Anda di halaman 1dari 4

7.

A1 PERBINCANGAN 1

Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme,
Muslim dan Islam, dan sebagainya

JAWAPAN:
Agama merujuk kepada hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa
yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Ia juga merupakan suatu hubungan yang
suci. Agama turut dijadikan sebagai satu sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan oleh
setiap penganutnya. Melalui takrifan tersebut, agama dan penganut ini dikatakan sebagai
dua perkara yang berbeza. Misalnya, antara Islam dan Muslim. Islam merupakan satu agama
manakala Muslim adalah penganut bagi agama Islam. Islam bererti berserah diri dan
mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Penganut bagi
agama Islam yang digelar sebagai Muslim pula merupakan seseorang yang perlu memberi
kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.
Bagi Hindu dan Hinduisme juga merupakan dua perkara yang berbeza. Bezanya turut dari
segi agama. Agama hindu ialah sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan gambaran
kehidupan orang hindu. Agama ini juga dikenali dengan nama agama Brahma. Hinduisme
adalah gelaran bagi penganut agama Hindu. Hinduisme telah memperkayakan dan
meningkatkan kebudayaan serta tamadun tempatan secara semula jadi tanpa sebarang
paksaan.

Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.

JAWAPAN:
Budaya merupakan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, perlakuan dan berfikir
serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat. Sebagai contoh, budaya Melayu telah mengalami banyak perubahan setelah
Islam mula bertapak di tanah Melayu pada abad ke-7 Masihi. Budaya juga merupakan
tatacara hidup manusia yang menghasilkan satu bentuk kepercayaan, keyakinan, adat,
upacara-upacara, ikatan perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, budaya dari segi
pemakaian juga mempengaruhi amalan agama masyarakat. Budaya masyarakat Melayu dari
segi pemakaian ialah mereka menitikberatkan pemakaian yang menutup aurat kerana
dalam ajaran Islam perlakuan yang tidak menutup aurat dianggap satu dosa. Jelaslah
bahawa budaya Melayu sedikit sebanyak mempengaruhi amalan agama Islam dalam
sesebuah masyarakat.
7.A2 PERBINCANGAN 2
SOALAN 1: Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.
JAWAPAN:
Di Malaysia, agama dan etnik merupakan satu budaya yang saling berkait rapat. Buktinya,
agama-agama di Malaysia ini mempunyai peranan dalam mencorakkan hubungan etnik.
Terdapat beberapa amalan berdasarkan peranan agama tersebut. Antaranya ialah
memelihara hubungan dengan Tuhan, menghayati akhlak atau etika diri, memelihara
hubungan baik dengan individu lain dan menghormati individu yang berlainan agama.
Hubungan antara agama dan etnik dapat menimbulkan konsep penyatuan yang mana ia
dapat membangunkan ikatan sosial dan menyatukan individu dengan individu sehingga
membentuk masyarakat. Dalam pada itu, perpaduan yang hadir dari hubungan antara
agama dan etnik merupakan salah satu faktor yang penting. Oleh itu, hubungan antara
agama dan etnik di Malaysia perlulah dititikberatkan supaya keharmonian negara Malaysia
dapat dikekalkan.
SOALAN 2: Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.
JAWAPAN:
Hubungan politik dengan agama tidak dapat dipisahkan. Politik dikatakan berbuah dari hasil
pemikiran agama agar tercipta kehidupan yang harmoni dan tenteram dalam kehidupan
masyarakat. Hal ini disebabkan oleh sikap dan keyakinan bahawa seluruh individu tidak
terkecuali politik harus menjiwai setiap ajaran-ajaran agama. Agama secara kekalnya
mempunyai hubungan dengan politik. Kepercayaan agama dapat mempengaruhi hukum
terhadap setiap perbuatan yang dilakukan. Agama sering kali memberi kesahihan kepada
pemerintah. Agama sangat erat dalam kehidupan masyarakat sehinggakan kehadirannya
tidak dapat dirasai dalam bidang politik.
URL : https://www.openlearning.com/content/5ab7199a5aa80a32aef3f36e
7.A3 PERBINCANGAN 3

Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

JAWAPAN:
Murtad adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada Muslim yang sebenar tidak berasa
ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Murtad berlaku apabila seorang
lelaki atau wanita Islam yang meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat akidah
agama Islam yang asas dan teras atau dengan menuturkan perkataan, perbuatan atau
tindakan meninggalkan perkara-perkara yang dianggap kufur dalam neraca penilaian Islam.
Beberapa tahun kebelakangan ini, didapati kes-kes murtad dalam kalangan masyarakat
Islam semakin bertambah. Menukar agama merupakan perkara yang dilarang keras oleh
agama Islam kerana ia merupakan perkara yang amat mengaibkan. Sekiranya tidak
ditangani segera, ia akan berubah menjadi suatu gejala yang akan menggugat Islam sebagai
agama persekutuan di samping melemahkan sendi kekuatan umat Melayu.

Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.

JAWAPAN:
Apabila berlakunya pemelukan Islam oleh suami atau isteri yang asalnya bukan Islam, maka
perbincangan perkara-perkara seperti tentang status penjagaan dan hak penjagaan anak
tidak dapat dielakkan. Perbahasan mengenai status agama anak pula sering dikaitkan
dengan hak penjagaan anak tersebut. Seorang penganut agama Yahudi atau Kristian, apabila
suaminya menganut agama Islam dan isterinya tetap dengan agama asalnya (tidak memeluk
Islam) , maka anak-anak mereka yang belum sampai peringkat baligh adalah dikira sebagai
penganut Islam. Mengikut Mazhab Syafie dan Hambali , ternyata si ibu telah hilang
kelayakan untuk menjaga dan memelihara anaknya walaupun anak tersebut masih lagi di
peringkat menyusu. Hal ini demikian kerana, kedua-dua mazhab ini telah menyatakan
persamaan agama antara pemelihara atau penjaga dan anak yang dijaga merupakan syarat
utama kepada hak penjagaan anak.

Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.

JAWAPAN:
Seperti yang kita sedia maklum, kira-kira 50 penduduk di Kampung Medan di Petaling Jaya
telah mengadakan satu perhimpunan secara aman dan damai di hadapan satu lot kedai, di
mana terletak lokasi gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut
dilakukan bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis tersebut
diturunkan. Atas desakan yang dilakukan oleh penduduk kampung Medan, akhirnya Pihak
Gereja akur dan bersetuju untuk menurunkan tanda salib tersebut. Hal ini telah pun viral di
laman sosial seperti Facebook, Tweeter, Google dan lain-lain malah banyak respon yang
diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang
mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini.

Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.

JAWAPAN:
Ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ulama selalunya
dibina atas timbangan keilmuan yang teliti. Pendirian tersebut juga dibina setelah melihat
segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah peraturan dan undang-undang
sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan
kalimah “Allah” bagi masyarakat Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian
seseorang ilmuan itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah
menilai isu ini dari pelbagai sudut.

Soalan 5
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.

JAWAPAN:
Suatu ketika dahulu, masalah kepala lembu telah menjadi tajuk utama dan isu negara. Oleh
itu, ramailah yang membuat komen tanpa mengetahui secara khusus mengapa ia berlaku.
Pernah terjadi, tindakan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam adalah kerana bantahan
mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Penduduk Seksyen 19 juga menghadapi
masalah yang sama berhubung kuil yang telah berlarutan begitu lama. Masalah di Seksyen
19 sudah memakan masa selama 21 tahun. Aduan, bantahan, perjumpaan telah dilakukan
oleh persatuan penduduk tetapi tidak mendapat tindakan yang sewajarnya. Setiap kali kuil
itu diarahkan berpindah tetapi ada pula campur tangan pemimpin politik yang akan
melewatkan proses itu. Campur tangan itulah yang menyukarkan pihak berkuasa untuk
bertindak. Kuil itu yang pada mulanya kecil makin lama makin membesar tanpa pelan dan
permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
URL SOAL SELIDIK: https://ukmsurvey.ukm.my/index.php/189145

Anda mungkin juga menyukai