Anda di halaman 1dari 5

RESEPI APAM BUTTER GULA HANGUS

Bahan Utama :

200 gram gula pasir


50 gm gula perang
250 ml air
70 gram mentega ( chef guna brand anchor unsulted butter )
6 biji telur Saiz A atau B
160 gram susu pekat manis
190 gram tepung gandum
2 1/2 camca teh soda bicarbonat

Cara Penyediaan :
1. Panaskan Pengukus dan pastikan air cukup. ( anda juga boleh
gunakan oven - pastikan panaskan dahulu 180-200c dan letakkan air
dibahagian bawah oven ) ala-ala nak baked cheesecake
2. Masakkan gula pasir dan gula perang hingga menjadi gula
hangus, guna api sederhana sahaja.
3. Masukkan air perlahan lahan . Kacau rata dan masukkan
mentega,kacau sehingga mentega larut bersama gula hangus.
Matikan Api dan Sejukkan.
4. Pukul telur sehingga berbuih dan kembang .
5. Tuangkan susu pekat manis dan sambung pukul hingga
hingga sebati. sila gunakan kelajuan sederhana sahaja,
6. Masukkan tepung dan soda bicarbonat yang telah ditaapis
bersama sedikit demi sedikit. Pukul sebati dan masukkan gula
hangus di gaul rata.
7. Rehatkan adunan selama 2 jam ( tutup dengan plastik atau
cling film )
8. Masukkan adunan ke dalam bekas yang anda suka sama ada
loyang besar saiz 7 inch atau dalam bekas kek cawan atau apa
sahaja bekas yang anda suka.
9. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. ( jika oven..bakar 1
jam atau mengikut oven anda )
10. Sejukkan dahulu baru hidang !

MASAK LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan diperlukan:

 2 ekor ikan cencaru


 2 cawan santan (½ biji kelapa)
 10 biji terung telunjuk
 3 keping asam gelugur
 3 batang serai (Diketuk)
 Garam secukup rasa
 15 biji cili api
 3 biji bawang merah
 1 inci kunyit hidup
 (Bawang merah dan kunyit hidup dikisar bersama)

Cara menyediakan dan memasak:

1. Basuh ikan cencaru dan tuskan.


2. Bakar ikan di atas pemanggang sehingga masak.
3. Buangkan kulit tebal ikan.
4. Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

SINGGANG AYAM

Bahan-bahan diperlukan:

 1 kg ayam (Dipotong kecil)


 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
 4 ulas bawang putih (Dihiris kasar)
 1 inci lengkuas (Dihiris kasar)
 5 biji cili api (Dihiris kasar)
 2 biji cili hijau (Dihiris kasar)
 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk kasar)
 3 keping asam gelugur
 6 biji bendi
 4 cawan air
 Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, asam gelugur, lada hitam, dan garam dalam periuk.
2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ayam, cili api, cili hijau, cili merah, dan bendi. Biarkan mendidih lagi.
4. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. 5. Sedia dihidangkan

SAMBAL IKAN TONGKOL

Bahan-bahan diperlukan:

 1 ekor ikan tongkol (Ikan aye)


 4 keping asam gelugur
 2 cawan air
 20 tangkai cili kering
 10 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
 1 inci belacan
 (Cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dikisar bersama)
 1 sudu makan asam jawa (Dibancuh dengan air rebusan ikan)
 1 labu bawang besar (Dimayang kasar)
 1 sudu makan gula
 ½ cawan minyak masak
 Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Potong empat ikan tongkol dan basuh. Tuskan airnya.


2. Rebus ikan tongkol dengan asam gelugur, air, dan garam di dalam periuk sehingga mendidih.
3. Tuskan ikan tongkol dan goreng.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa.
6. Masukkan ikan dan bawang besar. Masakkan sehingga agak pekat.
7. Hidangkan bersama nasi lemak ataupun nasi putih dan sayur masak lemak.

DALCA TULANG

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

 500 g daging dan tulang lembu


 Sedikit halia
 5 sudu makan serbuk rempah kari
 4 cawan santan
 3 biji kentang (Dibelah 4)
 2 biji tomato (Dibelah 4)
 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
 1 biji terung (Dipotong kecil)
 Sedikit kacang panjang
 ½ cawan kacang dal
 3 sudu makan minyak masak
 Garam secukup rasa
 Sedikit air
 Cili merah dan cili hijau (Sebagai hiasan)

Bahan B (Tumisan)

 5 tangkai daun kari


 5 biji bawang merah (Dihiris)
 3 ulas bawang putih (Dihiris)
 1 inci halia (Dihiris)
 Kulit kayu manis
 Bunga lawang
 Buah pelaga
Cara menyediakan dan memasak:

1. Rebuskan daging dan tulang dengan sedikit halia sehingga lembut.


2. Panaskan minyak di dalam periuk lain dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, daging, tulang, kentang, lobak merah, terung, kacang panjang, dan kacang dal.
Masakkan sehingga lembut.
5. Masukkan tomato, bawang besar, dan garam. Masakkan lagi sehingga pecah minyak.
6. Tutup api dan masukkan di dalam pinggan. Hiaskan dengan cili merah dan cili hijau.
7. Sedia dihidangkan.

DALCA SAYUR ISTIMEWA

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

 1 cawan kacang dal (Direndam selama 1 jam)


 3 biji ubi kentang (Dibelah 4)
 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
 1 biji terung bulat (Dibelah 8)
 5 batang kacang panjang (Dipotong pendek)
 ½ biji lobak merah (Dipotong pendek dan kecil)
 3 biji cili hijau (Dibelah 2)
 1 biji mangga muda (Dipotong kecil)
 1 cawan santan pekat
 2 cawan air
 1 sudu teh serbuk kunyit
 Minyak masak secukupnya
 Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

 3 sudu makan minyak masak


 4 biji bawang merah (Dihiris)
 2 ulas bawang putih (Dihiris)
 1 inci halia (Dihiris)
 5 tangkai cili kering (Dipotong pendek)
 1 sudu makan halba campur
 5 tangkai daun kari

Cara menyediakan dan memasak:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebuskan sehingga lembut.


2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga
wangi. Kacau rata. Padamkan api.
3. Masukkan tumisan ke dalam periuk rebusan sayur dan biarkan sebentar.
4. Kacau sedikit dan sedia dihidangkan.