Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP LAYANG-LAYANG

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL 1/2018

Tarikh : 2 JANUARI 2018

Masa : 1.10 Petang hingga 1.50 Petang

Tempat : Bilik Muzik

Pengerusi : Pn Yuslinda bt Jamaludin

Kehadiran(Bilangan) : 4 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran guru-guru yang hadir
pada mesyuarat kali ini.
1.2 Beliau mengharapkan kerjasama semua guru dalam melaksanakan sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan(pdpc) muzik pada tahun ini dengan
sebaiknya.
1.3 Melantik En Mohammad Safwan sebagai setiausaha baru mneggantikan Pn
Rokiah Bachok sebelum ini. Diharapkan En Mohammad Safwan dapat
melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentangkan oleh : En Mohammad Safwan bin Sudin
Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Raimy Syarafina bt Rohim
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Rokiah bt Bachok

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Pengerusi memaklumkan tentang halatuju sekolah adalah sebagai
kesinambungan halatuju PPD Kluang. Prestasi murud-murid pada matapelajaran
bukan teras juga diberi penekanan untuk membantu prestasi murid dalam bidang
akademik.

4.2 Program sepanjang tahun 2018 akan dirancang sejajar dengan program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah khususnya dalam majlis-majlis tertentu.

Tindakan: Semua guru muzik

5 PROGRAM/AKTIVITI MUZIK
5.1.Antara program yang sering dilaksanakan dan dijalankan oleh panitia adalah
seperti:
a) Persembahan di hari Mesyuarat Agung PIBG
b) Persembahan untuk Sambutan Hari Guru
c) Persembahan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri
d) Persembahan untuk Majlis Anugerah Cemerlang
e) Persembahan Projek Kesenian Tahun 1 dan 2
Tindakan: Semua guru Muzik
6 HAL-HAL LAIN
6.1 Perbelanjaan daripada PCG sekolah tahun ini sebanyak RM678.60 untuk panitia akan
dibelanjakan dengan sebaik mungkin untuk kegunaan murid dalam subjek muzik.
6.2 Keceriaan Bilik Muzik dan Tangga Muzik perlu ditambah. Maklumat tentang muzik juga
perlu di tambah untuk beri pengetahuan kepada murid tentang ilmu asas muzik.
6.3 Tiada bakul sampah di dalam bilik muzik untuk pastikan bilik sentiasa bersih dan kemas.
Tindakan: Semua guru muzik
7 PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru yang hadir dan
berharap program-program kesenian dan muzik dapat dijalankan dengan jayanya dan
mendapat kerjasama daripada semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD SAFWAN BIN SUDIN)


Urus Setia
Tarikh : (8 JANUARI 2018)

Anda mungkin juga menyukai