Anda di halaman 1dari 1

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN

FAIL / FOLIO PERSEDIAAN MENGAJAR GURU

A. PENYEDIAAN FAIL/FOLIO PERSEDIAAN MENGAJAR GURU

1. Fail harus dibalut dengan kemas dan dilabelkan di muka depan fail. Label
mesti mengandungi maklumat seperti tajuk fail, nama sekolah, tahun, nama
guru dan kelas-kelas yang diajar. Bahagian sisi fail juga perlu dilabel dengan
nama guru.

2. Kandungan fail mesti disusun mengikut susunan yang ditetapkan dalam


senarai semak.

3. Rancangan Pelajaran Harian perlu ditaip dalam bentuk portrait pada kertas
A4 pada dua belah muka surat dan disusun dengan yang paling awal di
bawah.

4. Semua guru mesti ikut Format Rancangan Pelajaran Harian seperti yang
disarankan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 bertarikh 09.03.1999.

5. Minggu akademik mesti ditunjukkan pada setiap belah Rancangan Pelajaran


Harian.

B. PENGHANTARAN FAIL/FOLIO PERSEDIAAN MENGAJAR

1. Fail Persediaan Mengajar mesti dihantar kepada Guru Besar atau Penolong
Kanan atau mana-mana guru yang diamanahkan oleh Guru Besar sebagai
penyemak (jika ketiadaan Guru Besar atau Penolong Kanan) pada hari
pertama setiap minggu persekolahan sebelum pukul 8.30 pagi. Pastikan
telah dicop dengan cop Buru Besar sebelum dihantar untuk penyemakan.

2. Jika fail tersebut lambat dihantar, catatan seperti ‘Lewat’ dan tarikh fail
dihantar akan dibuat pada senarai semak fail persediaan mengajar. Jika guru
tidak hadir kerana sebab-sebab tertentu pada hari fail sepatutnya dihantar,
catatan hendaklah dibuat oleh penyemak pada senarai semak.

Anda mungkin juga menyukai