Anda di halaman 1dari 1

Konsep&Keperluan

Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai
sama ada ketidakupayaan, kecacatan,halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu,
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan yang tersebut di atas.

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat
yang lebih tinggi.

Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk:


 Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
 Sebagai persediaan untuk belajar dari segimentel, fizikal, emosi dan sosialisasi
 Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak
bermasalah pembelajaran
 Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
 Membina konsep kendiri
 Merangsang pengaliran darah dan oksigen

Kepentingan
Terapi berkepentingan untuk :

1. Meningkatkan kemahiran pengamatan


2. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
3. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
4. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
5. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
6. Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
7. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
8. Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan