Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Jika tidak kerana berlakunya penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu dan
kemudiannya bermastautin di sini tidaklah kita berbincang tentang hubungan etnik. Tanpa
kehadiran mereka tiadalah interaksi yang berlaku kerana tiada peluang untuk kita berinteraksi.
Dengan hadirnya mereka di negara ini, wujudlah peluang interaksi dengan penduduk
peribumi. Hubungan etnik merupakan hasil daripada pelbagai faktor berlaku suatu masa
dahulu. Malahan pada masa ini, ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat
penting. Hampir seluruh kegiatan, tindakan dan pergerakan adalah berasaskan kepada etnik
(Sanusi, 1984). Oleh kerana itu, topik-topik di dalam kursus hubunga etnik adalah sangat
penting bagi kita menganalisa tentang perkara ini.

a.

Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara
berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah’ (Divide and Rule) satu
kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’
Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan
sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan
mengekalkan identiti dan budaya masing–masing dan tidak digalakkan berhubung secara
langsung dengan kaum Bumiputera.

Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk secara
beramai-ramai tenaga kerja dari China dan India. Salah satu faktor yang mendorongorang
Cina dan India datang ke Malaya pada masa itu ialah faktor ekonomi. Faktor ini jugalah yang
telah mendorong sesuatu golongan etnik menetap di sesuatu kawasan danfakta ini juga
berkait rapat dengan pekerjaan tertentu sesuatu kaum.Dalam tahun-tahun 1920-an, corak
pendudukan rakyat di negara ini telah jelas terbentuk. Terdapat perkampungan Melayu, pekan
dan bandar dengan kedai–kedai Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah panjang
kaum Ibandan kampung kaum kadazan. Hal ini merupak satu senario biasa yang boleh dilihat
dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat perlbagai kaum ini terpisah dan berbeza antara
satudengan yang lain. Corak pemisahan ini melahirkan asas-asas dalam masalah
perpaduandan integrasi kaum. Pengasingan daripada segi fizikal ini juga tidak membolehkan
setiap kaum bercampur gaul, bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang
lain.Pemisahan fizikal ini menjadikan ikatan hubungan antara kaum bertambah jauh
ditambahlagi dengan adanya perbezaan-perbezaan lain seperti perbezaan agama,
pendidikan,akhbar, persatuan dan pengaruh politik di tanah asal mereka.
Akan tetapi, lahirnya masyarakat majmuk juga mewujudkan kerjasama erat di
kalangan etnik di Malaysia. Negara berbilang bangsa boleh menjadi negara yang baik. Hal ini
membolehkan kepelbagaian budaya; individu dari pelbagai negara boleh menyumbang
dengan cara mereka sendiri. Sebagai contoh, sebahagian besar masyarakat India adalah
doktor. Doktor-doktor dari masyarakat India ini telah menyumbang secara signifikan kepada
kesihatan negara. Banyak yang bekerja sebagai perunding kesihatan, pengamal kesihatan
dan penyelidik yang menyumbang kepada kesihatan dan kebajikan Malaysia.

b.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan
negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua
mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Strategi yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan


lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan
penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang
untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang
tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden;
kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan
dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.Membina dan meningkatkan infrastruktur di
kawasan luar bandar.

Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi
kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum
tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum
Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang
lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar
bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur
diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.
c.

Menurut Émile Durkheim dalam bukunya The Elementary Forms of the Religious Life
(1912), menerangkan bahawa Agama memberikan beberapa fungsi untuk masyarakat. Ini
termasuk memberikan makna dan tujuan hidup, mengukuhkan perpaduan dan kestabilan
sosial, berkhidmat sebagai agen kawalan tingkah laku sosial, mempromosikan kesejahteraan
fizikal dan psikologi, dan memotivasikan manusia ke arah perubahan sosial yang positif.

Agama berperanan dalam perpaduan kaum menerusi fungsi agama sebagai cara
mengukuhkan perpaduan dan kestabilan sosial. Menurut Durkheim 1912) agama
memperkuat kestabilan sosial dalam sekurang-kurangnya dua cara. Pertama, ia memberikan
masyarakat kepercayaan umum dan oleh itu adalah agen sosialisasi yang penting. Kedua,
amalan komuniti di dalam agama, seperti di rumah ibadat, membawa manusia bersama
secara fizikal, memudahkan komunikasi mereka dan interaksi sosial yang lain, dan dengan
itu menguatkan ikatan sosial mereka.

Justeru, berperanan agama dalam perpaduan kaum berkaitan dengan perkara yang baru
dibincangkan. Agama adalah ejen kawalan sosial dan dengan itu menguatkan “social order”.
Agama mengajar manusia tingkah laku moral dan dengan itu membantu mereka belajar
bagaimana menjadi ahli masyarakat yang baik. Dalam tradisi Judeo-Kristian, “Ten
Commandments” mungkin merupakan peraturan yang paling terkenal untuk tingkah laku
moral. Perkara ini dapat mencegah insiden seperti rusuhan kaum untuk terjadi seterusnya
membina perpaduan kaum di negar kita.

d.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan
zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat
perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh
kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka
memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan
masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956
boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang
mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”.
Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan
Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di
Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih
diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan
renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa
beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang
diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang
kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu
mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan
buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia
masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem
sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak
mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu
dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk.
Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu,
malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat
Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan
bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di
mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan
kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja
dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan
komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya
adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan
menebal di antara sesama kaum terbabit.
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek
ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang
tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertentu dan ini adalah kerana kaum yang
mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh
yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi
oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi
mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk
menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis,
askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam
sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu
merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya. Pada pendapat
saya, cara terbaik untuk menghapuskan jurang ekonomi adalah dengan menghapuskan
bantuan ekonomi berdsarkan kaum. Hal ini dapat mewujudkan “level playing field” yang
memaksa semua kaum di Malaysia untuk berkerja keras memajukan ekonomi negara mereka
sendiri.

Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh
perkauman yang juga turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut
Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing
terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan
dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira
kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu
perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah
mereka dan semua rakyatnya.

Cabaran politik perkauman ini dapat dielakkan dengan mewujudkan parti politik yang
tidak mempunyai agenda perkauman. Politik perkauman adalah satu cara yang mudah untuk
meraih undi bagi sesebuah parti. Akan tetapi, ianya juga akan mewujudkan kecaman dari
kaum lain yang mempunyai ideologi politik yang berlainan. Kita sebagai rakyat Malaysia akan
mampy berharap akan nanti wujudnya satu parti politik yang dapat meraih sokongan semua
etnik di Malaysia dan mengakhiri zaman parti berdasarkan kaum di negara kita.
Penutup

“Nampaknya, sesuatu gerakan rakyat yang benar-benar bersifat kebangsaan atau nasional
(dan bukan berasaskan hanya pada satu kaum) tidak akan mendapat sambutan umum yang
hebat. Tetapi pada hemat kami, tiada cara lain untuk mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi. Oleh itu, perkara ini harus dijadikan perkara utama dalam agenda kebangsaan.”
Ishak Shaari dan Jomo K.S (1984). Masyarakat Malaysia perlu sedar bahawa kesemua
31,881,000 manusia yang berlainan bangsa, agama dan warna kulit merupakan rakyat
Malaysia yang menghirup udara yang sama. Adalah tidak logik bagi kita untuk membezakan
individu lain berdasarkan tempat asal nenek moyang mereka padahal seluruh hayat mereka
dihabiskan untuk berbakti kepada hanya satu negara.
Rujukan

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Durkheim, E. The Elementary Forms of the Religious Life. New York: Free Press

Funston, J.Goverment and politics in Southeast Asia. London. Zed Books, 2001

Ishak Shaari. Pembangunan dan Kemuduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustakan, 1998

Jomo, K.S. Class formation in Malaya: Capital State and uneven development. Tesis Ijazah
Kedoktoran, Harvard University , 1977.

Sanusi Osman., (1984). Ethnicity, Class and Development in Malaysia. Kuala Lumpur
00Persatuan Sains Sosial Malaysia

Anda mungkin juga menyukai