Anda di halaman 1dari 1

TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP PENDEKATAN FLIPPED CLASSROOM

MENGGUNAKAN FROG-VLE
SUBJEK SAINS DI SEKOLAH MENENGAH

Siti Hamidah Binti Mohamad Razali dan Lilia Halim

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERISTI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK

Perkembangan teknologi terkini telah membawa kepada perkembangan kepada inovasi


pendidikan untuk menggantikan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Flipped
Learning, merupakan salah satu pendekatan yang menggunakan teknologi yang semakin popular
digunakan dalam PdP yang lebih menumpukan aktiviti di dalam kelas..Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji tahap kepuasan guru sains terhadap pendekatan Flip classroom dengan menggunakan FROG-
VLE sebagai platform. Seramai 30 orang guru sains dari tiga sekolah menengah yang pernah
menggunakan Frog-VLE terlibat dalam kajian ini. Soal selidik digunakan bagi mengkaji antara tahap
kepuasan guru sains dengan faktor-faktor penerimaan teknologi (faktor kebolehterimaan, kebolehgunaan,
keyakinan diri dan norma sosial). Dapatan kajian mendapati bahawa guru menunjukkan tahap kepuasan
yang tinggi terhadap pendekatan Flip classrom menggunakan FROG-VLE. Didapati terdapat hubungan
yang signifikan antara faktor-faktor kebolehterimaan (R= 0.571, Sig= 0.001), kebolehgunaan (R= 0.558,
Sig= 0.001), keyakinan diri (R= 0.668, Sig= 0.000), dan norma sosial (R= 0.734, Sig= 0.00), terhadap
kepuasan guru sains di sekolah. Oleh itu, kajian ini dapat boleh dijadikan bukti dalam dijadikan rujukan
kajian lain kerana pendekatan kaedah Pdpc berbentuk Flipclassroom menggunakan Frog-VLE berpotensi
menjadi pendekatan pembelajaran yang digunakan secara meluas oleh guru-guru sains dalam
memantapkan PdPc Sains di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai