Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN : SEJARAH TINGKATAN 1

A) Tajuk Rencana
Reka bentuk seni bina Colosseum pada zaman Tamadun Rom yang menjadi asas
kepada idea pembinaan stadium di Malaysia pada hari ini.

B) Nama Penulis

C) Isi Kandungan:

i. Pengenalan – Sumbangan Tamadun Rom daripada aspek seni bina

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan.Bangunan terkenal


yang dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan Circus Maximus. Colosseum
ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80M. Ciri
istimewanya ialah ia berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton.
Pantheon ialah sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2M. Saliran air
yang dikenali sebagai aqueduct juga telah dibina. Orang Rom juga membina jalan raya,
tempat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Seni bina Rom ini memaparkan
gabungan tradisi Etruscan, Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman.

ii. Ciri-ciri reka bentuk Colesseum

1) Berbentuk oval.
2) Bangunan ini terdiri setinggi 4 tingkat.
3) Tersusun dari tiang gaya Yunani dan Romawi
4) Tingkat Colosseum terbuat dari batu dan marmar
5) Arena di tengah daripada pasir
6) Di bawah arena terdapat ruang bawah tanah tempat gladiator dan haiwan buas

Colosseum atau Coliseum (nama aslinya Flavian Amphitheatre atau Amphitheatrum


Flavium) adalah amfiteater berbentuk oval yang terletak di pusat kota Roma, Itali.
Bangunan ini adalah salah satu peninggalan paling ikonik peradaban Romawi Kuno.

Colosseum adalah amfiteater terbesar yang pernah dibangunkan. Pembinaannya


bermula di bawah kaisar Vespasianus pada tahun 72 M, dan selesai pada tahun 80 M di
bawah penggantinya kaisar Titus. Binaan ini diteruskan semasa pemerintahan Domitianus
(81-96). Ketiga kaisar ini dikenal sebagai dinasti Flavianus, dan amfiteater dinamakan dalam
bahasa Latin karena dibangun oleh dinasti ini.

Reka bentuk Colosseum adalah berbentuk umum oval. Colosseum dibina daripada
bahan batuan, marmer dan pasir.

Colosseum terdiri daripada 4 tingkat, dimana penonton duduk menikmati


pertandingan gladiator dan pertunjukan lainya. Tingkat-tingkat ini tersusun dari tiang-tiang
dengan gaya Romawi dan Yunani. Tingkatan ini disokong oleh batuan yang membentuk
gerbang melingkar.

Bahagian tengah Colosseum adalah lapangan atau arena yang terbuat dari pasir
sebagai tempat pertandingan dan pertunjukan. Pasir ini digunakan sebagai tempat gladiatror
bertanding dengan sesama gladiator atau dengan haiwan buas, juga tempat pentunjukkan
lain seperti balapan kuda. Salah satu kegunaan pasir ialah ia dapat meresap darah korban
pertandingan gladiator.

Di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang berisi lorong dan ruangan
tempat budak, gladiator dan haiwan buas yang akan ditunjukkan disimpan. Ketika
pertandingan di mulai, gladiator dan binatang buas keluar dari ruang bawah tanah ke arena
pertandingan di atasnya.

iii. Peranan Colosseum dalam Tamadun Rom

Peranannya adalah sebagai tempat penyelenggaraan sebuah pertunjukan yang


spektakuler, iaitu sebuah pertarungan antara binatang (venetaiones), pertarungan antara
tahanan dan binatang, eksekusi tahanan (noxii), pertarungan air (naumachiae) dengan cara
membanjiri arena, dan pertarungan antara gladiator (munera). Colosseum juga berfungsi
sebagai tempat pertarungan pahlawan atau gladiator bangsa roma hingga titik darah yang
penghabisan.

iv. Perbandingan peranan Colosseum dan stadium pada hari ini.

Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen bersejarah yang


terdiri daripada bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang
hebat dan digunakan sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno. Tempat ini
dikatakan sebagai stadium yang hebat disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan
Colosseum itu sendiri
Kegunaan atau peranan stadium pula ialah sebagai tempat perlawanan bola
sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Selain itu, stadium juga selalu
digunakan sebagai tempat pertunjukkan pentas atau konsert kerana ia dapat menampung
jumlah penonton yang ramai.

v. Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan stadium

Pemeliharaan stadium adalah bertujuan untuk menjaga bangunan tersebut.


Pemuliharaan pula boleh dimaksudkan dengan menjaga dan memperbaiki bahagian-
bahagian stadium yang rosak
1) Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencintai dan menghargai stadium,
sehingga lahir tanggung jawab bersama untuk menjaganya.
2) Mengadakan seminar atau forum-forum diskusi untuk memberikan informasi tentang
kepentingan stadium
3) Menjadikan stadium sebagai tempat untuk pembelajaran murid-murid berkaitan seni
bina yang akhirnya tempat tersebut akan lebih dihargai.
4) Melibatkan syarikat-syarikat swasta untuk menaja atau memperbaiki stadium tanpa
menghilangkan nilai yang terkandung di dalamnya dan tanpa merubah bentuk
bangunan tersebut.
5) Menggunakan stadium dengan lebih efektif seperti perlawanan bola sepak, konsert,
pertunjukkan pentas dan lain-lain supaya ia tidak terbengkalai begitu saja dan tetap
memberikan manfaat.

d) Rumusan.

e) Sumber rujukkan.