Anda di halaman 1dari 25

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan.......................................................................................................2

2.0 Biodata Pemimpin Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya.....................................4

3.0 Kod Etika Keguruan............................................................................................5

4.0 Akauntabiliti Guru................................................................................................8

5.0 Cabaran yang Dihadapi dan Cadangan Penambahbaikan...............................11

6.0 Penutup.............................................................................................................14

7.0 Rujukan.............................................................................................................16

8.0 Refleksi..............................................................................................................17

9.0 Lampiran............................................................................................................20

Transkripsi Temu Bual.............................................................................................20

Galeri Foto Sesi Temu Bual Bersama Pemimpin........................................................24

1
1.0 Pendahuluan

Profesion perguruan merupakan kerjaya yang sangat mulia. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005) menyatakan bahawa profesion dimaksudkan sebagai suatu bidang
pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran
yang tinggi dan latihan yang khas. Menurut Noriati A. Rashid et.al (2010), profesion
merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

Profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat
empat atriut dalam suatu profesion iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang
mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk
mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran atau persetujuan diberi kepada
suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Individu perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang mendalam dan menjalani program atau pendidikan formal yang
merupakan satu standard yang ditetapkan untuk seseorang sebelum diiktiraf sebagai
seorang profesional.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pemimpin bermaksud orang


yang mempimpin manakal kepimpinan pula diertikan sebagai keupayaan memimpin
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Setiap individu yang ada di muka bumi ini
merupakan pemimpin yang bertanggungjawab untuk memimpin golongan di
bawahnya. Contohnya seorang Pengurus di sebuah syarikat memantau setiap kerja
yang dilaksanakan oleh pekerja atau staf. Pemimpin mestilah mempunyai kredibiliti
dan keupayaan yang tinggi untuk memimpin atau mentadbir sesebuah organisasi.
Pemimpin mestilah mematuhi etika profesionnya semasa bertugas. Sebagai seorang
pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan,
seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas
pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan
individu. Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala,
pengetua, amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang
bawahan, ahli-ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan dan sebagainya.

Guru merupakan pemimpin di sekolah tempat berbakti. Guru merupakan


individu yang mahir dan pakar dalam sesuatu bidang. Sifat-sifat yang lhur mestilah

2
dimiliki oleh seseorang guru dan asas kepimpinan mestilah diasah dalam diri
seorang guru supaya guru tersebut mampu dan berupaya melahirkan generasiyang
bijak bestari, berdaya saing, berkemahiran dan berketerampilan. Guru mestilah
berusaha memperbaiki diri supaya dapat menjadi suri teladan kepada murid-murid
dan orang lain.

2.0 Biodata Pemimpin Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya

3
Puan Norhayati Abdul Kadir merupakan seorang pejuang dalam dunia
pendidikan yang dilahirkan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Abdul Kadir Bin
Awang dan Puan Fatimah Binti Abdullah di Singapura pada 5 Mei 1968. Keluarga
beliau berasal daripada negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau telah membina
bahtera rumah tangga bersama suami yang sangat dicintai iaitu Encik Sazali Bin
Mohd Salleh yang juga meruapkan seorang pendidik anak bangsa. Pasangan ini
telah dikurniakan seramai empat orang cahaya mata yang terdiri daripada tiga
puteri dan seorang putera. Beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca
pelbagai jenis buku motivasi dan beliau pernah bercita-cita untuk menjadi
seorang kaunselor.

Beliau sekarang memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan
Persekutuan Pulau Pinang dan Open University of Malaysia dalam bidang
Pengajian Sekolah Rendah Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Beliau
merupakan tokoh yang sangat disegani dan dihormati di Sekolah Kebangsan
Wangsa Jaya. Beliau berpengalaman mendidik anak bangsa selama hampir 27
tahun di Sekolah Kebangsaan Paya Terendam, Sik, Kedah, Sekolah Kebangsaan
Air Panas, Setapak, Kula Lumpur dan kini beliau berkhidmat di Sekolah
Kebangsaan Wangsa Jaya, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

3.0 Kod Etika Keguruan

Etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam


pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan perkara yang benar dan
salah. Perkataan etika atau ethics berasal daripada perkataan Yunani ethos yang
4
diertikan sebagai nilai-nilai, norma-norma, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah
laku manusia yang baik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), etika
bermaksud ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral, prinsip moral atau akhlak
atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu
kumpulan persapuan, pekerjaan dan lain-lain.

Sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, terdapat etika yang


perlu dipatuhi iaitu Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan niat
yang betul, perlakuan yang baik, pengerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa
yang dikatakan, berdisiplin dan beradab, menghargai dan bertanggungjawab hasil
usaha organisasi. Terdapat tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan
penyayang. Nilai-nilai utama ini mestilah diamalkan oleh seorang individu
berprofesionalisme guru.

Kod Etika Profesion merupakan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi untuk


menjaga imej profesion seseorang. Penetapan kod etika ini bertujuan menyekat
individu melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik profesionnya. Kod
Etika Profesion merupakan akhlak yang perlu dimiliki oleh semua individu yang
berkecimpung dalam profesion keguruan. Seorang guru profesional yang terlatih
perlu patuh kepada peraturan yang termaktub dalam etika kerja. Terdapat empat
etika keguruan yang perlu dipatuhi ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu, yang taat, berkebolehan dan berpegang teguh kepada Rukun Negara.
Melalui pendidikan, guru mestilah membimbing murid-murid memahami kebudayaan
murid, mengolah pengetahuan dan menyediakan murid-murid yang berdaya saing
untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Menurut Mohd Kamal Hassan (1988), faktor yang melemahkan pendidikan


ialah sikap guru yang terpengaruh dengan kebendaan melemahkan mereka sebagai
pendidik sejati. Perkara ini dapat dilihat apabila guru atau pendidik yang tidak
mempunyai roh atau jiwa guru akan bekerja sambil lewa dan tidak akan mematuhi
kod etika dan akauntabilitinya sebagai guru. Mereka hanya mengharapkan balasan
ketika menjalankan tugas mereka. Disebabkan sikap guru seperti inilah yang

5
menyebabkan nilai-nilai murni gagal diterapkan kepada murid-murid dan akhirnya
aspirasi negara mustahil untuk dicapai.

Guru perlu mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dan bersikap


adil terhadap setiap pelajar. Guru yang baik akan merahsiakan maklumat ikhtisas
atau sulit tentang pelajar dan sentiasa menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan
dan tingkah laku yang baik. Guru mestilah membimbing atau mengajar seseorang
pelajar tanpa mengira asal usul, bangsa dan agama. Guru perlu menerima pelajar-
pelajarnya tanpa syarat dan menerima seadanya akan kelebihan dan kelemahan
pelajar-pelajar.

Guru juga bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Guru sebagai wadah


perhubungan perlu menghormati tanggungjawab utama ibu bapa sebagai penjaga
pelajar tersebut. Guru perlu mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Guru perlu memberikan maklumat
kepada ibu bapa demi kepentingan akademik dan pembinaan sahsiah anak-anak
mereka. Guru perlu mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru tidak boleh menjadi pilih kasih
terhadap pelajar disebabkan oleh faktor ekonomi ibu bapa mereka. Guru yang baik
akan menerima ibu bapa tanpa syarat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok
atau perbuatan yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap kredibiliti
guru perlu dielakkan.

Guru juga bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara menghormati


perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama sesebuah komuniti atau masyarakat.
Guru perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Budaya, agama dan bangsa kaum
setempat tempat berkhidmat mestilah dihormati oleh guru agar suasana yang baik
dapat diwujudkan. Penyebaran sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara perlulah dielakkan oleh guru.

Sebagai guru, kita bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion


keguruan. Tanggungjawab ini perlu dijalankan supaya perhubungan yang baik antara
rakan sejawat dan nama baik profesion dapat ditinggikan. Kita perlu mengelakkan
diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan

6
nama baik seorang guru. Contohnya, kita tidak boleh melakukan perbuatan mengadu
domba dan perlu menghormati orang lain. Kita perlu menyelidik terlebih dahulu
masalah yang berlaku kepada rakan sejawat supaya keadaan tidak menjadi keruh.
Guru mestilah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat yang mempunyai masalah
sama ada masalah kerja atau masalah peribadi. Kita juga perlulah mengawal diri
supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan yang sangat mulia. Kita
perlu mematuhi segala etika kerja yang telah digariskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Menurut Puan Norhayati Abdul Kadir (2014), seseorang guru perlu mematuhi
kod etika keguruan ini supaya segala tingkah laku guru akan menjadi lebih terjaga
dan nama baik profesion dapat dikekalkan. Sebagai guru, kita perlu menjadi individu
yang menyelidik terlebih dahulu masalah yang berlaku kepada murid, ibu bapa,
rakan sejawat dan masyarakat supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh. Etika
profesion tidak boleh dipandang mudah kerana profesion ini melibatkan manusia.
Walau bagaimanapun, sifat keperikemanusiaan mestilah disuntik supaya pematuhan
etika ini berjalan seiring dengan elemen kemanusiaan seperti simpati dan empati.
Sekiranya terdapat guru-guru yang tidak mematuhi kod etika profesion ini, tindakan
mestilah diambil tetapi pemimpin harus bijak menjatuhkan sebarang hukuman.
Pemimpin perlu melihat dengan lebih mendalam setiap masalah yang dihadapi oleh
guru-guru atau orang bawahannya dan menilai secara telus tindakan yang perlu
dikenakan. Sebagai guru, kita mestilah jelas tentang etika-etika yang perlu dipatuhi
sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.

4.0 Akauntabiliti Guru

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) telah menunjukkan bahawa akauntabiliti


bermaksud sebagai sifat tanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang
diperlukan. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji (1991), konsep akauntabiliti adalah satu
obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan
prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan
7
tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu
keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti berkait dengan disiplin dan
kebertanggunjawaban individu terhadap seuatu keputusan atau tindakan yang
diambil. Keguruan bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru atau
tugas dan tanggungjawab sebagai guru (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
Akauntabiliti keguruan merujuk kepada tanggungjawab seorang guru terhadap
profesionnya dan tanggungjawab tersebut perlu difahami dan dilaksanakan oleh
seorang guru terhadap profesionalisme keguruannya. Akauntabiliti keguruan
merangkumi tanggungjawab terhadap pelajar, tenggungjawab terhadap diri sendiri,
tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion.

Akauntabiliti guru terhadap murid akan memastikan semua murid dapat


belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil
murid yang lemah. Murid akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar.
Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-
pendekatan pengajaran yang baharu. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai
segala yang berlaku di sekolah. Guru akan mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid-murid serta bersedia untuk membantu memberikan idea atau
cadangan untuk menyelesaikan masalah murid-murid. Guru yang berdedikasi akan
bersikap adil tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik,
sosial dan perkara-perkara lain dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Selain itu, guru juga akan bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa tanpa
mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran. Guru mestilah memberikan contoh
teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun
semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperoleh model yang baik.
Hal ini disebabkan oleh, guru merupakan orang yang dihormati oleh murid-murid.
Guru perlulah menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,
dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah dikawal
oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa

8
yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal mengurus kewangan maka guru
akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media
massa atau elektronik supaya mudah memberikan input yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Selain daripada tugas mengajar, guru juga
hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin,
kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan
jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

Guru mestilah berakauntabiliti terhadap profesion keguruan. Guru mestilah


menjadi ahli kesatuan guru dan guru perlu mengelakkan diri daripada membuat
sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya kepada media tempatan untuk
menjaga nama baik profesionnya. Guru perlu mengelakkan diri daripada
menganggotai parti berhaluan kiri atau kegiatan yang bersifat ganas. Selain itu, guru
mestilah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat dan mengelakkan diri daripada
terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau berbahaya manakala akauntabiliti guru
terhadap komuniti pula adalah tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh
merosakkkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah
meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran
yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan
dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi

9
mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar
dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Guru perlu sentiasa bersifat sopan-santun dan menunjukkan tingkah laku


yang baik dalam segala aktiviti sosial yang dijalankan sama ada di dalam kawasan
tempat bekerja mahupun di luar kawasan dan waktu bekerja. Guru yang
berakauntabiliti terhadap komuniti masyarakat Malaysia akan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan yang bersifat kemasyarakatan untuk
menjaga hubungan baik antara guru dan ibu bapa serta masyarakat setempat. Guru
juga akan sentiasa menghormati budaya dan agama ahli masyarakat setempat
tempat guru berkhidmat. Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan
sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Selain itu, guru
hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu
bapa pelajar. Persefahaman dan kerjasama yang baik dapat memastikan
keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Sebagai guru dan pemimpin, kita perlu ingat bahawa perbuatan yang baik
akan dibalas dengan perkara yang baik. Puan Norhayati Abdul Kadir juga berpegang
kepada prinsip yang sama. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat
dihormati oleh para guru di sekolah. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan
tidak memilih kerja-kerja. Beliau sangat dekat dengan murid-murid dan beliau sendiri
pernah membersihkan lantai yang telah dikotori dengan muntah murid. Beliau tanpa
berlengah-lengah terus mengemop kawasan lantai yang kotor itu tanpa perlu
meminta bantuan daripada staf kerja-kerja pembersihan. Hal ini telah menunjukkan
bahawa beliau seorang ynag berakauntabiliti sebagai guru yang cemerlang.

5.0 Cabaran yang Dihadapi dan Cadangan Penambahbaikan

“Selalunya masalah dengan murid tiada. Budak boleh kita bentuk.


Kalau kena gayanya, insyaAllah corak yang kita mahu akan
menjadi. Ada sedikit masalah dengan ibu bapa, masyarakat
setempat dan guru. Jika dilihat pada hierarki, masalah yang paling
sedikit adalah murid diikuti guru dan yang paling banyak adalah
dengan ibu bapa. Untuk melaksanakan sesuatu program, kita
mestilah mengambil hati mereka dahulu. Apabila kita berjaya

10
mengambil hati dan berjaya meyakinkan orang yang
bertanggungjawab itu bahawa dia mampu untuk melakukannya, kita
perlu menyedarkan dia akan kelebihannya dan kita cuba untuk
meminimakan kelemahannya. InsyaAllah program itu boleh berjalan
dengan baik dan lancar.”

(Puan Norhayati Abdul Kadir, 2014)

Sebagai pemimpin di sekolah, pihak pentadbir selalu berhadapan dengan


masalah-masalah yang diutarakan oleh ibu bapa berkiatan anak jagaan mereka.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh pemimpin yang dipilih. Beliau perlu sentiasa
bersedia untuk menghadapi sebarang aduan dan cadangan daripada ibu bapa dan
juga rakan sejawat. Sebagai pemimpin tertinggi di sekolah, Puan Norhayati bijak
mengambil hati guru-guru dan orang bawahannya dan meyakinkan mereka akan
kebolehan masing-masing supaya kerja yang akan dilaksanakan dapat diselesaikan
dengan sempurna.

Puan Norhayati Abdul Kadir (2014) berpendapat bahawa untuk menghasilkan


pekerjaan yang sempurna, pemimpin perlu bijak mengambil hati, meyakinkan orang
bawahan akan kelebihannya dan meminimakan kelemahannya supaya individu
tersebut menjadi positif untuk menjalankan tugas. Hubungan yang baik dalam
organisasi dapat dibentuk sekiranya pemimpin bijak mengimbangkan pengagihan
tugas-tugas kepada guru-guru. Pemimpin perlu tahu kemampuan dan kebolehan
orang bawahannya supaya tigas yang diberikan tidak terlalu membebankan dan
sesuai dengan minat dan keupayaan guru-guru.

Jika kita mahukan sesebuah program itu berjalan dengan baik dan lancar, kita
sebagai pentadbir perlu bersama dengan rakan sejawat atau orang bawahan. Puan
Norhayati Abdul Kadir (2014) berpendapat bahawa sebagai seorang pemimpin, kita
tidak boleh hanya pandai mengarah tanpa berada bersama guru-guru lain semasa
tugas-tugas dilaksanakan. Kita tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku
kerana teori dan praktikal amatlah berbeza. Kita perlu berada dalam kelompok yang
melaksanakan program dan hasilnya, sesebuah program yang dilaksanakan tersebut
akan berjaya.

11
“Apabila kita berinteraksi dengan ibu bapa, tidak boleh hendak
mereka dengar apa yang kita cakap, kadang-kadang kita perlu
mendengar apa ibu bapa cakapkan dan kita perlu bercakap apa
yang ibu bapa mahu dengar. Barulah sesuatu masalah itu boleh
diselesaikan.”

(Puan Norhayati Abdul Kadir, 2014)

Beliau berpendapat bahawa sebagai guru atau pemimpin di sekolah, kita perlu
menjadi pendengar yang baik. Walaupun perkara yang diceritakan oleh murid atau
ibu bapa itu tidaklah begitu menarik dan tidak begitu penting, tetapi kita perlu
sentiasa melapangkan masa kita sebagai guru dan pemimpin di sekolah untuk
menjadi pendengar yang baik. Kadang-kadang akan timbul perkara yang menarik
semasa dan selepas sesi perkongsian dijalankan. Pelbagai perkara baharu yang
akan diperoleh semasa sesi perbincangan diadakan. Kita tidak boleh ambil mudah
sahaja dan perlu sentiasa cakna akan perkembangan akademik dan sahsiah murid.

Dalam kehidupan seorang guru, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah
kita tidak boleh lari daripada dasar pendidikan dan mematuhi garis panduan kita
sebagai penjawat awam. Dasar pendidikan yang digubal oleh kerajaan membawa
kepada kejayaan sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai individu yang memandang
ke depan, jika kita tidak boleh teruskan usaha mendidik dan menjadi seorang guru
yang baik, kita perlu menarik diri lebih awal supaya kita tidak menjejaskan profesion
keguruan. Yang paling penting sekali untuk menjadi guru, individu mestilah
mempunyai roh dan jiwa seorang guru. Profesion perguruan ini tidak boleh
dipandang enteng kerana melalui pendidikanlah akan lahirnya anak-anak bangsa
yang terdidik untuk mengharumkan nama negara di seantero dunia.

Sekiranya terdapat masalah yang berlaku dalam kalangan rakan sejawat,


beliau menasihatkan supaya meletakkan sifat kemanusiaan semasa menjalankan
sebarang hukuman atau tindakan. Sebesar mana pun kesalahan individu tersebut,
sifat kemanusiaan perlu diselitkan. Sebagai pemimpin di sekolah, jangan pula terlalu
bersimpati dengan rakan sejawat yang melakukan masalah. Pada mulanya, kita perlu
mengenal pasti dahulu masalah yang berlaku dan menangani masalah itu

12
berpandukan kod etika profesion keguruan dan meyelitkan sedikit unsur
kemanusiaan.

Untuk menjadi seorang pentadbir, sebenarnya kita perlu banyak bersabar dan
meningkatkan kemahiran mendengar. Sebagai seorang pemimpin, janganlah kita
cepat ‘jump into the conclusion’. Persepsi manusia berbeza-beza. Kita perlu
membuat penilaian sendiri dan perlu diingat bahawa proses menilai manusia
memperuntukkan masa yang sangat lama. Untuk menjadi seorang ketua yang baik,
janganlah terlalu cepat melatah dan kita perlu memberikan masa untuk mengenal
dan menerima seseorang itu pada hari ini tanpa melihat kesilapan yang berlaku
dalam sejarah hidupnya yang telah lalu.

Sebagai pemimpin, jika kita menghadapi sebarang masalah di sekolah


contohnya terdapat guru-guru yang tidak mengikut kod etika keguruan dengan baik
dan tidak berakauntabiliti, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan
bertindak apabila berada dalam emosi marah dan tidak stabil. Kita perlu lebih banyak
mendengar kerana keputusan yang bijak akan terhasil apabila kita dalam keadaan
yang stabil dan tenang. Kita perlu memperbanyakkan membaca dan selalu
menempatkan diri di dalam kasut orang lain iaitu bersifat empati kerana kita akan
lebih memahami perkara yang sedang berlaku di sekiling kita.

6.0 Penutup

Tranformasi dalam sistem pendidikan semakin bergerak pantas ke hadapan.


Perubahan-perubahan ini bertujuan untuk memenuhi aspirasi negara berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Di samping ke arah kebaikan, perubahan
ini juga merupakan cabaran yang terbesar buat guru-guru dan bidang profesion ini.
Setiap individu mestilah bersaing untuk meningkatkan kecekapan, prestasi kerja dan
keterampilan dalam era kepesatan teknologi. Setiap individu yang berkecimpung
dalam profesion ini mestilah mengekalkan kewibawaan masing-masing agar

13
profesion ini tetap dipandang mulia dan disegani oleh masyarakat. Peraturan-
peraturan yang telah termaktub seharusnya dipatuhi dan dijadikan pedoman

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami


tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan berdedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan
sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut
melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya
terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang
guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang dilaksanakannya.
Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya
seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya, maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan
akan gagal melahirkan modal insan seperti yang dicita-citakan negara. Ini akan
menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa
diperhatikan dan seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan
contoh yang terbaik supaya kita menjadi role model kepada setiap murid kita. Jadi,
sebagai seorang guru, kita seharusnya memperbetulkan dan merpermoekkan dahulu
budi pekerti dan meninggikan moral diri kita sebelum menasihat atau menegur
pelajar supaya pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai role model
terbaik untuk dirinya. Peningkatan intelek, akademik, persekitaran dan arus
kemodenan telah banyak mengubah masyarakat moden kini yang lebih
berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Oleh yang demikian, guru-guru perlu

14
bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama berganding bahu dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.0 Rujukan

Abdullah Hasan & Ainon Mohd. (2002). Komunikasi untuk Pemimpin. Pahang: PTS
Publications.

Akhiar Pardi et al. (2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

15
Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

John West - Burnham. (1999). Managing Quality in Schools. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia.

Mohd Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif


Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Noriati A. Rashid et al. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia.

8.0 Refleksi

Selamat sejahtera diucapkan, saya Siti Aini Binti Ahmad dari kumpulan PISMP
8B telah diberikan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu daripada pensyarah kursus
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083) iaitu Encik Lee
Thoo Hai. Bersyukur saya kerana telah diberikan kesempatan dan peluang kepada
saya untuk berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya. Di sini saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada keluarga, teman-
teman seperjuangan serta tidak dilupakan pensyarah yang dihormati, Encik Lee
Thoo Hai yang telah memberikan sokongan padu semasa menyelesaikan tugasan
ini.
16
Pada mulanya melalui pandangan kasar, tugasan yang diberikan sangat sukar
untuk diselesaikan. Perbincangan untuk menyediakan tugasan yang sempurna
bukanlah perkara yang remeh- temeh. Masa yang banyak diperlukan untuk
menyiapkan tugasan ini. Pengurusan masa yang baik sangat penting dalam
meyiapkan tugasan ini. Mencari rujukan untuk menyiapkan kerja kursus ini bukanlah
semudah yang disangkakan. Tapi bak kata pepatah Melayu, ‘hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih’. Panduan daripada bahan ilmiah yang menjadi rujukan juga
telah mengubah tugasan yang sukar menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun,
selama menyiapkan kerja kursus ini saya dapat mengetahui pelbagai ilmu baharu
dalam kursus ini. Tugasan ini juga mengajar saya dalam mencari maklumat dengan
tepat dan sistematik. Melalui tugasan ini, saya dapat memantapkan kemahiran saya
dalam mencari maklumat. Kesemua ini merupakan ilmu yang baharu bagi saya.
Saya perlu menguasainya dengan baik untuk menjadi guru yang terbaik.

Kemahiran bernilai tambah merupakan aspek yang penting yang bagi seorang
bakal untuk menguasainya sebelum menjadi seorang guru sebenar. Kemahiran ini
perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai perkara telah saya pelajari
seperti mengetahui dengan lebih mendalam tentang kod etika keguruan dan
akauntabiliti sebagai guru dan pemimpin. Sebelum ini, saya tidak mengetahui
tentang kod etika dan akauntabiliti guru, namun setelah membuat kerja kursus ini,
saya menjadi lebih faham tentang perkara yang perlu dibincangkan ini. Aspek etika
dan konsep akauntabiliti keguruan merupakan aspek atau komponen yang sangat
penting dalam dunia seorang guru. Ilmu ini tidak seharusnya dipandang enteng atau
diperlekehkan kerana tanpa ilmu ini, kita tidak dapat menjadi guru yang berupaya
memahami murid-murid. Kod etika profesion dapat membantu guru untuk
mengekalkan kewibawaan profesionnya. Saya juga telah mengetahui tanggungjawab
guru terhadap murid-murid, diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan
sejawat dan profesion. Ilmu ini sangat penting dan bermakna supaya saya dapat
mengekalkan imej yang baik tentang diri dan profesion keguruan. Kod Etika
Profesion sanagt penting supaya profesion ini tidak tercemar dan tidak dipandang
rendah oleh masyarakat.

17
Saya juga telah mengetahui cirri-ciri seorang guru yang profesional dalam
profesionnya. Seorang guru mestilah mempunyai ciri-ciri guru yang professional iaitu
mempunyai kemahiran mendengar yang baik dan dapat mempengaruhi murid-murid
atau individu lain melalui personaliti yang unggul. Seorang guru yang profesional
perlu menetapkan tujuan yang jelas untuk setiap mata pelajaran dan bekerja untuk
memenuhi tujuan tertentu dalam setiap kelas. Guru yang baik mestilah mempunyai
keterampilan dalam mendisiplinkan yang efektif sehingga mampu mempromosikan
perubahan tingkah laku yang positif di dalam bilik darjah dan berkebolehan dalam
pengurusan bilik darjah dan pentadbiran di sekolah. Seorang guru yang profesional
seharusnya menjaga komunikasi terbuka dengan orang tua dan memberikan mereka
informasi yang terbaharu tentang perkara yang sedang berlaku di dalam kelas sama
ada dalam kurikulum, disiplin, dan isu- isu lain. Guru juga mestilah bergerak seiring
dengan perkembangan teknologi seperti pengaplikasian telefon, facebook, email,
twitter dan laman sosial lain untuk menyampaikan maklumat. Selain itu, guru yang
profesional perlulah memiliki pengetahuan yang mendalam tentang kurikulum
sekolah dan standard sekolah.

Melalui bidang ilmu asas kepimpinan dan profesional keguruan ini, saya
dapat menzahirkan tanggungjawab saya untuk mendidik dan mebimbing murid-murid
tanpa mengenal penat dan lelah. Perkhidmatan kepimpinan juga akan diaplikasikan
oleh saya semasa di sekolah nanti tanpa berlakunya amalan rasis di mana khidmat
ini akan diberikan tanpa mengira bangsa dan agama kerana saya bertanggungjawab
menerima semua murid tanpa bersyarat. Setiap murid mestilah dilayan untuk
perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang
sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Melalui profesional
keguruan, saya dapat menjadi contoh yang terbaik kepada murid-murid untuk
menghindarkan murid-murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti
tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras
ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku sosial yang lain.

Pada masa yang akan datang, saya akan membantu murid memahami
dirinya, orang lain secara mendalam dan menerokai tujuan hidup sendiri. Saya juga
akan menolong mereka memilih serta merancangkan kehidupan mereka dengan
berkesan dan murid boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tingkah

18
lakunya pada masa kini dan masa hadapan. Guru berfungsi sebagai agen yang
bertindak untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

Saya sangat gembira kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawab yang


diberikan kepada saya. Segala ilmu yang diperoleh akan saya kembangkan kepada
teman- teman seperjuangan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dan jasa kalian sentiasa
dikenang sepanjang masa.

Sekian, terima kasih.

9.0 Lampiran

Transkripsi Temu Bual

Transkripsi
Penemu bual Assalamualaikum. Apa khabar puan?
Guru Waalaikumsalam. Alhamdulillah, baik.
Penemu bual Bolehkah puan memperkenalkan sedikit banyak tentang latar
belakang diri, keluarga dan pendidikan puan?
Guru Saya Puan Norhayati Abdul Kadir. Saya mula mengajar pada tahun
1989. Penempatan pertama di Sekolah Paya Terendam, 3 tahun di
sana, saya ditukarkan ke Kuala Lumpur kerana berkahwin. Sekolah
kedua di Sekolah Kebangsaan Air Panas di sana selama 23 tahun.
Kerana terlalu lama, jawatan sekarang PK HEM dan pernah beberapa

19
kali ditawarkan menjadi PK Tadbir. Saya lebih selesa menjadi PK HEM
kerana saya suka berurusan dengan budak-budak.
Penemu bual Apakah bidang tugas puan sebagai PK HEM?
Guru PK HEM sebagai pintu gerbang pertama sekolah kerana orang
pertama yang akan berurusan dengan ibu bapa dan ibu bapa
merupakan klien sekolah. Ibu bapa yang datang selalu ke sekolah
untuk bertanya tentang anak. Jika urusan tentang anak, orang yang
pertama yang akan jawab tentang ini ialah PK HEM. Satu kebajikan
murid, disiplin murid dan apa sahaja tentang murid di bawah PK HEM.
Bidang tugasnya tentang murid ini adalah 14 bidang. Termasuk
kebajikan, disiplin, bimbingan kaunseling dan jika kita lihat skopnya
lebih kurang 14 bidang.
Penemu bual Sepanjang menjadi PK HEM, apakah cabaran yang puan hadapi
semasa berhadapan dengan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru di
sekolah?
Guru Lain sekolah lain budaya. Apa yang saya nampak, walaupun saya
baru dua sekolah, tetapi apabila saya berjumpa dengan PK HEM yang
lain, ada PK HEM yang anak muridnya dalam lebih kurang 100.
Macam saya, anak murid saya saya pernah di Air Panas anak murid
saya hampir seribu. Kita perlu meletakkan diri kita dalam budaya
sekolah. Kalau kita letakkkan diri kita dalam budaya sekolah, kita ikut
rentak. InsyaAllah kita akan dapat menangani masalah. Selalu kita
ingat kita buat baik dengan orang, orang lain akan buat baik dengan
kita. Dan satu lagi apabila kita berinteraksi dengan ibu bapa, tak boleh
nak dia dengar apa yang kita cakap, kadang-kadang kita kena dengar
apa dia cakap dan kita kena cakap apa yang dia nak dengar. Baru
masalah tu boleh selesai.
Penemu bual Sebagai penjawat awam, kita ada kod etika. Pada pendapat puan,
apakah cara untuk melaksanakan etika keguruan dan akantabiliti
sepanjang berada di sekolah?
Guru Pertama sekali, kita tak boleh lari daripada dasar. Kalau sudah
ditetapkan dasarnya begini, beginilah kita kena ikut. Kalau kita rasa
tak boleh daripada awal, kita jangan jadi cikgu. Itu satu yang penting.
Kita kena tahu dasar dan garis panduan kita sebagai penjawat awam.
Yang paling penting sekali untuk menjadi guru, mesti ada jiwa guru.

20
Tak ada jiwa guru, jangan masuk maktab. Jangan main tangkap muat.
Penemu bual Adakah guru-guru di bawah pimpinan puan melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan sebaiknya?
Guru Kalau kita mahu program itu berjalan dengan baik, kita sebagai
pentadbir perlu ada bersama dan tak boleh ‘just be point’ awak buat itu
awak buat ini. Kita tak tahu apa sebenarnya berlaku kerana teori dan
praktikal amat berbeza. Kita perlu berada dalam kelompok yang
melaksanakan program, insyaAllah program tersebut akan berjaya.
Penemu bual Apakah yang menajdi halangan kepada puan untuk menjalankan
tugas sebagi guru dan pentadbir?
Guru Selalunya masalah dengan murid, tiada. Budak boleh kita bentuk.
Kalau kena gayanya, insyaAllah corak yang kita mahu akan jadi. Ada
sedikit masalah dengan ibu bapa, masyarakat setempat dan guru. Jika
ikut pada hierarki, masalah yang paling sedikit murid, guru dan paling
banyak dengan ibu bapa. Untuk melaksnakan sesuatu program, kita
kena ambil hati dulu. Apabila kita berjaya mengambil hati dan berjaya
meyakinkan orang yang bertanggungjawab itu mampu dia boleh
lakukan, kita sedarkan dia akan kelebihannya dan kita cuba untuk
meminimakan kelemahannya, insyaAllah program itu boleh berjalan.
Selalunya yang tak jadi dengan cikgu ini kerana cikgu ini tidak yakin
dia boleh buat benda itu. Macam kita, jika kita disuruh cakap topik
yang kita tahu, kita akan yakin. Kita kena cari dahulu kelebihan dan
kelemahan orang yang akan bekerja dengan kita.
Penemu bual Bagaimanakah puan menghadapi situasi terdapat guru yang kurang
kesedaran tentang kod etika yang telah digariskan dan akauntabiliti?
Guru Satu, kita kena ikut etika perguruan. Kita perlu ada sifat kemanusiaan.
Macam mana pun, ada cikgu itu buat salah. Macam mana simpati kita
pun, diatetap perlu diambil tindakan. Sebagai guru besar, kita perlu
selitkan kemanusiaan di situ. Mula-mula, kita kena kenal pasti dulu
masalah dan menangani masalah itu dengan etika kerja dan sedikit
kemanusiaan di situ. Tak boleh manusia sangat sebab nanti tak jadi
kerja nanti.
Penemu bual Dalam sesuatu program, bagaimanakah cara puan mengagihkan
tugasan kepada guru-guru dengan berkesan?
Guru Saya lebih suka kalau tugasan itu pada awalnya mengikut kelebihan
dan minat masing-masing. Tapi kadang-kadang, bakat terhasil apabila
21
dia kena buat. Biarlah pengagihan tugas itu biarlah seimbang dan
bukan orang yang sama. Manusia ini fitrahnya apabila orang kenal
pasti kelebihannya, dan ada sedikit penghargaan kepadanya tak
semstinya perlu bagi hadiah yang besa-besar tetapi cukup dengan
memngucapkan terima kasih dan menghargainya dengan cara
tersendiri akan menghasilkan kerja yang baik.
Penemu bual Apakah kelebihan dan kekuatan pada puan sebagai seorang
pemimpin?
Guru Saya tak tahu tentang diri saya. Saya suka mendengar. Kadang-
kadang saya tak berminat sangat pun dengan cerita yang nak
didengar, tetapi saya rasa tanggungjawab saya untuk mendengar dan
bila saya duduk dan mendengar, saya dapat banyak perkara yang
pada asalnya saya tak suka nak dengar tetapi apabila dia sudah mula
bercerita, ada benda yang sebenarnya menarik minat saya. Selalu
akan menjadi seperti itu. Untuk menjadi pentadbir sebenarnya kita
kena banyak bersabar, kena banyak kemahiran mendengar. Belum
tentu benda yang kita dengar itu kita akan ikut, tetapi kena banyak
kemahiran mendengar. Dan satu lagi, jangan cepat ‘jump into the
conclusion’. Persepsi manusia berbeza-beza. Kita perlu buat penilaian
sendiri dan menilai manusia ini perlukan masa yang lama. Untuk
menjadi ketua yang baik, jangan cepat melatah dan beri masa untuk
kita kenal dan terima orang itu pada hari ini.
Penemu bual Apakah petua, tips atau nasihat dan harapan puan terhadap bakal-
bakal guru?
Guru Jangan bertindak bila marah, lebih banyak mendengar, keputusan
yang bijak apabila kita tenang. Perlu banyakkan membaca dan selalu
tempatkan diri di dalam kasut orang lain. Pilihlah sekolah yang banyak
masalah.

22
Galeri Foto Sesi Temu Bual Bersama Pemimpin

23
24
25