Anda di halaman 1dari 13

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/321241725

Pengurusan Projek Pembinaan: Kaedah dan


Keberkesanan Komunikasi Di Tapak Bina

Conference Paper · June 2009

CITATIONS READS

0 132

5 authors, including:

Mohd Saidin Misnan Zuhaili Mohamad Ramly


Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia
44 PUBLICATIONS 72 CITATIONS 14 PUBLICATIONS 12 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Chia Kuang Lee Ahmadon Bakri


Universiti Malaysia Pahang Universiti Teknologi Malaysia
35 PUBLICATIONS 30 CITATIONS 15 PUBLICATIONS 35 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Business & Finance View project

Linguistic Research View project

All content following this page was uploaded by Mohd Saidin Misnan on 25 February 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN: KAEDAH DAN KEBERKESANAN
KOMUNIKASI DI TAPAK BINA

Mohd Saidin Misnan1, Zuhaili Mohamad Ramly2,Lee Chia Kuang3, Ting Keing4
Ahmadon Bakri5
1,2,3,4
Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, 81310
UTM Skudai, Johor, Malaysia
5
Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor,
Malaysia

ABSTRAK: Kertas kerja ini membincangkan komunikasi dalam pengurusan projek


industri pembinaan. Komunikasi merupakan salah satu faktor penting dalam
menjayakan projek pembinaan. Antara faktor utama kejayaan sesuatu projek adalah
melalui keberkesanan sistem komunikasi. Kebanyakan pengurus projek menyedari
bahawa wujudnya masalah semasa pelaksanaan pengurusan projek pembinaan adalah
disebabkan oleh kelemahan dan kekurangan kaedah komunikasi. Kaedah yang sesuai
dalam penghantaran maklumat pada peringkat yang berbeza adalah penting untuk
meningkatkan keberkesanannya dalam penghantaran maklumat yang betul. Justeru itu,
kajian ini telah dilakukan bagi mencapai objektif iaitu mengenal pasti kaedah
komunikasi yang digunakan di tapak bina dan mengkaji keberkesanannya. Didapati
kaedah komunikasi lisan iaitu melalui mesyuarat secara rasmi paling kerap digunakan
dalam komunikasi sepanjang proses pengurusan projek pembinaan. Kaedah
komunikasi bertulis iaitu penggunaan laporan dalam komunikasi sepanjang proses
pembinaan juga amat kerap digunakan. Penggunaan faks paling kerap digunakan
dalam penyampaian maklumat secara digital. Setiap kaedah komunikasi iaitu
komunikasi lisan, bertulis dan maklumat digital masing-masing mempunyai tahap
keberkesanan yang berlainan berdasarkan kriteria kejelasan maklumat dan kelemahan
yang dihadapinya sepanjang proses komunikasi dalam pengurusan projek pembinaan
di tapak bina.

Kata kunci: Komunikasi, kaedah komunikasi, keberkesanan komunikasi.

1.0 PENGENALAN

Faktor utama untuk menjayakan sesuatu projek adalah melalui keberkesanan


komunikasi. Kebanyakan pengurus projek menyedari bahawa punca wujud masalah
adalah disebabkan oleh kelemahan dan kekurangan komunikasi. Oleh itu, kaedah
komunikasi yang digunakan dalam dan keberkesanannya adalah amat penting.

2.0 ISU

Projek pembinaan pada hari ini dianggap berada pada paras yang dinamik di mana
terdiri daripada kombinasi kerumitan, ketidakpastian, serta menekankan kepantasan.
Pengurusan projek di bawah keadaan sebegini adalah susah dan penuh dengan
cabaran (Laufer et al., 2008). Semasa projek pembinaan dijalankan di tapak bina, tiga
pembolehubah yang sentiasa berlaku di mana pembolehubah ini boleh menganggu

111
atau memudahkan kejayaan sesebuah projek pembinaan iaitu kualiti, kuantiti, dan
maklumat pada masa yang diwaktukan (Garza dan Howitt, 1998). Faktor utama untuk
menjayakan sesuatu projek adalah melalui keberkesanan komunikasi. Kebanyakan
pengurus projek menyedari bahawa punca wujud masalah adalah disebabkan oleh
kelemahan dan kekurangan komunikasi. Arahan hendaklah jelas, tepat, lengkap, tiada
kesilapan, bermakna, dan mempunyai perkaitan dengan situasi semasa pada masa
bagi orang lain yang menerimanya. Oleh itu, kaedah komunikasi yang digunakan perlu
dipertimbangkan dengan teliti. Satu isu tentang efektif media komunikasi di United
Kingdom (UK), data dikumpulkan daripada professional pembinaan tentang perhatian
mereka terhadap media komunikasi dalam konteks pembinaan di UK. Ujian
menunjukkan terdapat perbezaan keberkesanan penggunaan media yang berlainan.
Jadual 1.0 menunjukkan kedudukan media komunikasi yang digunakan di tapak bina.

Jadual 1.0: Kedudukan media komunikasi yang diguna


Face to face Media komunikasi yang paling berkesan
Surat dan lukisan*
Faks dan lukisan*
Komunikasi lisan melalui telefon
Faks tanpa lukisan*
E-mel tanpa lukisan*
Surat tanpa lukisan
E-mel tanpa lukisan Media komunikasi yang paling tidak berkesan
Nota: * Perbezaan antara kedudukan bagi media komunikasi tidak penting dalam kes-kes ini.

Bagi menjamin satu mesej itu mencapai kesan yang diingininya, ia adalah penting
bahawa Kaedah yang digunakan untuk memindahkan maklumat menyokong proses
komunikasi. Kaedah komunikasi yang berbeza sedang dikembangkan, kepantasan dan
gaya untuk pemindahan maklumat juga sedang berubah. Kadang-kala kaedah yang
digunakan dalam penghantaran mesej mungkin salah dipakai guna atau boleh
dikatakan tidak sesuai disebabkan maklumat yang dibawa mungkin tidak betul,
mengelirukan penerima mesej, konflik mungkin berlaku, mesej mungkin dihantar
kepada orang yang salah atau dihantar kepada lebih daripada seorang penerima,
maklumat mungkin tidak spesifik, seterusnya sasaran dan matlamat hilang. Oleh itu,
kajian dijalankan supaya kaedah yang sesuai dalam penghantaran maklumat pada
peringkat yang berbeza boleh dipilih dan diguna dengan betul untuk meningkatkan
keberkesanannya dalam penghantaran maklumat.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah komunikasi yang digunakan di
tapak bina dan menentukan keberkesanannya.

4.0 DEFINISI KOMUNIKASI

Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang
sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik. Definisi komunikasi ialah "satu
proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada
individu/sekumpulan individu yang lain" (Wikipedia ensiklopedia bebas, 2008). Bowditch
dan Buono (2005); Shockley-Zabalak (2006), memberikan takrifan komunikasi sebagai
penglibatan kedua-duanya, iaitu memberi perutusan daripada seseorang dan penerima.

112
Goetsch (1998); Mohamad Khan et al. (2005) mendefinisikan komunikasi sebagai
pertukaran perutusan, iaitu maklumat, idea, emosi, azam dan perasaan yang diterima
dan difahami. Emmitt dan Gorse (2007) menyatakan komunikasi merupakan
pembahagian maksud untuk mencapai pemahaman antara satu sama lain dan untuk
mendapatkan respon dan juga ini melibatkan pergaulan antara penyampai dan
penerima mesej.

5.0 KOMUNIKASI DALAM PEMBINAAN

Menurut Tam (1999), pembinaan merupakan industri yang paling banyak bergantung
kepada keperluan maklumat berbanding dengan industri-industri lain, dengan
kepelbagaiannya maklumat yang termasuk lukisan-lukisan terperinci dan gambar-
gambar, analisis kos, laporan bujet, carta-carta analisis risiko, dokumen-dokumen
kontrak dan jadual perancangan. Maklumat yang tepat pada masa dan jitu adalah
penting bagi semua peserta yang terlibat dalam projek di mana ia membantu
pembentukan keputusan dan kemajuan fizikal dapat dicapai. Pembaziran masa dan
kos dalam projek pembinaan boleh membawa kepada kooordinasi yang lemah
disebabkan oleh maklumat yang tidak cukup. Sebagai contohnya, maklumat yang tidak
cukup, tidak sesuai, tidak tepat, tidak konsisten, lewat dan kombinasi semua yang
disebutkan di atas. Keadaan ini tetap berlaku walaupun terdapat kemajuan dalam
pengurusan maklumat, pengendalian, penyimpanan, dan teknik-teknik pertukaran
maklumat. Oleh itu, komunikasi selalunya menjadi kunci yang membawa kepada
kejayaan atau kegagalan sesuatu projek.

6.0 MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN DI TAPAK BINA

Mengikut Eisenblaetter (2001), maklumat yang terdapat di tapak bina adalah seperti
berikut:

a) Maklumat perancangan pembinaan


Maklumat yang diperlukan di tapak bina kerana maklumat ini berperanan
membantu dalam aktiviti pembinaan bangunan.

b) Maklumat pengurusan bahan binaan


Contoh maklumat pengurusan bahan binaan yang akan digunakan di tapak bina
dalam projek pembinaan termasuklah jadual bahan binaan yang digunakan;
lokasi penempatan bahan binaan; dokumen penempahan dan pembelian bahan
binaan dan maklumat pembekal.

c) Maklumat pengurusan mesin dan alatan


Ia menyenaraikan pelbagai jenis loji, jentera atau mesin utama yang diperlukan
dalam projek pembinaan.

d) Maklumat pengurusan kos


Hanya tertumpu pada perbelanjawan harian seperti perakaunan kos bahan
binaan, perakaunan kos alatan dan mesin dan perbelanjaan lain di tapak bina.

e) Maklumat kaedah penjadualan pembinaan

113
Ia memperlihatkan tempoh perlaksanaan kerja, tarikh penghantaran bahan
pembinaan, keperluan sumber buruh dan subkontraktor, tarikh penyiapan kerja
dan sebagainya. Maklumat berkaitan dengan lanjutan masa juga disertakan.
Maklumat ini adalah penting dalam tuntutan bayaran nanti.

f) Rekod kerja harian tapak


Rekod ini adalah penting dalam menunjukkan keadaan kemajuan kerja. Cuaca
dan keadaan tapak dicatatkan sebagai rujukan kepada kontraktor menyediakan
laporan mesyuarat bulanan serta dapat menentukan jumlah lanjutan masa
disebabkan oleh keadaan cuaca luar biasa sehingga menyebabkan kerja-kerja di
tapak bina tergendala. Selain itu, catatan keadaan cuaca dapat dijadikan rujukan
untuk ramalan program perancangan aktiviti kerja.

g) Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan adalah maklumat yang berkaitan dengan tahap
keselamatan dan keadaan di tapak bina. Contoh laporan dokumennya adalah
laporan kemalangan, laporan kecederaan, dan laporan kerosakan peralatan.

7.0 KAEDAH KOMUNIKASI

Komunikasi boleh dijalankan menerusi beberapa kaedah yang berlainan iaitu melalui
komuniukasi lisan, komunikasi bertulis dan maklumat digital.

7.1 Komunikasi lisan

Komunikasi secara lisan amat penting. Pada peringkat-peringkat yang berlainan


sepanjang hayat sesebuah bangunan, perekabentuk projek tersebut akan menjelaskan
idea dan cadangan mereka secara lisan, selalunya dengan penggunaan penulisan dan
cara grafik. Komunikasi secara lisan boleh disembahkan melalui beberapa kaedah
seperti mesyuarat secara rasmi, mesyuarat tapak yang tidak rasmi atau dikatakan
pemeriksaan, persembahan misalnya penggunaan Microsoft Powerpoint, dan
komunikasi melalui panggilan telefon.

7.1 Komunikasi bertulis

Adalah satu keperluan untuk mencatat perkara-perkara dalam bentuk tulisan. Laporan
bertulis, surat, arahan dan minit mesyuarat adalah penting bagi melincirkan perjalanan
sesebuah projek dan akan dijadikan sebagai bukti jika pertikaian berlaku. Berbanding
dengan komunikasi secara lisan, semua komunikasi bertulis hendaklah lebih tepat,
lebih berhati-hati (kerana tiada jaminan bahawa siapa yang akan membacanya), lebih
ringkas dan padat dan bebas daripada kekaburan. Respon dan maklum balas akan
kurang pantas berbanding dengan komunikasi lisan. Antara kaedah-kaedah komunikasi
jenis bertulis pula melibatkan laporan iaitu sama aada laporan seharian atau laporan
bulanan. Selain itu, laporan siasatan tapak, diari yang mencatatkan aktiviti seharian di
tapak, gambar foto yang diambil sebagai rujukan dan bukti untuk menggambarkan
keadaan yang sebenar di tempat pembinaan, surat yang menunjukkan sesuatu isu
khas, notis-notis, jadual yang menyenaraikan kedudukan elemen-elemen yang
berulang dalam sesebuah projek pembinaan seperti struktur tiang, tingkap, pintu, dan

114
kemasan bilik, spesifikasi bertulis, jadual perlaksanaan kerja, minit mesyuarat, borang
Request For Information/ Query list, senarai ketidakpatuhan atau kerosakan yang
mencatatkan item-item yang tidak lengkap, rosak dan cacat yang tidak mematuhi
standard yang ditetapkan dalam spesifikasi, lukisan teknikal dan pelan.

7.3 Maklumat digital

Menurut Emmitt dan Gorse (2003), komputer dan perisian komputer membenarkan
perkongsian maklumat yang luas. Mohamad Jamil (1999) menyatakan penggunaan
komputer dalam industri pembinaan ada lima fasa dan dikenali sebagai "kitaran hayat
projek". Kitaran ini bermula daripada fasa konsep, reka bentuk, tawaran tender,
pembinaan dan penyelenggaraan. Pada tahun 1990, era Teknologi Maklumat (TM)
atau dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mula bertapak dan
aplikasi banyak tertumpu pada aspek integrasi. Semua alat dalam TM digunakan untuk
meningkatkan kualiti, keselamatan, penjimatan masa dan harga pembinaan.

Konsep EDI (Electronic Data Interchange) digunakan untuk kerja-kerja penghantaran


data yang diatur dari satu komputer ke komputer yang lain menggunakan kaedah
elektronik. Faizul (2004) menyatakan bahawa kelebihan perisian komputer bukanlah
dari segi kepantasan dan kebolehan menyimpan serta memproses data-data dengan
berulang-ulang kali, malah mengurangkan keletihan dan kecuaian manusia. Dengan
menggunakan komputer, segalanya boleh dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan kos
efektif. Computer-aided Design (CAD), Short message service (SMS), E-mel,
Penghantaran Faks, i-Supervision dan video conferencing merupakan kaedah yang
digunakan dalam komunikasi secara maklumat digital.

8.0 KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi berkesan antara manusia perlu selaras bagi membolehkan mereka


membina kehidupan peribadi, sosial, profesional dan sebagainya yang memuaskan,
produktif dan bermakna (Armin Azhari, 2005). Menurut Rahayu (2008), kaedah
komunikasi merujuk kepada pemilihan wacana komunikasi yang sesuai dengan tujuan
mesej dan juga sasarannya. Kerja-kerja perekabentuk dan komunikasinya adalah
secara tidak langsung. Kreaktiviti mereka dinyatakan dalam bentuk arahan kepada
pembuat, konsultant, kontraktor dan sub-kontraktor dan biasanya dalam bentuk lukisan
dan dokumen bertulis yang dikenali sebagai penghasilan atau pengeluaran maklumat.
Berikut dengannya, pembuatan, rekabentuk dan pembinaan bergantung kepada
keberkesanan komunikasi untuk mencapai kualiti yang bagus. Arahan mestilah jelas,
lengkap, ringkas, bebas daripada kesilapan, bermakna, relevan, tepat dan tepat masa
untuk mereka yang menerimanya. Oleh itu, pemilihan kaedah untuk berkomunikasi
memerlukan pertimbangan yang teliti.

8.1 Kejelasan maklumat

Pemilihan kaedah komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan mesej dan juga
sasarannya. Kaedah yang digunakan hendaklah berkesan dalam penghantaran
maklumat iaitu jelas dan ringkas, tepat, konsisten, maklumat yang tidak berlebihan,
ketepatan masa, maklumat yang sesuai dengan penerima yang sesuai dipilih,
komunikasi tanpa batasan waktu dan sempadan, pengurusan maklumat yang efektif,
dan komunikasi kawalan.

115
8.2 Kelemahan dalam komunikasi

Grazian (1990) menyatakan beberapa kesalahan yang biasa orang akan lakukan dalam
komunikasi. Contoh masalah yang sering berlaku dan serius ialah gagal dalam
mendengar dengan jelas, silap dalam menghantar isyarat yang bukan lisan, gagal
dalam menulis untuk pemahaman orang lain, limitasi kuasa "Power", limitasi perubahan
teknologi komputer, dan maklumat palsu.

9.0 METODOLOGI

Kajian ini mengunakan kaedah borong soal selidik dalam pengumpulan data. Borang
soal selidik akan digunakan untuk menjawab objektif iaitu untuk mendapatkan data
tentang kaedah komunikasi yang digunakan di tapak bina dan keberkesanannya. Skop
kajian ini ditumpukan kepada kawasan di Johor dan responden adalah terdiri daripada
firma pembinaan bergred 3, 4 dan 5. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam
komunikasi bagi perunding-perunding dikenal pasti bagi setiap proses pembinaan.
Kejelasan sesuatu maklumat dan kelemahan-kelemahan yang dihadapi juga dikenal
pasti berdasarkan kaedah-kaedah yang digunakan.

10.0 ANALISIS DATA

Bahagian A dalam borang soal selidik mengenai latar belakang responden yang terdiri
daripada pelbagai pihak yang terlibat dalam projek pembinaan. Jadual 2.0
menunjukkan katogeri responden mengikut jawatan mereka masing-masing.

Jadual 2.0: Kategori responden


Bil. Jawatan Bilangan
1. Pengurus projek 11
2. Pegawai urusan dan ketua pegawai eksekutif 6
3. Jurutera 3
4. Kerani 3
5. Kontraktor 5
6. Jurukur bahan 1
7. Pemilik tunggal 1
Jumlah 30

Maklumat tempoh perkhidmatan para responden iaitu pengalaman dan penglibatan


mereka dalam industri pembinaan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.0.

Jadual 3.0: Kategori jangka masa perkhidmatan responden dalam industri pembinaan
Bil. Tahun Kekerapan Peratusan
1. < 5 tahun 5 17%
2. 5 – 10 tahun 13 44%
3. 11 – 15 tahun 4 13%
4. 16 - 20 tahun 4 13%
5. > 20 tahun 4 13%
Jumlah 30 100%

116
Kadar taburan ini boleh mencerminkan betapa lama para responden menceburi diri
dalam bidang pembinaan. Selain itu, daripadanya kita dapat mengetahui pengalaman
responden dalam kaedah komunikasi mereka sepanjang projek pembinaan.

Bahagian B dalam borang soal selidik mengenai kekerapan bagi setiap kaedah yang
digunakan oleh responden dalam proses pembinaan. Bahagian ini penting untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti kaedah yang digunakan di
tapak bina dan keberkesanannya. Rajah 1.0 menunjukkan kekerapan setiap kaedah
komunikasi sepanjang projek pembinaan mengikut kategori komunikasi lisan,
komunikasi bertulis dan komunikasi secara maklumat digital.

Rajah 1.0: Taburan penggunaan kaedah komunikasi yang berlainan

Secara keseluruhannya, kita boleh melihat dari Rajah 1.0 bahawa hampir semua
kaedah dipilih dan digunakan oleh responden dalam komunikasi seharian mereka
dalam tapak bina. Mesyuarat secara rasmi paling kerap digunakan antara kesemua
jenis kaedah yang disenaraikan. Penggunaan laporan dan penghantaran faks juga
amat kerap digunakan jika dibandingkan dalam kaedah komunikasi bertulis dan
kaedah-kaedah komunikasi bentuk maklumat digital masing-masing.

Analisis borang soal selidik seterusnya pula adalah mengenai keberkesanan kaedah
komunikasi yang digunakan oleh responden yang bergantung kepada dua aspek utama
iaitu pemilihan kejelasan maklumat dan kelemahan dalam komunikasi. Setiap aspek
utama tersebut mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang berkaitan dengan

117
keberkesanan kaedah komunikasi yang digunakan. Jadual-jadual 4.0, 5.0, 6.0 dan 7.0
menunjukkan keberkesanannya mengikut kriteria yang disenaraikan.

Jadual 4.0: Tafsiran julat purata min bagi tahap kesetujuan kejelasan maklumat

Skor Kategori Julat Purata Min Keberkesanan

1 Sangat tidak setuju 1.00-1.80 Tidak berkesan


2 Tidak setuju 1.81-2.60 Tidak berkesan
3 Sederhana setuju 2.61-3.40 Tidak berkesan
4 Setuju 3.41-4.20 Berkesan
5 Sangat setuju 4.21-5.00 Berkesan

118
Jadual 5.0: Kaedah komunikasi yang memenuhi kriteria kejelasan maklumat

Jenis Tahap Keberkesa


Kriteria Min
komunikasi kesetujuan nan
Jelas dan ringkas 3.82 Setuju Berkesan
Tepat 3.50 Setuju Berkesan
Konsisten 3.50 Setuju Berkesan
Maklumat tambahan Tidak
2.57 Tidak setuju
berkesan
Ketepatan masa 3.71 Setuju Berkesan
1. Komunika Maklumat yang sesuai
si lisan dengan penerima yang 3.86 Setuju Berkesan
sesuai
Komunikasi tanpa batasan
3.67 Setuju Berkesan
waktu dan sempadan
Pengurusan maklumat yang
3.67 Setuju Berkesan
efektif
Komunikasi kawalan 4.50 Sangat setuju Berkesan
Jelas dan ringkas 3.76 Setuju Berkesan
Tepat 4.04 Setuju Berkesan
Konsisten 3.77 Setuju Berkesan
Maklumat tambahan Tidak
3.22 Sederhana setuju
berkesan
Ketepatan masa 3.64 Setuju Berkesan
2. Komunika Maklumat yang sesuai
si bertulis dengan penerima yang 4.00 Setuju Berkesan
sesuai
Komunikasi tanpa batasan
4.20 Setuju Berkesan
waktu dan sempadan
Pengurusan maklumat yang
3.96 Setuju Berkesan
efektif
Komunikasi kawalan 3.90 Setuju Berkesan
Jelas dan ringkas 4.00 Setuju Berkesan
Tepat 4.67 Sangat setuju Berkesan
Konsisten Tidak
3.40 Sederhana setuju
berkesan
Maklumat tambahan Tidak
2.62 Sederhana setuju
berkesan
Ketepatan masa 3.60 Setuju Berkesan
3. Maklumat
Maklumat yang sesuai
digital
dengan penerima yang 4.00 Setuju Berkesan
sesuai
Komunikasi tanpa batasan Berkesan
3.83 Setuju
waktu dan sempadan
Pengurusan maklumat yang
3.88 Setuju Berkesan
efektif
Komunikasi kawalan 3.88 Setuju Berkesan

119
Jadual 6.0: Tafsiran julat purata min bagi tahap kekerapan kelemahan yang dihadapi
Skala Kategori Julat Purata Min Keberkesanan
1 Tidak pernah 1.00-1.80 Berkesan
2 Jarang 1.81-2.60 Berkesan
3 Kadang-kala 2.61-3.40 Tidak berkesan
4 Selalu 3.41-4.20 Tidak berkesan
5 Amat kerap 4.21-5.00 Tidak berkesan

Jadual 7.0: Kelemahan-kelemahan yang dihadapi semasa berkomunikasi


Kelemahan-
Jenis komunikasi Min Tahap Keberkesanan
kelemahan
Gagal dalam
mendengar dengan 2.33 Jarang Berkesan
jelas
Silap dalam
menghantar isyarat 2.00 Jarang Berkesan
yang bukan lisan
Gagal dalam menulis
1. Komunikasi lisan untuk pemahaman 2.25 Jarang Berkesan
orang lain
Limitasi kuasa
- - -
“power”
Limitasi perubahan
- - -
teknologi komputer
Maklumat palsu atau
2.50 Jarang Berkesan
propaganda
Gagal dalam
mendengar dengan 2.00 Jarang Berkesan
jelas
Silap dalam
Kadang-
menghantar isyarat 2.80 Tidak berkesan
kala
yang bukan lisan
Gagal dalam menulis
2. Komunikasi
untuk pemahaman 2.50 Jarang Berkesan
bertulis
orang lain
Limitasi kuasa
- - -
“power”
Limitasi perubahan
- - -
teknologi komputer
Maklumat palsu atau
2.07 Jarang Berkesan
propaganda
Gagal dalam
Kadang-
mendengar dengan 3.00 Tidak berkesan
kala
jelas
3. Maklumat digital
Silap dalam
Kadang-
menghantar isyarat 2.89 Tidak berkesan
kala
yang bukan lisan

120
Gagal dalam menulis
untuk pemahaman 2.50 Jarang Berkesan
orang lain
Limitasi kuasa
2.23 Jarang Berkesan
“power”
Limitasi perubahan
2.13 Jarang Berkesan
teknologi komputer
Maklumat palsu atau Tidak
1.69 Berkesan
propaganda pernah

Daripada hasil kedua-dua jadual (Jadual 5.0 dan 7.0) didapati keberkesanan kaedah
yang digunakan, kejelasan maklumat dan kelemahan yang dihadapi bagi penggunaan
kaedah komunikasi lisan, bertulis dan maklumat digital telah dikenalpasti masing-
masing. Daripada data yang didapati, ketiga-tiga kaedah tersebut mempunyai
keberkesanan yang berlainan iaitu sama ada berkesan atau tidak berkesan mengikut
setiap kriteria yang disenaraikan. Apabila merujuk kepada kejelasan maklumat yang
disampaikan dan kelemahan yang dihadapi semasa berkomunikasi, ketiga-tiga jenis
komunikasi lisan, bertulis dan maklumat digital boleh dikatakan memenuhi sesetengah
kriteria-kriteria yang disenaraikan sahaja masing-masing seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini dan keberkesanannya ditentukan berdasarkan syarat-syarat
kejelasan dan kelemahan sesuatu maklumat dalam proses komunikasi.

11.0 KESIMPULAN

Komunikasi di tapak bina melibatkan pelbagai pihak dan ia merupakan suatu proses
yang agak rumit. Keadaan ini bertambah kompleks terutamanya pada peringkat kerja-
kerja pembinaan dijalankan. Oleh itu, pihak-pihak berkenaan perlu mempunyai
komunikasi yang baik dalam melancarkan proses penyampaian dan penukaran
maklumat dan seterusnya membawa kejayaan kepada pelaksanaan sesebuah projek
pembinaan tersebut. Kaedah yang sesuai dalam penghantaran maklumat pada
peringkat yang berbeza boleh dipilih dan diguna dengan betul untuk meningkatkan
keberkesanannya dalam penghantaran maklumat.

RUJUKAN

Armin Azhari Saleh (2005). In: Johaidah, (2006). Belia: SMS Kemudahan Teknologi
Komunikasi. http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1527
[Dicapai pada 22 September 2008].
Bowditch, J.L. dan Buono, A.F. (2005). A Premier on Organizational Behavior. 6th. ed.
New Jersey: John Wiley & Sons.
Eisenblaetter. K. (2001). Investigation and Prototype Development for a Personal
Digital Assistant for Document Acess from Construction Sites.
http://www.wmich.edu/jcce/jcce.htm [Dicapai pada 15 Oktober 2008].
Garza, J.M.I. dan Howitt, I., (1998). Automation in Construction: Wireless
communication and computing at the construction jobsite 7 (4): 327-347.
Goetsch, D.L., (1998). Implementing Total Safety Management: Safety, Health, and
Competitiveness in the Global Marketplace. New Jersey: Prentice Hall.
Grazian, F. (1990). The 76 Most-Comman Grammar Errors and How to Avoid Them.
Alexandria, VA : Communication Publications & Resources

121
Laufer, A., Shapira, A. dan Telem, D., (2008). Communicating in Dynamic Conditions:
How Do On-Site Construction Project Managers Do It? 24(2): 75-86.
Mohamad Jamil Sulaiman (1999). Usahawan Siber Dalam Industri Pembinaan Satu
Strategi Masa Depan.
http://johor.jkr.gov.my/kluang/web%20baru/fail%20pdf/usahawan%20siber.pdf
[Dicapai pada 22 September 2008].
Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah dan Abdul Aziz Yusof (2005).
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Organisasi. Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Rahayu Ahmad (2008). Kemahiran komunikasi berkesan.
http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/KEMAHIRAN_KOMUNIKASI_BERKESA
N.pdf [Dicapai pada 10 November 2008].
Shockley-Zabalak, P.S., (2006). Fundamentals of Organizational Communication:
Knowledge, Sensitivity, Skills, Values. 6th. ed. Boston: Pearson Education.
Emmitt, S. dan Gorse, C. (2003). Construction Communication. United Kingdom:
Blackwell Publishing Ltd.
Emmitt, S. dan Gorse, C. (2007). Communication In Construction Teams. London and
New York: Taylor & Francis Group.
Tam, C.M., (1999). International Journal of Project Management: Use Of The Internet
To Enhance Construction Communication: Total Information Transfer System
17(2): 107-111.
Wikipedia ensiklopedia bebas (2008). Komunikasi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi [Dicapai pada 25 October 2008].

122

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai