Anda di halaman 1dari 2

Masalah kerjaya merupakan isu yang dihadapi oleh pelajar di sekolah ini.

Kaunseling Kerjaya
telah kepada klien untuk mengenalpasti masalah dan punca masalah secara dalam. Klien tidak
dapat menentukan kerjaya yang sesuai untuk dirinya dan masa depan. Ini menyebabkan dia
keliru dalam membuat keputusan muktamad dalam kehidupannya.

Punca masalah ini timbul kepada klien mempunyai minat dalam banyak bidang kerjaya
sehinggatidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai kepadanya selepas tamatnya pendidikan.
Ini menyebabkan dia tidak tahu apa hendak buat dan bagaimana hendak memilih satu kerjaya
yang sangat sesuai dan diminati.

Selain itu, desakan ibu bapa yang bercita – cita berlainan dan klien tidak menyukai kerjaya itu.
Dia mempunyai cita – cita yang tersendiri tetapi dia tidak boleh menentukan samaada cita –
cita itu menjadi kerjaya pada masa depan.

Cara – cara masalah ini diselesaikan

Kaunselor perlu mendedahkan klien kepada kesedaran diri. Dia perlu menyedari diri sendiri
kehendak – kehendaknya dalam hidupnya. Dia mestilah mengenai kekuatan, kegemaran dan
kebencian peribadinya. Ini membolehkan pembinana pengetahuan diri dan mempunyai identiti
keperibadian yang positif yang akan membantunya mebuat keputusan kerjaya seumur
hidupnya. Membantu klien memahami konsep kendiri dan profil diri supaya memilih kerjaya
yang sesuai dengan profilnya.

Penerangan secara mendalam perlu diberikan kepada klien tentang dunia pekerjaan supaya dia
boleh mnemahaminya sebelum memasuki. Klien juga diberitahu oleh kaunselor tentang
kemahiran asas yang diperlukan untuk memasuki ke alam pekerjaan.
Antaranya kemahiarannya ialah Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Kebolehan
membaca dengan baik, Kebolehan menulis dengan terang dan jelas, Kemahiran berkomunikasi
secara lisan, Kebolehan menimbang dan menyelesaika masalah, Kemahiran perorangan (
Interpersonal Skill ) yang baik, Memahami matematik asas, Pengetahuan sains dan teknologi
asas, Pengetahuan dalam pengajian sosial dan ekonomi dan Etika kerja dan sikap positif .
Pendedahkan ini akan memudahkan klien mengenali kemahiran yang perlu dalam alam
pekerjaan. Klien boleh menyediakan dirinya dengan kemahiran mengikut alam pekerjaan yang
diingin.

Pencapaian klien dalam pendidikan juga penting kerana ia akan menentukan kelayakan yang
perlukan dalam pekerjaan. Ia juga akan membantu klien untuk memilih kerjaya yang sesuai
dengan kelulusan akdemik. Selain itu, majikan juga akan menitikberatkan keputusan akdemik
dan diikut yang lain.Oleh itu klien perlu mencapai keputusan akdemik yang cemerlang.

Klien yang mempunyai minat dalam banyak bidang kerjaya dan tidak dapat menentukan
kerjaya sesuai. Ujian minat kerjaya boleh digunakan oleh kaunselor untuk membantu klien
mengetahui bidang kerjaya minat utama individu. Alat pengukuran Self – Directed Search (
SDS ) digunakan untuk mengukur minat klien.

Minat itu sangat penting kepada seseorang yang hendak bekerja kerana dengan minat dia
akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencapainya.Dengan keputusan yang diperolehi
daripada ujian yang dijalankan ke atas klien maka bidang minat utama klien boleh diketahui.
Ia akan memudahkan klien menunjukkna minat dalam bidang itu.
Ujian personaliti boleh dijalankan ke atas klien oleh kaunselor untuk mengenali ciri –ciri
personaliti klien dan ia juga adalah untuk mengetahui samaada ciri –cirinya dimiliki
bersesuaian dengan bidang kerjaya minat utama klien. Ini adalah untuk mewujudkan
keselarasan individu di mana kelarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitran di
mana individu tersebut bekerja. Stabiliti klien juga tidak akan ke arah pertukuran kerjaya dan
merasakan stabilan jika masalah wujud.

Kaunselor juga perlu membekalkan maklumat kerjaya yang sesuai dan tepat untuk klien. Ia
boleh dibahagiakan kepada 2 bahagian iaitu maklumat mengenai kerjaya dan maklumat dalam
pekerjaan. Dengan ini klien boleh mengenali kerjaya secara dalam.Klien juga perlu mengetahui
samaada kerjaya yang dipilih itu mempunyai peluang pekerjaan yang baik dan
bersesuaian dengan kelayakan akdemiknya.

Klien perlu disedarkan bahawa diaperlu dimiliki kerjaya mengikut minatnya sendiri ,
kelayakan dan personaliti dan bukan dipilih oleh orang lain. Ini akan mewujudkan tidak puas
hati dengan pekerjaan , tidak minat untuk bekerja dan mewujudkan banyak masalah yang
menjelaskan majikan dan imej sendiri.

Sekolah perlulah menyediakan satu pusat kerjaya di sekolah untuk memudahkan pelajar
mengetahui dan mengenali dunia pekerjaan sebelum menceburi. Maklumat yang diperolehi
memudahkan pelajar mengenali minat yang dimiliki dan boleh membuat persediaan yang awal
dari segi personaliti dan kelayakan akdemiknya.

Anda mungkin juga menyukai