Anda di halaman 1dari 14

2

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Muiz seorang murid yang cerdik. ____________ sering mendapat tempat pertama
dalam peperiksaan.

A Dia
B Aku
C Saya
D Awak

2 “ Ampun tuanku, _____________ datang ingin mengadu hal,” sembah Bendahara


Tun Perak kepada sultan.

A beta
B patik
C hamba
D baginda

3 Pak Zaki __________ mata cangkulnya dengan batu pengasah.

A menarah
B mengikir
C mengasah
D melicin

4 Tayar basikal Salim ____________ akibat tercucuk objek tajam yang bertaburan
di atas jalan raya.

A tiris
B pecah
C tembus
D pancit

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

BM Pemahaman Tahun 4
3

5 Kakak menyapu daun kering yang _________________ di halaman rumah.

A bergelimpangan
B bertaburan
C berjatuhan
D berterbangan

6 Peserta perkhemahan membawa lampu suluh kerana keadaan di dalam bilik itu
sangat ________________ .

A cerah
B gelap
C terang
D jernih

7 Sarwati berasa _______________ ketika berada di dalam majlis yang dihadiri oleh
orang kenamaan.

A pelik
B ganjil
C kekok
D gerun

8 Rambut Fatin menjadi ________________ kerana tidak disapu minyak dan disikat.

A kasar
B kesat
C susut
D kusut

9 “ _______________ dikenang peristiwa sedih itu lagi,” pujuk ibu kepada Halimah.

BM Pemahaman Tahun 4
4

A Sila
B Usah
C Minta
D Harap

10 Najmi menulis surat ________________ kawannya yang sedang belajar di Kuala


Lumpur.

A daripada
B kepada
C untuk
D bagi

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 __________________ untuk makan tengah hari di kedai itu sentiasa ditutup agar
tidak dihinggapi lalat.

A Rumput-rampai
B Sayur-mayur
C Lauk-pauk
D Kuih-muih

12 _________________ telinga adik sakit sejak tiga hari yang lalu.

A Kekisi
B Tetupai
C Lelangit
D Gegendang

BM Pemahaman Tahun 4
5

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Asraf memasukkan sampah sarap itu ke _________________ tong sampah.

A dalam
B tengah
C hadapan
D belakang

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 Baju kurung itu dijahit oleh Puan Siti.

A Puan itu menjahit baju kurung Siti.


B Puan Siti menjahit baju kurung itu.
C Siti menjahit baju kurung puan itu.
D Puan Siti menjahit baju kurungnya.

15 Pengawas melarang Izzat berbuat bising.

A “ Jangan-jangan Izzat yang berbuat bising,” kata pengawas.


B “ Izzat, janganlah awak berbuat bising,” kata pengawas.
C “ Izzat, awak telah berbuat bising,” kata pengawas.
D “ Pengawas, awak telah berbuat bising,” kata Izzat.

Pilih ayat yang betul


16 I Dua orang murid gagal dalam ujian itu.
II Kedua-dua orang murid itu anak Pak Karim.
III Setiap murid-murid lulus dalam ujian itu.
IV Beberapa lembu mati kerana termakan racun.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

BM Pemahaman Tahun 4
6

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

EKSPEDISI BERAKIT KE TASIK KENYIR

Murid-murid tahun empat dan lima dipelawa untuk menyertai ekspedisi ini. Tujuan
ekspedisi ini adalah untuk menjalin rasa persefahaman, memupuk semangat bekerjasama
dan menanamkan sifat berdikari. Butir-butir ekspedisi adalah seperti di bawah :

Tarikh: 13 November 2014 – 16 November 2014


Tempat: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Kos Perbelanjaan: RM 80.00 seorang
Anjuran: Kelab Rukun Negara Sekolah Rendang
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Oktober 2014

Penyertaan adalah terhad. Kepada yang berminat, sila hubungi setiausaha kelab dengan
segera.

Zabidi bin
..........................................
Ahmad BIN AHMAD)
(ZABIDI
Setiausaha Kelab Rukun Negara Sekolah

17 Siapakah yang dipelawa menyertai ekspedisi tersebut?

A Murid tahap dua sahaja


B Murid tahun lima sahaja
C Murid tahun empat sahaja
D Murid tahun empat dan lima sahaja

18 Ekspedisi yang akan diadakan ialah anjuran ...

A murid tahun empat dan lima.


B Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
C Kelab Rukun Negara Sekolah Rendang.
D Setiausaha Kelab Rukun Negara Sekolah Rendang.

19 Mengapakah murid-murid yang berminat perlu menghubungi setiausaha dengan


segera?

A Setiausaha hendak menyelesaikannya dengan segera


B Borang penyertaan adalah terhad
C Guru penasihat sibuk
D Tempat terhad

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Tujuan ekspedisi diadakan adalah untuk menjalin rasa persefahaman.
B Semua murid Sekolah Rendang dijemput menyertai ekspedisi.
C Tarikh tutup penyertaan ialah 30 November 2014.
D Tempoh ekspedisi selama tiga hari tiga malam.

BM Pemahaman Tahun 4
7

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

untuk serta atau kerana

pada dalam yang dan

Kita harus menghormati dan sayang kepada ibu bapa kita. Merekalah ________
bertungkus-lumus selama ini untuk membesarkan kita. Tanpa mereka, makan minum _______
pakaian kita tidak terurus, persekolahan kita terabai ________ tempat tinggal kita tidak
terjamin. Mereka jugalah yang mengingatkan kita tentang tarikh hari lahir kita dan
memberikan hadiah ________ menghiburkan hati kita. Oleh yang demikian, kita janganlah
mengabaikan mereka dan segala nasihat mereka hendaklah diikuti.

[ 4 markah ]

Lihat halaman sebelah

BM Pemahaman Tahun 4
8

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya :

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Jawapan : Ali belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat kejayaan yang


cemerlang dalam peperiksaan.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Cikgu, bolehkah
saya keluar ke
tandas sebentar ?

[ 2 markah ]

BM Pemahaman Tahun 4
9

Lihat halaman sebelah

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

BM Pemahaman Tahun 4
10

SOALAN 23

Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Budaya penggunaan tepak sirih atau puan terkenal dalam kalangan masyarakat
Melayu. Tepak sirih diperbuat daripada tembaga. Bahagian atas tepak sirih diletakkan
beberapa bekas berisi kepingan buah pinang kering , kapur, gambir dan tembakau. Di
bahagian tepi pula disusun sirih, cengkih dan kacip.

Pada zaman dahulu, para petani dan nelayan memakan sirih sambil berbual-bual
sewaktu berehat selepas penat bekerja. Di istana pula, para raja memakan sirih sebagai
santapan sewaktu rehat.

Dalam adat istiadat masyarakat Melayu, tepak sirih digunakan sebagai pembuka bicara
sebelum memulakan upacara atau perbincangan. Tepak sirih juga digunakan sebagai lambang
dalam majlis merisik atau pertunangan yang dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak
perempuan. Tepak sirih juga menjadi alat kebesaran diraja.

a. Tepak sirih juga dikenali sebagai ________________________________________.


[ 1 markah]

b. Apakah kegunaan tepak sirih dalam adat istiadat masyarakat Melayu?


____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 2 markah]

BM Pemahaman Tahun 4
11

Lihat halaman sebelah

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Tepak sirih diperbuat daripada tembaga.

Bahagian atas tepak sirih disusun betul


sirih,cengkih dan kacip.

Para petani dan nelayan memakan sirih


sambil berbual – bual sewaktu berehat salah
selepas penat bekerja.

Tepak sirih menjadi alat kebesaran rakyat

[ 2 markah ]

BM Pemahaman Tahun 4
12

Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Daripada: haikal04@yahoo.com
Kepada: najmi04@yahoo.com
Perkara: Pengalaman Manis dalam Majlis Perkahwinan

Pengalaman Manis dalam Majlis Perkahwinan


Salam sejahtera, Najmi. Pada cuti sekolah yang lalu, saya menghadiri majlis kenduri kahwin
sepupu saya. Majlis itu diadakan di Muar, Johor.
Majlis perkahwinan itu sungguh menarik dan unik. Ketibaan pengantin disambut
dengan tarian zapin Melayu. Tarian ini terkenal di negeri Johor.
Penari lelakinya berkain samping, memakai baju Melayu Johor dan bersongkok tinggi.
Terdapat hiasan kerongsang pada bajunya.
Penari perempuannya pula berbaju kurung. Kain sarung daripada kain pelekat
dijadikan selendang. Sanggul bunga di kepala mereka sungguh cantik.
Alunan muzik sewaktu mengiringi tarian itu sungguh menarik dan rancak. Peralatan
muzik yang dimainkan itu ialah gambus, rebana,gendang,akordion,rebab dan marakas.
Pergerakan kaki mereka cepat dan menarik.
Ibu,ayah dan beberapa orang tetamu turut sama menari.Mereka sungguh gembira.
Saya berharap agar seni tarian ini akan terus diwarisi. Ibarat kata pepatah,”tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas”.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Haikal

BM Pemahaman Tahun 4
13

a. E-mel tersebut diterima oleh _________________________________________________


[ 1 markah ]

b. Mengapakah majlis perkahwinan tersebut sungguh menarik dan unik ?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Bagaimanakah cara berpakaian penari lelaki dalam tarian zapin ?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
d. Adakah anda bersetuju seni tarian zapin akan terus diwarisi ? Mengapa ?

______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[ 3 markah ]

BM Pemahaman Tahun 4
14

Soalan 25
Baca pantun di bawah , kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Hari Selasa menanam padi,


Pokok padi subur sentiasa;
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Remaja kini menjulang nusa,


Bagai cahaya menyeri pandangan ;
Malaysia harmoni aman sentosa,
Dengan adanya pemimpin sanjungan.

Burung merpati terbang di awan,


Senja menjelang ditangkap helang;
Remaja berkualiti negara tertawan,
Pewaris cemerlang negara terbilang

Buah nangka buah kurma,


Mari rasa bersama taulan;
Malaysia merdeka sudahlah lama,
Bersyukur sentiasa jadikah amalan.

BM Pemahaman Tahun 4
15

a. Apakah makna budi dalam rangkap pertama pantun di atas ?

__________________________________________________________________________
[ 1 markah ]
b. Nyatakan apakah yang menjadi tonggak keamanan negara ?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Pemimpin berjasa tidak disanjung


[ 1 markah ]

Remaja cemerlang negara terbilang

Malaysia merdeka sudahlah lama


Bersyukur sentiasa jadikan amalan

d. Terangkan maksud baris – baris pantun di atas.


_______________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
KERTAS SOALAN TAMAT

BM Pemahaman Tahun 4

Anda mungkin juga menyukai