Anda di halaman 1dari 3

DAULAT TUANKU

NAMA AHLI KUMPULAN :


1.SHAHDAN
2.IBRAHIM
3.AIMAN
4.IQHRAM
Pengenalan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Sultan Muhammad V D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri
Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.
(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. (juga dikenali
sebagai Tengku Muhammad Faris Petra; diputerakan pada 6 Oktober 1969)
ialah Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang
dimasyhurkan pada 13 September 2010[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431
Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra,
merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum
Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda
mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku
Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku
Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku
Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Kehidupan awal
Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail
Petra di Kota Bharu, baginda ditabalkan Putera Mahkota (Tengku Mahkota) pada
bulan Oktober 1985. Baginda telah melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross,
Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik.
Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Kerjaya
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan
dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan
keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah diltabal sebagai Komander 506
Askar Yang di-Pertuan Agong.

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas)


di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-
Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul
Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pertabalan itu berkuat kuasa
13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Yang di-Pertuan Agong


Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas)
di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-
Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul
Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pertabalan itu berkuat kuasa
13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Anda mungkin juga menyukai