Anda di halaman 1dari 5

KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN SMK.

DHPJ, 2018

KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN TARIAN PERINGKAT SMK. DATUK
HAJI PANGLIMA JAKARULLAH
ANJURAN KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN SMK. DHPJ
BAGI TAHUN 2018.
KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN SMK. DHPJ, 2018

TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka dan dikemukakan bagi tujuan memohon kebenaran daripada pihak
sekolah untuk mengadakan pertandingan Tarian peringkat sekolah SMK. Datuk Haji Panglima
Jakarullah kali-1 bagi tahun 2018 dan sekaligus memohon peruntukan kewangan bagi menampung
segala keperluan perbelanjaan bagi menjayakan pertandingan tersebut.

1.0 PENDAHULUAN

Kelab Seni dan Kebudayaan SMK. Datuk Haji Panglima Jakarullah telah bersepakat untuk
menganjurkan pertandingan Tarian peringkat sekolah SMK. DHPJ bagi mencungkil lebih banyak
bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar sekolah ini di dalam bidang tarian. Seperti yang
diketahui, perkembangan positif seseorang pelajar itu tidak hanya dinilai dari aspek akademik
sahaja, tetapi juga dari aspek yang lain seperti kemahiran kendiri, aspek sahsiah, rohani, dan juga
fizikal. Oleh itu, dengan adanya pertandingan ini pastinya pelajar akan berpeluang mengasah
bakat terpendam yang mereka miliki dalam bidang tarian, selain dapat meningkatkan lagi
keyakinan diri mereka supaya lebih yakin diri dalam melakukan apa juga yang mereka ingini.

2.0 OBJEKTIF

Pertandingan Tarian peringkat sekolah ini dibuat adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti
di bawah:

a) Mencungkil bakat terpendam pelajar sekolah ini dalam bidang seni tarian dan kebudayaan.
b) Mencari dan sekaligus mengenalpasti bakat-bakat baru di dalam seni tarian dan kebudayaan.
c) Mendedahkan para pelajar kepada pertandingan untuk menambah lagi pengalaman mereka.
d) Membantu memperkembang daya komunikasi dan interaksi pelajar melalui persembahan.
e) Membentuk identiti nasional dalam kalangan pelajar.
f) Mewujudkan semangat kesenian budaya, setiakawan dan persaingan secara sihat antara
pelajar-pelajar di sekolah ini.
g) Memudahkan guru penyelaras mengenalpasti pelajar yang boleh diketengahkan bakatnya
untuk membawa nama sekolah ke pertandingan-pertandingan tarian ke peringkat yang lebih
tinggi.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH


KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN SMK. DHPJ, 2018

Hasil daripada perbincangan bersama diantara guru-guru penyelaras Kelab Seni dan Kebudayaan
sekolah, keputusan telah dibuat untuk menjalankan Pertandingan Tarian Peringkat SMK. Datuk
Haji Panglima Jakarullah pada 21 April 2018 iaitu bersamaan dengan hari sabtu dan bertempat di
Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, SMK. DHPJ, Semporna.

4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini,
iaitu:

1) Pertandingan Tarian ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah SMK. Datuk Haji
Panglima Jakarullah, Semporna.

2) Penyertaan pelajar adalah terbuka kepada 2 kategori, iaitu kategori solo dan berkumpulan
(maksimum adalan 10 orang dalam satu kumpulan).

3) Bagi acara berkumpulan, anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
pun campuran.

4) Pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan sendiri persiapan yang diperlukan untuk
mengikuti pertandingan Tarian tersebut, contohnya pakaian dan juga MP3 muzik iringan.

5) Pakaian yang dipakai oleh pelajar semasa pertandingan hendaklah sopan dan bersesuaian
dengan jenis tarian yang dibawa.

6) Setiap kategori akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 3.00 sahaja.

5.0 JENIS-JENIS TARIAN

Pertandingan ini mengetengahkan tarian bebas dan antara jenis-jenis tarian yang boleh
dipertandingkan oleh pelajar termasuklah tarian zapin, tarian inang, tarian igal-igal, tarian salsa,
tarian k-pop, tarian break dance, tarian asli, tarian tanggo, tarian mengiluk, tarian bollywood,
tarian China, dan juga lain-lain jenis tarian lagi.

6.0 SENARAI ANGGARAN BELANJAWAN


KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN SMK. DHPJ, 2018

BIL. PERKARA PERINCIAN JUMLAH

HADIAH:
 JOHAN RM 100 X 2 RM 200
 NAIB JOHAN RM 80 X 2 RM 160
1.
 TEMPAT KE-3 RM 70 X 2 RM 140
 TEMPAT KE-4 RM 60 X 2 RM 120
 TEMPAT KE-5 RM 50 X 2 RM 100

2. TROFI PENARI TERBAIK (L) (P) RM 80.00 X 2 RM 160.00

3. SIJIL PENYERTAAN RM 15.00 RM 15.00

4. CENDERAHATI JURI RM 10.00 X 5 RM 50.00

5. MAKANAN RINGAN JURI RM 11.00 X 5 RM 55.00

JUMLAH RM 1000.00

7.0 PENUTUP

Dengan ini, kami mewakili Kelab Seni dan Kebudayaan SMK. Datuk Haji Panglima
Jakarulah adalah berharap agar kertas kerja Pertandingan Tarian Peringkat SMK. DHPJ ini akan
mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan seterusnya mendapat sokongan yang padu
terutamanya dari segi peruntukan kewangan yang diperlukan dalam usaha untuk menaikkan lagi
martabat kesenian dan kebudayaan sekolah kita dalam bidang tarian secara khususnya.

PENGESAHAN KERTAS KERJA:


KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN SMK. DHPJ, 2018

Disediakan oleh,

__________________________________________
(DK NISBAH SOFIYAH BT PG AHMAD HILMI)
Setiausaha Kelab Seni dan Kebudayaan,
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna.

Disemak oleh,

_________________________
(SALLEH BIN HAIRULLAH)
Ketua Penyelaras Kelab Seni dan Kebudayaan,
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna.

Disahkan oleh,

______________________________________________
(HAJAH GAMBALIDAH BINTI HAJI MOHD JAHIRI)
Pengetua,
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna.

Anda mungkin juga menyukai