Anda di halaman 1dari 20

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN


PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KESIHATAN PERSEKITARAN & TEKNOLOGI BINAAN


(KPKB 3112)

“LAPORAN PEMERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LIKAS,


KOTA KINABALU’’

NAMA : NURLIZAH BINTI TUBIN

NO MATRIKS : BPPKP 2010 – 4537

AMBILAN : DKP 14 / JULAI 2010

KURSUS : DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

PUSAT LATIHAN : PUSAT LATIHAN KLINIKAL, KOTA KINABALU

PENYELARAS : EN. ARUS BIN PENGIRAN

PPKP U29 (L)


PENGENALAN

Aktiviti pemeriksaan sekolah adalah salah satu daripada senarai tugas


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di bawah Unit Kesihatan Am di Pejabat
Kesihatan Bahagian/Daerah. Oleh yang demikian, prosedur-prosedur pemeriksaan
sekolah perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni-
penghuni sekolah, khususnya pelajar sekolah. Aktiviti pemeriksaan sekolah
dijalankan adalah bertujuan untuk menilai tahap kebersihan dan keselamatan di
sekolah. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan pihak sekolah mematuhi
Ordinan Pendaftaran Sekolah 1952.

Antara undang – undang yang terlibat dan menjadi rujukan dalam aktiviti
pemeriksaan sekolah adalah :

 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.


 Undang – undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
 Ordinan Sekolah 1952.
 Garispanduan Kantin sekolah.

Tujuan utama pemeriksaan sekolah adalah bagi memantau pematuhan pihak


pengurusan sekolah terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan keselesaan warga
sekolah tersebut khususnya para pelajar menilai kesesuaian penambahan struktur
(jika ada) dan memberikan cadangan bagi penambahbaikan aspek-aspek yang
disebutkan di atas.

Pada 15 Oktober 2012 bersamaan hari isnin, seramai 6 orang Pelatih


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pusat Latihan Klinikal Kota Kinabalu
telah menjalankan aktiviti pengagihan soalan Post – Kap kepada beberapa pelajar
yang terpilih. Secara tidak langsung pelatih Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran turut melakukan aktiviti pemeriksaan sekolah mengikut format yang
telah diberikan. Aktiviti pemeriksaan sekolah ini dijalankan kira-kira jam 1.30 petang.
OBJEKTIF

Objektif Umum

Mempelajari secara praktikal proses menjalankan pemeriksaan sekolah dengan cara


memerhati dan menilai sejauhmana pematuhan kehendak perundangan di sesebuah
sekolah bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan warganya berada
pada tahap yang dikehendaki.

Objektif Khusus

I. Mendapatkan data-data pentadbiran di sekolah yang dilawati.


II. Menjalankan penilaian secara kuantitatif dalam memastikan aspek
keselesaan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang disediakan
dalam borang penilaian.
III. Menjalankan penilaian secara kualitatif dalam memastikan aspek
keselamatan dan kesihatan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang
disediakan dalam borang penilaian.
IV. Mengemukakan nasihat dan syor penambahbaikan atau pembetulan yang
perlu dilakukan oleh pihak sekolah.
V. Mempelajari prosedur-prosedur membuat laporan aktiviti pemeriksaan
sekolah untuk diserahkan kepada pihak atasan.
VI. Memberi pendidikan kesihatan kepada semua warga sekolah termasuklah
guru-guru, kakitangan-kakitangan serta pelajar-pelajar amnya.
DATA PENTADBIRAN

Tarikh Pemeriksaan : 15 Oktober 2012

Pegawai Pemeriksa : 6 0rang Pelatih PPKP


i) Nurlizah binti Tubin
ii) Ervina Ernie Dalinsip
iii) Jacqualyne sapiring
iv) Lucynda Joey Jamiol
v) Aizudin Ramdan
vi) Zulhelmi Al Hafiz Abdul Hamid

Nama Guru Besar : Abdul Hafidz Pangeran Adnan


Nama Sekolah : Sekolah Menengah Teknik Likas, Kota Kinabalu.

Alamat Sekolah : Jalan Vokasional Likas, Kota Kinabalu


Peti Surat 10821, 88810, Kota Kinabalu, Sabah.

No telefon : : 088 – 423742


Sesi persekolahan : Sesi pagi sahaja ( 07.45am – 3.00pm )

Bilangan Guru : Guru Lelaki : 63 orang


Guru Perempuan : 53 orang
Jumlah : 116 orang

Bilangan Kakitangan : Lelaki : 9 orang


Bukan Mengajar Perempuan : 12 orang
Jumlah : 21 orang

Bilangan Murid : Murid Lelaki : 524 orang


Murid Perempuan : 282 orang
Jumlah : 806 0rang

LOKASI DAN PELAN SUSUNATUR


Huraian Lokasi

Sekolah Menengah Teknik Likas terletak kira-kira 50 meter dari jalanraya.


Jarak antara jalanraya dan bangunan utama sekolah ialah 200 meter. Kawasan
sekolah dikelilingi dengan sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Menengah
Kebangsaan Likas dan Sekolah Menengah Perempuan Likas. Selain daripada itu,
terdapat Tadika Chung Hwa berdekatan dengan SM Teknik Likas.

Lokasi dan Pelan Susunatur (SM Teknik Likas, Kota Kinabalu)


KEADAAN STRUKTUR BANGUNAN
Bumbung
 Keseluruhan bumbung bagi bangunan sekolah adalah diperbuat daripada
bahan konkrit.
 Tiada sebarang kesan pecah atau retak pada bumbung bangunan dan semua
bahagian adalah berkeadaan baik.
 Keadaan bumbung sekolah adalah di tahap memuaskan.

Siling
 Siling bagi sekolah ini diperbuat daripada asbestos.
 Keseluruhan keadaan siling yang terdapat pada setiap kelas adalah berada
dalam keadaan yang sempurna dan tidak terdapat sebarang kerosakan atau
kebocoran berlaku.
 Kebersihan bagi keadaan siling tidak bersih dan tidak memuaskan kerana
terdapat sawang yang melekat pada bahagian tersebut.

Dinding
 Dinding di bangunan setiap blok adalah diperbuat daripada lepaan simen dan
konkrit.
 Pada keseluruhan dinding bangunan adalah dicat dengan warna biru dan
keadaan bagi keseluruhan dinding adalah memuaskan.
 Keadaan dinding bagi semua kelas berada dalam keadaan tidak memuaskan
kerana terdapat kesan retak atau pecah pada sesetengah bahagian tersebut.

Lantai
 Kesemua lantai di sekolah ini diperbuat daripada lepaan simen. Bahan yang
digunakan sesuai kerana tidak licin dan mudah untuk kerja – kerja
pembersihan.
 Kebersihan lantai bagi setiap kelas adalah memuaskan dan berada dalam
keadaan bersih.
 Tiada sebarang kesan retak atau pecah pada bahagian lantai bagi setiap
kelas.
Binaan.
 Bangunan adalah dari jenis bangunan kekal setinggi dua (2) tingkat. Terdapat
bangunan dewan, kantin dan makmal untuk melakukan aktiviti amali.

Tangga bangunan

 Satu (1) tangga dikhaskan untuk setiap bangunan dibina di bahagian hujung
blok. Manakala satu (1) tangga lagi dibina pada bahagian tengah bangunan di
antara dua (2) blok bangunan. Tangga ini dikongsi oleh penghuni dikedua-dua
blok. Tangga dibina dengan kelebaran 4 kaki 3 inci . Saiz setiap anak tangga
ialah tujuh inci (7”) tinggi dengan jejak kaki 10 inci (10”). Jumlah anak tangga
ialah 16 bagi setiap tangga dengan satu beranda bagi 8 anak tangga.
 Binaan tangga adalah mematuhi Undang-undang Kecil 106(1), Undang-
undang Kecil bangunan Seragam 1984 yang mensyaratkan tinggi anak
tangga mestilah tidak lebih 7 inci dan jejak kaki 10 inci.
 Tangga bebas dari kerosakan yang boleh membahayakan pelajar dan
mempunyai pagar (halangan sisi) yang selamat. Tiada sebarang halangan
laluan di atas tangga kecuali pasu bunga yang terletak di bahagian beranda
tangga. Papan amaran keselamatan turut diletakkan di tangga.

Bilik darjah

 Ketinggian siling ialah 3 m dan siling tingkat 2 diperbuat dari bahan asbestos.
Siling berada dalam keadaan yang amat memuaskan tanpa sebarang
kerosakan. Keluasan ruang bilik darjah ialah 63.32 m² (7.16m x 8.84m) atau
681.5 kaki persegi.

Keluasan lantai bagi guru = 4’ x lebar bilik darjah


= 4’ x 23.5’
= 94 kaki persegi.
Keluasan lantai/ murid = (luas lantai bilik – luas lantai bagi guru) / 30 orang
= (681.5 – 94) kaki² / 30
= 587.5 / 30
= 19.58 kaki persegi.

 Perkara 15, Ordinan Pendaftaran Sekolah 1950 memperuntukkan ruang


untuk setiap murid tidak kurang 15 kaki persegi.

PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

Pencahayaan

 Pemeriksaan pencahayaan dan pengudaraan mekanikal dibuat berdasarkan


bilangan lampu dan kipas yang terdapat di setiap kelas. Setiap blok
mempunyai bilangan lampu dan kipas yang sama. Tidak semua lampu dan
berfungsi dengan baik.
 Bagi kelas yang kami periksa iaitu 4 Kimpalan dan Fabrikasi Logam serta 4
Pengurusan Perniagaan, terdapat 2 lampu kalimantang yang tidak
berfungsi,manakala selebihnya lagi berfungsi.
 Secara keseluruhannya, tahap kebersihan lampu dan kipas di dalam kelas
adalah berkeadaan bersih.
 Setiap bilik darjah dibekalkan dengan 6 buah lampu kalimantang yang
diletakkan 2 bahagian hadapan, tengah dan juga di bahagian belakang kelas.
 Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi di kira berdasarkan luas lantai
kelas, luas tingkap, luas pintu, dan luas bukaan yang terdapat dalam kelas
dikira dalam peratus pengudaraan.

 Kehendak UBBL, mengikut seksyen 39 ( 3 ) iailah pencahayaan semulajadi


dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap mempunyai
jumlah keluasan tidak kurang daripada 20 % daripada keluasan lega lantai
bilik darjah. Manakala bagi ruang bukaan pada bilik darjah mestilah tidak
kurang daripada 10 % daripada keluasan lantai.
 Oleh yang demikian pengiraan dibuat adalah seperti berikut.

LUAS TINGKAP
X 100 MESTI TIDAK KURANG DARI 20%
LUAS LANTAI KELAS UBBL 1984 ( SEKSYEN 39 ( 3 )

LUAS BUKAAN
X 100 MESTI TIDAK KURANG DARI 10 %UBBL
LUAS LANTAI KELAS
1984 ( Seksyen 39 (3 )

Bukaan termasuklah pintu, ruang udara atas tingkap dan mana – mana bukaan yang
boleh di masuki udara dan cahaya.

Pencahayaan dan pengudaraan untuk bilik darjah.

 Terdapat dua sumber pencahayaan yang digunakan iaitu pencahayaan


secara mekanikal dan pencahayaan semulajadi.
 Enam set lampu kalimantang digunakan untuk pencahayaan makanikal.
Pencahayaan semulajadi melalui bukaan tetap dan bukaan sementara iaitu
tingkap.
 Sistem pengudaraan kelas turut menggunakan sistem mekanikal disamping
pengudaraan secara semulajadi melalui tingkap dan bukaan tetap.
Pengudaran mekanikal menggunakan dua buah kipas

PENGIRAAN PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

1. Luas bukaan tetap = Luas satu bukaan x jumlah bukaan


= (0.60 x 0.50 ) m² x 24
= 0.3 m² x 24
= 7.2 m²

Peratus bukaan tetap = luas bukaan tetap/ luas lantai x 100


= 7.2m² / 63.32m² x 100
= 11.37%

2. Luas bukaan sementara= Luas bukaan pintu + Luas bukaan tinkap

Luas bukaan tingkap = luas bukaan 1 tingkap x jumlah tingkap


= ( 1.14 x 0.64 ) m² x 20
= 14.60 m²

Peratus bukaan sementara = luas bukaan sementara/ luas lantai x


100
= 14.6 m² / 63.32m² x 100
= 23.05%

Undang-undang kecil 39.(1), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984


menetapkan bahawa peratus bukaan tetap untuk pencahayaan dan
pengudaraan
Bilik darjah hendaklah 10% keluasan lega lantai dan 20% untuk bukaan
tingkap.

KESESAKAN
Daripada pemerhatian, tiada sebarang kesesakan yang berlaku. Suasana sekolah
yang baru dan selesa. Ruang yang mencukupi dan persekitaran sekolah yang luas.

KEMUDAHAN PELAJAR

 Bagi setiap kelas, para pelajar dibekalkan dengan meja dan kerusi
setiap seorang.

 Semua kerusi dan meja dalam keadaan baik dan boleh digunakan
dengan selamat.

 Tahap kebersihan dalam keadaan baik iaitu tidak patah dan tiada
kerosakan kepada meja dan kerusi tersebut.

FASALITI KEBERSIHAN

1. Bekalan Air
Sekolah ini dibekalkan oleh Paip Jabatan Bekalan Air. Sepanjang pemeriksaan ini
terdapat sedikit masalah pada bekalan air di sekolah itu. Tekanan air kadangkala
tidak memuaskan berpunca daripada tekanan rendah di paip utama JBA. Bekalan
air juga kadangkala terputus disebabkan masalah tersebut.

2. Tandas
Terdapat kemudahan tandas yang telah disediakan untuk guru dan pelajar di mana
tandas berada dalam keadaan baik dimana lantainya yang diperbuat daripada
mozek itu tidak licin dan senang dicuci serta telap air, dindingnya di perbuat daripada
konkrit dan telap air. Pencahayaan bagi semua tandas adalah mencukupi dan
mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam ( UBBL ) 1984.
Tandas yang digunakan ialah tandas tarik dengan tangki septik. Terdapat 4 bilik air
untuk murid lelaki dengan 4 buah tandas di setiap bilik air. Jumlah yang sama
disediakan untuk murid perempuan. Tiada ‘urinal’ disediakan di tandas murid lelaki.
Bilangan basin basuh tangan untuk murid lelaki ialah 4 buah bagi setiap bilik air dan
jumlah yang sama untuk murid perempuan. Terdapat 1 bilik air dengan 4 buah
tandas yang disediakan untuk guru lelaki dan 4 buah tandas untuk guru perempuan
di bilik air yang berasingan. Tandas guru lelaki tidak dibekalkan dengan ‘urinal’.
Semua tandas berfungsi dengan baik. Keadaan tandas adalah memuaskan. Tiada
kerosakan pada mana-mana struktur tandas. Lantai, mangkuk tandas dan sinki
berada dalam keadaan yang bersih.

 KIRAAN NISBAH TANDAS UNTUK MURID

Purata Murid lelaki / tandas = 165 orang / 16


= 10 orang / tandas

Purata Murid perempuan / tandas = 190 orang / 16


= 12 orang per tandas.

PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Pelupusan sisa pepejal diuruskan oleh pengurusan pihak sekolah itu sendiri
dengan pembuangan di dalam tong sampah yang disediakan. Setiap bilik darjah
dibekalkan dengan tong sampah yang dilengkapi dengan beg plastik. Namun, tong
sampah di kawasan sekolah tersebut tidak mencukupi.

Pelupusan sampah
Pelupusan sampah diuruskan dengan baik. Pelupusan sampah di dalam bilik
darjah menggunakan bakul dan di kawasan luar bilik darjah tong sampah digunakan.
Kawasan sekolah bersih dari sampah sarap.

Perparitan dan Saliran


 Bangunan sekolah ini dilengkapi dengan sistem perparitan konkrit yang dibina
di sekeliling bangunan
 Parit bangunan adalah jenis ‘ U’
 Parit di kawasan sekolah berkenaan tidak bermasalah dan semuanya dalam
keadaan baik dan sempurna.
 Longkang tidak tersumbat dan tiada air bertakung.
 Terdapat Tukang Cuci yang ditugaskan khas untuk melakukan kerja
pembersihan.

KACAU GANGGU
Tiada kacauganggu bunyi bising dari kenderaan yang boleh mendatangkan
pencemaran bunyi kepada penghuni sekolah.

Kehadiran binatang, rodensia dan vektor

Tiada kelihatan rodensia berkeliaran ataupaun kesan urungan di sekitar


kawasan sekolah,namun tindakan pengawalan haruslah sentiasa dijalankan oleh
pihak pentadbiran sekolah dari masa ke masa bagi mengelakkan sebarang
kacauganggu dan rodensia. Kawasan sekolah dalam keadaan bersih.

KEMUDAHAN REKREASI
Sebuah padang permainan bersimen disediakan dan dilengkapi dengan
barang-barang permainan untuk murid-murid. Peralatan berada dalam keadaan
yang baik dengan kerosakan yang minima.

KESELAMATAN
Alat pemadam api berada dalam keadaan sempurna. Terdapat 36 unit alat
pemadam api disediakan dan ditempatkan di bahagian dinding luar bilik darjah.
Pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Bomba dengan kekerapan sekali setiap tahun.
Latihan kecemasan juga dilakukan oleh pihak sekolah secara tahunan.
Dari segi keselamatan lalulintas ketika murid pulang dari sekolah, pihak
sekolah ada menyediakan jadual bertugas untuk mengawal lalulintas. Petugas terdiri
dari kalangan guru di sekolah tersebut. Papan tanda lalulintas turut disediakan di
jalanraya hadapan sekolah dengan lintang belang untuk murid menyeberang jalan.

Peti pertolongan cemas


Dua peti pertolongan cemas disediakan dan ditempatkan di Bilik Kesihatan
dan pejabat sekolah.

CADANGAN - CADANGAN
Bagi meningkatkan pematuhan terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan
keselesaan warga Sekolah Menengah Teknik,maka perkara-perkara berikut perlulah
dititik beratkan:

 Pihak sekolah hendaklah mengadakan satu jadual pembersihan bagi


memastikan kebersihan sekolah sentiasa terjaga.
 Kebersihan bilik darjah hendaklah dijaga sepanjang masa terutama tingkap,
lampu dan kipas supaya bebas dari habuk dan debu demi kesihatan para
pelajar.
 Kebersihan tandas hendaklah dijaga kebersihannya dari kotoran dan bau.
 Pihak sekolah hendaklah memastikan kantin sekolah sentiasa berada dalam
keadaan yang sanitari sepanjang masa.
 Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan alat pemadam api diperiksa
selalu dan sentiasa dalam keadaan yang baik.
 Peta Laluan Kecemasan hendaklah dipamerkan di kawasan sekolah dan di
setiap blok-blok.
 Sabun ( sanitizer ) hendaklah disediakan di setiap tandas murid bagi
kemudahan murid mencuci tangan..
 Pihak sekolah perlu memastikan setiap tong sampah yang ada mempunyai
plastik sampah didalamnya dan sentiasa dalam keadaan yang bertutup.
 Pihak sekolah juga haruslah sentiasa memeriksa ubat didalam peti
kecemasan tersebut supaya tidak melebihi tarikh luput dan memastikan
bahawa ubat tersebut masih boleh digunakan lagi.
 Pihak sekolah haruslah mengadakan gotong – royong untuk membersihkan
kawasan sekolah.
 Risalah-risalah kesihatan haruslah ditampal di setiap bilik darjah sebagai
langkah memberi pendididkan kesihatan kepada pelajar-pelajar.
KESIMPULAN

Persekitaran Sekolah Menengah Teknik Likas berada dalam keadaan yang


amat baik dan bebas dari sebarang gangguan keselamatan dan kacauganggu.
Semua spesifikasi bangunan terutama dari segi pengudaraan, pencahayaan dan
ruang minima untuk kegunaan murid dan guru adalah mematuhi peruntukan Ordinan
Pendaftaran Sekolah 1950 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Kebersihan sekolah dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan landskap yang menarik.
Walaubagaimanapun, tanda amaran larangan merokok tidak disediakan.
Pihak sekolah telah dimaklumkan tentang keperluan tersebut. Tanda amaran
larangan merokok hendaklah diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan orang
ramai dan mudah dilihat contohnya seperti di pintu pagar utama, kantin dan bilik
guru. Sedikit perhatian perlu diberikan kepada tahap kebersihan kantin sekolah dan
bekas-bekas yang boleh menakung air seperti pelapik pasu bagi mengelak
pembiakan aedes. Bekas-bekas ini mestilah di bersihkan selalu dan pastikan tiada
air yang bertakung. Selain itu, kebersihan di dalam kelas perlu diperbaiki terutama
kipas angin dan lantai. Kipas dan lampu perlu sentiasa dibersihkan.

LAMPIRAN 1
CARTA ALIR PEMERIKSAAN
KEBERSIHAN SEKOLAH

PERSEDIAAN PERALATAN Fail Sekolah.


Borang Pemeriksaan.
DAN KAKITANGAN Kenderaan.

SENARAI DAN Sekolah Berasrama:


KLASIFIKASI - Menengah/Menengah Agama.
- Rendah.
Sekolah Tidak Berasrama:
- Menengah/Menengah Agama.
- Rendah.
Sekolah Rendah Kebangsaan:
- Tamil.
- Cina.
Sekolah Swasta.

PEMERIKSAAN Buku Daftar.


Fail Sekolah.

PENILAIAN

MENYEDIAKAN LAPORAN Sekolah Berkenaan.


Pejabat Pendidikan Daerah
Pejabat.Pendidikan Negeri.
Jabatan Kesihatan Negeri.

LAMPIRAN 2

PROSES KERJA PEMERIKSAAN SEKOLAH.


1. Menyediakan fail, borang pemeriksaan sekolah dan peralatan yang perlu
digunakan semasa menjalankan pemeriksaan di sekolah termasuk
kenderaan.
2. Pergi ke sekolah dan bertemu dengan pengetua/ guru besar atau guru lain
yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sekolah.
3. Memperkenalkan diri dan memberitahu tujuan kedatangan kepada guru yang
terlibat.
4. Meminta data pentadbiran sekolah serta plan bangunan sekolah.
5. Meminta kerjasama guru berkenaan atau wakilnya turut serta semasa
menjalankan pemeriksaan.
6. Melakukan pemeriksaan terhadap persekitaran, binaan bangunan,
kemudahan tandas, perparitan dan lain-lain mengikut kehendak Ordinan
Pendaftaran Sekolah 1950 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
1984.
7. Mengucapkan terima kasih dan meminta diri setelah pemeriksaan selesai
dilakukan.

Menyediakan laporan di pejabat dan diserahkan kepada pihak terlibat.

LAMPIRAN 3
PROSEDUR PEMERIKSAAN SEKOLAH

 Menyediakan peralatan termasuk borang- borang yang diperlukan dalam


pemeriksaan sekolah.
 Berjumpa dengan pengetua / guru kanan di sekolah berkenaan serta
menyatakan tujuan kedatangan dan mendapatkan data – data separti :

 Data Pentadbiran
 Pelan Lantai Sekolah
 Lain – lain maklumat yang berkaitan

 Menjalankan pemeriksaan sekolah dengan diiringi oleh kakitangan sekolah


 Membuat pemeriksaan sekolah dan kantin berdasarkan format Laporan
Pemeriksaan Sekolah.
 Mengenalpasti kelemahan / kekurangan yang terdapat pada sekolah
berkenaan.
 Membuat ulasan dan cadanagan kepada pihak pengetua secara langsung
 Menyediakan Laporan Pemeriksaan Sekolah.
 Menghantar laporan pemeriksaan sekolah kepada pengetua dan Pegawai
Pendiddikan Daerah.

LAMPIRAN 4
ANTARA KEPERLUAN – KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN DALAM
MENJALANKAN AKTIVITI PEMERIKSAAN SEKOLAH.

I. Borang Penilaian Program Premis Makanan Bersih.


II. Borang Laporan Pemeriksaan Premis Makanan.
III. Borang Laporan Pemeriksaan Sekolah
IV. Pita Ukur
V. Jangka suhu
VI. Clipboard
VII. UBBL
VIII. Kalkulator
IX. Kompas
X. Alat Tulis
XI. Lux Meter
XII. Ordinan Sekolah 1953

Anda mungkin juga menyukai