Anda di halaman 1dari 14

Diabetes

Pendahuluan

"Diabetes adalah penyakit yang sentiasa berkembang. Semakin lama mendapat diabetes, semakin
susah dikawal. Diabetes boleh membunuh, tetapi kebanyakan orang tidak sedar hakikat ini. Penyakit
kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran
darah. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan
hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah
menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah
sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak
menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan
badan akan kekurangan tenaga.

Punca-punca diabetes:

1. Berlebihan berat badan - Badan akan mengandungi banyak lemak


- Lemak yang berlebihan mengelilingi organ-organ dalam badan.
- Menyebabkan sesetengah organ tidak berfungsi.
- Contohnya pancreas tidak berfungsi dengan baik.
- Lemak juga akan menyempitkan kapilari darah dan memberi tekanan ke atasnya dan meningkatkan
kadar gula dalam kapilari darah.

2. Keturunan - Nenek moyang dan ibu bapa yang menghidapi diabetes akan membawa gen yang
mengandungi diabetes kepada anak mereka.
- Mengandungi darah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ibu yang mengandung
berpenyakit kencing manis.

3. Pemakanan - Makanan tidak seimbang menyebabkan diabetes.


- Pengambilan makanan atau minuman yang manis secara berlebihan.
- Contohnya gula-gula,minuman ringan,air sirap dan lain-lain.
- Ibu yang mengandung mengambil makanan yang manis secara berlebihan.
- Menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.

4. Tidak aktif secara fizikal - Mereka yang kurang aktif akan menyebabkan badan tidak berfungsi secara
optimum.
- Kekurangan senaman menyebabkan kadar metabolisma badan rendah
- Antibodi akan menurun.
- Badan tidak berupaya mengeluarkan insulin
- Kandungan gula dalam darah tidak dapat dikurangkan akibat kekurangan senaman.

5. umur dan jantina- - Setiap sajian terdapat air minuman yang manis yang lauk juga ditambahkan gula.
- Remaja suka minum air sirap. Mereka berfikiran bahawa mereka masih muda,mereka tidak akan muda
menghidapi diabetes.
- Bagi orang yang berumur, daya pertahanan badan semakin berkurangan. Badan mereka akan menjadi
lemah dan pengeluaran hormone insulin berkurang.
- Kaum wanita lebih gemar makan makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula.
Kesan

Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan kesan yang serius kepada pesakit.

1. Peredaran darah ke kaki menjadi lemah. Akibatnya, luka pada kaki lambat sembuh dan semakin
melarat hingga terpaksa dipotong (bagi kes serius).
- Kandungan gula yang tinggi
- Akan mengurangkan penghasilan platlet dalam darah .
- Menyebabkan luka tidak akan sembuh
- Luka terdedah kepada bakteria,akan menyebabkan luka menjadi serius.

2. Kerosakan retina mata (pesakit ada risiko buta).


- Diabetes juga menjejaskan saraf
- terutama pada bahagian mata
- Mata pesakit mudah menjadi merah dan kering.
- Penglihatan pesakit akan menjadi semakin kabur.

3. Kerosakan buah pinggang.


- Pesakit diabetes akan makan ubat penghasilan insulin.
- Buah pinggang dirangsang untuk menghasilkan hormon insulin selepas mengambil ubat tersebut.
- Ubat tersebut akan membebankan buah pinggang.
- Buah pinggang akan rosak

4. Kerosakan sistem saraf. - Menyerang saraf otak


- Menyebabkan saraf otak rosak.
- Contohnya: tidak merasai kesakitan terpijak objek tajam.
- Dengan ini,penyakit diabetes mudah dicedera.

5. Menghidapi pelbagai penyakit serius disebabkan diabetes


- Masalah mati pucuk.
- Menyebabkan serangan jantung dan juga strok (80 peratus pesakit diabetes mati kerana dua penyakit ini).

Kesimpulan
Semua pihak harus mengutamakan gaya hidup mereka dalam kehidupan harian agar tidak terlibat
dalam penyakit kencing manis.
Keracunan Makanan
Isu tentang keracunan makanan telah banyak kita dengar melalui media massa sejak
belakangan ini. Kejadian-kejadian seperti muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut
malahan sehingga membawa kematian akibat keracunan makanan, telah
menyebabkan isu ini mendapat perhatian banyak pihak. Terdapat pelbagai punca
berlakunya keracunan makanan.

Keracunan makanan banyak berlaku disebabkan oleh kelalaian pengguna itu


sendiri. Kebanyakan anggota masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang
kesempurnaan pengjagaan makanan. Kita perlu sedar bahawa kebersihan amat
penting dalam proses penyediaan makanan. Namun, ada antara kita yang tidak
mengetahui cara yang betul membasuh bahan makanan sebelum dimasak. Bahan-
bahan seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan amat sensitif dengan perubahan
udara. Tanpa pembersihan yang teliti sebelum dimakan atau pun dimasak, kuman di
dalam bahan makanan akan membahayakan kita.

Selain itu makanan yang tercemar pasti mengundang bahaya keracunan makanan.
Pencemaran makanan berlaku apabila makanan yang disediakan atau dihidangkan itu
terdedah. Keadaan persekitaran yang kotor juga dapat mencemarkan makanan. Hal ini
sudah tentu menyebabkan makanan dihinggapi lalat, lipas dan tikus yang membawa kuman
dalam makanan. Impaknya keracunan makanan berlaku apabila kita makan makanan yang
sudah tercemar oleh kuman dan bakteria.

Keracunan makanan juga disebabkan kandungan racun yang berlebihan dalam


makanan. Para petani dan pekebun sayur yang menanam sayur-sayuran biasanya
menyembur racun serangga atau racun daun untuk memastikan tanaman mereka itu hidup
subur. Penggunaan racun yang berlebihan terhadap tanam-tanaman seperti sawi, kalian,
kobis dan bayam akan menyebabkan kandungan racun terserap ke dalam daun. Kedaan ini
sudah tentu membahayakan para pengguna jika bahan-bahan tersebut tidak dibersihkan
dengan teliti.

Konklusinya, kesedaran orang ramai tentang kebersihan makanan yang dimakan perlu
dipertingkatkan. Hal ini amat penting kerana gejala keracunan makanan akan dapat
menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup kita. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin kebersihan makanan dan alam
sekitar.
HARI TANPA BEG PLASTIK
Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula
awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang
bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan
bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk
masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu
bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini kita boleh lihat
betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan
sewajarnya.

Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan
pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg
plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber
yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita
pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari
muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak
lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser.
Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang
menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga
menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di
pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran.
Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-
organik terutama plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg
plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi
krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.
Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing.
Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.
Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak
110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah
mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta
tong minyak.
Jenayah Siber
Pengenalan:

Ruang Siber boleh diertikan sebagai suatu ruang maya yang menyediakan komnukasi
tanpa sempadan. Komunikasi melalui ruang siber ini mudah, pantas dan bebas serta menjadi
satu yang popular dewasa ini. Jenayah siber merupakan satu jenayah yang baharu pada abad
ini. Jenayah ini mempunyai modes operandi yang berbeza daripada jenayah-jenayah yang
lain. Jenayah ini tercetus akibat daripada kemunculan capaian Internet sebagai alat
komunikasi terkini yang menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat bagi memantapkan
lagi ilmu dan maklumat. Oleh sebab yang demikian, maka tiada sesiapa pun yang dapat
mengawal perjalanan maklumat di dunia siber. Ini adalah disebabkan oleh berjuta-juta laman
sesawang mahupun media sosial yang ada dan ia semakin bertambah saban waktu. Melalui
laman sesawang serta media-media sosial seperti facebook dan twitter telah menyebarkan
bermacam-macam maklumat tanpa dapat disahkan kesahihan maklumat tersebut. Antara yang
sering disebarkan melalui medium-medium ini termasuklah idealogi, propaganda serta bahan
pornografi. Jenayah ini siber juga dikenali sebagai jenayah maya merangkumi aspek yang luas
bentuknya. Penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butiran fail
peribadi untuk penipuan traksaksi perbankan internet, penyebaran virus dan penyebaran
fitnah.
Punca-punca Jenayah Siber
Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti
siapakah penjenayahnya. Menurut Michael A. Vatis dari FBI, "Satu masalah utama untuk
membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah susah untuk menentukan siapa
yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana". Umur penjenayah siber
biasanya adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Berkemungkinan kawan kita
, mungkin pelajar, ataupun profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah siber
terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu , dan biasanya mereka
susah untuk ditangkap.

Selain itu , Sikap manusia yang negatif juga antara salah satu punca jenayah siber
tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap yang negatif.
Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu baru yang mereka
pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja.Golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar
diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Tambahan pula , sifat ketamakan manusia juga punca tersebut. Antaranya keinginan untuk
menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah
manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat
hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan
hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah
lain , contohnya merompak.
Langkah-Langkah Jenayah Siber

Antara langkah yang paling efeektif ialah melindungi sistem komputer sendiri.Undang-
undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah siber
.Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita
sendiri dengan lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Contohnya kita boleh
lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall,
pop-up blocker, anti-spyware dan apa-apa saja perisian keselamatan yang lain

Kerajaan juga patut mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di kalangan pelajar.
Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer ini dan mereka diajar tentang
ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut menyediakan lebih banyak kursus komputer
kepada semua pegawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya
mereka boleh tingkatkan keselamatan siber.
AMALAN MENABUNG

Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang
selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat dikatakan seperti
menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.

Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal ini kerana
wang yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan dibayar dividen. Sebagai
contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap,kita akan dibayar faedah mengikut
kadar dan tempoh simpanan. Oleh itu,lebih lama wang itu disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan
diperoleh.

Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat
sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuat
perbelanjaan. Oleh itu,dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh,apabila mempunyai wang
lebihan,seseorang yang tidak menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang
yang dikehendakinya. Tegasnya,sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir.

Amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang.
Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita,bak kata orang
malang tidak berbau. Oleh itu,jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh menggunakan
wang simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru,wang simpanan yang ada dapat
menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang darurat.

Menabung juga dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita menabung,wang yang
mengalir dalam aktiviti belian adalah kurang.Keadaan ini dapat mengelakkan kenaikan harga barang dalam
pasaran. Apabila harga barang tidak naik,inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu,menabung dapat mengawal inflasi.

Kesimpulannya,kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus digalakkan supaya
menabung sejak kecil lagi. Wang yang disimpan itu mungkin sedikit tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Bulan Bahasa Kebangsaan
Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa
Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama
pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya
di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan
negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa
Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa
Malaysia.
2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara
bangsa.
Keselamatan Kanak-Kanak
Dunia kanak – kanak yang menyeronokkan sedikit sebanyak telah terbatas akibat
kes penculikan yang semakin menular di negara kita. Hal ini kerana, setiap ibu bapa
berasa bimbang tentang kes kehilangan kanak – kanak yang kian berleluasa sejak
akhir – akhir ini terutamanya melibatkan kes penculikan. Apabila kanak – kanak tidak
diawasi oleh orang dewasa, mereka akan diculik dengan mudah oleh penjenayah dan
tidak guna untuk menyesal di kemudian hari kerana bak kata pepatah, ‘nasi sudah
menjadi bubur’. Sebenarnya, pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjaga
keselamatan kanak – kanak.

Salah satu langkah bagi menjaga keselamatan kanak – kanak ialah mengawasi
anak – anak di tempat awam bagi mengelakkan penculikan dan pemerdagangan
kanak – kanak. Ibu bapa disarankan untuk sentiasa memimpin tangan anak – anak
ketika berada di luar rumah terutamanya apabila berada di kompleks membeli –
belah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga perlu
menemani anak – anak ketika bermain di luar rumah dan jangan terlalu leka dengan
apapun barang ketika sedang membeli – belah. Sebagai contoh, kebanyakan kes
penculikan yang semakin menular di negara kita adalah berpunca daripada kelalaian
ibu bapa dan seterusnya memberikan peluang kepada penjenayah untuk melarikan
kanak – kanak. Jika ibu bapa sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling , kes
penculikan di negara kita akan mencapai penurunan yang sangat baik dari semasa
ke semasa.

Selain itu, penculikan dan pemerdagangan kanak – kanak juga boleh dibendung apabila
kanak – kanak sentiasa berada dalam kumpulan kerana kes penculikan biasanya berlaku
apabila kanak – kanak berada di luar rumah secara bersendirian. Ibu bapa perlu sentiasa
menasihati anak – anak agar bermain secara berkumpulan di taman permainan dan
berjalan – jalan di sekitar taman perumahan bersama rakan – rakan sebaya. Kes
penculikan boleh berlaku di mana – mana sahaja kerana penjenayah seumpama musang
berbulu ayam sentiasa menunggu peluang yang ada untuk menculik kanak – kanak yang
mempunyai sifat lurus dan mudah mempercayai sesiapa sahaja.
Di samping itu, kanak – kanak juga perlu mempelajari ilmu pertahanan diri agar tidak
mudah diculik oleh penjenayah yang mahu menjual kanak – kanak ke negara jiran untuk
mendapatkan wang atau meminta wang tebusan daripada ahli keluarga kanak – kanak
tersebut. Ibu bapa disarankan untuk menghantar anak – anak ke pusat pembelajaran yang
menawarkan pakej mempelajari ilmu pertahanan diri agar keselamatan anak - anak sedikit
sebanyak dapat dijamin ketika berada di luar rumah. Sebagai contoh, sesetengah kanak -
kanak yang mempelajari ilmu pertahanan diri tidak berisiko tinggi untuk diculik. Kanak -
kanak yang mempelajari ilmu pertahanan diri dapat melindungi diri sendiri daripada diculik.
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing - masing
dalam membanteras jenayah sebegini agar kanak - kanak yang dianugerahkan oleh Tuhan
dapat hidup dengan selamat dan terjamin keselamatannya bagi memperjuangkan nusa dan
bangsa kelak.
Banjir Kilat
Secara umumnya, banjir kilat boleh di definisikan sebagai satu fenomena alam yang terjadi akibat
daripada kerakusan perbuatan manusia. dari sudut pandang literalnya, banjir kilat merupakan
keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas yang berlaku dengan serta merta
atau yang tidak disangka-sangka. Fenomena ini di katakan satu fenomena yang amat dahsyat apabila
meragut ribuan nyawa.Banjir kilat kebiasaannya berlaku di kawasan-kawasan bandar seperti Kuala
Lumpur,Shah Alam,Kota Bharu,Georgtown dan sebagainya.Statistik menunjukkan,jumlah kadar
kematian akibat terjadinya bencana alam khasnya banjir kilat adalah meningkat setiap tahun khasnya
melibatkan nyawa kanak-kanak.Oleh itu,Perdana Menteri Malaysia,Datuk Sri Najib Bin Tun Abdul
Razak menyeru semua pihak khasnya penduduk di negeri-negeri yang di kenalpasti berpotensi besar
di landa banjir untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan
keselamatan terjamin apabila tibanya musim banjir kilat melanda.

Faktor-faktor terjadinya banjir antaranya ialah aktiviti penebangan hutan yang tidak
terkawal.Apabila kawasan hutan di terokai permukaan bumi menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh
sebarang tumbuh-tumbuhan.Natijahnya hujan lebat yang melanda akan menyebabkan hakisan tanih
terjadi dan tanih akan menjadi tandus.Hujan yang lebat akan menyebabkan tanih-tanih yang terhakis
dibawa ke dalam sungai dan berlakunya mendapan sungai seterusnya membawa kepada masalah
banjir akibat sungai menjadi cetek.

Langkah-langkah banjir kilat


Jadi langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengelakkan kejadian ini terus berulang
dan mengancam nyawa bukan sahaja manusia malah seluruh makhluk alam,aktiviti penebangan
hutan secara besar-besaran haruslah segera dihentikan.Pihak yang bertanggungjawab haruslah
segera bertindak dengan mengenakan denda yang membebankan bagi mana-mana individu yang
didapati bersalah menjalankan aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal.Selain itu,hutan
simpan harus dikekalkan untuk memelihara pokok yang berharga daripada pupus.Oleh itu,banjir kilat
juga tidak akan berlaku jika kita dapat membanteras kegiatan penerokaan hutan ini disamping
kepupusan pokok yang berharga dapat dielakkan.Contohnya,mengenakan hukuman penjara 5tahun
bagi individu yang didapati bersalah dan denda tidak kurang RM5000.
Sukan Badminton Pilihan Saya

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila
kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan
mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya,
badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam
kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah
kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa
mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur
sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan
perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama
sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan
sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana
kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga
kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-
sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang
cerdas dan cergas.
Ancaman Keselamatan Negara

Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman. Justeru, keselamatan Negara


bermaksud menjagapertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya
ianya wujud sebagai sebuah Negara yang merdekan dan berdaulat.Keselamatan bukan
hanya menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan tetapi jugatermasuk isu-isu
ekonomi dan isu-isu yang merantasi sempada.

- Faktor dalaman
Ancaman dalaman merupakan ancaman utama terhadap sesebuah negara. Ancaman-ancaman
seperti ini boleh mengakibatkan ekonomi, keamanan dan kedaulatan negara jatuh dan negara akan
kucar kacir. Ia juga boleh menjejaskan imej negara kita di mata dunia, Contoh ancaman dalaman
ialah, ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum, penyimpang agama dan banyak lagi.

- Faktor luaran
Selain itu, ancaman luaran juga mampu menghuru harakan kedaulatan negara kita. Ancaman
luaran sering datang dari negara2 barat. Budaya-budaya yang kurang sihat yang dipamerkan oleh
negara-negara barat telah meresap ke dalam kehidupan anak muda d negara ini. Seperti yg kita
tau, pemuda pemudi merupakan harapan negara pada masa hadapan untuk memimpin negara.
Jika mereka rosak, di mana kah lagi kita boleh mncari pengganti pemimpin masa kini ? Contohnya,
pemimpin-pemimpin tersohor negara kita seperti Tun.Dr Mahathir/Datuk seri Najib/ dll.
Pelancongan sebagai punca pendapatan

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula
jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu
dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara
kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya
yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam
usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi
tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat
bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai
pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.
Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan
prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung
ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar
memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk
memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong
yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu,
kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke
beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati
keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan
sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam
menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna
ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan
mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih
banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di
seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan
kemudahan penginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.
Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap
tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh
menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet, buku,
poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman
pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
wajar dikunjungi oleh pelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding
60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih ramai pelancong
datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang
melawat negara kita pada suatu hari kelak.
Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai pelancong iatang ke
negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku
kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada
sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah
Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan
sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya
yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas
persembahan yang sedia ada.
Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong
datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak
memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya,
tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi
bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan
menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.