Anda di halaman 1dari 9

PELAN STRATEGIK

PASUKAN BADAN BERUNIFORM


PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

1
VISI PPIM

1. Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

2. Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

3. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,
emosi, sosial dan fizikal.

4. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

MISI PPIM

1. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang
nyata melalui program- program yang dijalankan.

2. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti
yang mencabar dan menarik.

3. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara
positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF

2
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan
seperti berikut:-

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, Raja dan Negara, Berilmu, Berakhlak mulia,
Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu,
mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T.
dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

MATLAMAT

1. Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu.
PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

2. Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian,
penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

3. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

4. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut,
maktab, kolej dan universiti.

5. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

6. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

3
7. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya
masyarakat setempat.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
1. Guru-guru berpengalaman dan komited 1. Buat masa ini sekolah tiada kemudahan yang mencukupi
2. Terdapat pelajar yang berpotensi untuk menjadi pemimpin 2. Ada pelajar yang kurang berminat menyertai aktiviti
yang baik kokurikulum dan lebih suka menjadi peserta pasif sahaja.
3. Sekolah sentiasa memperingatkan pelajar tentang penilaian 3. Guru-guru baru sesetengahnya kurang pengalaman dalam
PAJSK mengendalikan aktiviti bagi kelab atau persatuan yang
4. Sekolah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak PIBG dipertanggungjawabkan.
5. Anugerah kokurikulum diadakan untuk memberi pengiktirafan 4. Kekangan kewangan untuk menyertai program di luar
kepada pelajar yang aktif. sekolah

PELUANG ANCAMAN
1. Ibu bapa pelajar memberi sokongan dan kerjasama kepada 1. Ibu bapa kurang memahami faedah aktiviti kokurikulum
pihak sekolah.
2. Guru penasihat kurang pendedahan tentang pengurusan
2. Pibg sentiasa bersedia member sumbangan kewangan untuk aktiviti PPIM
membantu program sekolah.

4
ISU STRATEGIK,MATLAMAT, OBJEKTIF, KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) & SASARAN PRESTASI

SASARAN
Objektif
Bidang Isu Strategik Matlamat KPI
(Pelan Taktikal) TOV 2018 2019 2020

Kokurikulum Tiada pencapaian Penyertaan di 1. Mendaftarkan Unit Bilangan aktiviti Pergerakan Puteri
Badan di peringkat sekolah, peringkat Negeri Badan Beruniform Islam malaysia (Pertandingan kawad
Beruniform daerah,negeri, agar berpeluang kaki,Perkhemahan Unit Beruniform)
Pergerakan kebangsaan dan menyertai aktiviti di mencapai peringkat
Puteri Islam antarabangsa peringkat luar Sekolah :
malaysia sekolah. Johan 0 0 1 1
Naib Johan 0 1 1 1
2. Menyedarkan setiap Ketiga 1 1 1 1
ahli tentang aspek
disiplin dalam
setiap aktiviti. Bilangan aktiviti Pergerakan Puteri Islam
malaysia (Pertandingan kawad
3. Memberi bimbingan kaki,Perkhemahan Unit Beruniform)
dari segi teori dan mencapai peringkat
praktikum asas Daerah:
kawad kaki. Johan
0 0 0 1
Naib Johan
0 0 1 1
4. Memberi peluang Ketiga
0 1 1 1
kepada setiap
individu mewakili Bilangan aktiviti Pergerakan Puteri Islam
sekolah dalam malaysia (Pertandingan kawad
pertandingan kaki,Perkhemahan Unit Beruniform)
kawad kaki mencapai peringkat
peringkat sekolah, Negeri :
daerah,negeri dan Johan
kebangsaan. 0 0 0 0
Naib Johan
0 0 0 1
Ketiga
0 0 1 1

5
PELAN TAKTIKAL ( TAHUN 2018 )

BIDANG KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Bil Program Objektif Tanggungjawab Tempoh TOV ETR Indikator


Pencapaian
1. Meningkatkan PK KOKO 75% 90% Peratus
1 Pertandingan kemahiran Penyelaras Jul pelajar yang
Kawad kaki berkawad Uniform dapat
Antara Unit 2. Meningkatkan Guru Penasihat meningkatka
Unifom semangat n
berpasukan pengetahuan
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan
kemahiran
berkawad

Memastikan setiap PK KOKO 80% 100% Peratus ahli


2 Aktiviti pelajar lebih Penyelaras Sept Puteri Islam
Perkhemahan berkeyakinan dan Uniform yang
Anjuran Sekolah mempunyai semangat Guru Penasihat mendapat
jati diri yang tinggi. markah baik
dalam
penilaian
markah
kokurikulum
meningkat.

6
PELAN OPERASI 1

BIDANG KOKURIKULUM

PUTERI ISLAM

Nama Projek Kursus Asas Kawad Kaki

Objektif 1. Meningkatkan kemahiran berkawad


2. Meningkatkan semangat berpasukan

Tempoh Jul 2018

Kumpulan Semua ahli Puteri Islam SMK Trusan


Sasaran

Guru Terlibat 1) Penolong Kanan Kokurikulum


2) Guru Penasihat

Proses Kerja
 Pembentukan Jawatankuasa
 Mesyuarat
 Surat jemputan kepada jurulatih
 Borang penyertaan pelajar/waris
 Persiapan tempat
 Makanan dan minuman
 Sijil
 Dokumentasi
Kekangan Sukar memastikan kehadiran semua murid ke sekolah semasa latihan dan
semasa program kawad kaki dilaksanakan

Pemantauan Aspek pemantauan meliputi:


Pemantauan dilakukan oleh Pengetua/PK Kokurikulum/Guru
Kanan/penyelaras program dengan menggunakan instrumen yang dibina
khas.
Penilaian 1) Keberkesanan pengurusan program
2) Keberkesanan sikap dan sahsiah ahli sepanjang program dijalankan
3) Penyertaan murid dalam aktiviti yang disediakan
Penambahbaikan Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan
program pada masa hadapan

7
PELAN OPERASI 2

BIDANG KOKURIKULUM

PUTERI ISLAM

Nama Projek Aktiviti Perkhemahan Anjuran Sekolah

Objektif Memastikan setiap pelajar lebih berkeyakinan dan mempunyai semangat


jati diri yang tinggi.
Tempoh Sept 2018

Kumpulan Semua ahli Puteri Islam SMK Trusan


Sasaran

Guru Terlibat 1) Penolong Kanan Kokurikulum


2) Guru Penasihat

Proses Kerja Mesyuarat AJK


1.1 Pembentukan AJK Kerja
1.2 Bidang tugas
1.3 Merancang jadual/aturcara
1.4 Hal- hal lain
Kenalpasti Peserta Terlibat

Persiapan Kem
3.1 Surat kebenaran pihak berkuasa
3.2 Edaran surat kebenaran waris
Pelaksanaan program
4.1 Taklimat
4.2 Menjalankan aktiviti
4.3 Penutup
Pemantauan
Penilaian
Penambahbaikan
Laporan
Kekangan Sukar memastikan kehadiran semua murid ke sekolah semasa program
dilaksanakan dan pelajar kurang berminat dengan aktiviti perkhemahan.
Pemantauan Aspek pemantauan meliputi:
Pemantauan dilakukan oleh Pengetua/PK Kokurikulum/Guru
Kanan/penyelaras program dengan menggunakan instrumen yang dibina
khas.
Penilaian 1) Keberkesanan pengurusan program
2) Keberkesanan sikap dan sahsiah ahli sepanjang program dijalankan
3) Penyertaan murid dalam aktiviti yang disediakan

Penambahbaikan Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan


program pada masa hadapan

8
9