Anda di halaman 1dari 1

TUGAS GURU DARJAH

 Memupuk budaya bersalaman,memberi salam,berterima kasih dan budaya sekolahku rumahku


di kalangan murid-murid.

 Bertanggungjawab atas kebersihan murid dan bilik darjah.

 Menyusun bilik darjah agar sentiasa berkeadaan kemas dan bersih.

 Menyediakan sudut kenyataan,sudut bacaan,sudut-sudut pembelajaran dan sebagainya dalam


bilik darjah.

 Mengawal perabot-perabot dalam bilik darjah.

 Menyediakan senarai peralatan di dalam bilik darjah.

 Mengemaskini rekos PKBS,program Nilam dan fail murid.

 Menyempurnakan dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh pejabat kesihatan.

 Memastikan nama murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran.

 Mengawasi buku teks yang dipinjam murid-murid.

 Mengemaskini buku jadual kedatangan murid.

 Melatih dan membentuk murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.

 Menyediakan jadual waktu darjah.

 Mengemaskini buku rekod mengajar.

 Menyediakan jadual tugas mingguan pelajar.

 Mengisi pelbagai borang yang dikehendaki dari semasa ke semasa.

 Berkerjasama dengan pelawat,penyelia dan sebagainya.

 Mengelolakan urusan peperiksaan.

 Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama 3 hari
berturut-turut.

 Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa murid yang mengalami masalah
kesihatan,kelakuan dan sebagainya.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dan ditentukan oleh Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai