Anda di halaman 1dari 7

Gempurwira

14hb Mei 2013 · Kuala Lumpur ·


Tak banyak like, bermakna admin gagal mendapatkan undi popular. Tetapi memandangkan
ada 5 undian, dan 4 mengundi untuk admin kongsikan artikel lama, maka artikel ini
dikongsikan terlebih dahulu. Artikel ini telah diterbitkan pada bulan April 2012, tetapi situasi
yang dibayangkan di dalam artikel ini semakin ketara di Malaysia.
________________________________________________________
Bayangkan suatu dunia di mana penjenayah memiliki senjata setaraf dengan pasukan
keselamatan dari rifle tempur sehinggalah senjata bantuan berat. Dunia di mana terdapat
golongan elit yang tidak boleh disentuh undang-undang, walaupun telah jelas melanggar
undang-undang di depan khalayak ramai. Pekan dan bandar yang dikuasai oleh kumpulan
penjenayah terancang dengan pegawai polis tiada kuasa melakukan apa-apa.
Bayangkanlah...
Hakikatnya, dunia sedemikian wujud di beberapa buah negara di dunia. Antaranya, bandar
Ciudad Juarez di Mexico yang kini menduduki tangga bandar yang mengalami bilangan kes
bunuh tertinggi di dunia untuk dua tahun berturut-turut (Semasa artikel ini ditulis, tersiar
berita bahawa berlaku satu serangan hendap ke atas pasukan polis negeri Guerrero, Mexico
yang mengorban beberapa orang anggota polis. Sehingga ke hari ini, angka korban konflik
menentang dadah ini telah mencapai hampir lima puluh ribu, dengan dua ribu merupakan
anggota polis dan tentera.).
Tentu anda tertanya-tanya kenapa keadaan sedemikian rupa berlaku. Apakah kerajaan
negara tersebut tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya berpeluk tubuh? Dan bagaimana
keadaan ini boleh berlaku?
Sudah tentu kerajaan negara tersebut cuba mengambil tindakan. Sebagai contoh, Mexico,
Brazil dan Colombia bergerak cergas menentang kebangkitan sindiket dadah yang ada di
antaranya mempunyai keupayaan persenjataan yang menandingi unit pasukan khas.
Serbuan demi serbuan dilancarkan ke atas sarang kartel dadah di serata benua Amerika
Selatan, ada antaranya dengan bantuan daripada Amerika Syarikat.
Pihak kartel pula tidak mengalah begitu sahaja. Dunia pernah dikejutkan dengan serangan
berani kartel ke atas satu unit pasukan khas polis di Ciudad Juarez yang mengorbankan
ramai anggota polis. Kitaran keganasan berterusan.
Apakah kita bersedia menghadapi keadaan seperti di atas berlaku di negara kita?
Hakikatnya, kitar keganasan tersebut boleh berlaku di negara kita. Malahan, sekitar 8 tahun
lepas terdapat satu percubaan untuk membunuh pegawai polis unit narkotik oleh
sekumpulan sindiket dadah di salah sebuah negeri di Malaysia yang berjaya dipatahkan
(Dalam kejadian tersebut, pihak sindiket telah mendapatkan sebuah kenderaan curi yang
kemudiannya dipasangkan dengan jerangkap samar yang diperbuat daripada bom tangan.
Setelah siap memasang perangkap mereka, mereka menghubungi pihak polis dengan
memberi maklumat bahawa terdapat dadah yang disembunyikan dalam kenderaan
tersebut.).
Persoalan paling besar merupakan bagaimana hendak membanteras kegiatan haram ini
daripada terus berleluasa sepertimana yang sedang dihadapi oleh Mexico? Jawapannya
adalah dalam menghapuskan punca utama kegiatan haram tersebut berlaku terlebih dahulu,
iaitu wang, ataupun lebih tepat, perlaksanaan aktiviti anti-kegiatan pengubahan wang
haram.
Apa itu Pengubahan Wang Haram (Money-Laundering) dan Apakah Konteksnya di
Malaysia?
Aktiviti pengubahan wang haram boleh ditakrifkan sebagai suatu kegiatan ataupun proses di
mana wang perolehan aktiviti haram dilaburkan dalam sistem kewangan formal dengan
tujuan untuk mengelakkan asal-usul perolehan wang tersebut boleh dikesan ataupun
dikaitkan dengan kegiatan haram (Haram dalam konteks ini tidak membawa maksud haram
seperti dalam konteks syariah. Sebaliknya merujuk kepada hasil perolehan daripada
kegiatan melanggar undang-undang.).
Kegiatan pengubahan wang haram tidak tertakhluk setakat kegiatan pengedaran dadah
semata-mata. Tetapi turut merangkumi kegiatan haram lain seperti penyeludupan senjata
api, rasuah, kegiatan pemerdagangan manusia, pengedaran bahan cetak rompak,
pemalsuan wang dan tidak terkecuali, kegiatan mengelak pembayaran cukai.
Kegiatan pengubahan wang haram di Malaysia pada hari ini berada pada tahap yang amat
membimbangkan sehinggakan Malaysia dianggap antara negara berisiko tinggi menghadapi
kegiatan pengubahan wang haram.
Pada awal tahun ini, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara membangun yang
mempunyai kadar pengaliran wang haram keluar negara keempat paling tinggi di dunia.
Pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah
memberitakan bahawa sekurang-kurangnya kegiatan wang haram di Malaysia telah
mencapai angka sekurang-kurangnya RM2.3 bilion. Angka ini diperoleh daripada jumlah
wang yang telahpun dikenalpasti dan telahpun dirampas oleh pihak berkuasa. Antara
individu yang sedang menghadapi kes mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram
pada hari ini adalah bekas setiausaha sulit kepada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri,
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, iaitu En Hasbie Satar (Beliau menghadapi 28 pertuduhan
percubaan mengubah wang haram sebanyak RM953,000 di beberapa buah institusi
kewangan tempatan.).
Langkah Menangani Kegiatan Pengubahan Wang Haram
Di Malaysia, Bank Negara Malaysia merupakan agensi pusat dalam membanteras kegiatan
pengubahan wang haram. Sebarang pendakwaan ke atas kegiatan ini pula diambil di bawah
Akta Anti-Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan (Anti-Money
Laundering and Counter-Financing of Terrorist Act) 2001 (Akta ini digubah daripada akta
yang sama yang digunakan oleh Amerika Syarikat, pelopor utama dalam pembanterasan
kegiatan anti-pengubahan wang haram) (Keluhuran akta ini, terutama sekali Seksyen 44 di
bawah Perlembagaan Persekutuan sedang dicabar di Mahkamah Persekutuan oleh
sekumpulan sepuluh orang yang sedang didakwa di bawah akta yang sama. Kes tersebut
didengar buat pertama kalinya pada 26 Oktober 2010. Tiada keputusan yang diperoleh
setakat hari ini.).
Bagi memastikan aktiviti pembanterasan wang haram dapat dilakukan dengan efektif,
beberapa akta di bawah jagaan Bank Negara Malaysia juga telah dipinda untuk ke arah
landasan yang sama dengan Akta Anti-Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan
Keganasan 2001. Antara akta yang telah dipinda adalah:-
• Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Banking and Financial Institution Act) 1989,
dengan penekanan ke atas kegiatan pengambilan deposit dengan tidak dibenarkan sama
sekali untuk institusi bukan kewangan.
• Akta Kawalan Pembayaran (Exchange Control Act) 1953, dengan penekanan terhadap
perlunya laporan tujuan pembayaran dibuat bagi setiap aktiviti pendepositan dan
pengeluaran melebihi RM50 ribu, berserta pembayaran dan penerimaan dana melebihi
RM250 ribu ke luar negara/dalam negara.
• Akta Perniagaan Pertukaran Matawang (Foreign Currency Exchange Act) 1998, dengan
perubahan pada had maksimum pegangan matawang asing dinaikkan dan pada masa yang
sama, penekanan terhadap perlunya suatu sistem untuk melaporkan kegiatan pengubahan
wang haram untuk memastikan lesen perniagaan tidak ditarik balik.
• Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Labuan Financial Services and
Securities Act) 2010 diperkenalkan bagi mengganti Akta Perbankan Luar Pesisir Pantai
Labuan (Labuan Offshore Banking Act) 1990 dengan fokus terhadap polisi Kenal Pelanggan
Anda (Know Your Customer).
Bagi memastikan kegiatan pengubahan wang haram dapat dibanteras ataupun dikurangkan
di Malaysia, satu unit khas telah ditubuhkan di Bank Negara Malaysia bagi menggembeleng
tenaga dan kemahiran dalam penyiasatan kewangan. Unit khas ini dikenali sebagai Unit
Risikan Kewangan (Financial Intelligence Unit) ataupun lebih dikenali sebagai FIU turut
dianggotai oleh bekas pegawai penyiasat dari PDRM dan Pejabat Pendakwa Raya bagi
memantapkan keupayaan unit ini menyiasat kes-kes yang dilaporkan kepada Bank Negara
Malaysia.
Bagi memastikan usaha pembanterasan ini dalam dilaksanakan pada tahap maksima, Bank
Negara Malaysia juga menggariskan bahawa kesemua institusi yang memegang lesen
perbankan di Malaysia perlu memiliki FIU masing-masing. FIU ini akan berfungsi sebagai
penyelaras dalaman bagi setiap institusi kewangan dalam memastikan integriti sistem
perbankan masing-masing daripada disalahgunakan oleh penyangak kewangan ini.
Memandangkan transaksi seharian sesebuah institusi kewangan adalah amat tinggi dan
mencecah berbilion ringgit dalam masa satu hari, FIU setiap bank akan bertindak mengesan
dan memerincikan maklumat risikan yang diperoleh sebelum diserahkan kepada FIU Bank
Negara Malaysia dalam bentuk Laporan Transaksi Mencurigakan (Suspicious Transactions
Report).
Keupayaan penyangak kewangan untuk mengadaptasikan diri dengan undang-undang baru
berserta sekatan yang dikenakan turut diambilkira. Bagi memastikan maklumat risikan yang
diterima adalah pada kualiti tertinggi, Bank Negara Malaysia turut secara langsung memberi
latihan dan kursus kepada FIU-FIU bank tempatan dan asing kaedah baru penyangak
kewangan yang telah dikenalpasti. Latihan-latihan ini turut memberi manfaat kepada institusi
kewangan yang beroperasi dalam negara kerana dapat membantu dalam meningkatkan
keupayaan dan integriti institusi kewangan yang beroperasi dalam Malaysia.
Bagi memastikan Malaysia berada seiring dengan perkembangan semasa sedunia berserta
pengiktirafan antarabangsa, Bank Negara Malaysia juga membenarkan dan memberi
kerjasama terbuka kepada sebuah badan bebas antarabangsa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Tindakan Kewangan (Financial Action Task Force). Jawatankuasa sukarela
ini ditubuhkan oleh 40 institusi kewangan antarabangsa terkemuka untuk menghasilkan
suatu garis panduan untuk memerangi gejala pengubahan wang haram di seluruh dunia.
Garis panduan ini bergelar FATF 40, kerana terdapat 40 garis panduan yang telah
dikenalpasti berupaya membantu institusi kewangan dalam memerangi gejala ini.
Kali terakhir FATF telah datang ke Malaysia adalah pada tahun 2009 dan hasil lawatan audit
tersebut, beberapa kelemahan dalam sistem kewangan Malaysia telah dikenalpasti.
Sehingga ke hari ini, hampir kesemua kelemahan yang dikenalpasti ini telah ditampung
dengan pembaharuan sama ada dalam bentuk undang-undang baru (seperti Akta
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 serta Akta Perniagaan Pertukaran
Matawang 2011), ataupun dalam bentuk penambahbaikan undang-undang sedia ada. Pada
tahun ini, FATF akan kembali ke Malaysia untuk melakukan audit biasa bagi sebagai cara
untuk memastikan Malaysia seiring dalam usaha pembanterasan pengubahan wang haram.
Implikasi ke atas Malaysia Sekiranya Pengubahan Wang Haram Berleluasa
Sudah pasti, negara kita bakal berhadapan dengan risiko sepertimana yang telah dihadapi
oleh Mexico, terutamanya di sekitar bandar Ciudad Juarez. Tetapi implikasinya tidak setakat
itu sahaja. Implikasi yang paling besar adalah ancaman terhadap keutuhan ekonomi negara.
Jabatan Perbendaharaan Amerika melalui Pejabat Pengarah Aset Asing (Office of Foreign
Asset Comptroller) boleh dan berupaya mengarahkan sekatan dikenakan ke atas mana-
mana institusi kewangan sedunia yang didapati tidak mempunyai sistem sedia ada untuk
membanteras kegiatan pengubahan wang haram. Sekiranya arahan ini dikeluarkan, aset
institusi kewangan tersebut yang disimpan di AS boleh dibekukan dan semua institusi
kewangan AS tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan kewangan dengan institusi
tersebut.
Sudah tentu ada yang beranggapan bahawa itu adalah isu kecil, kerana AS hanya sebuah
negara sahaja sedangkan terdapat ratusan buah negara di dunia. Sebaliknya, sebarang
sekatan oleh OFAC adalah amat merisaukan kerana pengaruh OFAC adalah amat meluas.
Malahan agensi koordinator pembayaran antarabangsa, SWIFT (Society for Worldwide
Interbank Fund Transfer) baru-baru ini telahpun mengharamkan semua institusi kewangan
Iran daripada menggunakan perkhidmatannya.
Apakah Malaysia Serius dalam Membanteras Aktiviti Pengubahan Wang Haram?
Jawapannya adalah ya. Setakat hari ini, Bank Negara Malaysia dengan bantuan kesemua
FIU bank tempatan dan antarabangsa telah melakukan beberapa pendakwaan. Malahan,
sehingga ke hari ini beberapa kes telah berjaya dibawa ke mahkamah sehingga membawa
kepada pensabitan kesalahan tersebut. Terbaru adalah seorang doktor wanita, Dr Hamimah
Idruss yang telah didapati bersalah atas kesalahan tersebut dan dikenakan hukuman
penjara selama 38 tahun dengan denda sebanyak RM6,394,530.72.
Terdapat juga beberapa kes di mana prima facie kes berjaya dibuktikan berdasarkan bukti
yang dikutip oleh FIU Bank Negara Malaysia, tetapi tidak boleh diperincikan dalam penulisan
ini kerana maklumat sensitif dalam dalam kes tersebut boleh menjejaskan keselamatan
negara dan ada juga yang masih lagi dibicarakan di mahkamah dan boleh dianggap sebagai
sub-judice jika dibicarakan secara terbuka.
Apapun, usaha Malaysia dalam membanteras jenayah kewangan ini tidak akan berjaya
tanpa political will daripada pentadbiran sekarang. Hasil sokongan berterusan dari
pentadbiran sekarang merupakan antara sebab utama kenapa Bank Negara Malaysia kekal
bebas dalam melakukan penyiasatan ke atas kes-kes sedemikian dan diharapkan akan
kekal terus memberi sokongan tidak berbelah bagi dalam membanteras kegiatan jenayah ini
Rabu, 23 Ogos 2017 | 2:51pm

CARI
BANK Negara Malaysia.. - Foto Asyraf Hamzah

BNM lumpuhkan kegiatan pengubahan wang haram

Oleh Kamarulzaidi Kamis

kamarulzaidi@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
Tweet

Share

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melumpuhkan kegiatan


pengubahan wang haram dalam serbuan di lima premis di Perak, Pahang
dan Negeri Sembilan.

Dalam operasi sama, empat pendatang asing tanpa izin yang bekerja di
premis terbabit ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Serbuan pada 17 Ogos lalu membabitkan siasatan mengikut Akta


Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA) dan Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA)

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, serbuan itu dilakukan
ke atas sebuah premis syarikat di Lumut dan Sitiawan; sebuah di sebuah
pusat beli belah di Senawang dan dua premis masing-masing di Kuantan
dan Muadzam Shah.

"Semua dokumen berkaitan siasatan, wang tunai dan mata wang asing
dirampas ketika operasi.

"Mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan


perkhidmatan wang, seperti aktiviti pengurupan dan pengiriman wang
tanpa lesen, melakukan suatu kesalahan mengikut seksyen 4(1) MSBA
dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak
melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan mengikut seksyen 4(1) AMLATFA, individu yang


disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan
denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai perolehan aktiviti
atau instrumen yang menyalahi undang-undang pada masa kesalahan
dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu.

Susulan itu, Bank Negara menasihatkan orang awam untuk tidak membuat
apa-apa urusan pengurupan atau pengiriman wang dengan pengendali
perniagaan perkhidmatan wang haram.
Katanya, individu yang berurusan dengan pengendali perniagaan
perkhidmatan wang haram adalah melakukannya dengan risiko akan
mengalami kerugian kewangan akibat dana dilarikan oleh pesalah atau
aset dirampas oleh pihak berkuasa.

"Tindakan penguatkuasaan juga boleh dikenakan ke atas mereka oleh


pihak berkuasa yang berkenaan.

"Orang ramai juga dinasihati untuk hanya berurusan dengan pengendali


perniagaan perkhidmatan wang berlesen, yang boleh dikenal pasti melalui
logo rasmi Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB)
yang dipamerkan di kaunter," katanya.

Senarai pengendali perniagaan perkhidmatan wang berlesen juga


disediakan di laman sesawang Bank Negara Malaysia
di www.bnm.gov.my.

Operasi berkenaan adalah antara langkah berterusan BNM untuk


membanteras kegiatan pertukaran wang dan kiriman wang haram di
negara ini.

Anda mungkin juga menyukai