Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU RUKUN NEGARA


SK SERI PINANG
2014

1.0 Nama Program: “Minggu Rukun Negara SK Seri Pinang”.

2.0 Tujuan

Program ini bertujuan untuk:

2.1 Melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan


pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun
Negara di kalangan murid.

2.2 memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara,


kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah
pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
murid pelbagai kaum.

2.3 Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan
dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara
iaitu:

* Kepercayaan Kepada Tuhan


* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang‐Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

3.0 Rasional:

3.1 Membantu usaha kerajaan membentuk modal insan yang berkualiti, berdaya
saing, inovatif, kreatif dan berakhlak mulia.
4.0 Objektif:

4.1 Memperkenalkan prinsip prinsip Rukun Negara;


4.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;
4.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan
Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
4.4 Menjadikan prinsip prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup
yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia,
bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika
sejajar dengan wawasan negara.
4.5 Mewujudkan rasa kepunyaan PIBG dan komuniti terhadap sekolah serta
memupuk nilai-nilai murni yang perlu ada pada masyarakat sekitar.

5.0 Matlamat

5.1 Melahirkan murid-murid yang berperibadi mulia dan bermotivasi dengan


memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping
menjadikan mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan
dan berkeyakinan serta mempu memartabatkan nama sekolah.

6.0 Kumpulan sasaran:

Warga sekolah SKSP iaitu, guru-guru,kakitangan sekolah dan murid-murid.

7.0 Anjuran:

Kelab Rukun Negara SKSP


8.0 Pelaksanaan Aktiviti

Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan akan melaksanakan aktiviti berdasarkan


kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

3. Keluhuran Perlembagaan
Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
4. Kedaulatan Undang‐Undang
Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang- undang;
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan
sesuatu kaum.

6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Panduan Kelab
Rukun Negara.

Tarikh: 26 hingga 30 Oktober 2014


Hari : Ahad hingga Khamis
Masa : Rujuk Jadual
9.0 Strategi Perlaksanaan
9.1 Mesyuarat Jawatankuasa
9.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
9.3 Majlis pelancaran dan perasmian
9.4 Aktiviti Minggu Rukun Negara.
9.5 Penutupan Rasmi Minggu Rukun Negara

10.0 Jadual pelaksanaan aktiviti


Rujuk lampiran

11.0 Sumber kewangan


11.1 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

12.0 Anggaran Kos


Rujuk lampiran
Penutup:

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras
dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin
kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan
Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi
supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan
terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih
bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat
ini, Jabatan Perpaduan Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


.......................... ........................ ...............................

Syuhaila binti Ibrahim Iskandar bin Siji Mohd Rhazi b. Shariff


Penyelaras, PK Kokurikulum, Guru Besar,

Kelab Rukun Negara SK Seri Pinang. SK Seri Pinang.

SK Seri Pinang.
JADUAL AKTIVITI PROGRAM MINGGU RUKUN NEGARA 2014

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN


26 OKT 7.30 -8.00 i. Pelancaran Minggu Rukun Negara Semua Warga
2014 PAGI  Bacaan Rukun Negara oleh sekolah
(AHAD) Ketua pengawas
 Ucapan Guru Besar
ii. Penyelaras telah menerangkan
tentang aktiviti yang akan
dijalankan.
iii. GPK Kokurikulum memberi
penerangan mengenai Minggu Rukun
Negara.

27 OKT 7.40- 8.40  Pertandingan Melukis Poster Tahap 2


2014 PAGI Tahap 1
(ISNIN) 10.10-11.10  Pertandingan Mewarna
PAGI

28 OKT 7.40- 8.40  Pertandingan Mencipta Logo Tahap 2


2014 PAGI

(SELASA)
29 OKT
2014 7.40- 10.40  Kuiz Rukun Negara Tahap 2
PAGI  Pertandingan mencipta logo Tahap 2
(RABU)

30 OKT
2014 7.30 – 8.10 i. Penutupan Rasmi Minggu Rukun
PAGI Negara
(KHAMIS)  Penyampaian Hadiah
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI HADIAH KOS

1 MEWARNA TAHAP 1 DAN 2 TAHAP 1 – 95 X RM2


50 X RM2
RM190
TAHAP 2 –
45 X RM2

2 MELUKIS POSTER TAHAP 2 – 45 X RM3


45 X RM3
RM 135

3 SAJAK TAHAP 2 – 10 X RM3


10 X RM3
RM30

4 CIPTA LOGO TAHAP 2 – RM30


45 X RM2

5 KUIZ RUKUN NEGARA TAHAP 2 – 45 X RM2


10 X RM3
RM90

6 BANTING BANNER 3 RM520

STREAMER
1

JUMLAH RM995

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.......................... ........................... ..........................


Syuhaila binti Ibrahim Iskandar b. Siji Mohd Rhazi b. Shariff
Penyelaras, PK Kokurikulum, Guru Besar,
Kelab Rukun Negara SK Seri Pinang SK Seri Pinang
SK Seri Pinang
Rukun Negara
Pengisytiharan
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita cita
tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN


TARIKH : 26 ~ 30 oktober 2014

HARI : AHAD HINGGA KHAMIS

TEMPAT : SK SERI PINANG

ANJURAN:

KELAB RUKUN NEGARA

SK SERI PINANG

Anda mungkin juga menyukai