Anda di halaman 1dari 10

UF1113(1)

11.

Lembah Tigris Lembah Indus


Lembah Huang Ho Lembah Nil

Kenyataan diatas merujuk kepada

I. lokasi kelahiran sesebuah tamadun;


II. kawasan penempatan awal manusia;
III. kedudukan di kawasan geografi yang strategik mempengaruhi perkembangan
tamadun;
IV. Kepentingan lembah sungai sebagai sumber ekonomi.

A. I dan II.
B I dan III.
C. II dan III.
D. II dan IV.

12. Apakah fungsi ‘Hisbah’ dalam sistem pentadbiran Islam ?

A. Badan penguatkuasa.
B. Pegawai tadbir.
C. Wakil rakyat.
D. Menteri.

13. Interaksi antara tamadun telah melahirkan kesan positif dan negatif. Yang manakah di
antara berikut merupakan hasil pertembungan tersebut

I. penggubalan Piagam Madinah yang memperuntukkan hak-hak orang bukan


Islam;
II. tercetusnya perang Salib antara orang Islam dengan Kristian;
III. tersebarnya agama Buddha di China;
IV. pembinaan kemahiran dalam bidang perusahaan di kalangan orang Melayu.

A. I, II.
B. II, III.
C. I, II, IV.
D. Semua di atas.

14. Konsep kemasyarakatan dalam Islam bermaksud

A. orang Islam yang hidup bersama golongan bukan Islam dalam satu
kelompok masyarakat.
B. sekelompok anggota masyarakat Islam yang hidup bersama di kawasan tertentu.
C. orang Islam yang hidup bersama tanpa adanya penganut bukan Islam.
D. semua anggota masyarakatnya berjaya memperlihatkan cara hidup Islam
sepenuhnya.

1
UF1113(1)

15. Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini ialah aspek kasih sayang sejagat
(jian’ai) dan mengecam sikap gemarkan peperangan (feigong). Aliran falsafah apakah
yang berkaitan dengan konsep tersebut?

A. Legalisme.
B. Moisme.
C. Konfusianisme.
D. Taoisme.

16. Kenapa kemunculan satu bahasa dan satu sistem tulisan tersendiri menjadi asas penting
dalam pembentukan sesebuah tamadun ?

I. Ia menjadi perantaraan komunikasi dan perwarisan khazanah tamadun.


II. Ia membawa kepada kemunculan kelas terpelajar.
III. Ia berperanan dalam menyatupadukan kefahaman masyarakat.
IV. Ia meperlihatkan satu bentuk pencapaian agung.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. III dan IV.
D. I dan IV.

17 Apakah kitab utama aliran Taoisme?

A. Yijing.
B. Shi ji.
C. Daodejing.
D. Li ji.

18. Berdasarkan pentakrifan tamadun dari beberapa istilah yang pernah digunakan oleh para
sarjana ketamadunan, yang manakah antara berikut lebih menepati elemen
ketamadunan secara menyeluruh.

A. Kehalusan budi pekerti dan penghayatan pegangan agama yang tinggi.


B. Pembangunan perbandaran dan pencapaian seni yang bermutu tinggi.
C. Ketinggian budi termasuk agama dan pencapaian pembangunan
kebendaan.
D. Daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan kesenian dan teknologi.]

19. Apakah yang dimaksudkan dengan Moksha dalam Purushartha (empat objektif mulia)
menurut masyarakat India?

A. Pencapaian kebebasan kerohanian.


B. Mencari kekayaan di jalan yang halal.
C. Memperolehi ilmu keagamaan.
D. Mementingkan tanggungjawab sosial.

20. Kehidupan beragama seringkali dikaitkan dengan kemunculan sesebuah tamadun kerana
ia

I. dapat membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan;


II. mendorong ke arah melahirkan ketinggian budaya;

2
UF1113(1)

III. menjadi pemangkin untuk menguatkan jiwa;


IV. menggalakkan pembinaan pembangunan fizikal.

A. Semua diatas.
B. I, II, III.
C. II, III, IV.
D. I, IV.

21. Apakah kesan negatif sikap tertutup sehingga membawa kepada kemerosotan sesebuah
tamadun ?

A. Merencatkan daya kreativiti dan inovatif sesebuah masyarakat.


B. Menghalang sumbangan tamadun lain.
C. Mewujudkan jurang status dalam masyarakat.
D. Mengakibatkan timbulnya ketidakadilan

22. Siapakah yang mencipta epik Ramayana?

A. Vyasa.
B. Valmiki.
C. Rama.
D. Panini.

23. Apakah Kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India?

A. Kesusasteraan Dravidia.
B. Kesusasteraan Sanskrit.
C. Kesusasteraan Indo.
D. Kesusasteraan Arya.

24.

Kesan terawal agama ini ditemui di Lembah Sungai Indus. Ia berasal


dari nama Sanatana Dharma yang bererti prinsip atau peraturan
kerohanian yang kekal abadi.

Kenyataan tersebut merujuk kepada sebuah agama yang berpengaruh di India. Agama
tersebut ialah :

A. agama Hindu.
B. agama Buddha.
C. agama Jaina.
D. agama Din-Ilahi.

25. Apakah maksud tahap monoteisme dalam perkembangan kerohanian orang-orang Indo
Arya?

A. Memuja unsur-unsur alam semulajadi.


B. Kepercayaan politeisme.
C. Kepercayaan bahawa terdapat satu kuasa agung menggerakkan
duniawi.
D. Kepercayaan bahawa segala di dunia berasal dari satu sumber.

3
UF1113(1)

26. Pilih kenyataan yang betul mengenai faktor-faktor kelahiran dan perkembangan tamadun

I. Kesesuaian faktor geografi di Lembah Tigris dan Euphrates menyumbang kepada


kemunculan tamadun Mesopotamia;
II. Rangsangan keagamaan dan kerohanian mendorong perkembangan tamadun
Islam;
III. Penghayatan kepada nilai-nilai murni menggalakkan kecintaan kepada ilmu,
kreativiti dan disiplin sehingga melahirkan tokoh-tokoh pemikir di zaman silam;
IV. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu berdisiplin
dan kreatif dalam mebangunkan kehidupan mereka.

A. Semua di atas
B. I, III, IV.
C. II,III, IV.
D. III, IV

27. Apakah ajaran utama Datung (Jalan Agung) menurut Konfusianisme?

A. Pemikiran moral sederhana, seimbang dan bersesuaian.


B. Insan adalah sebahagian daripada Tien.
C. Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal.
D. Prinsip agung yang merangkumi keseluruhan alam.

28. Tema puisi Puram merangkumi perkara-perkara berikut kecuali :

A. Raja.
B. Pendidikan.
C. Cita-cita.
D. Cinta. (Aham)

29. Siapakah yang memeluk agama Buddha pada zaman pemerintahan Maurya ?

A. Chandragupta Maurya
B. Asoka
C. Bindusara
D. Mahapadma Nanda

30. Pada zaman dinasti manakah teknologi percetakan mula diperkenalkan dalam tamadun
Cina?

A. Dinasti Chou.
B. Dinasti Ching.
C. Dinasti Ming.
D. Dinasti Tang.

31. Tamadun Cina dianggap istimewa kerana

A. tamadunnya yang berkesinambungan dan kekal lama.


B. kawasan jajahannya lebih luas daripada tamadun-tamadun lain.
C. tinggalan lama yang dapat diwarisi sehingga kini.
D. sifatnya yang terbuka.

4
UF1113(1)

32. Aliran falsafah India ini menerangkan tentang penyatuan roh individu dengan roh
duniawi iaitu melalui latihan minda, intelek dan ego untuk membantu pencapaian
moksha. Apakah aliran falsafah tersebut?

A. Nyaya.
B. Yoga.
C. Vedanta.
D. Mimamsa.

33. Di antara berikut yang manakah bukan merupakan faktor kemerosotan sains dan
teknologi Cina?

A. Sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal.


B. Pemikiran orang Cina yang mengutamakan pengalaman.
C. Falsafah Cina yang menekankan aspek akhlak.
D. Masyarakat Cina begitu ghairah menerima sains dan teknologi dari
Barat.

34. Konsep keluarga dalam Tamadun India dipelihara oleh dua aspek penting iaitu

I. Grihasta
II. Purushartha
III. Ashrama Dharma
IV. Vanaprastrya

A. II, III
B. I, III
C. IV, V
D. I, V

35. Satu contoh yang boleh dikaitkan dengan faktor kemunculan sesuatu tamadun kerana
kesengsaraan hidup ialah

A. Kemunculan tamadun Jepun setelah kekalahan mereka dalam Perang


Dunia Kedua.
B. Tamadun Barat yang lahir dari penderitaan zaman pertengahan.
C. Tamadun Islam yang muncul hasil kekacauan tamadun Romawi dan Parsi.
D. Tamadun India yang lahir hasil penindasan pemerintah terhadap rakyatnya.

36. Agama ini diperkenalkan oleh Mahavira. Di antara ajarannya ialah ia mementingkan
hukum sebab dan akibat yang menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Apakah
agama tersebut?

A. Jain.
B. Buddha.
C. Hindu.
D. Sikh

5
UF1113(1)

37. Di antara berikut yang manakah merupakan nilai dan sifat moral yang mulia menurut
ajaran utama Konfusius?

I. perikemanusiaan;
II. kesusilaan;
III. ketaatan kepada ibu bapa;
IV. bertindak secara spontan.

A. Semua di atas.
B. I,II,III.
C. I,III,IV.
D. II,III,IV.

38. Semasa pemerintahan kerajaan Islam di India terdapat sebuah kerajaan Hindu yang
telah mempertahankan tradisi Hindu dari golongan Muslim dan mempelopori peradaban
dan kebudayaan Hindu di India Selatan sehingga 1565. Apakah nama kerajaan tersebut?

A. Maurya.
B. Shunga.
C. Pallava.
D. Vijayanagar.

39. Dalam sistem kepercayaan masyarakat Indo-Arya terdapat satu peringkat di mana kaum
Indo Arya memuja unsur-unsur alam semulajadi yang dikenali sebagai

A. Politeisme.
B. Henoteisme.
C. Monoteisme.
D. Monisme.

40. Apakah asas pemikiran politik aliran Konfusianisme?

A. Perhubungan sesama manusia yang berperikemanusiaan dan


bermoral.
B. Penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat.
C. Menafikan peranan institusi politik, sistem moral dan tatasusila.
D. Berteraskan undang-undang yang ketat.

41. Institusi sosial yang terpenting dalam sistem etika Konfusianisme ialah

A. institusi agama.
B. institusi agama.
C. institusi keluarga
D. institusi pendididkan.

42. Di antara pernyataan berikut, yang manakah lebih tepat menggambarkan perbezaan
antara budaya dan tamadun

I. pengaruh dan natijah tamadun lebih kekal berbanding budaya;


II. tamadun melangkaui batas kenegaraan dan wilayah;
III. tamadun lebih bersifat umum sedangkan budaya lebih khusus;
IV. budaya menggambarkan ketamadun seni sedangkan tamadun memperlihatkan
pencapaian kemajuan teknologi.

6
UF1113(1)

A. I & II.
B. I, II & III.
C. I & III.
D. Semua di atas.

43. Tentukan elemen-elemen Tauhid dalam Islam

I. Uluhiyyah;
II. Rububiyyah;
III. Asma wa as-Sifat;
IV. Fikri Islahi.

A. Semua diatas.
B. I, II, III.
C. II, III, IV.
D. III dan IV.

44. Perkara yang terpenting dalam pembentukan sesebuah keluarga dalam tamadun Islam
ialah

A. prinsip persamaan antara suami dan isteri.


B. perlaksanaan tanggung-jawab sebagai suami-isteri.
C. pemilihan pasangan.
D. membuktikan kasih-sayang antara sepasang kekasih.

45. Menurut pandangan Islam, kepercayaan tentang kewujudan Tuhan yang mencipta dan
mentadbir langit dan bumi adalah fitrah. Kepercayaan ini dikenali sebagai

A. Tauhid Uluhiyyah.
B. Tauhid Rububiyyah.
C. Tauhid Asma’ wa al-Sifat.
D. Tauhid Fitriyyah.

46. Di antara berikut yang manakah bukan merupakan kawasan penemuan arkeologi
budaya Lembah Indus ?

A. Harappa.
B. Kalibangan.
C. Kandahar.
D. Lothai.

47. Istilah ‘Jawi’ berasal dari perkataan Arab ‘ al-Jawah’, iaitu nama sebuah kawasan. Di
manakah kawasan tersebut ?

A. Brunei.
B. Melaka.
C. Acheh.
D. Pulau Jawa.

7
UF1113(1)

48. Konsep kekeluargaan Islam yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga menunjukkan

A. taraf lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita.


B. wanita tidak mempunyai hak yang sama dengna lelaki.
C. Lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama tetapi mempunyai
peranan yang berbeza.
D. Keupayaan wanita adalah separu dari keupayaan lelakui.

49. Di antara berikut yang manakah merupakan faktor perlunya kepada Tamadun Islam ?

I. Pengiktirafan yang diberikan oleh beberapa sarjana Barat tentang sumbangan


Tamadun Islam kepada manusia sejagat;
II. Tamadun Islam dapat membebaskan masyarakat daripada kejahilan;
III. Keunikan Tamadun Islam yang bersumberkan wahyu berbeza dengan tamadun
lain;
IV. Penekanan kepada prinsip keseimbangan antara kerohanian dan kebendaan.

A. Semua diatas
B. I, II, III.
C. I, III, IV.
D. II, III, IV

50. Zaman Gupta digelar sebagai

A. Zaman Klasik.
B. Zaman Kesusasteraan.
C. Zaman Peradaban.
D. Zaman Gelap.

51. Shih Huang Ti dianggap cuba untuk menghapuskan asas budaya orang Cina kerana

A. membakar buku-buku Konfusius.


B. mengadakan hubungan dengan tamadun-tamadun asing.
C. memberi jawatan pentadbiran kepada bangsa asing.
D. Melarang perayaan yang berkaitan dengan agama diadakan.

52. Di antara tiga (3) kumpulan bangsa berikut yang manakah telah bergabung membentuk
bangsa Tionghua (Zhonghua minzu) ?

I. Yan-Huang;
II. Feng-Yan;
III. Miao-Man;
IV. Liu Yong.

A. I, II, III.
B. I, III, IV.
C. II, III.
D. Semua diatas.

8
UF1113(1)

53. Agama ini dianuti oleh kebanyakan bangsa Arab di Semenanjung Tanah Arab semasa
zaman jahiliyyah. Ia berpusat di kota Mekah dan menekankan penyembahan pelbagai
jenis berhala. Kenyataan ini merujuk kepada agama

A. Wathani.
B. Majusi.
C. Hanif.
D. Zoroasternisme.

54. Perbezaan utama antara konsep kekeluargaan dalam Islam dengan Barat ialah

A. ikatan nilai tertentu.


B. ikatan pembahagian kerja atau tugas tertentu.
C. ikatan pertalian keibubapaan.
D. ikatan kasih sayang.

55.
Raknaa’ Tuaa’ Batin

Istilah di atas adalah panggilan-panggilan yang digunakan oleh Orang Asli di


Semenanjung Malaysia yang dirujukkan kepada

A. Pemimpin pendapat.
B. Ketua kelompok.
C. Ketua keluarga.
D. Ketua pawang.

56. Di dalam asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya, siapakah yang
mengetuai unit keluarga?

A. gramina
B. grihaspati
C. visyapati
D. kula

57. Zaman Prasejarah di Borneo menunjukkan penemuan-penemuan arkeologi yang didapati


di kawasan-kawasan berikut kecuali

A. Gua Niah.
B. Baturong.
C. Gua Madai.
D. Tungku.

58. Di antara berikut yang manakah merupakan golongan murtad atau yang dibuang Varna
dalam pembahagian kelas sosial masyarakat India.

A. Vaisha.
B. Panchama.
C. Shudra.
D. Kshatriya.

9
UF1113(1)

59. Gelaran di bawah ini digunakan untuk mengklasifikasikan seseorang individu dalam
tamadun Islam berdasarkan kepada tahap keimanannya kecuali

A. Muhsin.
B. Mukmin.
C. Muslim
D. Muzakkar.

60. Masyarakat peribumi dikenali dengan pelbagai istilah rujukan seperti berikut, antaranya
ialah

I. Natif;
II. Suku Terasing;
III. Chao Kjao;
IV. Tribal Filipino.

A. Semua di atas.
B. I, II, III.
C. II, III, IV.
D. I dan IV.

10

Anda mungkin juga menyukai