Anda di halaman 1dari 1

Ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke tempat-tempat bersejarah yang terkenal di

negara kita.

Pada cuti persekolahan yang lalu, bapa saya telah bersetuju untuk membawa kami
sekeluarga melawat ke beberapa tempat yang bersejarah untuk menambahakan ilmu pengetahuan
dan menanamkan semangat patriotisme dalam diri kami. Kami berasa besar hati untuk melawat ke
tempat tersebut. Awal-awal pagi lagi, kami mula mengemaskan barang keperluan masing-masing
sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut..

Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual kosong sambil menikmati makanan ringan yang
dibekalkan oleh ibu. Beberapa jam kemudian, kami tiba di destinasi yang pertama, iaitu kota A'
Farmosa. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya melompat-lompat kegembiraan kerana
inilah kali pertama dia melinat bangunan bersejarah itu. Bapa saya sempat menceritakan peristiwa
bersejarah yang berkaitan dengan kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang
menghijau dan terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta makanan daripada
pengunjung yang lalu-lalang di situ.
Selepas berkunjung ke Kota A' Farmosa, kami menjamu selera di sebuah restoran yang
menjual nasi ayam. Selepas itu, kami bertolak ke hotel untuk meletakkan barang-barang kami dan
berehat untuk menghilangkan penat. Pada sebelah malamnya kami berpeluang untuk menaiki beca
mengelilingi 'Jonker Walk'. Beca yang kami naiki dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni dan
selesa. Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan
saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah. Tidak hairanlah banyak pelancong yang
membeli-belah di situ. Pada kira-kira pukul 11:00 malam kami pun kembali ke hotel untuk tidur.

Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di hotel itu.
Pada hari tersebut kami akan melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium Negara di Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi. Semasa dalam perjalanan, saya berkongsi gambar yang telah
di rakam semasa berada di Melaka. Selepas beberapa jam perjalanan, saya dan keluarga saya tiba
di Tugu Peringatan. Saya begitu terharu melihat patung pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur
di medan perang sewaktu berjuang menuntut kemerdekaan negara yang tercinta ini.

Seterusnya, bapa saya membawa kami berkunjung ke Muzium Negara yang terletak tidak jauh
dari Tugu Peringatan yang telah kami kunjungi sebelum ini. Muzium Negara merupakan bangunan
yang menempatkan dan mempamerkan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di negara kita
sejak dahulu lagi. Seni bina bangunan Muzium Negara amat menarik perhatian kami sekeluarga.
Selepas membeli tiket kami pun masuk ke dalam bangunan muzium tersebut. Sebelum beredar,
kami sempat membeli beberapa keping poskad dan cenderamata untuk dibawa pulang. Kami juga
sempat merakam gambar kami sekeluarga di luar bangunan Muzium Negara untuk diabadikan
dalam kenangan
Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak memberikan ilmu
pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta akan negara. Melancong ke tempat-
tempat bersejarah ini juga dapat mengisi masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang
berfaedah. Saya berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi
tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan datang.