Anda di halaman 1dari 4

BIDANG NOMBOR DAN OPERASI


TAJUK NOMBOR BULAT
KELAS TAHUN 2 DAN 3
MASA 1 JAM
STANDARD TAHUN 2
PEMBELAJARAN 1.5 Membundarkan sebarang nombor hingga 1000
kepada puluh dan ratus terdekat.
TAHUN 3
1.6.1 Membundarkan sebarang nombor dari 1001
hingga 10000 kepada ribu terdekat.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
TAHUN 2
1.Membundarkan sebarang nombor dalam lingkungan
1000 kepada puluh dan ratus terdekat.
TAHUN 3
1.Membundarkan sebarang nombor dalam lingkungan
10000 kepada puluh,ratus dan ribu terdekat.
BAHAN BANTU Lembaran kerja
MENGAJAR
PENILAIAN TAHUN 2
PENGAJARAN Murid dapat membundarkan sebarang nombor dalam
DAN lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat.
PEMBELAJARAN TAHUN 3
Murid dapat membundarkan sebarang nombor dalam
lingkungan 10000 kepada puluh,rauts dan ribu terdekat.

TAHUN 2 TAHUN 3 CATATAN


SET INDUKSI 1. Murid melengkapkan garis
(3-5 MIN) nombor pada papan putih secara
bekerjasama di hadapan kelas.
a. 10 hingga 100 secara sepuluh-
sepuluh
b. 100 hingga 1000 secara seratus-
seratus
2. Guru mengucapkan tahniah
kepada semua murid setelah
berjaya menyiapkan garis nombor
tersebut.
LANGKAH 1 Pengajaran Secara Kelas Rajah disediakan
(15 MIN) 1. Sebahagian daripada garis pola numbor
nombor daripada Rajah 1 dilukiskan
untuk murid kenal pasti titik tengah
di antara setiap nombor dan
tandakan pada papan hitam.
Cadangan komunikasi:
a. Apakah pola yang kamu lihat
pada garis nombor ini? Jelaskan.
b. Nombor apakah yang kamu
jangkakan selepas ini?
c. Cuba kamu sambung garis
nombor ini seterusnya.
d. Sambung garis nombor ini untuk
nombor-nombor yang sebelumnya.

2. Sebahagian lagi daripada garis


nombor di antara skala sepuluh-
sepuluh dan seratus-seratus di
ambil . Perbincangan diadakan
tentang keadaan puluh terdekat, dan
ratus terdekat. Pastikan murid tahu
nilai nombor pada setiap senggatan
skala.

Cadangan komunikasi jika guru


memilih garis nombor di antara 20
dan 30, dan 600 dan 700:

a. Garis nombor ini di antara nombor


20 dan 30, dengan 25 di tengah-
tengahnya.

i. Bolehkah kamu kenal pasti di


mana terletaknya nombor 21? 29?
28? 24?

ii. Jika nombor 28, lebih hampir


dengan 20 atau 30? Jelaskan.
iii. Jika nombor 24, lebih hampir
dengan 20 atau 30? Jelaskan.
b. Garis nombor ini di antara nombor
600 dan 700, dengan 650 di tengah-
tengahnya.
i. Bolehkah kamu kenal pasti di
mana terletaknya nombor 610? 690?
620? 670?
ii. Jika nombor 620, lebih hampir
dengan 600 atau 700? Jelaskan.
iii. Jika nombor 670, lebih hampir
dengan 600 atau 700? Jelaskan.
iv. Bagaimana dengan nombor 615?
v. Bagaimana dengan nombor 651?
LANGKAH 2 LATIHAN Pengajaran Lembaran kerja
(15 MIN) KUMPULAN kumpulan
Latihan 1. Garis nombor
Lembaran Kerja daripada 1000
diberi kepada hingga 10000
murid, Murid dengan skala
membuat seribu-seribu
perbincangan diperkenalkan
untuk 2. Perbincangan
menghabiskan seperti dalam
lembaran kerja Langkah
secara 1dijalankan
kumpulan. dengan murid.
Ketua Murid Latihan
diberi skema kumpulan
jawapan dan Latihan
membuat Lembaran kerja
semakan diberi, murid
terhadap menghabiskan
jawapan mereka. secara
Jika ada berkumpulan.
kesalahan,
mereka
membuat
perbincangan
tentang sebab
mereka salah,
guru memberi
bimbingan
mengikut
kesesuaian.
Langkah 4 Pentaksiran Perbincangan Lembaran Kerja
(10 min) Kuiz lembaran kumpulan
kerja diberikan Skema jawapan
kepada setiap diberi kepada
murid. murid, mereka
membuat
semakan
jawapan sendiri
dan berbincang
jika terdapat
kesalahan,guru
memberi
bimbingan
mengikut
kesesuaian,

Pentaksiran
Kuiz lembaran
kerja diberikan
kepada setiap
murid
PENUTUP Guru membimbing murid membuat
(5 min) rumusan terhadap topik ini.
Guru membimbing murid
menyatakan konsep nombor
dibundarkan
- Suatu nombor boleh dibundarkan
kepada suatu nilai tempat tertentu
melalui cara-cara tersebut:
- i) Lihat digit pertama di sebelah
kanan nilai tempat yang ingin
dibundarkan ii) Jika digit itu ialah 5
atau lebih, tambahkan 1 pada digit di
nilai tempat yang ingin dibundarkan.
Gantikan digit-digit lain di sebelah
kanan dengan 0. iii) Jika digit itu
kurang daripada 5, kekalkan digit di
nilai tempat yang ingin dibundarkan.
Gantikan digit-digit lain di sebelah
kanan dengan 0.

Anda mungkin juga menyukai