam mengendalikan ratusan kursus, bengkel dan sebagai
penceramah seminar.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr. Robiah
Bt. K. Hamzah
untuk memulakan Bicara Santai Keibubapaan – Ibu Kasih, Ayah Sayang dan Anak
Cemerlang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

....... Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dr. Robiah Bt. K. Hamzah atas perkongsian ilmu itu tadi.

(Penyampaian cenderamata untuk tetamu)


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Sebagai tanda terimakasih, kenagan dan ingatan kasih mesra, pihak majlis
mempersilakan Yang Dihormati En. Suhibbul Fata Bin Abdul Samad Yang Dipertua
PIBG SMK Rapat Setia menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada
Yang Berbahagia Dr. Robiah Bt. K. Hamzah. Majlis menjemput Yang Berusaha Datin
Hajah Siti Zabidah Bt. Setia, Pengetua Cemerlang SMK Rapat Setia, mengiringi
Yang Berbahagia Dr. Robiah Bt. K. Hamzah ke pentas. Dipersilakan.

(Jamuan)

Bemban patah, pahat pun patah,


Bemban Raja Si Bemban Harum,
Bicara sudah, penghargaan pun sudah,
Ke jamuan sahaja yang kita belum.

Dengan ini majlis berbesar hati, mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan ke kantin
untuk majlis jamuan. Sayugia juga diingatkan bahawa mesyuarat agung PIBG akan
bersambung semula pada pukul ................ Justeru, saya bagi pihak majlis mohon
kerjasama semua ahli PIBG dan para ibu bapa yang hadir pada hari ini untuk
kembali semula ke Dewan Seri Nilam bagi melancarkan sidang kedua nanti.

Sekian, Terima kasih.


TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK RAJA PEREMPUAN
IPOH
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018
BIL PERKARA CATATAN
Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian daripada
tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia
YDP PIBG SMK Raja Perempuan Ipoh En Anwar Sidek
bin Yaruddin diiringi oleh Datin Hjh. Rogayah bintu
Sukor, Pengetua SMK Raja Perempuan Ipoh ,dan guru-
guru penolong kanan.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah
sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan En. Ahmad Khusairi bin Mohd Salleh
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Ahmad


Khusairi bin Mohd Salleh atas pimpinan doa itu tadi.
Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan dari Ilahi.

Kata alu-
aluan Bismillahirahmannirahim,
Alhamdulillahirabbilalamin, wassala tuwassala muaa
ashrafil ambia iwal mursalin, waalaaihi wasahbihi
ajmain.,

Yang Berusaha Datin Hajah Rogayah binti Sukor,,


Pengetua SMK Raja Perempuan Ipoh
Yang Dihormati En.Anwar Sidek bin Yaruddin
Yang Dipertua PIBG SMK Raja Perempuan Ipoh
Yang Berusaha, Barisan Guru-guru Penolong Kanan,
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Perempuan Ipoh
Sesi 2017
Ketua-ketua Bidang Mata pelajaran, Guru-guru
Cemerlang,
Para ibu bapa, serta warga pendidik SMK Raja
Perempuan Ipoh

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sidang hadirin yang dihormati,


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan
setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan
limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu untuk
bersama-sama menjayakan Majlis Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Raja Perempuan
Ipoh, Ipoh.
Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan
-puan ke majlis ini. Jutaan terima kasih dan tahniah
diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi
menghadirkan diri pada petang yang permai ini.
Sesungguhnya, tuan-tuan dan puan-puan, kita
berhimpun pada pagi ini untuk satu pertemuan keluarga
di bawah satu matlamat yang murni sempena Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Raja
Perempuan Ipoh .

Warga dewan yang dimuliakan


Ucapan
Pengetua Seterusnya,, majlis dengan penuh hormatnya
menjemput Yang Berusaha Datin Hjh Rogayah bt Sukor ,
Pengetua SMK Raja Perempuan, Ipoh untuk menitipkan
amanat dan pesanan, lontaran idea dan gagasan beliau
seterusnya merasmikan mesyuarat Agung PIBG pada
kali ini.. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

..... Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian tuan pengetua menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada YDP PIBG SMK


PIBG 2018 Raja Perempuan Ipoh untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG untuk sesi 2018.Majlis
mempersilakan.
SKRIP MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN
GURU SMK RAJA PEREMPUAN IPOH
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia diiringi oleh Datin
Hjh. Rogayah bintu Sukor, Pengetua SMK Raja Perempuan Ipoh , YDP PIBG
Yang Dipertua PIBG SMK Raja Perempuan Ipoh,dan guru-guru penolong kanan.

(Para hadirin diminta berdiri.)

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan
nyanyian Lagu Negaraku.

Terima kasih, hadirin sekalian dipersilakan duduk.

(Kata alu-aluan)

Bismillahirahmannirahim,
Alhamdulillahirabbilalamin, wassala tuwassala muaa ashrafil ambia iwal
mursalin, waalaaihi wasahbihi ajmain.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau dihujung muara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia (Perasmi)


Yang Berusaha Datin Hajah Rogayah binti Sukor,, Pengetua SMK Raja Perempuan
Ipoh
Yang Berusaha
Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG SMK Raja Perempuan
Ipoh
Yang Dihormati NaibYang Dipertua PIBG SMK Raja
Perempuan Ipoh
Yang Berusaha
Wakil-wakil daripada sekolah-sekolah berhampiran
Yang Dihormati Barisan Guru-guru Penolong Kanan,
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Perempuan Ipoh Sesi 2017
Ketua-ketua Bidang Mata pelajaran, Guru-guru Cemerlang,
Para ibu bapa, serta warga pendidik SMK Raja Perempuan Ipoh

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sidang hadirin yang dihormati,


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi,
kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu untuk bersama-sama
menjayakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Raja
Perempuan Ipoh, Ipoh Kali ke- bagi tahun 2017
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia atas
kesudian meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami
pada pagi ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para ibu bapa yang
sudi menghadirkan diri pada petang yang permai ini.
Sesungguhnya, tuan-tuan dan puan-puan, kita berhimpun pada pagi ini untuk satu
pertemuan keluarga di bawah satu matlamat yang murni sempena Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Raja Perempuan Ipoh kali ke- bagi
2017.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-tuan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

(Bacaan Doa)

Hadirin yang dihormati,

Buluh di asah jalinan disemat


Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput ,


untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
-----***----
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada .
Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat hendaknya. Amin

(Ucapan YDP PIBG)

Tuan-tuan, puan-puan, dan hadirin –hadirat yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan agenda ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG
SMK Raja Perempuan Ipoh, untuk menyampaikan ucapan mukadimah. Dipersilakan.

..... Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG atas u capan yang
disampaikan.

(Ucapan Tuan Pengetua)

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya,, majlis dengan penuh hormatnya menjemput Yang Berusaha Datin Hjh
Rogayah bt Sukor , Pengetua SMK Raja Perempuan, Ipoh untuk menitipkan amanat
dan pesanan, lontaran idea dan gagasan beliau untuk dikongsi bersama selaku
peneraju SMK Raja Perempuan Ipoh. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

..... Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan pengetua
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
(Persembahan Multimedia)

Sebagai penambah seri majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama melihat
paparan multimedia bermaklumat merangkumi imbasan aktiviti-aktiviti dan program-
program yang telah dilaksanakan oleh warga SMK Raja Perempuan Ipoh

Untuk makluman semua, bahan multimedia ini diselenggarakan oleh

(UCAPAN PERASMIAN)

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan
mempersilakan
untuk menyempurnakan bingkisan ucapan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Perempuan Ipoh Kali. .
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan Perasmian*************

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

....... Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia yang telah merasmikan majlis

(Penyampaian cenderamata untuk tetamu)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Sebagai tanda terimakasih, kenangan dan ingatan kasih mesra, pihak majlis
mempersilakan Yang Dihormati
menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada
. Majlis menjemput Yang Berusaha Datin Hajah Rogayah binti Sukor, Pengetua SMK
Raja Perempuan Ipoh, mengiringi Yang Berbahagia D ke pentas. Dipersilakan.

(Jamuan)

Bemban patah, pahat pun patah,


Bemban Raja Si Bemban Harum,
Bicara sudah, penghargaan pun sudah,
Ke jamuan sahaja yang kita belum.

Dengan ini majlis berbesar hati, mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan ke kantin
untuk majlis jamuan. Sayugia juga diingatkan bahawa mesyuarat agung PIBG akan
bersambung semula pada pukul ................ Justeru, saya bagi pihak majlis mohon
kerjasama semua ahli PIBG dan para ibu bapa yang hadir pada hari ini untuk
kembali semula ke Dewan Seri Nilam bagi melancarkan sidang kedua nanti.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai