Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN ISNIN

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar EN. JAAFAR HAJI SUAR,


Penolong Kanan Satu Cikgu JIKRI BIN IBRAHIM, Penolong
Kanan HEM Cikgu Jisam bin Said, Penolong Kanan Kokurikulum
Cikgu Hastei Doimi serta Yang dikasihi Guru-guru dan rakan-
rakan seperjuangan sekalian.

Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita


masih lagi dapat berkumpul di pagi yang mulia ini.
Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini,
marilah kita sama-sama mengalunkan bacaan ummul kitab al-
fatihah….
Seterusnya majlis menjemput saudara _________________
untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk
berdiri tegak untuk menyanyikan lagu NegaraKu, dan Sabah
Maju jaya

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara/i


_______________untuk mengetuai IKRAR RUKUN NEGARA.
Bagi meneruskan lagi majlis kita di pagi yang mulia ini, majlis
menjemput guru bertugas pada minggu ini cikgu _________
untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada cikgu
………………………… diatas ucapan beliau sebentar tadi.

Dengan ini majlis menjemput Tuan guru besar, ................ untuk


memberi nasihat dan teguran kepada kita semua. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan guru besar.


Semoga dengan teguran dan nasihat itu tadi akan kita jadikan
panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita.

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk


berdiri tegak bagi menghormati dan menyanyikan lagu sekolah.

Dengan berakhirnya lagu sekolah tadi, maka berakhirlah majlis


perhimpunan kita pada hari ini. Segala yang baik datang daripada
Allah SWT, manakala yang kurang itu datang dari kelemahan
saya sendiri.

Sekian.
Aslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai