Anda di halaman 1dari 1

Undang-undang ada 2 bentuk:

1) Undang-undang awam
a) Perlembagaan
-struktur kerajaan / hak asasi rakyat dan individu di bawah pemerintahan
b) Pentadbiran
- penggunaan kuasa badan eksekutif dan pentadbiran kerajaan
c) Jenayah
- pelbagai jenis kesalahan jenayah yang dilakukan rakyat

2) Undang-undang persendirian (sivil)


a) Kontrak
- hak dan tanggungjawab yang wujud akibat perjanjian yang boleh dikuatkuasakan di sisi
undang-undang.
b) Tort
- pemberian pampasan disebabkan kecuaian atau pelanggaran hak peribadi sehingga
menyebabkan kecederaan peribadi atau kerosakan harta benda seseorang individu oleh individu
yang lain.
c) Amanah
- hak dan tanggungjawab pemegang amanah dengan waris
d) Tanah
- urusan pentadbiran tanah, cagaran, sekatan, sewaan dsb.
e) Keluarga
- perkahwinan, penceraian, hak dan tanggungjawab ke atas harta dan anak-anak
f) Syarikat
- berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat, hak dan tanggungjawab syarikat dan
pemegang saham dsb.
g) Perkongsian
- hak dan tanggungjawab perkongsian, penubuhan dan pembubaran perkongsian
h) Ejensi
- hak dan tanggungjawab prinsipal dan ejen

Undang-undang awam
- melibatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat
- pihak pendakwaraya dari pejabat peguam negara atau
pegawai pendakwa dari pasukan polis yang mewakili kerajaan menjalankan prosiding jenayah atau
pendakwaan ke atas individu yang melanggar undang-undang tersebut.

Undang-undang persendirian (sivil)


- melibatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat
- perbicaraan di antara dua pihak tersebut
- selalunya kedua-dua pihak diwakili peguam masing-masing
- tindakan undang-undang ini dipanggil prosiding sivil

Anda mungkin juga menyukai