Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Moral merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam
hubungan sesama manusia, yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan
kepada pemikiran dan umum yang tertentu. Moral pada pandangan agama adalah
satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan
seharian, baik dalam soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal
perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. O l e h s e b a b
itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalaha n mereka
dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan.
Perbincangan mengenai moral juga sering dikaitkan dengan beberapa teori oleh ahli
falsafah yang terkenal dalam bidang berkaitan moral. Hal ini kerana, setiap ahli
falsafah melihat sesuatu isu moral itu dari sudut yang berbeza berdasarkan penilaian dan
kepercayaan hidup yang mereka pegang.

Definisi Moral
Pemahaman mengenai “apa itu moral” setiap orang adalah berbeza -beza.
Pada umumnya ahli – a h l i f a l s a f a h m e n g a t a k a n b a h a w a m o r a l h a n y a
ditujukan kepada makhluk -makhluk yang rasional sahaja. Konsep moral
ini tidak ditujukan kepada makhluk yang tidak berpandukan kepada
prinsip-prinsip rasionaliti. Haiwan yang melakukan perbuatan tidak senonoh di
tempat terbuka seperti membuang air besar atau membuang air kecil tidak
dianggap tidak bermoral kerana mereka tidak tahu prinsip-prinsip rasionaliti.
Berbanding manusia yang membuang air besar atau air kecil di tempat terbuka
dianggap tidak bermoral dan melakukan kesalahan kerana norma dan undang-undang
dalam masyarakat yang mengharamkan perbuatan tersebut. Moral bermaksud
“concerned with principles of right and wrong behavior ” (Oxford Advanced
Learner’s Dictionary: 2005). Manakala dalam kamus dewan (1986) pula, moral
bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan atau
yang berkaitan dengan betul atau salah. Moral juga berasal dari Bahasa Latin
iaitu moralitas yang bermaksud adat, kebiasaan, s o p a n , t r a d i s i , b u d i p e k e r t i ,
d a n s e b a g a i n y a y a n g m e m p u n y a i k a i t a n d e n g a n p e r a t u r a n d a n piawaian
dalam sesebuah masyaraka Masyarakat telah menentukan sesuatu tindakan itu
betul atau salah berdasarkan suara majoriti. Jika sekumpulan remaja
menunggang dengan laju dan membahayakan orang lain. Perbuatan tersebut
dianggap tidak bermoral. Sebaliknya jika seorang remaja menunggang motor mengikut
undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan maka mereka
d i a n g g a p b e r m o r a l . Pemahaman mengenai moral ini tidak spesifik dan
b e r s i f a t d i n a m i k m e n g i k u t s e j a r a h d a n tatacara hidup sesebuah masyarakat
berkenaan (Dorothy Emmet: 1979).Moral terbahagi kepada dua iaitu baik yang bermaksud
segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Ianya tidak
memudaratkan individu berkenaan dan juga masyarakat di sekelilingnya. Manakala buruk
pula bermaksud suatu tingkah l a k u y a n g d i k e n a l p a s t i o l e h e t i k a s e b a g a i t i d a k
b a i k d a n memberi kemudaratan kepada diri dan juga orang di sekelilingnya
Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan
agama yang ditetapkan oleh masyarakat. Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan
bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik. Moral
melibatkan perhubungan manusia dengan alam semula jadi, perhubungan dengan makhluk
lain, perhubungan manusia antara manusia dan perhubungan manusia dengan bukan
manusia. Manusia yang tidak memiliki moral disebut “amoral” ertinya seseorang individu
yang telah terpesong atau lari dari landasan akhlak yang sebenar atau tidak memiliki nilai
positif di mata masyarakat lain.
Dari segi pendekatan kajian moral terdapat dua pendekatan. pendekatan pertama
adalah pendekatan saintifik iaitu merujuk kepada kajian saintifik terhadap tingkah laku
manusia. Pendekatan kedua pula merupakan pendekatan normatif atau standard dan
preskriptif yang juga dikenali sebagai pendekatan falsafah. Ia terdiri daripada tiga elemen
iaitu egoism, atruism dan utilitarianism. Egoism iaitu manusia seharusnya bertindak mengikut
kepentingan peribadi. Terdapat dua jenis egoism iaitu psychological egoism dan ethical
egoism. Psychological egoism membawa maksud pandangan masyarakat tentang kelakuan
manusia atau keinginan manusia dalam mencapai sesuatu manakala ethical egoism adalah
tentang teori apa yang harus diikuti oleh manusia dalam budaya sebenar masyarakat.
Kewujudan dua egoism akan menimbulkan dilema moral kepada kita. Atruism pula adalah
manusia seharusnya sentiasa bertindak mengikut kepentingan orang lain. Utilitarianism
berkonsep manusia seharusnya sentiasa bertindak kepentingan semua orang termasuk
kepentingan peribadi.
Moral secara ekplisit adalah hal-hal yang berhubungan dengan proses sosialisasi.
Tanpa moral proses sosialisasi tidak akan berlaku. Moral pada zaman sekarang mempunyai
nilai implisit kerana ramai orang yang mempunyai moral atau sikap “amoral” itu mempunyai
sudut pandang yang sempit. Moral adalah nilai mutlak dalam kehidupan bermasyarakat
secara utuh. Penilaian terhadap moral diukur dari kebudayaan masyarakat setempat. Moral
adalah perbuatan atau tingkah laku ataupun ucapan seseorang dalam berinteraksi dengan
manusia. Apabila yang dilakukan seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang berlaku di
masyarakat tersebut dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya,
maka orang itu dinilai mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya. Moral adalah
produk dari budaya dan agama.
Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan
ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti oleh sesebuah masyarakat. Ia juga
merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku
berdasarkan pandangan sejagat dan budaya sesuatu masyarakat.
Moral disamakan dengan etika. Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief
menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Moral
bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang
dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji,
menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh
etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Aplikasi moral dalam etika guru dan pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di negara ini


menumpukan kepada perkembangan individu yang menitik beratkan aspek keseimbangan
dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Moral mempunyai dua prinsip asas iaitu adil dan penyayang. Prinsip adil melibatkan
konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan. Di sini ia
merujuk kepada pelakuan guru yang tidak berat sebelah atau pilih kasih terhadap pelajar
atau masyarakat setempat tanpa mengira status,rupa, bangsa dan agama. Tindakan yang
adil melibatkan taakulan atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit, motif dan latar
belakang sesuatu kes tertentu. Tindakan dianggap adil sekiranya hukuman yang diberi
kepada sesuatu salah laku yang dilakukan tidak memberi manfaat kepada satu pihak sahaja.
Di samping itu, hak – hak yang dianggap sah adalah seperti terdapat kesaksamaan dalam
ganjaran, harga dan pertukaran serta kesaksamaan dalam agihan sumber. Selain itu, prinsip
adil menuntut layanan yang sama diberi kepada situasi yang sama dengan menggunakan
pendekatan yang serupa dan pertimbangan kepada kes yang memerlukan keperluan khas
dengan menggunakan cara yang berlainan jika terdapatnya sebab yang munasabah dan adil
(Audi, 1999)
Manakala prinsip penyayang pula melibatkan konsep hormat, tanggungjawab dan
kasih sayang dalam mengekalkan perhubungan antara individu dan perkembangan
kebajikan orang lain. Situasi ini melibatkan interaksi sosial antara guru dengan pelajar, guru
dengan guru serta guru dengan masyarakat sekeliling. Prinsip ini memerlukan seseorang
individu mengelakkan kecerderaan terhadap orang lain dengan mengambil berat keperluan,
kepentingan dan perasaan orang lain dalam berkembangkan kebajikan orang lain. Selain
daripada itu prinsip ini juga bermakna sekiranya kita melayani orang lain sebagai sesuatu
matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat
tersendiri. Matlamat orang lain tidak semestinya sama dengan kita diri sendiri dan dengan itu
pandangan mereka perlu dihormati. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa pandangan
orang lain patut diterima jika kita menilaikan bahawa pandangan mereka adalah tidak logik
atau munasabah dan dianggapkan tidak baik atau salah dari segi moral. Prinsip juga dikenali
sebagai prinsip kepedulian (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) atau prinsip altruisme yang
memberi kepentingan kepada orang lain.
Selain daripada itu, masyarakat merupakan golongan dalam Wawasan 2020 dan
sektor pendidikan difokuskan untuk menjayakan aspirasi ini. Jadi, adalah menjadi tugas para
guru untuk memikul tanggungjawab ini. Ciri – ciri guru yang terbaik amat dititikberatkan iaitu
dari segenap aspek yang utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hal ini supaya
dapat melahirkan murid yang cemerlang yang dilahirkan dari guru yang cemerlang juga.
Globalisasi yang pesat membangun memerlukan guru dan murid yang berdaya tahan untuk
sama – sama mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara yang sudah menjadi status
negara maju. Maka dengan itu, guru yang cemerlang amat diperlukan bagi mewujudkan
masyarakat yang maju.
Bukan itu sahaja, Falsafah pendidikan Guru (FPG) juga ada menekankan untuk
seorang guru harus mempunyai peribadi yang berperketi mulia. Seorang guru perlu
mempunyai sahsiah yang baik. Misalnya berbudi bahasa, berdisiplin dan bermoral tinggi.
Guru yang mempunyai sahsiah baik dapat menjadi teladan kepada pelajarnya di samping
dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih efisien. Hai ini
disebabkan setiap kerja yang dibuat akan memberi hasil yang baik. Contohnya, guru yang
kemas dan sopan membuatkan pelajarnya lebih bersemangat untuk belajar jika
dibandingkan dengan guru yang selekeh. Kebiasannya golongan kanak – kanak senang
tertarik dengan penampilan orang lain, apatah lagi individu tersebut merupakan gurunya.
Kesannya dapat membuatkan pelajar tahu akan etika pakaian yang kemas dan sesuai
mengikut situasi. Guru akan membuatkan pelajarnya mencontohi setiap perlakuannya tidak
kira sama ada baik atau buruk. Jika setiap guru menunjukkan contoh yang baik maka akan
menghasilkan pelajar yang baik juga. Guru yang cemerlang merupakan guru yang dapat
memberi keyakinan kepada pelajarnya untuk membuat perkara baik secara berterusan.
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas moral memberi peranan yang penting dalam profession
perguruan. Guru sebagai teladan kepada setiap tingkah laku yang berupaya membentuk
perwatakan diri pelajar dengan pelbagai keteguhan nilai diri antaranya bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dalam situasi tertentu. Oleh itu, guru harus
menampilkan perwatakan terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa. Di sini peranan guru amatlah penting untuk menerapkan akhlak
dan adab yang baik mahupun buruk agar ilmu tersebut dapat dipraktikkan apabila
berhadapan dengan sebarang situasi pada bila-bila masa.