Anda di halaman 1dari 8

Ceramah Kesihatan

Contoh Ceramah

Ceramah Kesihatan
Tajuk : Amalan yang Menjamin Gaya Hidup Sihat
Penceramah : Atikah bt Ismail
Jawatan : Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang berusaha


Tuan Haji Osman bin Hussain, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam Selangor, Tuan Haji Anwar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor, Pn. Nur Aishah bt Abdullah , Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, barisan para pensyarah, seterusnya para pelajar
yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat
bertemu dengan para hadirin sekalian dalam majlis pada pagi ini. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak institut ini kerana sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Amalan yang Menjamin Gaya
Hidup Sihat”.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Seperti yang kita ketahui, badan manusia merupakan satu mekanisme yang
kompleks dan mengagumkan. Kesihatan badan khusus kesihatan fizikal melibatkan
fungsi fisiologi dan anatomi badan. Kesihatan badan turut merangkumi kesihatan
mental, emosi, rohani dan sosial. Justeru itu, mengamalkan gaya hidup sihat
membantu kita mencapai tahap kesihatan optimum seterusnya menjamin
kesejahteraan hidup. Oleh itu, sebelum melangkah dengan lebih jauh, kita harus
mengenal pasti erti sebenar apakah yang dikatakan dengan gaya hidup yang sihat.
Hadirin yang saya hormati,
Dalam kerangka gaya hidup sihat, komponen utama yang harus
dititikberatkan ialah pemakanan yang seimbang. Secara amnya, makanan berfungsi
sebagai pembekal tenaga dan berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal
seseorang. Diet yang seimbang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam
kadar yang betul sejajar dengan keperluan tubuh manusia. Namun, implikasi
pengambilan makanan yang berkolestrol dan berparas glukosa tinggi secara
berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa kini. Contohnya, kencing
manis dan tekanan darah tinggi. Ekoran daripada itu, kita perlu peka dan
mengamalkan sikap berwasatiah dalam pemilihan barangan makanan. Aspek-aspek
mikro seperti pengambilan makanan secara teratur serta mengelakkan makanan
ringan tidak harus dipandang enteng.
Saudara dan saudari sekalian,
Sementara itu, kebersihan diri dan persekitaran juga perlu dititikberatkan.
Keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menjaga kebersihan
khusus dalam diri individu dan masyarakat umumnya. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Boleh diaplikasikan dalam hal ini. Persekitaran fizikal di dalam dan di luar
rumah seharusnya bersih dan menunjukkan taraf kesihatan yang membanggakan.
Pelbagai jenis penyakit dapat dielakkan jika amalan ini telah dibudayakan. Semua hal
ini membuktikan kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam sekitar demi
menyejahterakan hidup.
Para hadirin yang mulia,
Seperkara lagi ialah kita perlu selalu menerima rawatan doktor. Melalui
rawatan seperti ini, segala penyakit kronik dapat dikesan lebih awal. Sesungguhnya,
mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Justeru, kita harus membuat
rawatan untuk mengenal pasti lebih awal akan penyakit yang kita hidapi. Kemudian,
barulah kita dapat mengawal penyakit tersebut.
Para hadirin yang dihormati,
Pokoknya, kesedaran diri setiap individu perlu disertai dengan pegangan
agama yang mapan merupakan akar umbi dalam mencapai kesihatan dan kehidupan
yang sempurna. Penyakit-penyakit berbahaya dapat dielakkan. Kadar hayat yang
lebih berkualiti dapat dinikmati. Oleh itu, usaha-usaha yang dilancarkan oleh pihak
kerajaan dalam meningkatkan taraf kesihatan negara adalah sia-sia tanpa
penglibatan tuntas oleh masyarakat. Tuntasnya, saya ingin mengingatkan kepada
hadirin sekalian agar mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kesejahteraan hidup
yang lebih baik. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan
untuk menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.
Yang mulia tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan murid-murid
sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan
dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit
Berjangkit”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat
sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah
menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam
kebimbangan yang berterusan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk
mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun
demikian penularan penyakit masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu pelbagai cara
perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.

Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan
penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan
merupakan satu amalan yang berterusan. Contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah
menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh
dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang
sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidak menjaga
kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara
kita. Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk
negara ini. Oleh yang demikian penjagaan kesihatan yang teratur merupakan satu cara yang
berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata pepatah mencegah itu lebih baik
daripada mengubati.

Hadirin sekalian,

Selain itu pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak
jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap
orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan
yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira
sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan
tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut
tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan
dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu
ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu
pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih
terperinci agar negara kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi,
pihak berkuasa hendaklah mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar
negara untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru
tengadah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak kerajaan
hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan
kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan
masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak
dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan, bak kata pepatah biar titik jangan tumpah.
Misalnya dalam kes penularan penyakit selesema burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara
atau yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak
boleh memilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata
pepatah biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik
berbanding kehilangan nyawa manusia akibat diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga
hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan
majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat
akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan
menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk
memastikan penularannya dapat dikawal.

Tuan-tuan yang dihormati,


Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit
berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah
bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan.
Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu
pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh,
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian,
terima kasih.

Karangan contoh:-

Yang mulia tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan murid-murid
sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan
dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit
Berjangkit”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak
akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah menyebabkan
masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang
berterusan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan
penyakit berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan
penyakit masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan oleh
masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.

Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan
penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan
merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah
menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh
dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang
sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidak menjaga
kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita.
Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk
negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatan yang teratur merupakan satu cara yang
berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata peribahasa mencegah itu lebih
baik daripada mengubati.

Hadirin sekalian,
Selain itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak
jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap
orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan
yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira
sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan
tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak
dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari
negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu ketika
dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu pelancong dan
barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar negara
kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah
mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan
penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak kerajaan
hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan kadar
segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan masyarakat.
Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak dengan
pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan, bak kata peribahasa biar titik jangan tumpah.
Misalnya dalam kes penularan penyakit Selesema Burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara
atau yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh
pilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata peribahasa
biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding
kehilangan nyawa manusia akibat diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah
dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti kerana
penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan
mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh.
Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan
penularannya dapat dikawal.

Tuan-tuan yang dihormati,

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit
berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah
bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan.
Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu
pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh,
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian,
terima kasih.

KARANGAN RESPONS TERHAD - Usaha-usaha menjalani kehidupan yang sihat.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bangunan-bangunan pencakar langit yang


megah berdiri di Malaysia telah berjaya mengangkat nama Malaysia, iaitu sebuah negara membangun
di persada antarabangsa. Tempias arus deras globalisasi yang melanda dunia pada hari ini turut
dirasai oleh masyarakat pascamoden di Malaysia, sehingga rata-rata daripada komuniti kita bersifat
lebih mementingkan kejayaan dan kecemerlangan berbanding kesihatan diri kita sendiri. Harus diingat
bahawa kesihatan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, malahan pepatah Inggeris
ada mengungkapkan bahawa kesihatan adalah kekayaan kerana seandainya kita jatuh sakit, kita
tidak dapat merasai nikmat dunia. Menyedari hakikat ini, kita haruslah mengambil langkah-langkah
pragmatik bagi menjalani kehidupan yang sihat.

Kunci utama kepada kesihatan tubuh badan ialah kita seharusnyamengamalkan


pemakanan secara seimbang berlandaskan piramid makanan yang disarankan oleh pakar-pakar
kesihatan . Hal ini demikian kerana kuantiti atau kadar makanan yang kita ambil sehari-hari akan
mempengaruhi tahap kesihatan kita pada masa hadapan. Setiap makanan mengandungi gizi atau
khasiat yang berbeza-beza, penting untuk tubuh badan dan harus diambil secara seimbang. Biar saya
mengemukakan contoh, karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana nutrien ini
membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Sementelahan itu, sayur-sayuran dan buah-buahan
wajar diambil dalam kuantiti yang agak banyak kerana makanan tersebut merupakan sumber fiber atau
serat dan vitamin yang merupakan elemen-elemen penting dalam mengekalkan kesihatan
badan. Sehubungan dengan itu, kita juga disarankan agar minum air sekurang-kurangnya 8 gelas
sehari kerana proses biokimia dalam tubuh kita memerlukan air bagi melancarkannya. Protein dan
lemak sepatutnya dikawal atau dihadkan pengambilannya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang
kronik seperti obesiti, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Tegasnya, amalan pemakanan secara
seimbang dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Selain itu, kita harus menjalani kehidupan yang sihat dengan bersenam dan
bersukan sekurang-kurangnya selama 30 minit dan dilakukan tiga kali seminggu. Aktiviti riadah
seperti bermain badminton, bersenam di taman rekreasi bersama dengan keluarga dan berenang dapat
meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal seseorang. Sejajar dengan isu ini, Nabi Muhammad
S.A.W sendiri pernah bersabda, “ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang
kuda”, yang secara izharnya menunjukkansignifikan atau peri pentingnya aktiviti riadah ini. Setelah
bersukan, kita akan mendapati bahawa kita mengalami perpeluhan serta berasa lebih sihat dan
cergas. Badan kita semestinya akan menjadi lebih aktif setelah mengeluarkan toksin dari dalam badan
melalui proses perkumuhan tersebut. Pada waktu malam, kita akan berasa letih serta ingin
mendapatkan rehat yang secukupnya melalui tidur. Impaknya, kita tentunya akan dapat tidur
dengan nyenyak dan tidaklah mengalami penyakit insomnia, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan
pesakitnya sukar tidur malam. Justifikasinya, melalui gaya hidup sihat seperti bersenam dan berehat
dengan secukupnya, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidapi pelbagai jenis penyakit.

Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat tidak sekadar berhenti di situ. Bagi memastikan
tubuh badan kita sihat, kita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-
kurangnya tiga bulan sekali. Pendekatan ini adalah sangat penting bagi mengesan dan mengenal pasti
sebarang penyakit yang kita hadapi sama ada kita sedar ataupun tidak. Langkah ini merupakan
langkah awal yang sinonim dengan memoir peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung
sebelum hujan. Sebelum penyakit berbahaya bersarang dan bermaharajalela dalam tubuh badan
kita, doktor dapat mencegah penyakit itu daripada terus membelenggu diri kita. Sesungguhnya, bijak
pandai ada mengungkapkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati. Deduksinya, pemeriksaan kesihatan secara berkala mampu menjamin kesihatan tubuh
badan kita.

Sebagai intihanya, setiap lapisan masyarakat di Malaysia haruslah mengamalkan gaya


hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka. Sesungguhnya, kita harus sedar bahawa
kesihatan tidak dapat dibeli oleh emas dan permata. Dalam kesibukan dan keghairahan kita mengejar
kemewahan dunia, aspek kesihatan perlu dititikberatkan dan diambil kira bagi menjamin kebahagiaan
hidup kita di bumi yang fana ini. Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, yang cuba menyedarkan masyarakat supaya lebih
mengutamakan kesihatan diri sebelum penyakit datang menyinggah agar tidak menyesal pada hari
kemudian. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru amalan gaya hidup sihat mahu
dipraktikkan. Harus kita sedar bahawa penjagaan kesihatan merupakan pelaburan yang
menguntungkan bagi menjamin kehidupan hari esok yang lebih sejahtera.
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar
berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga
kesihatan diri.

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang
sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke sekolah
menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah orang, nikmat
kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup menghabiskan wang
membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Tambahan pula,
pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti “Cendawan
tumbuh selepas hujan”. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa
langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin. (90 pk)

Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan
menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah
bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat
menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain.
Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam iaitu kempen “Jumpa Sampah Kutip” dan kempen “Memerangi LILATI
(lipas,lalat dan tikus).” Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas.
Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria,
dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas
untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. (131pk)

Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada
dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan
kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi
tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan
dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan
penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Hal ini bertepatan dengan peribahasa, “Mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Bagi pesakit
yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti
peribahasa,“Cegah sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam
keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital
secara berjadual. (123 pk)

Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan
kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat”. Boleh
dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan
yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang
berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu
memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain.
Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang
memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan
sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan
minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata,
langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan
seimbang. (135pk)

Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah
seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk
kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli
Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali
seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi
kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan
peribahasa, “Alah bisa tegal biasa.” Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih
bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat
menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat
mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan
agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik. (134
pk)

Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan
kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif
telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang
dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-
lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan
remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan.
Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya
Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya
mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran
itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana
kempen “Gaya Hidup Sihat” yang diuar-uarkan oleh kerajaan. (132pk)

Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup
kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya,
menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan
kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar
dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan
kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara
Sejahtera”. (70pk)

Berapakah markah yang anda berikan untuk karangan ini ?

Anda mungkin juga menyukai