Anda di halaman 1dari 6

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKOLAH SMK SUNGAI LEMBING

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORSULIHA BT YACOB

PENGENALAN PEDAGOGI – PENGURUSAN BILIK


2 Judul Buku
DARJAH

3 Nama Pengarang ESAH SULAIMAN 4 Tahun diterbitkan: 2004

Tarikh Hantar 17 NOVEMBER 2014


5

6 Bidang / Fokus PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH

7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan UTM
ini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam
bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk
membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal
dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi,
dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri
pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatan
serta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang
menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
(BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkah
laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran
dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru
pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik
darjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran
guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan
rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang
8 Pembelajaran yang diperolehi:

Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran dalam
aspek pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga teknik
meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah

9 Aplikasi dalam organisasi :

Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus ditujukan bagi
pendidik yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalangan
pelajar Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang diajarkan, untuk mendengar
lebih dekat apa masalah yang dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian dan
memanfaatkan positif dari maklumat yang mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan
untuk meningkatkan kaedah dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta
merupakan bahan tambahan penting untuk rujukan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.............................................. ............................................
(NORSULIHA BT YACOB) ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKOLAH SMK SUNGAI LEMBING

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORSULIHA BT YACOB

2 Judul Buku GURU PEMIMPIN 360 DARJAH

3 Nama Pengarang KHUZAIMAH SULAIMAN 4 Tahun diterbitkan: 2010

Tarikh Hantar 17 NOVEMBER 2014


5

6 Bidang / Fokus PENDIDIKAN - PENGURUSAN SEKOLAH

7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis:

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan Pengetua
Cemerlang JUSA C.

Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk
membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal
dimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead Across dan Prinsip Lead
Down.

Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin sebenar
adalah pemimpin yang berpengaruh – tidak lebih dan tidak kurang.” – Maxwell Blurb

Pemimpin 360° adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri
daripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru Pemimpin 360
mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru,
dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang
berkesan dan cemerlang.

8 Pembelajaran yang diperolehi:

Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai keistimewaan sendiri
untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam menguruskan pegawi-pegawai
bawahannya dengan jayanya.
9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan sumber
inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah
hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.............................................. ............................................
( NORSULIHA BT YACOB ) ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKOLAH SMK SUNGAI LEMBING

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORSULIHA BT YACOB

2 Judul Buku MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG

DR. HM TUAH ISKANDAR


3 Nama Pengarang 4 Tahun diterbitkan: 2010
AL-HAJ

Tarikh Hantar 17 NOVEMBER 2014


5

6 Bidang / Fokus KAUNSELING – MOTIVASI DIRI

7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis:

Buku ”Membina Imaginasi Cemerlang” hasil karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mempunyai
320 halaman.

Antara isi menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah mengenai penggunaan otak
kita. Yang mana menurut kajian Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr. Paul Maclean
mengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak sebanyak 10% sahaja, 90% lagi hanya
menunggu untuk dikembangkan.

Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berlainan : yang mana sekiranya kita ingin
menjadi seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah menggunakan kesepaduan
dua bahagian otak ini secara harmoni dan sempurna.

Sebab itulah apabila seseorang yang tidak hanya terlibat dalam bidang yang diceburinya boleh
dianggap hebat dan cemerlang.

Dalam bukunya Dr.Tuah memberi contoh seorang yang meminati seni lukis, menceburkan
bidang dalam perakaunan sebagai kegiatan sampingan.

Macam keadaan sekarang ni, seorang guru boleh menjalankan kegiatan perniagaan sebagai
kegiatan sampingan kerana dia meminati bidang itu.

8 Pembelajaran yang diperolehi:

DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa “Binalah angan-angan yang cemerlang
untuk mencapai kejayaan. Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu
yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.
9 Aplikasi dalam organisasi :

Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafan
antarabangsa dan sangat sesuai bagi membantu para guru dan pelajar dalam menjadi insan
yang cemerlang

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.............................................. ............................................
( NORSULIHA BT YACOB ) ( )