Anda di halaman 1dari 1

Pepatah Melayu Maksudnya

Ditelan mati emak, Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
diluahkan mati bapa.

Gajah sama gajah Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.


berjuang, pelanduk mati
di tengah-tengah.

Guruh tak berbunyi, Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.


malang tak berbau.

Harapkan pagar, Percaya akan orang yang mengkhianati kita.


pagar makan padi.

Kalah jadi abu, Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian
menang jadi arang. tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya
hangus.

Sepandai-pandai Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu
tupai melompat, pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah.
akhirnya jatuh ke
tanah juga.

Berat sama dipikul, Bekerjasama dan saling menolong.


ringan sama dijinjing.

Sehari selembar Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.


benang, lama-lama
jadi kain.

Biar putih tulang, Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.


jangan putih mata.

Di mana ada kemahuan, Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.


di situ ada jalan.
Genggam bara api, Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
biar sampai jadi arang.
Jika tidak Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.
dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.

Takut kerana salah, Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar,
berani kerana benar. berasa berani.

Buang yang keruh, Buang yang jahat, ambil yang baik.


ambil yang jernih.