Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala rahmat dan nikmat masa,
tenaga dan idea-idea yang telah dikurniakan kepada saya sehingga saya mampu
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah saya iaitu Dr. Hajah Zabedah binti A. Aziz kerana dengan kesabaran dan
tunjuk ajar serta bimbingan beliau yang tidak putus-putus telah membuka ruang dan
memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan EDUP 2053 Teknologi dan Media
Pengajaran ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa saya Mohd Fazil bin Mohamed Rejab dan Noraziah binti
Hussain serta adik saya Athirah binti Mohd Fazil yang sentiasa memberi sokongan
moral dan motivasi kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan


saya yang banyak membantu saya memberi dengan peringatan, berkongsi maklumat
yang diterima dan memberi idea-idea yang bernas untuk membantu memudahkan
saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan
tugasan ini.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai