Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pendahuluan

Statistik merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk memungut atau mengumpul atau
memproses atau menginterpretasi data kuantitatif.Statistik dapat memberi gambaran yang
jelas kepada kita tentang sesuatu situasi dan membantu kita dalam membuat keputusan yang
tepat.Terdapat dua jenis statistis iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.Statistik
deskriptif ialah kaedah yang digunakan untuk meringkaskan atau menerangkan pemerhatian
yang dibuat manakala statistik inferensi ialah statistik yang digunakan untuk membuat
anggaran atau ramalan berdasarkan pemerhatian yang dibuat.Kebiasaannya,sampel
digunakan untuk membuat kajian bagi mewakili sesuatu populasi.

Statistik merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian.Statistik
dapat membantu kita untuk merumuskan data yang banyak ini kepada bentuk lain yang
mudah untuk kita faham seperti grafik atau angka.Maklumat yang telah dibentangkan
menggunakan jadual atau grafik boleh digunakan untuk membuat hubungan antara dua
pembolehubah.Statistik boleh digunakan untuk menguji hipotesis tertentu.Kaedah korelasi
digunakan untuk melihat sejauh mana kekuatan yang wujud antara dua pembolehubah yang
dikaji.

Kajian ini dilakukan di kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.Setelah


membuat tinjauan,saya telah mengumpul dua pembolehubah iaitu bilangan akaun laman
sosial yang dimiliki oleh setiap guru pelatih dan jumlah penggunaan gajet dalam
sehari(Jam).Dua kumpulan data ini adalah saling berkait antara satu sama lain. Objektif
Tugasan kerja kursus dilakukan adalah untuk mengumpul makumat tentang dua
pembolehubah data bagi membolehkan analisis dilakukan.data yang disusun akan diwakili
oleh visual bagi membolehkan gambaran yang jelas dan tepat.Tugasan dilaksanakan bagi
memperlihatkan kemahiran mengumpul dan menyusun data untuk membuat analisis.selain
itu,kajian ini dilakukan untuk menunjukkan taburan data tentang bilangan akaun laman sosial
yang dimiliki oleh setiap pelajar dan tempoh jam penggunaan gajet dalam sehari.Maklumat
yang dibentang dapat memperlihatkan kemahiran saya dalam membuat grafik seperi
histogram atau carta pai selepas analisia data dilakukan. Tugasan ini membolehkan pelajar
mengaplikasikan kemahiran mengumpul,mengurus dan mempersembahkan data visual yang
sesuai dan menarik seterusnya mendokumentasikan dapatan kajian.Di samping itu,pelajar
juga dapat mempraktikkan ilmu tentang statistik asas dalam kehidupan seharian.

1
2.0 Objektif perlaksanaan

Tujuan perlaksanaan kerja kursus statistik asas adalah

i.Dapat menunjukkan kemahiran mengumpul data


ii.Menyusun,mempersembahkan data serta memterjemah dan membuat kesimpulan
daripada perwakilan data.
iii.Membuat teori pengiraan ukuran kecenderungan memusat ,serakan dan perihalan data.
iv.Dapat menentukan korelasi antara dua pembolehubah dan membuat interpretasi tentang
graf yang dibuat.
v. Dapat mengaplikasikan statistik asas dalam kehidupan seharian.
vi. Untuk mengetahui tentang penggunaan gajet dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan
Guru Darulaman.

2
3.0 Kaedah Pemerolehan Data

Dalam tugasan ini,saya mengumpul data dengan menggunakan kaedah soal selidik.borang
soal selidik merupakan alat utama saya dalam mengumpul maklumat dan data.kajian
dilakukan di Institut Pendidikan Kampus Darulaman yang terdiri daripada guru guru pelatih.50
orang responden telah dipilih secara rawak yang merupakan guru pelatih daripada pelbagai
opsyen sebagai sampel dalam kajian ini.Responden terdiri daripada guru pelatih perempuan
dan lelaki yang terdiri daripada pelbagai bangsa.Borang soal selidik yang telah disediakan
telah diedar kepada responden melalui serahan tangan.Terdapat beberapa senarai maklumat
diri yang perlu diisi oleh responden untuk mengetahui serba sedikit tentang latar belakang
responden.Terdapat dua senarai pemboleh ubah yang perlu diisi oieh responden iaitu
bilangan akaun laman sosial yang dimiliki dan tempoh jam penggunaan gajet dalam
sehari.Dua pemboleh ubah ini adalah sangat berkait rapat dengan kehidupan pelajar pada
hari ini.

Pihak responden haruslah mengisi borang soal selidik mengikut arahan yang telah
diberikan.Data yang dikumpulkan dalam kajian ini boleh dikategorikan kepada dua keadaan
iaitu data primer dan data sekunder.Data primer merupakan data yang dikumpul secara
langsung daripada responden manakala data sekunder merupakan data yang dikumpul oleh
pihak lain yang berkaitan dengan kajian.Penelitian dan pemilihan ke atas data yang
dikumpulkan perlu dilakukan secara terperinci kerana tidak semua data tersebut digunakan
untuk membuat kajian.Tempoh masa yang diambil untuk mengumpul maklumat data ialah
selama dua minggu.

Setelah itu,data data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dikumpulkan serta disusun
untuk tujuan analisis data.Data data tersebut dibahagikan mengikut kategori atau jenis yang
sesuai.Selepas itu,perisian excel digunakan untuk proses analisis data bagi tujuan
mendapatkan kekerapan,purata dan beberapa soalan seperti yang terdapat dalam tugasan
kerja kursus.Analisis data yang dikumpulkan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang
penting untuk mencapai objektif tugasan kerja kursus.Terdapat pelbagai kaedah statistik yang
boleh digunakan untuk proses analisis data iaitu kaedah kolerasi,penentuan min atau
purata,penentuan sisihan piawai dan varians.

Analisis bagi data yang dikumpulkan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis awalan
dan anlisis terperinci.Analisis awalan meliputi analisis terhadap latar belakang responden
manakala analisis terperinci pula merupakan anlisis terhadap dua pemboleh ubah yang
hendak dikaji di dalam kajian ini.

3
4.0 Analisis data

4.1 Perwakilan data secara visual

Bilangan akaun laman sosial yang dimiliki peratus kekerapan


1 2% 1
2 12% 6
3 10% 5
4 30% 15
5 32% 16
6 6% 3
7 2% 1
8 2% 1
9 2% 1
10 2% 1
Grand Total 50

Graf Bar

16
14
12
kekerapan

10
8
6 Total
4
2
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
bilangan akaun laman sosial yang dimiliki

4
CARTA PAI

2% 2%
2% 2%
2% 12%
6%
1
2
3
10%
4
5
6
7
32%
8
9
10
30%

Bilangan akaun laman sosial yang dimiliki kekerapan


1-3 12
4-6 34
7-10 4
Grand Total 50

histogram
40

35

30

25
1-3
20
4-6
15 7-10
10

0
1-3 4-6 7-10

5
Tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam)

tempoh penggunaan gajet kekerapan


dalam sehari(jam) kekerapan titik tengah sempadan atas longgokan
-2-0 0 -1 0.5 0
1-3 4 2 3.5 4
4-6 24 5 6.5 28
7-9 12 8 9.5 40
10-12 5 11 12.5 45
13-15 1 14 15.5 46
16-18 2 17 18.5 48
19-21 2 20 21.5 50

Histogram
30

25
1-3
20
4-6
kekerapan

15 7-9
10-12
10
13-15
5 16-18

0 19-21
1-3 4-6 7-9 10-12 13-15 16-18 19-21
tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam)

Tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam)

6
ogif
60

50
kekerapan longgokan

40

30

20

10

0
0.5 3.5 6.5 9.5 12.5 15.5 18.5 21.5
sempadan atas

4.2 Sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan

7
bilangan akaun laman tempoh penggunaan gajet
sosial yang dimiliki dalam sehari(jam)

Mean 4.4 Mean 7.56


Standard Error 0.24243661 Standard Error 0.598746991
Median 4 Median 6
Mode 5 Mode 5
Standard Deviation 1.71428571 Standard Deviation 4.233780575
Sample Variance 2.93877551 Sample Variance 17.92489796
Kurtosis 2.19958814 Kurtosis 2.965486671
Skewness 0.91145833 Skewness 1.723211856
Range 9 Range 19
Minimum 1 Minimum 2
Maximum 10 Maximum 21
Sum 220 Sum 378
Count 50 Count 50

Ukuran kecenderungan memusat ialah ukuran yang menggambarkan skor tengah bagi
sesuatu set data.Ukuran memusat ini termasuklah mod,median dan min.Ukuran kedua bagi
sesuatu set data/skor ialah ukuran serakan,iaitu ukuran yang menggambarkan darjah serakan
bagi sesuatu set data.ukuran serakan taburan termasuklah julat,varians dan sisihan
piawai.Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi.manakala median ialah skor
tengah sesuatu set data dan min ialah purata sesuatu set data.

Sukatan serakan menunjukkan sejauh mana nilai nilai dalam set data berbeza antara satu
sama lain.maka,set data yang tersebar jauh antara satu sama lain akan mempunyai sukatan
serakan yang lebih tinggi berbanding set data yang berkumpul rapat.Sukatan serakan
digunakan untuk menggambarkan keadaan kepelbagaian atau keseragaman suatu
data.Varians mengukur serakan data daripada nilai min.Nilai varians yang kecil bermaksud
data tertabur sekitar nilai min.Nilai varians yang tinggi menunjukkan bahawa data itu tertabur
jauh daripada nilai min.Sisihan piawai ialah pengukuran yang paling sesuai untuk mengukur
serakan data.Nilai yang diperoleh menggambarkan kedudukan data yang tertabur sekitar
min.Nilai sisihan piawai yang tinggi memberikan gambaran bahawa data itu tertabur jauh
daripada min(kurang padat).Implikasinya ,data tersebar luas antara satu sama lain(iaitu data
bersifat heterogen).Nilai sisihan piawai yang rendah pula memberi gambaran bahawa data
tertabur di sekitar min(padat).Implikasinya,data adalah berhampiran antara satu sama
lain(iaitu data bersifat homogen).

Bilangan akaun laman sosial yang dimiliki

8
𝑑1
1. Mod = 𝐿𝑚𝑜 + ( 𝑑 )𝑖
1+ 𝑑2

Nilai Mod ialah 5

2. Menggunakan formula :

𝑁 + 1 /2 − 𝐹
𝑚
̅ =[ ] 𝑖 + 𝐿𝑚
𝑓𝑚

Nilai Median ialah 4

∑ 𝑓𝑥
3.Min, 𝜇 = ∑𝑓

Nilai min ialah 4.4

∑ 𝑓(𝑥−𝜇)2
4. Varians, 𝜎 2 = ∑𝑓

Varians: 2.94

5. Sisihan Piawai √𝜎 2

Sisihan piawai:1.71

Tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam)

𝑑1
1. Mod = 𝐿𝑚𝑜 + ( 𝑑 )𝑖
1+ 𝑑2

Nilai mod ialah 5

𝑁+1 /2−𝐹
̅ =[
2.𝑚 𝑓𝑚
] 𝑖 + 𝐿𝑚

Nilai median ialah 6

∑ 𝑓𝑥
3. Min, 𝜇 = ∑𝑓

Nilai min ialah 7.56

∑ 𝑓(𝑥−𝜇)2
4. Varians, 𝜎 2 = ∑𝑓

Varians:17.92

5. Sisihan Piawai √𝜎 2

Sisihan piawai:4.23

4.3 Korelasi

9
bilangan akaun laman sosial tempoh penggunaan gajet
yang dimiliki dalam sehari(jam)
bilangan akaun laman
sosial yang dimiliki 1
tempoh penggunaan gajet
dalam sehari(jam) 0.693964929 1

tempoh penggunaan gajet dalam sehari (jam)


25

20

R² = 0.4816
15

10

0
0 2 4 6 8 10 12

10
5.0 Interpretasi data

Berdasarkan data yang telah diperoleh didapati bahawa seramai 32% pelajar Institut
Pendidikan Guru Darulaman yang mempunyai 5 bilangan akaun laman sosial.Kebanyakan
pelajar mengambil masa 5 jam untuk menggunakan gajet dalam sehari.Hanya 2 orang sahaja
yang mengambil masa 19-21 jam dalam sehari untuk bermain gajet.Ini menunjukkan bahawa
pelajar Institut Pendidikan Guru Darulaman masih menggunakan gajet pada tahap yang
sederhana.Hanya sedikit sahaja yang menggunakan gajet pada tahap yang
ekstrem.Kebanyakan pelajar menggunakan gajet untuk melayari internet dan membuka
laman sosial untuk berinteraksi dengan rakan rakan.

Pekali korelasi pearson,r ialah satu teknik dalam untuk menghuraikan darjah kekuatan dan

arah hubungan antara dua pembolehubah(x,y).

-1.00<r<+1.00

Pekali korelasi Kekuatan hubungan


0.00-0.199 Sangat rendah
0.20-0.399 rendah
0.40-0.599 sederhana
0.60-0.799 kuat
0.80-1.000 Sangat kuat

Analisis korelasi linear adalah satu kaedah statistik untuk menilai kekuatan hubungan linear
antara dua pembolehubah hubungan linear diwakili oleh graf hubungan yang berbentuk garis
lurus.

Berdasarkan gambar rajah serakan bagi dua pembolehubah iaitu bilangan akaun laman
sosial yang dimiliki dan tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam),didapati bahawa nilai
pekali korelasi,r yang diperoleh adalah positif.Nilai pekali korelasi yang positif menunjukkan
bilangan akaun laman sosial yang dimiliki adalah meningkat dengan tempoh penggunaan
gajet dalam sehari(jam).Semakin banyak bilangan akaun laman sosial yang dimiliki semakin
meningkat tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam).Nilai pekali korelasi,r dalam kajian ini
ialah 0.69.Hubungan antara dua pembolehubah dalam kajian ini adalah agak kuat.Ini
bertetapan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Azmi zainuddin(2005) yang mengatakan
bahawa nilai pekali 0.69 adalah merupakan hubungan yang agak kuat.Jarak antara titik titik
di dalam graf adalah agak hampir tetapi tidak berada dalam satu garis lurus.

11
6.0 Penutup

Melalui penghasilan kajian yang telah dibuat dapatlah dirumuskan bahawa graf-graf yang dibuat
mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Graf adalah suatu kaedah atau cara
perwakilan bergambar atau rajah yang mempunyai tujuan untuk menyampaikan maklumat yang
diperolehi serta memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai maklumat-maklumat
samada data mentah atau pun data yang telah diolah.Dalam pembinaan sesuatu graf, cara
yang paling utama perlu dipentingkan adalah memungut dan mengolah data mentah yang diperolehi.
Apa yang dimaksudkan dengan data mentah adalah data yang telah dikumpul tetapi belum di
olah,sementara data yang telah diolah ialah data yang telah siap dikumpulkan serta dapat menyampaikan
maklumat dengan lebih jelas dan tepat.

Selain itu,berdasarkan data yang diperoleh,saya dapat mengetahui hubungan korelasi antara bilangan akaun
laman yang sosial yang dimilki oleh guru pelatih dan tempoh penggunaan gajet dalam sehari(jam).Saya juga
dapat membuat pelbagai bentuk graf berdasarkan data yang diperoleh.Di samping itu,saya dapat
meningkatkan kemahiran menggunakan perisian excel untuk menganalisis data mentah yang telah saya
kumpul.

Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk
grafik berbanding dengan angka. Manakala carta palang ialah suatu graf yang mempunyai palang yang
menegak dimana graf palang lebih mudah untuk difahami seadanya dibina dalam sesuatu soalan
berdasarkan maklumat yang diberikan.Seterusnya graf pai, graf pai digunakan untuk menunjukkan
peratusan atau pecahan pembolehubah. Carta pai merupakan satu bulatan yang mempunyai nilai
keseluruhannya,yang dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya.
Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Dalam pembinaan carta
pai,perlunya ada kepintaran untuk mengira peratus dan juga sudut sektor. Penggunaan carta
pai amat sukar kerana carta pai memerlukan langkah yang panjang serta perlunya ketelitian.

Akhir sekali, adalah graf garis, graf garis mempunyai pembolehubah yang tersendiri untuk
diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama. Garisan
permulaan menyentuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis
tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan. Garisan paksi yang dibina
haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain. Titik-titik yang ditandakan hendaklah disambung
sehingga membentuk garisan yang berlapis. Melalui graf-graf ini, kita dapat mempelajari sesuatu
yang baru untuk kegunaan pada masa akan datang. Pembelajaran ini tidak seharusnya di sia-siakan
kerana ianya amat berguna kepada kita pada masa akan datang.

12
Rujukan

Buku

Azmi Zainuddin. (2005). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial.Kuala

lumpur:Pelangi Publications.

Nitko,A.J.(2004).Educational Assessment of students.Upper Saddle River,N.J.:Pearson

Merill Prentice Hall.

Sabri Ahmad, T. Z. (2002). Isu-Isu dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

Tan Chong Eng, Lye Min Soon & Khor Bean Hwa. (2004). Pure and statistic Stpm.Selangor: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Zain, S. M. (2002). Fungsi Matematik .Kuala Lumpur: UKM

Internet

Jaya, A. (2005). Statistik Asas.Retrieved Mac 15,2016, from


http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/Statistik%20Asas.pdf

13
LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai