Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN: LAPORAN KAJIAN KES

1.0 PEMILIHAN PERSATUAN

Persatuan yang dipilih ialah Persatuan Automobil Malaysia atau lebih dikenali sebagai
Malaysian Automotive Association (MAA). Ini adalah kerana MAA telah mengalami krisis
kewangan dan saya dikehendaki untuk melaksanakan satu kajian kes terhadap mana-mana
persatuan yang menghadapi masalah kewangan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
menganalisis tentang pengurusan persatuan yang efektif dan memberikan beberapa
cadangan bernas untuk mengelakkan masalah kewangan daripada berlaku lagi di masa akan
datang.

2.0 SEJARAH PERSATUAN DAN CARTA ORGANISASI

Persatuan ini telah ditubuhkan pada bulan November 1960 dan dahulunya dikenali
sebagai Federation of Malaya Motor Traders Association (FMMTA). Pada mulanya, ahli
persatuan ini hanya ada sepuluh sahaja. Pengasas persatuan ini terdiri daripada pelbagai
syarikat permotoran daripada seluruh Malaysia iaitu Ampang Motors, Asia Motors, Borneo
Motors, Champion Motors, Cycle & Carriage, Anglo-American Corporation, Orchard Motors,
Tan Chong & Son Motor Co, Wearne Brothers dan The East Asiatic Company. Objektif asal
penubuhan persatuan ini adalah untuk para ahli membuat perbincangan mengenai isu-isu
berkaitan dengan industri permotoran.

Pada bulan April 1966, terbentuknya Malaysian Motor Vehicle Assemblers Association
(MMVAA). Seterusnya pada tahun 1968, Malaysian Motor Traders Association (MMTA) telah
diterima untuk menjadi sebahagian daripada persatuan ini. Ini adalah kerana respons kepada
keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia pada ketika dahulu untuk
memperkenalkan Motor Vehicle Assembly Industry. Pada Mei 1970, nama FMMTA bertukar
menjadi Malaysian Motor Traders Association (MMTA). MMTA memperoleh sebuah premis
dan Sekreteriat tetap telah dilantik bermula pada Jun 1989.

Pada tahun 2000, nama Malaysian Automotive Association (MAA) yang menjadi nama
persatuan ini pada zaman sekarang diperoleh secara tidak sengaja. Malaysian Motor Traders
Association (MMTA) dan Malaysian Motor Vehicle Assemblers Association (MMVAA)
digabungkan dan MAA dilancarkan secara rasmi pada tanggal 26 Januari 2000.
Carta Organisasi Persatuan Automobil Malaysia:
3.0 AKTIVITI PERSATUAN

Antara aktiviti yang dijalankan secara aktif oleh MAA adalah seperti berikut:

 Mesyuarat Bulanan
 Penyusunan, Analisis dan Pengedaran Data Jualan dan Data Pengeluaran secara
bulanan
 Sesi dialog bersama agensi-agensi kerajaan
 Persidangan Akhbar
 Jamuan Tahunan
 Perjumpaan Sukan
 Motor Shows
 Golf

4.0 PERBANDINGAN DENGAN PERSATUAN LAIN

Jita ditelusuri, kebanyakan persatuan yang mempunyai masalah short money adalah
persatuan bolasepak tempatan. Berdasarkan kajian lalu yang dilaksanakan mengenai
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), isu tunggakkan gaji pemain dan staf persatuan
merupakan isu dominan yang paling parah yang melanda persatuan tersebut. Beberapa
pemain tidak menerima gaji mereka dan sekaligus mecacatkan perancangan KAFA untuk
beraksi cemerlang pada saingan Liga Super kerana isu berkaitan gaji ini mengganggu emosi
pemain. Hal ini kerana apabila pemain tidak menerima gaji dan mereka perlu berlatih dengan
sangat keras, ia disifatkan sebagai bekerja tanpa gaji walhal mereka telah memerah segala
keringat dan kudrat demi KAFA namun tiada penghargaan yang diberikan kepada mereka.
Walaupun mendapat tajaan daripada pihak berpengaruh seperti Dato’Seri Vida, masalah
kewangan tetap berlaku. Hal ini berlaku kerana kelemahan pengurusan kewangan dalam
menjalankan tugasan mengagihkan wang kepada pelbagai saluran yang perlu diberikan.
Tidak cukup dengan itu, isu mempolitikkan persatuan tersebut juga digembar-gemburkan dan
pihak politik yang berada dalam persatuan juga disyaki mempunyai kepentingan politik
ataupun peribadi dalam melaksanakan tugas. Namun, sejauh manakah kebenaran ini?
5.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN

MAA juga terpaksa menjual dua aset hartanah terakhir mereka iaitu bangunan di Johor Bahru
dan sebuah lagi Ibu Pejabat mereka di Shah Alam. Cadangan penjualan aset berkenaan
dikatakan dibuat untuk mendapatkan tunai bagi melangsaikan hutang-hutang sedia ada.
Kakitangan MAA juga berpaket untuk mogok diluar pejabat MAA Isnin lalu setelah janji MAA
untuk membayar gaji dan caruman KWSP mereka yang tertunggak selama enam bulan tidak
ditunaikan. MAA merekodkan kerugian kecil iaitu sebanyak RM46,000 pada tahun 2008 dan
terus meningkat kepada RM584,000 pada 2012 kemudian RM2.1 juta pada tahun berikutnya.

6.0 ISU-ISU PERSATUAN

Mengikut pembacaan di Internet dengan mendapatkan sumber yang sahih, dapat


dikenalpasti punca yang mebawa kepada keretakan organisasi tersebut. Dapatan kajian
menunjukan punca utama keruntuhan persatuan tersebut adalah berikutan masalah
kewangan seperti bebanan hutang yang bernilai jutaan ringgit, tunggakkan gaji pekerja, serta
masa depan pencarum-pencarum KWSP yang kebanyakkannya terdiri daripada pekerja
dalam persatuan tersebut.
7.0 ANALISIS SWOT (CARTA SWOT)

Kaedah analisis SWOT merangkumi empat perkara utama iaitu Strength (kekuatan),
Weakness (kelemahan), Oppurtunity (peluang) dan Threat (ancaman). Dalam proses
menganalisa sesuatu isu yang timbul dalam mana mana organisasi, kaedah analisis SWOT
hendaklah dilaksanakan supaya permasalahan yang berlaku dapat dirungkaikan dan
dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk membentuk satu solusi yang dapat
menamatkan atau sekurang-kurangnya meredakan masalah kewangan yang timbul dalam
persatuan ini.

Strength (Kekuatan) Weakness (Kelemahan)


- Memiliki pemimpin yang bagus - Kegagalan untuk menguruskan
sistem kewangan persatuan.
- Memiliki rekod kolaborasi
antarabangsa yang cemerlang. - Kegagalan untuk membayar
tunggakkan gaji pekerja.
- Dikenali dalam pengurusan acara-
acara besar seperti Formula 1, - Ketidakcekapan dalam mentadbir
Grand Prix dan pelbagai sukan perihal kewangan sehingga dibebani
permotoran. hutang yang sangat besar.

- Memiliki pusat dan pejabat yang - Kegagalan menjaga kebajikan dan


bagus untuk menjalankan opersi sosial pekerja-pekerja.
gerak kerja.

Opportunity (Peluang) Threat (Ancaman)


- Mampu menaikkan nama Malaysia - Selalu dibebani hutang yang bernilai
kerana banyak terlibat dalam acara jutaan ringgit.
acara besar antarabangsa.
- Sikap pemimpin yang kurang peka
- Mampu menjadi sebuah persatuan dengan kebajikan pekerja-
auttomobil yang sangat berjaya pada pekerjanya.
masa akan datang.
- Terpaksa menjual aset penting
- Dapat mewujudkan peluang kepada pihak lain.
pekerjaan kepada orang ramai yang
berkelayakan mengurus persatuan.
8.0 KETERANGAN SWOT ANALISIS
8.1 KEKUATAN
8.2 KELEMAHAN
8.3 PELUANG
8.4 ANCAMAN
9.0 PENUTUP