Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS DIALOG PRESTASI WARIS/PENETAPAN TARGET DAN AKU JANJI


MURID UPSR 2018

1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha En Ismail bin Jemaludin


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah

----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati Tn. Haji Ramli bin Abdul Hamid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati Pn roshadah bt Yusof
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En. Zulkefle bin Ismail
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En. Saad bin Abu Bakar
Guru Penolong Kanan Petang

Seterusnya guru- guru Thn 6,Para ibu bapa & waris serta murid murid Tahun 6 SK
Sultan Mudzaffar Shah yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama dapat berkumpul pada pagi yang
begitu indah untuk sama-sama hadir dalam Program DIALOG PRESTASI
WARIS/PENETAPAN TARGET DAN AKU JANJI MURID UPSR bagi tahun 2018.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran Para ibu bapa & waris serta murid
murid Tahun 6 SKSMS ke program pada hari ini. Semoga dengan berkat kedatangan
tuan-tuan dan puan-puan ke program kita pada pagi ini akan menambahkan lagi
semangat dan keazaman bagi seluruh murid-murid TAHUN 6 2018 untuk lebih
cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapi pada tahun ini.

Buat pengetahuan ibu bapa dan waris sekalian, program yang dijalankan pada pagi ini
merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR yang dirangka bagi
memastikan peningkatan prestasi murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR.
Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling .
2 DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat


Singgah sebentar rumah cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Al Fadhil Ustaz Zulkifli bin Ali untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin amin yarabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Zulkifli
bin Ali atas pimpinan doa sebentar tadi.

3.
UCAPAN GURU BESAR

Ibu bapa dan hadirin sekalian,

Kini, tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang
Berusaha Encik Ismail bil Jemaludin selaku Guru Besar SKSMS.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.........Ucapan GB........

Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan
panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Ismail bin
Jemaludin atas kesudian menyampaikan taklimat.

4
UCAPAN PK 1

Ibu bapa dan hadirin sekalian,

Seterusnya, kita akan mendengar pula taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang
Dihormati Tuan Haji Ramli bin abdul Hamid, Guru Penolong kanan Pentadbiran .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.........Ucapan PK1........

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Ramli bin Abdul Hamid atas kesudian
menyampaikan taklimat yang sangat berinformasi.

5 TAKLIMAT GURU SUBJEK


Warga dewan yang dimuliakan.

Agenda kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan taklimat yang akan disampaikan oleh
guru- guru mata pelajaran TERAS.

Dipersilakan. Pn. Hjh Siti Hamnah bt Daud bagi menyampaikan taklimat mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Dipersilakan. Pn. Suriani bt Sahrif bagi menyampaikan taklimat mata pelajaran Sains.

Dipersilakan. Sumarani Ayu bagi menyampaikan taklimat mata pelajaran Matematik.

Dipersilakan. ...........................bagi menyampaikan taklimat mata pelajaran BI.

Dipersilakan. .....................................bagi menyampaikan taklimat JQAF

AKUJANJI MURID TAHUN 6

Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu
UPACARA AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6 SKSMS. Bagi menyempurnakan
upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput __________________________
untuk mempimpin bacaan ikrar.

Murid-,murid diminta untuk berdiri.

PENUTUP

Bintang barat terbitan petang,


bintang timur terbitan pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Dengan itu, maka selesailah sudah

..........................................................................................................................................

.Saya mewakili seluruh warga SKSMS memohon maaf atas segala kekurangan atau
kesilapan sepanjang menjayakan program ini.

Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh