Anda di halaman 1dari 12

1. Pengenalan dan Kepentingan Persatuan.

DEFINISI PERSATUAN

 Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,


berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.
 Di peringkat sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh murid-murid
sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu
dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita
serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
masing-masing.
 Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan.

CIRI-CIRI PERSATUAN

 Keberkesanan
 Berterusan
 Peluang pembelajaran
 Interaksi / pendedahan

KEBERKESANAN

 Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.


 Aktiviti yang dilakukan perlu mempunyai satu kesan jangka panjang.
 Elakkan mengadakan aktiviti atau program yang kurang memberi impak
atau fokus yang mendalam.
 Gunakan strategi publisiti yang sesuai. Nama aktiviti yang menarik harus
digunakan supaya dapat menarik peserta untuk menyertai aktiviti tersebut.
Jemputan VIP yang sesuai untuk perasmian aktiviti juga dapat
mendatangkan kesan publisiti yang positif
BERTERUSAN

 Perjumpaan harus dijalankan secara berterusan dan tidak boleh


dibatalkan sesuka hati untuk memastikan aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan.
 Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti mengadakan
perjumpaan sekali seminggu.
 Bagi aktiviti besar seperti karnival kebudayaan, ia perlu dilakukan secara
berterusan setiap tahun.
 Antara masalah yang timbul akibat aktiviti dijalankan secara tidak
berterusan :
Kebanyakkan aktiviti tidak mewujudkan perpaduan dan persefahaman
dalam kalangan AJK kerana kebiasaannya kitaran masa suatu projek
yang dilakukan terlalu pendek dan tidak mampu menjalin hubungan yang
erat antara ahli.
Keadaan ini tidak bermanfaat untuk jangka panjang, kerana projek jangka
panjang memerlukan ahli pasukan yg mempunyai persefahaman yang
tinggi dan saling mengenali antara satu sama lain.

PELUANG PEMBELAJARAN

Apabila suatu aktiviti dijalankan, kedua-dua pihak peserta mahupun AJK


perlulah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti.
Menjemput penceramah yang bertauliah dan berbeza untuk memberi
ceramah bagi pelbagai topik atau tajuk.

INTERAKSI/PENDEDAHAN

Menambahkan interaksi atau pergaulan dengan pihak luar bagi mendapat


ilmu pengetahuan.
Mengelakkan ahli daripada berada dalam kumpulan yang sama dalam
semua aktiviti kerana pemikiran akan menjadi kurang dinamik dan
pengulangan idea kerap berlaku.
KONSEP / TEORI

KONSEP PERSATUAN

 Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis MESTILAHmenubuhkan persatuan sekolah
dari kategori yang berikut iaitu:
Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan
Pendidikan
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform Atau
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

TEORI PERSATUAN

 Sekumpulan pernyataan yang mempunyai perkaitan logik, yang dapat


membuat jangkaan dari kenyataan yang ada mengenai sifat-sifat suatu
kelas, peristiwa atau suatu perkara.

2. Tata cara dan kaedah Penubuhan Persatuan.

STRUKTUR JAWATANKUASA

JENIS PERSATUAN/KELAB

 Terdapat dua jenis Persatuan yang boleh ditubuhkan :


Berasakan akademik
Berasakan minat, kecenderungan, hobi atau perkhidmatan
Persatuan yang berasakan akademik :

Persatuan dan Kelab yang berasakan minat, perkhidmatan dan hobi.


PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN

PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS MENGENAI PERSATUAN (KOKURIKULUM)


Senarai Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas mengenai kegiatan kokurikulum.

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1971 56


Permainan Catur di Sekolah-sekolah Menengah

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/77 57


Pengelolaan Walkathon di Sekolah-sekolah

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1982 58


Permainan Pin-table, Video Game, Game Watch

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1984 59


Garis Panduan berkenaan Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-sekolah

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 60


Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 61


Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum “Pengenalan Kepada Komputer” dan Kegiatan Kelab
Komputer Sekolah

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 62


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1988 63


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Pereka Cipta Sekolah

9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 64


Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan
Induk Sukan

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 65


Penyertaan Pelajar dalam Kegiatan Sukan di Sekolah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992 66


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1994 67


Pelaksanaan Kokurikulum pada Tahun 5 dan Tahun 6 KBSR

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 68


Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1995 69


Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk
Sukan

15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 70


Rancangan Kegiatan Sekolah selepas Peperiksaan UPSR bagi Murid-murid Tahun 6

16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1997 71


Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 72


Penglibatan Guru dan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan
dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan.

18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000 73


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 74


Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah

20. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000 75


Penggalakan Aktiviti Fotografi di Kalangan Murid

21. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/2000 76


Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah-sekolah.

KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN


Langkah-langkah penubuhan persatuan
LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja

Atas kesedaran diri Pemimpin pelajar (semua yang ada dalam bengkel
ini) menubuhkan jawatankuasa Penggerak/Jawatankuasa Penaja
dengan menyenaraikan diri sebagai AJK Penaja .Jawatankuasa Penaja
ini terdiri dari:-

a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. 6-7 Ahli AJK biasa

AJK Penaja mengadakan Mesyuarat sesama sendiri bagi membincangkan


perkara berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi
kelulusan,peraturan-peraturan, perlembagaan,keahlian, kegiatan/aktiviti, dan
lain-lain maklumat berkaitan kelab . Mesyuarat ini mesti ada agendanya, setiap
perbincangan diminitkan dan difailkan /didokumentasikan Pelaksanaan tugas
hasil mesyuarat ikut adalah mengikut jawatan masing-masing.

LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Mandat dari


Warga/Komuniti

AJK Penaja mengadakan Mesyuarat Agung Penajaan/Majlis Pertemuan dengan


keseluruhan pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan mendapat
restu persetujuan semua ahli. Urusan surat-menyurat , jemputan yang
dikeluarkan adalah atas nama
AJK Penaja. Semua surat ditandatangani oleh Pengerusi AJK Penaja.

Cadangan Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pembentangan Senarai Nama JK Penaja (Bayangan) untuk mendapat
persetujuan ahli mesyuarat.
3. Penjelasan/Penerangan tujuan Penubuhan Kelab

Setiausaha minit dan dokumentasikan mesyuarat.

LANGKAH 3 : Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatuan

Tanggung Jawab AJK Penaja sebelum mendapat kelulusan Pendaftar


Menyediakan Perlembagaan Kelab/Persatuan Mengadakan ‘Mesyuarat Agung
Khas - Membentangkan Perlembagaan’ untuk bincang dan meluluskan
perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung yang lalu telah memberi
mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja untuk meluluskan
perlembagaan itu maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat. Jawatankuasa
penaja menulis permohonan rasmi kepada Pendaftar (Pengarah,Pengetua atau
Guru Besar) dengan menyertakan dokuman termasuk perlembagaan yang telah
dipersetujui di atas. Merancang/merangka aktiviti Tahunan. (Aktiviti hanya boleh
dilaksanakan apabila persatuan/kelab telah diluluskan dan didaftarkan secara
sah oleh pendaftar –surat kelulusan sebagai dokumen bukti disimpan untuk
rujukan)

Selepas Mendapat Kelulusan

.1 JK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG


2 Membuat dan mengedar Notis Mesyuarat Agung dan borang cadangan usul.
3 Draf Aktiviti/kegiatan persatuan/kelab
4 Membuat Surat jemputan Mesyuarat Agung kepada semua ahli.
5 Melaksanakan & Mengendali Mesyuarat Agung

Antara Agenda Mesyuarat:-


1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Melantik JK Persatuan/Kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut
perlembagaan)
AJK Penaja boleh diganti jika ada persetujuan.
5. Membentang & membaca kandungan perlembagaan untuk maklumat ahli
(Sekiranya terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)
6. Membentang & mengesahkan Laporan Kewangan persatuan/Kelab berakhir
pada………………..(jika sebelum ini JK penaja mendapat sumbangan/kutipan
kewangan drp mana-mana pihak).
7. Bincang Usul-usul yang diterima termasuk usul-usul dari JK
8. Ucapan Penangguhan

LANGKAH 4 : Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru

AJK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu


mengadakan Mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan
usul atau aktiviti yang telah dirancangkan.
Contoh Agenda Mesyuarat JK ialah:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir
pada:……………………….
5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah
diluluskan dlm mesyuarat agung yang lalu).
6. Membincangkan aktiviti tahunan
7. Hal-hal lain

Perbincangan perlu diminitkan utuk tujuan rekod dan rujukan


tindakan.

CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN


PERLEMBAGAAN
DAN PERATURAN
PERSATUAN
IDENTITI PERSATUAN