Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja ’Teen Talk’5

KERTAS KERJA
PROGRAM

CAMP 09
Tarikh:
Sabtu-Ahad, 21 & 22 November 2009
Tempat:
Impian Country Resort, Hulu Langat Selangor

Anjuran:

NISA SHAH ALAM

Dengan kerjasama

1
Kertas Kerja ’Teen Talk’5

1. PENGENALAN

Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa pada percaturan hidup
manusia. Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, idola mukmin sedunia. Di
dalam usaha melestari generasi Rabbani, menunjang agama jua menggilap potensi kini agar
terus memiliki syakhsiah dan akhlak yang murni, sesuatu perlu dilakukan.
Anak-anak generasi milenia kini semakin dicabar dengan pendedahan pengaruh serta
budaya barat. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa dan masyarakat, anak-anak muda
amnya para remaja dan khas buat remaja yang masih bersekolah akan mudah terpengaruh
dengan perkara negatif yang diperolehi dari budaya barat tersebut. Walaupun masih ada
perkara positif yang boleh kita peroleh, namun jiwa remaja yang lebih sukakan cabaran akan
mendorong mereka untuk memilih perkara yang mencabar dan negatif itu. Peringkat remaja
adalah tahap dimana mereka masih di dalam pencarian siapa diri mereka yang sebenar dan ke
mana hala tuju mereka.
Sehubungan itu, NISA’ Shah Alam selaku kelab remaja yang khususnya kepada remaja
perempuan dengan kerjasama Ummah Centre, sebuah badan penyelidikan bebas telah
mengambil satu inisiatif untuk mengadakan program yang akan membimbing para remaja.Maka
dengan ini, `Teen Talk 5’ kesinambungan daripada program Teen Talk 4 adalah modul yang
sewajarnya kami bawa untuk program yang bakal dilaksanakan di Impian Country Resort, Hulu
Langat, Selangor. Program ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita
itu. Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang sentiasa menunjang
agama di setiap aspek kehidupan serta memiliki syakhsiah murni dan terpuji.

2. OBJEKTIF
1. Mengumpulkan kembali dan mengeratkan silaturahim peserta-peserta Teen Talk
1 hingga Teen Talk 4 dengan Nisa Shah Alam.
2. Melahirkan peserta yang memahami matlamat asal kewujudan sebagai seorang
hamba melalui slot pembentangan audio & video serta perkongsiaan
pengalaman penceramah dan fasilitator.
3. Mencungkil dan menghargai bakat dan potensi diri peserta melalui aktiviti-aktiviti
interaktif dan bersifat pembinaan kendiri.

3. NAMA PROGRAM
`TEEN TALK’ 5

4. TARIKH / HARI
21 - 22 November 2009 (Sabtu – Ahad, 2 hari 1 malam)

2
Kertas Kerja ’Teen Talk’5

5. TEMPAT
Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor

6. PENYERTAAN
Peserta PEREMPUAN, Teen Talk 1 - Teen Talk 4 (70 orang)

7. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1

8. ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Rujuk Lampiran 2

9. PENUTUP

Harapan kami, semoga program bagi kepentingan masyarakat ini mendapat


sokongan yang tidak berbelah bahagi dari semua peringkat masyarakat samada secara
langsung atau pun sebaliknya. Selain itu, program servis sosial seperti inilah adalah
tapak yang terbaik bagi golongan remaja dan belia, dewasa ini menunjukkan serta
membuktikan keperihatinan mereka terhadap masyarakat dan khususnya kepada
golongan pelajar.
Sokongan anda secara lisan, tenaga dan kewangan dan apa jua bantuan
amatlah diharapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga
usaha kecil ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

3
Kertas Kerja ’Teen Talk’5

Lampiran 1

Tentatif

Day 1

9.30 am Pendaftaran Peserta


10.30 am Bertolak
12.00 Taklimat, Ice Breaking, Bincang Sorakan Kump.
1.00 pm Makan + Solat
2.00 pm Ice Breaking II- Slide Show Pgm2 Lepas
2.30 pm Explorasi Minda I (LDK)
- Detail Taaruf
- Matlamat Program (garis lurus) titik Hitam
3.15 pm Nisa’ Assembly – Knowing “ourselves”
- Alam Rahim hingga Alam dunia
4.15 pm Solat + Minum Petang
5.00 pm Xplorasi Mind – A II
- Check Point
- Intelectual
- Physical
6.15 pm Khidmat Diri
7.00 pm Solat + Tazkirah
9.00 pm Nisa Assembly II
10.00 pm Tadabur Alam- Nitewalk
11.15 pm Good Nite

Day 2

4.30 am Qiamullail- Terapi Tingkah Laku


6.30 am Tazkirah subuh
7.00 am Explorasi Minda III
7.30 am Sarapan
8.15 am Face the Challenges (River crossing)
10.15 am Persiapan Diri dan minum pagi
11.00 am Xplorasi Minda IV (LDK)
12.00 pm Nisa Assembly III
12.45 pm Makan dan Solat
2.00 pm Nisa’ Reunite
3.00 pm Teruskan Kehidupan Masing-masing

4
Kertas Kerja ’Teen Talk’5

Lampiran 2

Belanjawan

BELANJAWAN NISA' TEEN TALK REUNITE CAMP 09

Perkara RM/Unit Jumlah(RM)


Pengangkutan bas RM700 X 2 buah bas 1400.00

Penginapan & makanan RM55 X 90 org 4950.00

Penceramah RM300 X 2 org 600.00

Tag/fail/booklet RM12.00 X 90 org 1080.00

Sijil RM5.00 X 90 org 450.00

First Aid RM50.00 x 2 100.00

Modul & peralatan 300.00

Perhubungan 200.00

Luar jangka 200.00

JUMLAH KESELURUHAN 1180.00

Anda mungkin juga menyukai