Anda di halaman 1dari 3

1.

A1 : REFLEKSI PENGALAMAN DIRI


SOALAN 1:

Sila lihat video Masyarakat Pelbagai Etnik Di Malaysia. Sila buat refleksi dengan menceritakan
pengalaman anda dalam berinteraksi (berkawan, bekerja, hidup bermasyarakat) dengan etnik
lain. Panjang sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
JAWAPAN:

Berdasarkan video yang diberi, kita dapat mengetahui bahawa Malaysia mempunyai
masyarakat yang majmuk yang berbilang kaum dan etnik. Pelbagai kaum dan etnik yang ada
menyebabkan sukar untuk mereka mencapai kesepaduan dan berinteraksi antara satu sama lain.
Dengan ini, kita perlu menyesuaikan diri dan lebih memahami keadaan hidup secara
bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Sebagai masyarakat, pengalaman
saya dalam berinteraksi dengan masyarakat yang berlainan kaum dan etnik adalah saya
mengetahui budaya mereka mengikut bangsa dan agama serta mengambil tahu bagaimana
mereka menjalankan perayaan setiap tahun. Saya juga bergaul dan sering berkongsi cerita
mengenai budaya antara satu sama lain supaya mudah untuk kita memahami kebudayaan
mereka dalam menjalani kehidupan berkawan, bekerja dan hidup bermasyarakat .
Pembelajaran ini dapat diperloehi apabila berada di sekolah mahupun ditempat kerja. Dengan
ini, sebagai masyarakat kita dapat menghargai antara satu sama lain dari segi kehidupan dan
juga kebudayaan.

1.A2 KUIZ
SOALAN 1:
Pedagang-pedagang dari tempat manakah yang tidak disebutkan dalam video ini?=SIAM

SOALAN 2:
Kenapa Melaka digelar sebagai "Venice of the East"? =Pusat perdagangan Antarabangsa

Soalan 3:
"Melayu di bandar, Cina di lombong dan India di estet". Ini menggambarkan keadaan=Segregasi

Soalan 4:
Manakah di antara tokoh-tokoh berikut yang muncul dalam video yang dipaparkan?= Tunku Abdul
Rahman
1.A3 VIDEO
SOALAN 1:

Sila tonton video Era-era Dalam Hubungan Etnik Di Malaysia Sila sertakan URL video
YouTube yang menggambarkan salah satu era yang dinyatakan. Berikan ulasan anda terhadap
apa yang terdapat dalam video tersebut. Panjang jawapan minimum 100 patah perkataan.
JAWAPAN:

Berdasarkan video yang diberikan, Malaysia telah mengalami pelbagai rintangan dan
kesusahan untuk mencapai kebebasan dan perkembangan kemajuan sehingga ke hari ini.
Melalui video yang telah diberikan, Malaysia telah mengalami tiga era yang memberi kesan
kepada individu, masyarakat dan Negara. Tiga era tersebut adalah era konlik, era tegang tetapi
stabil dan era kesepaduan. Kemunculan ketiga-tiga era ini adalah daripada pengalaman sejarah
Malaysia selepas berlakunya Perang Dunia Kedua yang melibatkan keganasan dan juga
perperangan . Pada era yang pertama iaitu era konflik, berlakunya konflik perkauman yang
terjadi diantara kaum terutamanya kaum Melayu dan Cina. Konflik ini telah melihatkan
keganasan dan kematian yang berterusan diantara beberapa pihak seperti tentera British, askar
Melayu dan Parti Komunis yang berlaku sehingga tahun 1969. Hal ini melihatkan senario
masyarakat yang terlibat dengan pelbagai peristiwa berdarah seperti Darurat dan Peristiwa 13
Mei 1969 sehingga dianggap sebagai Era Konflik. Namun, pada akhir Era Konflik tersebut
dapat dilihat kestabilan yang berlaku tetapi pada tahun 1969 itu menyebabkan kestabilan itu
tergugat. Hal ini kerana berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dimana tahun 1945 hingga tahun
1969 dianggap stabil tetapi masih tegang kerana belum selesai sepenuhnya. Manakala era yag
ketiga adalah Era Kesepaduan dimana era ini adalah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan
masyarakat bagi mencari penyelesaian setelah berlakunya peristiwa 13 Mei. Hal ini kerana
peristiwa 13 mei berlaku atas dasar ekonomi masyarakat Melayu yang masih mundur dan
ketinggalan setelah dirumuskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Pelbagai usaha yang
dilakukan bagi menaikkan kembali politik dan ekonomi masyarakat seperti Dasar Ekonomi
Baru telah dibentuk bagi mencapai kesamarataan dan kesepaduan sehingga ke hari ini.
Rumusnya, sebagai rakyat Malaysia, ke sepaduan dan keharmonian antara masyarakat adallah
peting bagi mencapai keamanan Negara dari segala aspek.

1.A4 PERBINCANGAN
SOALAN 1:
Sila tonton video Perpaduan atau Kesepaduan dan berikan pandangan atau pendapat anda tentang
kenyataan berikut "Konsep kesepaduan sosial adalah berbeza dengan konsep perpaduan. Konsep
kesepaduan sosial adalah lebih realistik di Malaysia berbanding dengan konsep perpaduan". Panjang
jawapan sekurang-kurang 100 patah perkataan.

JAWAPAN:

Berdasarkan video yang diberi, hubungan etnik dapat dilihat dalam dua konsep iaitu perpaduan
dalam kepelbagaian dan kesepaduan sosial. Kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaannya
kerana ciri-ciri yang terdapat dalam setiap konsep adalah berbeza dan tersendiri. Konsep
perpaduan dalam kepelbagaian terdiri daripada dua perspektif iaitu psikologi sosial dan
antroplogi sosiologi serta perpaduan yang bermaksud satu proses penyatuan masyarakat dan
Negara dalam membentuk identiti dan nilai terhadap tanah air. Pada pendapat saya, konsep
kesepaduan sosial lebih realistik di Malaysia kerana definisinya jelas menyatakan bahawa ia
adalah satu fenomena sosial yang digunakan secara mendalam terhadap perpaduan bagi
mendorong masyarakat berusaha mencapai perpaduan. Jika dilihat Malaysia merupakan
Negara yang mepunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
yang memerlukan kesepaduan sosial yang kukuh bagi menjamin kesepaduan. Oleh itu,
kesepaduan sosial itu jelas diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya dalam
mencapai perpaduan diantara satu sama lain.