Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI

Bidang Pembelajaran : Perkembangan Awal Matematik

Nama Pendidik : Nurul Sharifah Rozaila Bt Rosli

No. Kad Pengenalan : 931029-03-5836

Tajuk : Mari mengira objek

Umur : 4 Tahun

Kebolehan Sedia Ada : Kanak-kanak telah diajar mengenal nombor dan sebutan 1-5

Bil. Kanak-kanak : 2 Orang

Tarikh/Masa : 15 minit

Objektif :

1. Kanak-kanak boleh menggunakan nombor untuk mengira


2. Kanak-kanak dapat membilang objek dengan betul

Bidang Perkembangan :

1. Perkembangan Matematik (Kanak-kanak membilang objek yang ada)


2. Perkembangan Bahasa (Kanak-kanak menyanyi lagu “Jari, tap, tap, tap” bersama guru)
3. Perkembangan Sosioemosi (Kanak-kanak menyentuh objek yang dibawa)
4. Perkembangan Fizikal (Kanak-kanak membuat pergerakan tangan semasa aktiviti
menyanyi)

Bahan : Kad nombor, balang, bekas, dan bola


Langkah Mengendalikan Aktiviti :-

1- Pendidik beramah mesra dan bersoal jawab dengan kanak-kanak.


2- Pendidik meminta kanak-kanak berdiri dan menyanyikan lagu “Kira Jari” bersama-sama
sambil membuat pergerakan tangan.

Satu jari, satu jari, satu jari

tap tap tap

Tunjuk atas, tunjuk bawah, satu jari

tap tap tap

Dua jari, dua jari, dua jari

tap tap tap

Tunjuk atas, tunjuk bawah, dua jari

tap tap tap

Tiga jari, tiga jari, tiga jari

tap tap tap

Tunjuk atas, tunjuk bawah, tiga jari

tap tap tap

Empat jari, empat jari, empat jari

tap tap tap

Tunjuk atas, tunjuk bawah, empat jari

tap tap tap

Lima jari, lima jari, lima jari

tap tap tap

Tunjuk atas, tunjuk bawah, lima jari

tap tap tap


3- Pendidik meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing.
4- Pendidik menunjukkan kad nombor berserta gambar dan meminta kanak-kanak
menyatakan nombor yang dan gambar yang dilihat mereka.
5- Pendidik seterusnya mengeluarkan barang-barang sambil berinteraksi dengan kanak-kanak
mengenai barang-barang tersebut.
6- Pendidik meminta kanak-kanak berada berdekatan dengan pendidik.
7- Pendidik meminta semua kanak-kanak mengira kesemua bola yang terdapat dalam bekas
yang disediakan.
8- Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dijalankan selanjutnya.
9- Pendidik kemudiannya mengeluarkan sebuah kotak berisi bola kepada kanak-kanak.
10- Pendidik meminta kanak-kanak memasukkan tangan ke dalamnya dan mengambil sebiji
bola untuk setiap orang.
11- Pendidik menyoal kanak-kanak apakah nombor yang mereka perolehi.
12- Pendidik mengarahkan kanak-kanak mengambil bola dalam balang berdasarkan angka bola
yang mereka peroleh.
13- Setelah itu, pendidik mengarahkan kanak-kanak meletakkan satu demi satu bola yang
diambil tadi ke dalam bekas sambil mengira objek dari suatu nombor hingga nombor 5.
14- Pendidik seterusnya memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut
dengan bimbingan guru.
15- Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, pendidik menilai keberkesanan aktiviti dengan
mengarahkan kanak-kanak mengeluarkan pensil mereka dan mengira bilangan pensil yang
mereka ada.
SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN

Kumpulan umur kanak-kanak : 0-4 tahun

BIDANG : PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

Bil. Perkara Catatan


1. Mengambil bahagian secara aktif dalam
setiap kegiatan yang dijalankan

2. Memahami konsep pengiraan objek


secara terus dari suatu nombor hingga
nombor 5
3. Memahami apa yang telah dipelajari

4. Menjawab soalan dan berinteraksi


sesama mereka

Anda mungkin juga menyukai