Anda di halaman 1dari 2

Tajuk 7 : Struktur Organisasi Pendidikan

Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan struktur organisasi KPM dengan jelas serta menyatakan fungsi setiap
bahagian.
2. Membincangkan struktur organisasi sekolah dengan mengenal pasti kekuatan peranan
bagi setiap unit/sektor.
3. Menyenaraikan tugas dan tanggungjawab guru dan membuat refleksi sejauh mana
tugas dan peranan tersebut sanggup dilaksanakan.
4. Membandingkan jangkaan guru terhadap komuniti dan murid-muridnya dengan
jangkaan komuniti dan murid terhadap guru.
5. Memaparkan ciri-ciri insan guru yang bertanggungjawab dalam menjayakan matlamat
KPM.

7.0 Pengenalan

Sistem pendidikan menjadi tonggak utama dalam melahirkan insan yang sempurna
sebagai modal insan kepada sesebuah negara. Kementerian Pelajaran merupakan
pihak yang bertanggungjawab merancang dan menggubal dasar pendidikan negara dan
menggerakkan tenaga kerja yang cemerlang sehingga berjaya membangunkan
manusianya menjadi bangsa yang maju dan mapan dalam menghadapi cabaran dunia
yang pantas berubah. Kekuatan sesebuah organisasi terletak pada pembinaan
strukturnya yang kukuh dan kemas tanpa mengabaikan kepen - tingan kepimpinan
dalam organisasi tersebut. Sebagai bakal guru, sewajarnya anda menghayati struktur
organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta menj iwai setiap visi dan misi
KPM bagi memastikan guru berupaya dan mampu merealisasikan aspirasi KPM.

7.1. Visi, Misi dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah sebuah kementerian yang


terbesar dan memikul tanggungjawab yang berat dalam pembinaan modal insan bagi
Malaysia. Tanggungjawab tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan
sempurna tanpa struktur organisasi dan kepimpinannya yang cekap. Kepimpinan KPM
sentiasa memimpin perancangan dan pelaksanaan kementerian berasaskan visi dan
misinya. KPM mempunyai visi, misi dan matlamatnyayangjelas sebagai panduan
kepada perancangan dan pelaksanaan dasarnya.

Visi KPM ialah 'Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang'. Visi ini jelas menekankan
sifat sesebuah sekolah yang sepatutnya wujud yang mempunyai pertalian kuat dengan
sifat generasi yang akan dilahirkan oleh sekolah tersebut. Unggul di sini bermaksud
kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik
dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.
Keunggulan atau kehebatan yang ada di sesebuah sekolah ialah faktor kuat dalam
pembangunan manusia atau generasi yang kelak memainkan peranan mereka dalam
meneruskan tugas dan tanggungjawab menjaga negara.

Anda mungkin juga menyukai