Anda di halaman 1dari 9

Bisaya adalah kaum pribumi yang telah lama bermaustatin di tanah negeri di bawah bayu.

Kaum ini
berasal dari barat laut dan sepanjang pantai borneo yang mana tertumpu di sekitar daerah
Beaufort,Sungai Padas,Sungai Klias,Pulau Gaya. Menurut kepercayaan tempatan,perkataan Bisaya
berasal dari sebutan “Mabisa Iva” yang bermakna lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah
serta cantik molek. Bangsa Bisaya dikatakan antara yang pertama menerima Islam pada kurun ke 13
rentetan ketua Bisaya pertama, Alak Betatar yang berjaya bergelar Raja Brunei pertama dalam satu
pertandingan lumba perahu lalu memeluk agama Islam dan menggunakan nama Sultan Muhammad
Shah.

Dalam kajian ini,kami lebih mengutamakan penempatan kaum bisaya di sekitar daerah Beaufort.
Penduduk di sekitar kawasan tersebut mahir dalam bidang pertanian seperti menanam
padi,halia,pokok rumbia,kunyit ,buah-buahan dan sebagainya.Mereka juga memiliki kepakaran
dalam memburu haiwan liar dan menangkap ikan dengan selambau dan pukat dan bagang untuk
menjadi sesuap nasi.Tidak lupa juga,sikap menternak haiwan juga menjadi semaian dalam hidup
mereka beserta dengan keunikan dalam seni kraftangan. Kemahiran dan keistimewaan yang tiada
ukuran ini membawa kaum Bisaya di sekitar kawasan ini terus berdiri dan mengorak langkah ke
hadapan bersama kaum lain di kepulauan Borneo ini.
HASIL TEMUBUAL

Pada tarikh 7 Oktober bersamaan hari Sabtu,kami telah menemubual Puan Juliana yang mana
merupakan seorang anak bangsa Bisaya bertempat di Kampung Takuli. Kepadatan maklumat yang
diberi daripada beliau memberi kami serba sedikit tentang keunikan yang melakari keindahan
budaya Bisaya ini. Masyarakat Bisaya mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian. Halia atau
Luya dalam bahasa BIsaya merupakan prospek tanaman yang utama kerana mempunyai kegunaan
dalam perubatan. Luya ini dapat mengubati penyakit batuk dengan meletakkan beberapa potongan
Luya yang telah dikupas ke dalam air suam. Mereka turut menanam padi,buah-buahan dan
sebagainya. Hasil tanaman ini kemudiaannya dikomersialkan dengan menjual di tamu untuk
menyara kehidupan mereka.

Menurut Puan Juliana, menangkap ikan juga menjadi sumber rezeki dan makanan mereka.
Mereka akan menangkap ikan di sungai menggunakan selambau manakala pukat dan bagang
digunakan ketika di laut. Seni kraftangan juga tidak asing bagi kaum Bisaya,pengetahuan dan
pengalaman mendorong mereka untuk terus memperjuangkan kraftangan kerana kraftangan yang
dibuat berkaitan dengan kegunaan harian seperti barait untuk mengangkat hasil tangkapan atau
tanaman.
2.Tarian

Tarian Laliput . Laliput bererti mengelilingi atau meliputi . Tarian ini berdasarkan tarian di mana
para penari akan menari mengelilingi atau meliputi sesuatu . Tarian ini hanya ditarikan apabila
terdapat orang yang sakit disebabkan hantu jembalang atau perbuatan orang melalui ilmu sihir .
Orang yang sakit tersebut biasanya rohnya diambil oleh hantu jembalang ataupun sihir yang
dikenakan dalam dirinya . Selama roh pesakit tadi belum dikembalikan kepada diri pesakit , selama
itulah sakit tidak akan sembuh . Untuk mengembalikan rohnya , tarian liliput ini haruslah
dilaksanakan melalui upacara pemujaan semangat . Untuk mengembalikan roh tersebut , beberapa
prosedur haruslah dilaksanakan iaitu seorang bomoh akan mengelilingi pesakit tersebut . Bomoh
tersebut biasanya akan dibantu oleh rakan-rakannya serta pembantu bomoh tersebut . Bomoh
berkenaan akan bergerak mengelilingi pesakit sambil menari dan membaca jampi serapah , lalu
diikuti oleh beberapa pembantunya . Setelah upacara itu selesai , lalu terdapat dua orang secara
berpasangan akan keluar mengelilingi pesakit dan mereka akan menari mengelilingi pesakit tersebut
sehinggalah pesakit tersebut sedar atau sembuh dari penyakitnya . Upacara ini lama-kelamaan
dinamakan tarian liliput kerana masa itu tarian ini belum mempunyai nama yang spessifik . Untuk
menjelaskan lebih terperinci, tarian ini mempunyai baju dimana ia digunakan untuk menyerikan
rupa bentuk tarian . Baju yang digunakan ialah berwarna hitam dan jenis kain tersebut ialah kain
baldu . Alat – alat muzik seperti kulintangan , gong . canang dan gendang digunkan untuk mengiringi
tarian tersebut , Tarian Alai Bubu atau Sayau salihid adalah tarian yang mengunakan bubu ikan .
Bubu ikan ini biasaya akan direndam atau ditenggelamkan di dalam air sungai atau air laut untuk
tujuan menangkap ikan . Tariann ini ditarikan oleh 6 orang penari , 4 orang pengalai , 4 orang
pemuzik dan 2 orang penyanyi .

Tarian ini mempunyai kisah pada zaman nenek moyang suku kaum Bisaya yang terdahulu. Pada
zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang berbangsa Bisaya dan tinggal di tepi pantai. Pada suatu
hari si suami telah meninggal dunia dan tinggallah isteri yang tersayang. Mengikut adat istiadat suku
kaum Bisaya pada masa itu yang masih belum beragama telah membuat satu syarat di mana bila si
suami atau si isteri meninggal dunia maka yang hidup iaitu pasangannya akan turut serta dengan
pasangan yang telah meninggal dunia dengan cara mayat pasangan mereka di masukkan ke dalam
bubu kemudian pasangan yang hidup dan mati itu di campak ke dalam laut. Ini membuktikan
bahawa pasangan suami isteri itu setia antara satu sama dengan yang lain. Setelah itu,bomoh atau
pawang suku kaum Bisaya tersebut akan memuja atau memanggil semangat bubu naik semula ke
pesisir pantai untuk berjumpa dengan sanak saudara atau orang-orang kampung bagi mengubati
atau penyembuhan mereka-mereka yang sakit pada ketika itu.
3) Mantera

Kaum bisaya mempunyai mantera lebih dikenali jampi serapah dan kebiasaanya jampi ini berkait
dengan tarian dalam tujuan pengubatan . Melalui penyelidikan yang kami laksanakan , kami hanya
menjumpai mantera yang digunaakan dalam tarian Alai Bubu .Semasa tarian Alai bubu
dilaksanakan , bomoh atau pawang akan membaca beberapa mantera dan jampi serapahnya dan
salah satu mantera ini yang boleh dibaca seperti berikut:

IYA BAMBAN IYA LUKAH

UTAK BAMBAN IBA SARI,

MAIN DENGAN SIPAR MUDA,

SILUKAH PANDAI MENuiARI.

Sekarang mantera ini boleh dinyanyikan dengan syarat tidak menggunakan jampi serapah hanya
untuk persembahan nyanyian tarian sahaja seperti ada sebuah kisah pada masa yang sama di mana
ada sekumpulan anak-anak muda sedang bermain alat-alat kulintangan di tepi pantai dan mereka
menyanyikan lagu mantera seperti di atas, tiba-tiba mereka melihat ada susuk lembaga seperti
seorang wanita sedang melenggang lenggok lemah gemalai menari mengikut alunan kulintangan
tersebut. Semakin lama semakin lembaga itu menghampiri tepian pantai sehingga membuat anak-
anak muda tadi lari lintang pukang ketakutan melihat lembaga tersebut. Sebenarnya, lembaga yang
dimaksudkan itu ialah bubu/lukah yang menjelma seperti kelibat seorang perempuan. Ramai
penduduk kampung pada masa itu melihat fenomena yang terjadi di kampung mereka. Cerita ini
merupakan sebuah mitos kisah orang-orang tua suku kaum Bisaya pada masa dahulu kala.
Sememangnya Tarian Alai Bubu ini adalah sebuah tarian yang unik dan boleh dianggap mistik oleh
segelintir masyarakat yang melihat tarian ini ditarikan. Kajian demi kajian perlu dilakukan demi
mendokumentasikan tarian ini yang menjadi warisan kaum bisaya di negeri Sabah.
4) ubat

Bisaya adalah etnik yang mempunyai banyak variasi dalam amalan perubatan . Mereka
mementingkan sikap bercucuk tanam dalam tanaman herba tradisional yang dimana telah menjadi
satu komponen penting untuk berubat dan mengekalkan kesihatan dalam masyarakat setempat .
Mereka juga telah mempraktikan sikap ini dan menerapkan kepada anak anak mereka sehingga
banyak jenis herba dan ubatan tradisional ini telah diperkenalkan dan masih lagi digunakan dalam
masa ini .

a) SAMBONG (BLUMEA BALSAMIFERA L)

Sambong (Blumea balsamifera L.)

Antaranya ialah Gabon atau lebi dikenali Sambong . Herba ini mempunyai banyak kebaikan dan
herba ini dikatakan sangat istimewa . Antara kelebihan ubat ini ialah ubat ini baik sebagai agen
diuretic dan ialah juga berkesan dalam batu buah pinggang yang melarutkan , membantu merawat
hipertensi dan rematik serta dapat merawat disentri iaitu sakit tekak dan banyak lagi . Cara
penyediaan & penggunaan ubat ini ialah herba ini perlu direndam (rebus dalam air) daun Sambong
sebagai teh seperti dan minum segelas 3 atau 4 kali sehari. Selain itu , daun herba ini juga boleh
dihancurkan atau ditumbuk dan dicampur dengan minyak kelapa. Untuk mengubati sakit kepala,
gunakan daun yang dihancurkan dan ditumbuk di dahi dan kuil. Herba ini juga boleh direbus daun
digunakan sebagai mandian span. Rebusan akar, sebaliknya, akan diambil sebagai penawar untuk
demam.
b) MAYANA (PLECTRANTHUS SCUTELLARIOIDES)

Plectranthus scutellarioides (L.) R. Br.

Seterusnya ialah Mayana , mayana adalah tumbuhan yang mempunyai banyak manfaat
kesihatan, kerana minyak dan antioksidan penting di dalamnya. Warna kecantikan
menjadikan tumbuhan ini sering digunakan sebagai bunga hiasan. Kehadiran habitat
tumbuhan adalah di sawah atau di sepanjang tebing sungai. Nama saintifik untuk tumbuhan
Mayana adalah scutellarioides atau Coleus atropurpureus, milik keluarga Labiatae.
Tumbuhan Mayana biasanya tumbuh di dataran tinggi, kira-kira 1500 meter di atas paras
laut. Bentuk daun seperti jantung dengan lengkung yang indah di tepi.

Daun Mayana berwarna cerah dan mempunyai variasi warna mengikut variasi. Batang bunga
Mayana menonjol dari ujung batangnya. Ketinggian pokok penumbuk boleh mencapai 30-
150 cm, dengan batang tumbuhan mudah pecah. Tumbuhan ini dengan batang menjalar
mempunyai bekas berbentuk persegi .Herba ini dapat membantu untuk menyembuhkan dan
menurunkan haba demam .Cara menggunakannya sangat mudah. Beberapa cara untuk
memproses tumbuhan Mayana untuk mengurangkan haba dan demam ialah ambil batang
dan daun Mayana . Selepas itu , rebus batang dan daun Mayana beserta 3 cawan air
sehingga mendidih dan tambahkan 2 cawan air . Setelah siap minum ramuan untuk
membantu menyembuhkan demam dan juga menurunkan haba anda.
c) LUYA (Zingiber officinale)

Zingiber officinale

Luya ialah sejenis tumbuhan Luya adalah tumbuhan yang licin dan halus yang timbul dari akar umbi
yang tebal, sangat aromatik. Batang daun berdaun adalah 0.4 hingga 1 meter. Daun berbentuk pisau
pembedah, berbentuk pisau lurus hingga linear-berbentuk pisau pembedah, 15 hingga 25 sentimeter
panjang, dan 2 sentimeter lebar atau kurang. Scape yang timbul dari batang susut adalah tegak, 15
hingga 25 sentimeter tinggi, dan ditutup dengan bracts yang jauh, imbricate. Spike adalah ovoid
hingga ellipsoid, sekitar 5 sentimeter panjang. Bracts ovate, cuspidate, kira-kira 2.5 sentimeter
panjang, dan hijau pucat. Calyx adalah 1 sentimeter panjang atau agak kurang. Corolla berwarna
kuning kehijauan, dan tiubnya kurang daripada 2 sentimeter panjang, manakala bibirnya oblong-
obovate dan sedikit purplish. Herba ini digunakan sebagai ubat semulajadi bagi penyakit batuk. Cara
penyediaan dan penggunaan sangatlah mudah. Basuh dan kupas luya( seperti halia) kemudian
potong kepada beberapa kerat. Panaskan air(segelas) dan jadikan ia suam-suam kuku kemudian
masukan luya.Jangan rebus luya. Amalkan ia dua kali sehari sehingga batuk sembuh
D) ATIS (Annona Squamosa L.)

Annona squamosa L.

Atis atau lebih dikenali sebagai buah nona adalah pokok kecil 3 hingga 5 meter tinggi. Daun
agak berbulu apabila muda, bujur, 8 hingga 15 sentimeter panjang, dengan tangkai 1 hingga
1,5 sentimeter panjang. Bunga-bunga berlaku secara tunggal di paksi daun, kira-kira 2.5
sentimeter panjang, berjalur, berbulu, tiga sudut, hijau muda menjadi kuning. Buahnya besar,
agak berbentuk hati, 6 hingga 9 sentimeter panjang. Apabila masak, buahnya berwarna
terang kekuningan-hijau.Atis ini digunakan sebagai ubat selesma.kebiasaannya,mereka
akan makan buah yang masak dan rendam daun dalam air suam lalu meminumnya.

Anda mungkin juga menyukai