Anda di halaman 1dari 5

Bismillah…….

Yang Berusaha
Guru Penolong Kanan Tadbir
Pn. Suhaili Binti Abd Ghani

Yang Berusaha
Guru Penolong Kanan HEM
Pn. Normilah Binti Bakar

Yang Berusaha
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Wahidah Binti Abdullah Sharri

Yang Berbahagia
Yang Di Pertua Kelab Gurstaf
En. Mohd Farhan Bin Mohd Fishoul

Yang Dikasihi Barisan Guru-guru, PPM dan Kakitangan Sekolah,

Yang dikasihi murid sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang


mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja


Peringkat Sekolah 2017.........

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dalam dewan yang serba
indah ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2017 dengan
tema : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang


akan dilafazkan oleh Yang Berbahagia Ustaz........ Dijemput dengan
hormatnya….

(bacaan doa)

1
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga


buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........Sidang
hadirin dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar Bacaan Perutusan Menteri


Pendidikan bagi menyempurnakan amanat yang bakal disampaikan.

Dipersilakan Pn. Suhaili Binti Abd Ghani Guru Penolong Kanan Tadbir
mewakili Guru Besar untuk membacakan Perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia. Majlis dengan ini mempersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan GPK 1 di atas bacaan
perutusan tersebut.

Seterusnya dipersilakan Pn. Normilah Binti Bakar, Guru Penolong Kanan


HEM untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan GPK HEM di atas
bacaan perutusan tersebut.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

2
Untuk itu, dijemput semua guru SK Pendidikan Khas Kg. Baharu
berdiri di atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh ..........
Dipersilakan....

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyayian 2 buah lagu iaitu lagu
Kami Guru Malaysia dan lagu Guru Pembina Bangsa yang akan
didendangkan oleh barisan guru-guru.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita


saksikan persembahan Montaj yang dikendalikan oleh En. Amril Nurman
bin Lokman. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan Montaj yang


menarik sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, sesi cabutan hadiah Hari
Guru dan Hari Pekerja antara semua guru dan staff akan diadakan sebentar
lagi. Dengan ini, saya meminta En. ................ untuk memberi hadiah kepada
cabutan misteri beliau. Dipersilakan.

Tahniah kepada semua guru dan staff di atas pemberian dan penerimaan
hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, saya menjemput murid-murid yang ingin memberi hadiah


kepada guru pilihan serta bergambar sebagai kenang-kenangan.

Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang telah menerima hadiah daripada


murid.

Tanpa membuang masa, saya meneruskan majlis dengan acara


penyampaian anugerah Guru dan Staf. Dengan ini saya menjemput Pn.
_____________________ GPK ________________ untuk menyampaikan anugerah
tersebut. Bagi

1. Kategori _________________
2. Kategori _________________
3. Kategori __________________

3
Terima kasih diucapkan kepada Pn. _________________________ di atas
penyampaian anugerah tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada mereka
yang telah dinobatkan anugerah masing-masing.

Sidang hadirin sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Pengerusi Kelab GURSTAF untuk menyampaikan hadiah sebagai tanda
penghargaan kepada semua ahli GURSTAF 2017.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada kelab GURSTAF di atas


usaha serta pemberian perhargaan tersebut.

Seterusnya, diminta semua guru, staff dan murid naik ke pentas bagi
menjayakan acara memotong kek. Dipersilakan.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

4
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak
kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai