Anda di halaman 1dari 5

Friday, April 9, 2010

KEPIMPINAN, KEPEMIMPINAN & TRANSFORMASI

Salam Ukhwah,

Salam 1 Malaysia.

Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan
pertanyaan menerusi ruangan komen oleh salah seorang sahabat kita yang bertanyakan
soalan berikut:

’Apa beza kepimpinan dan kepemimpinan? Dan apa tu transformasi?’

Soalan ini begitu bertepatan dengan situasi semasa kerana USIM baru sahaja melalui fasa
perubahan ’kepimpinan’ dan seluruh organisasinya sedang mengadaptasi proses
’kepemimpinan’ yang baru ini. Malahan seluruh warga kerja USIM begitu teruja dan
bersemangat untuk menjayakan ’transformasi’ yang dibawa oleh barisan kepimpinan baru
yang dilihat akan membolehkan USIM lebih fokus dalam merealisasikan matlamat
penubuhannya. Lihatlah betapa eratnya perkaitan serta penggunaan
perkataan ’kepimpinan’, ’kepemimpinan’ dan ’trasformasi’ itu dalam menggambarkan hal
berkaitan pentadbiran, pengurusan dan kejayaan.
.
Konsep Kepimpinan
.
Pertamanya molek kita cuba memahami apakah maksud Kepimpinan. Untuk kita lebih
memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat
dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis.Berikut adalah definisi
kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat :
.
 “Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti
kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama” (Hemphill & Coons)
.
 “Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu
situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau
matlamat-matlamat khusus.” (Tannenbaum, Weshler & Massarik)
.
 “Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan
dan interaksi.” (Stogdill, 1974)
.
 “Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan
pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh
mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka
ke atas individu itu.” (Fiedler, 1967)
.
Sekarang, lihat pula apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan telah disebutkan oleh
Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu:
.
 “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu
atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada
apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat
azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (Surah Al-An’am : 165)
.
 “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi
menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak
dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” (Surah Yunus : 14)
.
 Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap seorang daripada kamu adalah
penjaga (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhadap penjagaan kamu (orang
yang dipimpin). Imam adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada
pimpinannya, lelaki itu penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada
pimpinannya, orang perempuan adalah penjaga (pemimpin) dalam rumah suaminya
dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya
dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah penjaga
(pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”. (Riwayat Muslim)
.
Apa yang dapat disimpulkan setelah meneliti teori dari barat dan juga konsep Islam adalah
apabila kita menterjemahkan maksud ’Kepimpinan’, mahu atau tidak kita tidak dapat lari
untuk mengaitkan ’kepimpinan’ dengan individu yang dipanggil pemimpin. Apa yang pasti
tingkah laku, kaedah serta pergerakan yang di bawa pemimpin dalam membawa organisasi
menggambarkan corak ’kepimpinan’ beliau.
.
Gaya Kepimpinan
Berikut adalah gaya kepimpinan yang sering dikaitkan dengan seseorang pemimpin :-
.
Gaya Kepimpinan autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira
keperluan individu pengikut. Beliau tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau
selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by
fear).
.
Gaya Kepimpinan demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya
disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan
kekitaan.
.
Gaya Kepimpinan laissez-faire: menyerahkan kepad pengikut untuk membuat
keputusan. Beliau hanya terlibat secara minimal. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur
tugas yang tidak jelas dan tidak terarah.
.
Gaya Kepimpinan Islamik : Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta menekankan pendekatan yang lebih Islamik
dalam segenap aspek.
.

Gaya Kepimpinan berorintasikan tugas: lebih mengutamakan soal-soal pencapaian


pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal pengikut.
.
Gaya Kepimpinan berorintasikan manusia: mengambilkira keperluan individu dalam
melaksanakan kepimpinannya.

.
Rumusan Kepimpinan
.
Penghayatan berkaitan konsep kepimpinan membawa kita kepada rumusan yang boleh kita
ketengahkan seperti berikut :
.
“Corak Kepimpinan yang terbaik oleh Pemimpin akan menjamin seseorang Pemimpin
itu dapat menunaikan tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya seterusnya
membawa kumpulan/organisasi ke arah kejayaan”
.
Definisi Kepemimpinan
.
Apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan? Pelbagai definisi telah disusun oleh
para cendiakawan dan ahli fikir sama ada dari barat maupun dunia Islam. Namun pada
umumnya definasi Kepimpinan itu hanya terbahagi kepada 2 (dua) bahagian sahaja iaitu
yang memandang kepemimpinan sebagai satu PROSES dan kepemimpinan sebagai
SENI/KEMAHIRAN.

Kepemimpinan sebagai PROSES

1. Kepemimpinan adalah “suatu proses yang kompleks di mana seseorang mempengaruhi


orang-orang lain untuk menunaikan suatu misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan
organisasi yang membuatnya lebih kohesif dan koheren."

Mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin akan mempergunakan dan


menerapkan proses kepemimpinan (keyakinan, nilai-nilai, etika, karakter, pengetahuan, dan
ketrampilan). Oleh yang demikinan kita lihat setiap seorang pemimpin akan membawa
pendekatan berbeza sepertimana dibandingkan pengurus dengan pemimpin.

Seorang pemimpin akan berusaha menjadikan kumpulan yang dipimpin ingin mencapai
tujuan dan sasaran yang tinggi, sedangkan seorang pengurus akan mengarahkan orang-
orang untuk melaksanakan kerja/tugasan atau mencapai sesuatu tujuan. Seorang pemimpin
melakukan perkara yang betul, manakala pengurus melakukan semua perkara dengan
betul(Leaders do right things, managers do everything right).

2. Kepemimpinan adalah "suatu proses terancang yang dinamik melalui suatu tempoh waktu
dalam situasi yang didalamnya pemimpin menggunakan perilaku (pola/gaya) kepemimpinan
yang khusus serta prasarana kepemimpinan(sumber-sumber)
untuk memimpin (menggerakkan/mempengaruhi) bawahan (pengikut-pengikut) bagi melaks
anakantugas/
pekerjaan (menyelesaikan tugas) ke arah (dalam upaya pencapaian) tujuan yang menguntu
ngkan (membawakeuntungan timbal balik) bagi pemimpin dan
bawahan serta lingkungan sosial di mana mereka ada/hidup.”
Definisi inidikemukakan oleh J. Robert Clinton dalam bukunya, The Making of
A Leader dan dimodifikasi oleh Y. Tomatala, dalambukunya, Kepemimpinan Yang Dinamis.

Kepemimpinan sebagai SENI

(a) Kepemimpinan ialah "seni bekerja (tahu, mau, dan aktif bekerja)
bersama dan melalui orang lain."

(b) Kepemimpinan ialah "seni memenuhi


permintaan orang yang dipimpin dalam melaksanakan pekerjaan
bagi mencapaitujuan bersama.”
(c) Kepemimpinan ialah "seni untuk menyepadukan yang diwujudkan melalui
kemampuan memadukan gagasan, orang,benda, waktu, dan iman,
untuk (melaksanakan pekerjaan/tugas) mencapai sasaran yang
telah ditetapkan sebelumnya."

(d) Kepemimpinan ialah "seni mempengaruhi dan menggerakkan


orang untuk bekerja secara terkoordinasi di mana setiaporang
tergerak mengerjakan pekerjaannya serta menyelesaikan tugasnya
dengan baik berdasarkan program yang telahdicanangkan dalam
kinerja keorganisasian secara menyeluruh."

(e)
Kepemimpinan ialah "seni merangkum dan menyampaikan perintah, yang olehnya orang ya
ng dipimpin tergerak danbergerak melaksanakan tanggung jawab yang dipercayakan kepad
anya."

(f) Kepemimpinan ialah "seni membuat peta keinginan tentang masa


depan organisasi, dan kemampuan menerjemahkanpeta tersebut
menjadi suatu kerangka keinginan yang nyata, serta kekuatan atau
kuasa menggunakan segala sumberuntuk melaksanakan peta tersebut menjadi produk yang
berdaya-guna.

(g) Kepemimpinan ialah "seni mendaya-gunakan sumber-sumber daya: manusia, alam,


teknologi, infrastruktur, dan sebagainya dalam upaya mempertahankan optimalisasi kerja
yang tinggi sehingga menciptakan hasil yang bernilai lebih yang semakin besar yang
membawa sukses kerja dalam organisasi.

Makna Transformasi

Transformasi merupakan perkataan yang diambil dari perkataan ’Transformation’ (kata


benda). Bagi saya ’transformasi’ lebih molek diterjemah dengan perkaitan kepada kata kerja
iaitu ’transform’ bagi mengambarkan proses perubahan.

’Transform’ yang mengandung tiga erti iaitu Mengubah bentuk; Menjelmakan, mengubah
penampilan; Merubah (Tenaga potensi menjadi Tenaga kerja : panas menjadi tenaga) yang
mana kesemua perubahan ini terarah kepada bentuk perubahan yang positif/lebih baik.

Sebagai contoh apabila perkataaan terasformasi ini apabila diguna pakai dengan kata lain
misalnya transformasi masyarakat, maka perkataan tersebut memberikan makna perubahan
bentuk (fizikal, struktur, sistem sosial) masyarakat, perubahan penampilan (sikap,
paradigma, tingkah laku, kebiasaan), berubah dalam erti yang memanfaatkan/ menonjolkan
potensi (energi potensial) masyarakat untuk lebih berdayaguna atau berhasilguna (terampil,
mandiri, dapat menyelesaikan permasalahannya sendiri).

.
KESIMPULAN
.
Faktor kejayaan sesebuah ’Kepimpinan’ dipengaruhi oleh cara/kaedah
’kepemimpinan’ yang dijelmakan pemimpin dan proses ’trasformasi’ yang ingin
dilakukan kearah menjayakan kumpulan/organisasi yang dipimpin.
.
Kita boleh disimpulkan ’kepimpinan’, ’kepemimpinan’ dan ’trasformasi’ adalah kombinasi
yang mempengaruhi kejayaan untuk sesebuah organisasi meliputi pengaruh oleh faktor
seperti berikut :-
.
1. keperibadian, kualiti dan sifat terpuji yang dimiliki Pemimpin.
2. Ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki Pemimpin
3. Gaya kepimpinan yang dibawa oleh Pemimpin.
4. Kebijaksanaan Pemimpin menggunakan kuasa dalam memimpin
5. Kebijaksanaan Pemimpin mengembleng sumber manusia serta fizikal.
6. Komunikasi terbaik pemimpin dan kumpulan/organisasi.
7. Kebolehan pemimpin mempengaruh dan mendapatkan kepercayaan
kumpulan/organisasi.

Konteks Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sebagai sebuah universiti yang telah menempuh ulang tahun ke 10 penubuhannya, USIM
telah berjaya mendepani pelbagai rintangan dan cabaran dalam proses pematangan
warganya yang mana perubahan 'Kepimpinan', pemerkasaan 'Kepemimpinan' dan juga
proses 'trasformasi' bagi mengurus kejayaan telah dilalui dan berjalan dengan begitu baik
sekali.

Pemahaman konsep yang dibincangkan membolehkan kita selaku 'pengurus' menggunakan


kaedah atau 'tools' terbaik bagi menguruskan perjalanan seterusnya bagi membantu
pemimpin kita mengemudi USIM melayari perjalanan menempuh gelombang dan halangan
bagi memastikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya merealisasikan harapan
serta tanggungjawab Negara, Agama dan Bangsa.

Selaku warga USIM kita harus sentiasa berusaha menempatkan diri serta memainkan
peranan yang aktif dalam menyokong usaha dan transformasi yang diketengahkan
Kepimpinan USIM. Bak kata pepatah 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat'. Hanya dengan usaha dan kerjasama berpasukan dengan diiringi tekad yang jitu
matlamat memartabatkan USIM selaku universiti terbaik akan terlaksana.

"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"

Artikel Sumbangan :Saudara Syafful Annuar Sarani


Penolong Pendaftar, Perpustakaan USIM
8 April 2010

Anda mungkin juga menyukai