Anda di halaman 1dari 13

OUMM3203

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY

SEMESTER : JANUARI 2018

KOD KURSUS : OUMM3203

TAJUK KURSUS : PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 771021115137001


NO. KAD PENGNEALAN : 771021115137
NO. TELEFON : 019-668 2997
E-MEL : zafani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

0
OUMM3203
KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka surat

1.0 PENGENALAN 2
2.0 DEFINASI UNDANG-UNDANG 2
2.1 CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG 2
2.1.0 KONSISTEN 3
2.1.1 UNIVERSAL
3
2.1.2 DITERBITKAN 3
2.1.3 DITERIMA 3
2.1.4 DIKUATKUASAKAN 3-4

3.0 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG


DENGAN STANDARD MORAL 4-6

4.0 PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG 6


5.0 PENILAIAN PROSES PEMBENTUKAN
UNDANG-UNDANG KEPADA UNDANG-UNDANG
YANG DIPILIH 10 - 11
6.0 RINGKASAN 11
7.0 APPENDIX 11

1
OUMM3203

1.0 Pengenalan

Undang-undang dan peraturan sangat penting dalam sebuah kehidupan manusia


ataupun sesebuah masyarakat. Ini kerana, dalam kehidupan bermasyarakat ianya
banyak melibatkan interaksi sosial di antara satu dengan yang lain. Apabila adanya
hubungan interaksi sosial di kalangan masyarakat sudahpasti akan ada perselisihan
dan pertikaian dalam pelbagai isu samaada ianya isu besar ataupun kecil. Dan
perkara-perkara sebegini memerlukan satu teknik penyelesaian yang betul dan
berhemah agar semua pihak berpuashati. Oleh itu, sedar atau tidak adat dan amalan
yang selalu diamalkan dalam masyarakat dahulu adalah merupakan undang-undang
diiktiraf oleh mereka untuk menyelesaikan sesuatu isu.

2.0 Definasi undang-undang


Apakah definasi undang-undang. ? soalannya nampak ringkas, tetapi mempunyai
pelbagai jawapan bergantung kepada sesiapa yang menilai dan memahaminya.
Kebanyakan pengamal perundangan berpendapat bahawa definasi undang-undang
adalah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan
dalam masyarakat. Tetapi, menurut Karl Mark undang-undang adalah alat yang
digunakan oleh golongan kaya (Capitalist) untuk menguasai dan menindas
golongan pekerja (proletariats) yang lemah. Menurut John William Salmond dalam
bukunya Jurisprudence or the theory of the law (1902), London : Stevens and
Haynes mendefinisikan undang-undang sebagai ‘kumpulan prinsip-prinsip yang di
iktiraf dan digunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan’.

Pendapat lain mengenai takrifan undang-undang adalah seperti H. L. A. Hart dalam


bukunya The Concept of Law (1961), Oxford:Oxford University Press yang
berpendapat bahawa undang-undang bermaksud satu sistem peraturan yang
merupakan kesatuan peraturan rendah dan menengah. Manakala menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat mentakrifkan undang-undang sebagai sesuatu peraturan atau
keseluruhan peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat. Manakala John Austin dalam buku The Province of Jurispredence
Detemined, mendefinisikan undang-undang adalah ‘suatu kumpulan arahan-arahan
yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah ke atas pihak yang diperintah dan
dikuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman ke atas mereka yang
mengingkarinya’.

2.1 Ciri-Ciri Undang-Undang

Bagi memantapkan undang-undang yang dibuat atau digubal beberapa ciri perlu
ada bagi menguatkan lagi setiap undang-undang tersebut. Di antara sifat atau ciri-
ciri undang-undang yang perlu ada ialah konsisten, universal, diterbitkan, diterima,
dikuatkuasakan.

2
OUMM3203

2.1.0 Konsisten

Menurut kamus pelajar edisi kedua, konsisten bermaksud ianya tidak


berbeza antara satu dengan yang lain atau mengikut atau selaras dengan
yang sebelumnya dan yang lain. Ini bermakna keperluan bertindak atau
tidak bertindak hendaklah konsisten untuk memastikan ianya menjadi
sebahagian undang-undang dan tiada bantahan dalam peruntukan. Contoh
paling senang untuk difahami adalah sekiranya ada dua keperluan yang
bercanggah antara satu dengan yang lain, ianya tidak boleh ditakrif sebagai
undang-undang kerana ada dikalangan mereka tidak dapat mematuhi
keduanya sekali.

2.1.1 Universal

Keperluan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus menyeluruh
atau boleh diterima oleh semua golongan masyarakat yang mempunyai
ciri-ciri yang sama atau berhadapan dengan set suasana yang sama

2.1.2 Diterbitkan

Bermakna keadaan dimana suatu keperluan untuk bertindak atau tidak


bertindak untuk menerbitkan atau mencetak sesuatu undang-undang agar
semua orang dalam masyarakat yang ingin tahu dapat mengekses
maklumat dengan mudah dan jelas walaupun maklumat tersebut sukar
untuk difahami. Hanya golongan profesional seperti hakim dan peguam
sahaja yang dapat menterjemah dan menerangkan berkaitan undang-
undang. Oleh itu, ketidak fahaman terhadap undang-undang bukanlah satu
alasan pada masakini.

2.1.3 Diterima

Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh bertindak hendaklah dipatuhi
dan sekiranya kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi undang-
undang itu secara sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya.

2.1.4 Dikuatkuasakan

Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus


dikuatkuasakan. Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan
dipaksa untuk mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin
mematuhinya secara sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya
mereka tidak mematuhi undang-undang dan ia telah dicatat dan
dibuktikan, maka mereka akan kehilangan keselesaan, masa, wang,
kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam undang-

3
OUMM3203
undang ialah ia harus menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang akan
berlaku sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang.

Suatu peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan


dikuatkuasakan atau undang-undang yang disokong dengan rangka kerja di bawah
institusi sosial yang pakar seperti jadual dibawah :

Insitusi Sosial Tanggungjawab


Badan Pengubal Undang-undang (Dewan Mengubal undang-undang
Rakyat/Negara)
Peguam dan pengerusi perundangan Menerangkan tentang undang-undang
Mahkamah dan agensinya Mentafsir undang-undang
Polis Menguatkuasakan undang-undang

Mahkamah keadilan sering dianggap mengabaikan keperluan perundangan dan dilihat


hanya untuk menang kes sahaja dan bukannya berfungsi untuk menegakkan keadilan
sebenar. Sebagai contoh penguatkuasaan oleh pihak Polis, ia hanya lebih menjaga
keamanan Negara bukan untuk mengekalkan keadilan. Apa yang harus kita akui
bahawa :

 Menguatkuasakan undang-undang adalah tugas yang susah dan boleh


mengundang bahaya.
 Menafsirkan undang-undang seperti kes-kes mahkamah, seringkali
melibatkan jumlah wang banyak dan potensi untuk mendapatkan wang jumlah
yang besar, mengakibatkan konsep undang-undang sebagai peraturan yang
diterbit dan diterima dianggap terkeluar dari landasan sebenar.

3.0 Hubungan Antara Undang-Undang Dengan Standard Moral


Undang-undang sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, mungkin dilihat
sebagai satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang mengatur
kelakuan menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili pandangan moral
ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya.

3.0.1 Sekiranya kita boleh menerimanya, maka kita ada ukuran tertenut
untuk dijadikan panduan dalam tindakan dan keputusan pengurusan
walaupun ukuran ini mungkin berada pada tahap yang minima.

3.0.2 Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil
penilaian moral secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari
tempat lain yang sesuai dengan ukuran kita.

4
OUMM3203
Dalam menimbangkan hubungkait yang mungkin wujud di antara penilaian moral
dan tuntutan undang-undang bertulis dan keputusan mungkin akan dicapai dengan
segera.

Kesimpulan 1

Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral masyarakat,


tetapi ia tidaklah benar-benar sama. Untuk lebih jelas; seseorang yang melanggar
undang-undang dengan melakukan rompakan juga melanggar ukuran moral
kerana mencuri. Begitu juga, adalah mudah untuk menyatakan bahawa undang-
undang berkaitan perlakuan seksual, penyalahgunaan dadah, penipuan produk dan
mematuhi kontrak adalah sama dengan kepercayaan moral yang mungkin
dipegang oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju
bahawa masyarakat demokratik, tuntutan undang-undang menggambarkan banyak
nilai-nilai asas yang dipegang masyarakat dan memang terdapat pertindihan yang
wujud antara undang-undang dan morality, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Tetapi kawasan pertindihan ini tidak lengkap. Terdapat sesetengah undang-undang


yang dari segi moralnya tidak betul, tanpa ada konteks etika sama sekali. Tuntutan
untuk kita memandu di sebelah kiri jalan contohnya bukan semestinya “benar”
atau “salah”; apa yang penting kita semua mencapai persetujuan tentang sebelah
jalan mana ia harus kita pandu kenderaan kita.

Akhir kata, apa juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-undang sama
sekali. Kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran tidak
dituntut oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat
sumpah ataupun dalam keadaan yang khusus seperi dalam kontrek pekerjaan atau
jualan harta.

Kesimpulan 2

Tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral


biasanya agak positif. Menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang
merosak atau mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi tidak semestinya
dituntut untuk menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim
sekalipun. Tiada undang-undang contohnya yang menyatakan bahawa kita mesti
menolong kanak-kanak yang lemas. Disini ukuran modal masyarakat boleh
dijadikan panduan. Sudah pasti 99.9% warga dewasa dalam mana-mana negara
akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak yang lemas bergantung kepada
kemampuan mereka.

5
OUMM3203
Kesimpulan 3

Tuntutan undang-undang seringkali ketinggalan dibelakang kehendak moral


masyarakat. Perhambaan pastinya satu contoh yang paling menjijikkan tetapi
diskriminasi seks dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya
boleh dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh
perundangan. Pendokong kedaulatan undang-undang akan berkata, bagaimana
kelambatan yang wujud antara muafakat moral dan persetujuan undang-undang
tidak menunjukkan hubungan lemah antara tuntuan undang dan ukuran
moral. Mereka akan mendakwa undang-undang berkaitan pengawalan
diskriminasi, pencemaran dan rasuah lambat laun akan disahkan/diluluskan juga.

4.0 Pembentukan Undang-undang


Undang-undang dibentuk melalui serangkaian proses yang digariskan di bawah.

4.1.0 Proses Individu

Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan senantiasa


berubah-ubah mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah
wujud dalam undang-undang yang menguruskan pekerjaan, kita akan
dapati memang wujud kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran
moral dan tuntutan undang-undang. Contohnya perkara-perkara yang
dianggap sah di sisi undang-undang 20 tahun dahulu (seperti diskriminasi
bangsa/sex dalam pengambilan pekerja atau pembuangan sisa kimia ke
tasik dan sungai) kini dianggap melanggar undang-undang.

Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini datang dari


perubahan-perubahan dalam standard (ukuran) moral majoriti rakyat
melalui proses sosial dan politik, dan seterusnya adalah undang-undang itu
mewakili ukuran moral masyarakat kita secara keseluruhannya. Proses-
proses social dan politik melalui perubah ukuran moral manusia
diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi untuk
masyarakat adalah proses yang panjang dan kompleks tapi boleh
diringkaskan.

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang


akan membentuk ukuran moralnya yang tersendiri seperti yang
ditunjukkan di bawah:

Bentuk Ukuran Moral


Norma / Kebiasaan  Norma adalah kriteria kelakuan
 Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang
lain akan bertindak / berkelakuan bila berhadapan dengan
sesuatu situasi tertentu.

6
OUMM3203
Kepercayaan  Kepercayaan adalah criteria pemikiran
 Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang
lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu.
Contoh:

Saya percaya pada demokrasi “penglibatan” dan saya berharap


orang lain akan menghargai konsep tersebut dan menerima
sebagai satu bentuk kerajaan.

 Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak


melibatkan tindakan. Ia adalah satu cara berfikir yang
abstrak yang menyokong norma-norma seseorang.

Nilai  Nilai,bentuk ketiga dalam corak criteria peribadi, juga


membentuk ukuran moral seseorang. Ia adalah peringkat-
peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang
terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya.
 Semua orang yang menganggap bahawa semua norma
dan kepercayaan mereka mempunyai tahap kepentingan
yang sama.
 Secara umumnya, sesetengahnya lebih berbanding yang
lain. Norma dan kepercayaan yang penting adalah apa
yang dihargai dan dipegang sepenuhnya oleh seseorang
itu.

Nilai seringkali adalah kontroversi. Kenapa? Kerana mugkin norma dan


kepercayaan yang dipegang sepenuhnya oleh seseorang akan bertentangan
dengan norma dan kepercayaan yang juga dipegang kukuh oleh orang lain
pula. Umumnya akan wujud sedikit tolak ansur kerana setiap orang terikat
kepada kriteria-kriterianya terhadap:

- Kelakuan (cara mana seseorang itu patut berkelakuan)


- Kepercayaan (cara mana seseorang itu patut berfikir)

Kita hidup dalam masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya dan
dalam sebuah negara sekular di mana agama bebas diamalkan, maka kita
harus menerima hakikat bahawa norma, kepercayaan dan nilai akan
berbeza di antara individu. Perbezaan ini mungkin akan mencetuskan
konflik.

7
OUMM3203
4.1.1 Proses-proses Kumpulan

Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui
pendekatan terhadap:

- Konteks budaya / agama


- Konteks sosial / politik
- Konteks ekonomi / teknologi

Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau


persekitaran sesuatu suasana.

Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau persekitaran yang


tergabung jalin hasil daripada:

- Ajaran agama
- Tradisi budaya
- Kedudukan ekonomi
- Pembangunan teknologi
- Organisasi sosial
- Proses Politik

Jalinan antara konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu


terhadap norma, kepercayaan dan nilai dibentuk sebegini rupa untuk
memastikan yang semua faktor itu berhubung kait / berinteraksi.

Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan


politik dalam pentadbiran, yang berterusan menyebabkan perubahan
ekonomi dalam corak perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan
memberi kesan dalam perubahan budaya dalam gaya hidup.

Hubungan antara faktor-faktor ekonomi, teknologi , sosial, politik, budaya


dan agama tidaklah begitu jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan
dan nilai seseorang ianya tidak boleh dijangkakan dengan tepat. Tetapi
hubungkait dan kesan itu memang ada.

Fikirkan tentang perubahan status kaum wanita contohnya yang telah


berubah dengan nyata semenjak dari era pembuatan/perkilangan berat dan
perlombongan kepada era industri perkhidmatan dan berasaskan maklumat
dalam perkembangan teknologi kaedah pengawalan kelahiran dan
pengembangan sosial terhadap peluang Pendidikan.

8
OUMM3203
4.1.2 Proses-proses Sosial

Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi,


sosial, politik, budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini
datang dari:

- Kedudukan Individu
- Unit Keluarga
- Rakan sebaya dan
- Organisasi rasmi
Dalam masyarakat demokratik, perubahan ke atas norma, kepercayaan dan
nilai individu-individu dalam masyarakat lambat laun akan memberikan
kesan ke atas undang-undang. Kesan-kesan ini adalah hasil dari proses-
proses sosial dan politik. Proses-proses sosial pada asalnya melibatkan
pertumbuhan / perkembangan kuasa.

Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung


untuk bergabung dalam kumpulan-kumpulan kecil, adalah fitrah
untuk menyertai orang-orang lain yang mempunyai pandangan yang
sama.

Kumpulan-kumpulan kecil ini umumnya adalah sebahagian dari organisasi


yang lebih besar seperti:

- Firma-firma perniagaan
- Pertubuhan / kesatuan sekerja
- Parti Politik
- Agensi-agensi kebajikkan
- Pertubuhan-pertubuhan veteran

Pertubuhan-pertubuhan besar ini samada akan mencapai kesepakatan


terhadap norma, kepercayaan dan nilai atau berpecah kepada organisasi-
organisasi yang lebih kecil untuk mencapai kesepakatan itu. Terdapat juga
teori-teori alternatif sebagai cara untuk membentuk kesepakatan ini:

- Keputusan ortokratik
- Penyelarasan birokratik
- Gabungan persetujuan atau kolektif pilihan.

4.1.3 Proses-proses Politik

Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh


organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan
menjadi undang-undang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah
untuk menyelesaikan konflik. Organisasi, kumpulan-kumpulan dan
individu-individu sudah tentu mempunyai pandangan berbeza terhadap:

9
OUMM3203

- Kepimpinan presiden
- Tolak ansur institusi
- Persetujuan kongres dan
- Tekanan dari pengundi

Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat dipertanggungjawabkan ke


atas pembentukan undang-undang dalam system
perwakilan. Bagaimanapun, perbezaan kawasan pembahagian penduduk
dan sektor ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul tidak akan
sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk meluluskan undang-
undang. Orang ramai pastinya boleh menyatakan pandangan mereka
terhadap undang-undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan
penggubal undang-undang mereka, atau secara langsung melalui tinjauan
umum, surat menyurat dan melalui media.

5.0 Penilaian Proses Pembentukan Undang-Undang Kepada Undang-Undang


Yang Dipilih.

Undang-undang dapat menyelesaikan masalah seperti moral atau etika. Sekiranya


masalah moral atau etika tidak dapat diselesaikan secara berhemah atau budi
bicara maka perkara ini boleh dirujuk dengan cara perundangan bagi
menyelesaikan isu dan masalah tersebut. Kita tidak boleh bergantung dengan
keputusan yang dibuat secara umum sahaja ini kerana ia boleh mengundang
dilema dalam masyarakat kelak. Menurut Genfa (2008), satu set peraturan
dibentuk secara menyeluruh mengenai tingkahlaku masyarakat bagi mewujudkan
kesan yang baik kepada masyarakat dan ia dipanggil undang-undang.

Contoh undang-undang yang dibentuk adalah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam


Sekeliling (Buangan Terjadual) 2009, Seksyen 34B, Di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974.

Pada era penghujung tahun 70’an, telah banyak pelabur-pelabur dari luar negara
telah melabur di Malaysia dengan membina kilang-kilang multi nasional seperti
kilang elektronik dan elektrik serta lain-lain industri. Dengan pertumbuhan
industri perkilangan yang pesat ketika itu banyak kes pelupusan buangan terjadual
(toksik) dari industri dilupuskan di tapak pelupusan haram tanpa kawalan dari
agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, kerajaan telah
menanggung kerugian bagi kos pembersihan dan pelupusan buangan ditempat
yang selamat seperti di Kualiti Alam Sdn. Bhd. Di Negeri Sembilan. Menyedari
masalah-masalah yang timbul dan aduan orang awam tentang bahaya
pembuangan dan pelupusan buangan terjadual (toksik) di kawasan ladang dan

10
OUMM3203
hutan-hutan tanpa kawalan yang sempurna dan selamat, kerajaan telah mengubal
satu undang-undang berkaitan bagi mengawal dan menguruskan pergerakan
buangan terjadual tersebut agar dilupuskan dengan cara yang betul ditempat yang
disediakan oleh kerajaan. Sekiranya pihak industri atau individu gagal mematuhi
undang-undang tersebut, ia boleh dikenakan kompaun dibawah Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2009, sebanyak tidak
melebihi RM 2000 setiap satu kesalahan. Selain itu, jikalau pihak industri atau
individu melakukan kesalahan mengimport atau mengeksport buangan terjadual
tanpa kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling atau melupuskan
buangan terjadual di tapak pelupusan haram seperti dalam ladang kelapa sawit
atau hutan simpan ianya boleh didenda jika sabit kesalahan di bawah Seksyen
34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) yang mana hukumanya
denda sebanyak tidak melebihi RM500,000 dan Penjara tidak melebihi 5 tahun
bagi setiap kesalahan. Dengan adanya undang-undang seperti ini, pekilang-
pekilang akan lebih takut dan sentiasa mematuhi undang-undang di Malaysia.

6.0 Ringkasan

Undang-undang dan moral serta etika saling berkait antara satu dengan yang lain.
Ianya sangat penting di dalam masyarakat kita pada hari ini. Undang-undang
memberi makna yang luas dan bergantung kepada masyarakat sesuatu kaum,
lokasi, budaya sosial dan peradaban itu sendiri. Manakala moral dan etika adalah
sikap dalaman seseorang untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Disebabkan
moral dan etika inilah maka wujudnya sesuatu undang-undang bagi membasmi
atau mencegah salahlaku seseorang atau kumpulan masyarakat. Apabila undang-
undang ini wujud, secara rasionalnya sudahpasti satu set peraturan juga akan di
gubal bagi menguatkuasakan undangan-undang tersebut. Proses menguatkuasakan
undang-undang mestilah ada orang yang akan melaksanakan undang-undang
tersebut agar ianya berkesan dan adil.

APENDIKS

11
OUMM3203

RUJUKAN / REFERENSI

Overview of ict in life. (1970, January 01). Retrieved March 15, 2018, from
http://ict-shida.blogspot.my/2013/01/perbezaan-di-antara-etika-dan-undang.html

Moral dan undang-undang -- Jangan gadai maruah dan negara untuk keseronokan
hari ini. (n.d.). Retrieved March 15, 2018, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=0103&sec=Rencana&pg=ot_04.htm

BloGisme. (n.d.). Retrieved March 15, 2018, from


http://crackerzisme.blogspot.my/2007/07/isu-moral-dan-penguatkuasaan-undang_17.html

Noordin, S. (n.d.). SUMBER UNDANG UNDANG MALAYSIA. Retrieved


March 15, 2018, from
http://www.academia.edu/6391431/SUMBER_UNDANG_UNDANG_MALAYSIA

12

Anda mungkin juga menyukai