Anda di halaman 1dari 19

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

( PPG 2012-2015)
- Februari 06, 2016
1.0 Konsep kepelbagaian sosio budaya

1.1 Pengenalan
Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan
fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai
satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dalam konteks
pendidikan semasa, budaya di sekolah dilhat sebagai budaya yang diiktiraf sebagai sebahagian
daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana
dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di
sesebuah sekolah.

Konsep kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia perlu diperkenalkan dan ditanamkan dijiwa


pelajar sejak mereka masih kecil lagi. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama. adat
resam, latar belakang perlu disatu padukan sehingga boleh membentuk satu integrasi nasional.
Banyak usaha yang telah kerajaan usahakan untuk memupuk integrasi nasional. Langkah terbaru
yang kerajaan lakukan adalah Gagasan 1 Malaysia. Di dalam Gagasan 1 Malaysia kerajaan
berhasrat untuk memupuk perpaduan antara kaum dan penerimaan keunikan setaiap kaum
seadakan supaya dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati antara satu
sama lain. Hasrat kerajaan ini hanya dapat direalisasikan sekiranya semua bangsa di Malaysia
bersama-sama bersedia untuk bersatu padu.
Dalam bidang pendidikan guru adalah agen penting untuk memupuk kefahaman dan
memberikan penghayatan kepada pelajar tentang konsep kepelbagaian sosiobudaya dan
implikasinya kepada diri, bangsa dan negara. Para pelajar seharusnya memahami kepelbagaian
sosiobudaya yang terdapat di Malaysia. Mereka perlu mengetahui budaya dan struktur masyarakat
lain yang terdapat di negara kita. Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat
lain, mereka akan dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Para pelajar perlu peka dan sensitif dengan kepelbagaian
sosiobudaya ini. Jika sikap ini telah kukuh dalam setiap jiwa warga Malaysia wawasan untuk menjadi
Malaysia sebagai negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang mempunyai nilai moral
yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang serta adil akan
terlaksana pada tahun 2020 nanti.

2.0 Konsep Kepelbagaian Sosiobudaya murid Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.


2.1 Bangsa
Murid-murid di sekolah saya terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 966 orang, bangsa India
seramai 31 orang. Walau pun murid berbangsa India dan Cina tidak ramai tetapi mereka dapat
bergaul dengan rakan-rakan berbangsa Melayu dalam keadaan yang saling hormat-menghormati,
bekerjasama dan toleransi. Rakan-rakan berbangsa Melayu pula dapat menerima ciri rakan bangsa
lain tanpa mengambil kira identiti dan asal-usul mereka. Tidak ada prasangka atau prejudis dan
diskriminasi terhadap satu sama lain di kalangan mereka.Mereka saling hormat-menghormati,
bekerjasama dan toleransi.
Sekiranya ada majlis keagamaan contohnya untuk orang Islam seperti Maal Hijrah, murid-
murid yang beragama lain tidak dipaksa untuk mengikuti majlis tersebut. Murid-murid ini akan
diberikan aktiviti lain bersama dengan guru mereka. Kami juga bernasib baik kerana mempunyai dua
orang guru yang berbangsa India. Jadi kami tidak mempunyai masalah untuk mengurus murid-murid
ini jika ada majlis ilmu untuk orang-orang Islam. Murid-murid dan guru yang bukan beragama Islam
diberi kebenaran untuk bercuti sekiranya ada upacara keagamaan yang mahu mereka ikuti. Sekolah
mengamalkan sikap terbuka di dalam beragama bagi mereka yang bukan beragama Islam. Setiap
bangsa di sekolah Puncak Alam tidak bersikap etnosentrik malahan dapat menerima budaya
masyarakat lain.
Salah satu takwim sekolah yang tetap dilaksanakan pada setiap tahun adalah Hari kanak-
kanak. Sekolah Kebangsaan Puncak Alam akan menyambut hari kanak-kanak pada bulan oktober
setiap tahun. Semua kanak-kanak di sekolah saya diminta untuk memakai pakaian mengikut tradisi
keluarga masing-masing. Pada hari tersebut ada yang memakai baju kurung, baju kebaya, baju
melayu dan ceongsam, sari dan lan-lain yang mengambarkan tradisi keluarga mereka. Dengan cara
ini, murid-murid dapat mengenali pakaian tradisi mengikut etnik dan kaum.
Murid-murid India dan Cina sudah menyerapi asimilasi budaya . Murid-murid India dan Cina
mempelajari budaya masyarakat Melayu dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka
terutamanya di sekolah. Murid-murid sekolah saya dapat menerima kepelbagaian sosiobudaya ini
tanpa merasa janggal. Integrasi sosial di antara setiap bangsa di kalangan murid berlaku dengan
baik dan erat. Setiap murid dapat menerima bangsa lain tanpa mengambil kira identiti dan asal-usul
mereka. Mungkin mereka telah biasa bercampur gaul semasa di tadika atau jiran tetangga mereka
adalah terdiri daripada bangsa yang berlainan dari diri mereka. Murid-murid ini juga telah dapat
menerima perubahan dan pinjam- meminjam unsur kebudayaan. Murid-murid ini tidak akan
kehilangan identiti etnik mereka. Murid-murid di sekolah saya sudah tidak canggung untuk menerima
konsep kepelbagaian sosial yang wujud dikalangan mereka. Murid-murid India dan Cina juga dapat
menerima kepelbagaian sosiobudaya seperti bersalaman sambil mencium tangan guru semasa
menerima hadiah dan pulang dari sekolah yang lebih sinonim bagi kaum Melayu.
Guru-guru India juga turut melaksanakan cara bersalaman dengan murid-murid semasa
pulang dari sekolah. Murid-murid juga akan memberikan salam atau salam sejahtera untuk guru-guru
mengikut kesuaian kaum. Guru-guru tidak meminta murid-murid dari keturunan India dan Cina untuk
melakukannya tetapi mereka melakukan dengan rela hati kerana mereka telah dapat menyerap dan
menerima kepelbagaian sosiobudaya yang ada di sekolah. Kerap kali saya dapati murid perempuan
berbangsa India dan Cina memakai baju kurung sekolah ketika hadir ke sekolah. Ini membuktikan
mereka boleh menerima sebahagian budaya daripada rakan-rakan yang lain. Murid-murid ini juga
telah berjaya menyerap kepelbagaian sosiobudaya yang ada di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.
Bagi menyambut hari Kebangsaan di peringkat sekolah, sekolah setiap tahun akan
merancang mengadakan pertandingan pakaian seragam mengikut kaum di Malaysia. Tujuan
pertandingan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada kepelbagaian sosiobudaya yang
ada di sekolah dan juga di Negara Malaysia. Murid-murid dengan kerjasama ibu bapa bersungguh-
sungguh bersiap sedia dengan pakaian tradisi masing-masing untuk digayakan pada hari
pertandingan itu. Sepasang wakil murid dari setiap kelas dari tahun satu hingga enam akan
mengambil bahagian. Secara tidak langsung guru-guru berusaha dan telah berjaya menyerapkan
kepelbagaian sosiobudaya di kalangan murid di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.
Semasa perhimpunan sekolah juga selalu di ingatkan kepada murid-murid tentang
kepelbagaian sosiobudaya ini dan harus hormat menghormati di antara satu sama lain.Guru-guru
agama dan moral mempunyai tanjunggungjawab yang besar untuk memastikan kepelbagaian
sosiobudaya di sekolah tidak akan merenggangkan hubungan sesama kaum. Murid-murid yang
masih kanak-kanak perlu diingatkan tentang semangat setiakawan dan perpaduan berbilang bangsa.
Guru-guru bersama-sama murid-murid sekolah Puncak Alam selalu membuat jamuan hari
raya diperingkat sekolah. Pelbagai makanan disajikan. Ini juga salah satu cara untuk menonjolkan
kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di sekolah. Kebanyakan murid gembira apabila jamuan
diadakan. Murid-murid cina akan membawa makanan yang dibeli daripada orang Melayu kerana
mereka memahami sosiobudaya yang terdapat di sekolah kami.
Kalau dulu orang Melayu dikenali dengan memakai baju melayu, kurung, kain pelikat,
songkok dan makan laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, dan nasi lemak. Sementara kaum Cina
pula memakai Cheongsam, Sam Fu dan makan Kuih bakul, kuih bulan, pulut, nasi dan dimsum.
Sementara kaum India pula memakai Sari, serban, kurta, dhoti dan sarung. Orang India pula
makan tosai, idli, muruku, apam, kesari dan ladu. Sekarang perkara itu tidak berapa ketara lagi.
Setiap bangsa telah dapat menerima kebiasaan kaum lain dari segi pakaian dan makanan. Kaum
Melayu ada yang memakai kain sari untuk dibuat baju kurung, ada yang memakai ceongsam yang
telah diubah suai menjadi baju kurung moden. Sementara makanan pula semua bangsa tidak kira
Melayu, Cina dan India makan amat berselera makan nasi lemak. Orang Cina dan Melayu juga
makan tosai. Orang India dan Melayu juga sudah berminat makan dimsum. Semua kaum telah
mengalami asimilasi budaya. Cuma kaum Melayu yang beragama Islam tetap juga boleh makan
makanan bangsa lain tetapi mesti dipastikan ianya mematuhi hukum syarak yang menjadi pegangan
umat Islam. Semua bangsa telah dapat menerima asimilasi budaya tanpa menghilangkan budaya
asal kaum masing-masing.
2.2 Bahasa
Bahasa ialah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau
berhubungan, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat) bertujuan menyampaikan
maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri
dengan adat-istiadat, tingkah laku, peraturan masyarakat dan sekali gus mudah membiasakan dirinya
dengan segala bentuk masyarakat. Bahasa merupakan satu faktor yang penting dalam usaha
memupuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum di kalangan murid-murid di sekolah saya.
Perhubungan yang baik telah dapat dijalin dengan berkesan kerana mereka dapat menguasai
bahasa Melayu dengan baik. Jika murid Cina berbual dengan murid Melayu, mereka akan
menggunakan bahasa Melayu, jika murid Cina bertemu dengan murid India juga mereka
menggunakan bahasa Melayu. Sekolah Puncak Alam adalah sekolah Kebangsaan, semua bangsa
boleh datang untuk belajar di sini. Tetapi bahasa utama yang perlu digunakan adalah Bahasa
Melayu. Murid-murid India dan Cina pasti akan lancar berbahasa Melayu jika bersekolah di Sekolah
Kebangsaan. Ini bukan bermakna sekolah kebangsaan menekankan diskriminasi bahasa. Semua
bahasa boleh digunakan.
Masalah akan timbul bila murid India menggunakan Bahasa India dan murid Cina
menggunakan bahasa Cina tentunya akan mendatangkan masalah kefahaman bahasa. Setiap
kaum juga akan mempunyai masalah untuk berinteraksi. Kaum Cina bukan semua mempunyai
bahasa yang sama. Ada yang menggunakan Bahasa Kantornis, Hokkien dan Mandarin. Bagi
memudahkan masyarakat Cina mereka semua memilih menggunakan Bahasa Mandarin untuk
perbualan bagi semua kaum Cina. Sekolah-sekolah Cina menjadikan Bahasa Mandarin sebagai
salah satu subjek di Sekolah Cina.
Dalam konteks Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, menggunakan Bahasa Melayu
membuatkan semua maklumat yang hendak disampaikan akan mudah difahami oleh semua rakan-
rakan berbilang bangsa. Di sekolah saya murid-murid memilih untuk bercakap di dalam bahasa
Melayu. Jika mereka berjumpa dengan rakan-rakan sebangsa mereka akan bertutur dalam bahasa
ibunda mereka. Ada satu kes di sekolah saya, ibu murid ini berasal daripada Pakistan, di rumah
mereka menggunakan bahasa Pakistan. Murid ini pada mulanya tidak pandai langsung berbahasa
Melayu. Disebabkan dia bercampur dengan pelbagai sosiobudaya di sekolah, lama –kelamaan murid
ini telah mahir berbahasa Melayu.
2.3 Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial
Struktur sosial merupakan susunan daripada unsur-unsur sosial yang asas dalam masyarakat iaitu
kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial, serta lembaga sosial. Struktur sosial merupakan fakta
sosial, iaitu cara bertindak, berfikir dan berperasaan yang berada di luar individu tetapi mengikat.
Kelas tertentu mempunyai identiti dengan cara hidup tertentu. Terdapat dua cara untuk menganalisis
struktur sosial, iaitu:
(a) Keturunan/ kasta, tingkat pendidikan, kekayaan, dan usia. Pembahagian ini dinamakan perbezaan
sosial (perbezaan tahap). Dalam konteks di Malaysia, struktur sosial ini dapat dilihat lebih kepada
tingkat pendidikan, kekayaan serta usia.
(b) Suku bangsa, ras, golongan/ kelompok, jenis keluarga, agama dan seterusnya. Pengagihan ini
dinamakan perbezaan sosial (perbezaan fungsi dan adat).
Di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam status social adalah mengikut kadar pendapatan yang di dalam
data murid yang diperbaharuai setiap tahun. Ada segelintir orang Melayu yang tidak mempunyai
pendapatan tetap kerana ibu bapa mereka bekerja sendiri dan tidak mempunyai slip gaji bagi
menentukan status pendapatan mereka. Seramai 10 orang murid-anak mereka yang tidak
mempunayi slip gaji akan diberikan rancangan makanan khas untuk murid-murid iaitu yang
dinamakan rancangan makanan tambahan. Ibu bapa murid-murid yang lain pula terdiri daripada
kelas pekerja iaitu Kolar biru yang melakukan pelbagai bentuk kerja manual seperti operator
pengeluaran.
Ada juga murid-murid di sekolah ini dari kalangan kelas menengah. Golongan kelas
menengah ini terdiri daripada golongan professional dan pentadbir seperti pensyarah, guru, kerani
dan jururawat. Golongan seperti adalah penduduk majoriti di Puncak Alam. Kebanyakan penduduk di
Puncak Alam adalah orang-orang yang bukan berasal daripada Selangor. Mereka menetap di
Puncak Alam kerana bekerja di negeri ini.Di Puncak Alam juga ada murid-murid yang mempunyai ibu
bapa dari golongan atasan yang mempunyai perusahaan kilang sendiri.
2.4 Adat Resam Masyarakat Melayu, Cina dan India.
Tiga kaum terbesar ini aiaitu Melayu, Cina dan India mempunyai adat resam yang tersendiri. Adat
ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh
kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau
hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat resam masyarakat Melayu, Cina dan
India mempunyai adat resam yang lebih kurang sama. Contohnya dalam adat merisik. Bagi kaum
Melayu, adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan bagi
memastikan si gadis masih belum berpunya kerana islam melarang meminang tunangan orang.
Tujuan utama adat ini dilakukan bagi menyelidik latar belakang si gadis dan selalunya dijalankan oleh
suadara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Pihak si gadis akan
mempertimbangkan dahulu lamaran sebelum membuat apa-apa jawapan. Adakalanya semasa
merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan
jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Pihak keluarga lelaki
akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan
dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan
mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.

Bagi kaum Cina mereka juga ada adat merisik. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui
latar belakang gadis yang dihajati dan ingin mengetahui keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku
si gadis. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan
menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis atau mengadakan
perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan
bersama ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Setelah kedua-dua
pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan dan majlis pertunangan akan dijalankan selepas itu.

Sementara kaum India juga ada cara mereka merisik. Semasa merisik maklumat mengenai
gadis diperolehi dari pihak yang terlibat, sahabat-handai atau saudara mara. Orang
tengah( tirumana taragar) akan merisik. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai
Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan. Bakal pengantin lelaki datang untuk melihat sendiri paras
rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal( melihat bakal isteri). Buah
tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan dan lain-lain dibawa tanda berniat baik
dan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran
tersebut sekiranya bersetuju. Bakal pengantin perempuan memakai sari dan dipertanggungjawabkan
menghidang air minuman. Bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu dan bakal suami.
Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Adat pen paarttal juga bertujuan untuk
mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.
Setiap kaum ada adat resam mereka sendiri. Tetapi setiap adat resam itu ada persamaan
pada seiap kaum. Faktor adat resam ini juga memudahkan proses alimilasi sesame kaum di
Malaysia. Kesamaan dari segi adat ini mebuatkan masyakat berbilang kaum ini mudah untuk
bekerjasama dan mewujudkan kesefahaman bagi memastikan kepelbagaian sosiobudaya bukanlah
punca untuk mereka tidak bersatu padu.

2.5 Jantina
Jenis jantina merupakan perbezaan berdasarkan biologi, sedangkan gender berdasarkan hubungan
sosial dan budaya. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan lelaki amat diperlukan. Dalam
sesetengah masyarakat, anak lelaki diutamakan dalam keluarga. Anak lelaki dikatakan penyambung
generasi. Masyarakat Cina juga mementingkan akan anak lelaki. Bagi kaum Cina anak perempuan
hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja. Apabila berkahwin, mereka dianggap
menjadi milik keluarga suaminya. Bagi orang Melayu pula anak perempuan kurang diberikan
kebebasan untuk keluar rumah berbanding dengan anak lelaki. Anak-anak perempuan diasuh untuk
membuat kerja-kerja rumah bagi membantu ibu memasak dan mengemaskan rumah tangga. Anak
perempuan juga tidak dibenarkan untuk keluar rumah sesuka hati dikhuatiri akan menimbulkan
fitnah.
Budaya masyarakat majoriti Melayu dan masyarakat Cina juga mementingkan
nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam
masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo
Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah
nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Kaum lelaki Cina
juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan
waris utama pusaka keluarga. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan
masyarakat Cina.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga di dalam masyarakat Cina,
contoh aspek perkahwinan juga menjadi amalan masyarakat mereka. menyebabkan
perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi,
perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh
seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini,
hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis
keraian yang mewah di restoran.
Bagi kaum India, meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah
institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak
perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu di dalam tradisi India. Oleh itu,
penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih anak dara.
Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan
mesti sentiasa dihormati. Keadaan seperti di atas terbawa-bawa kea lam persekolah. Anak-
anak perempuan lebih lemah lembut berbanding lelaki. Anak-anak lelaki suka permainan
yang lebih kasar dan lasak. Sementara anak-anak perempuan memilih untuk bermain
permainan yang bersifat kewanitaan. Anak-anak lelaki memilih untuk bermain bola sepak
yang memerlukan kuasa untuk menyepak, berlari dan berebut bola. Murid-murid
perempuan tidak suka bermain bola sepak. Mereka lebih berminat untuk bermain bola
jaring yang tidak terlalu lasak dan merebut bola dengan menggunakan kaki. Keadaan ini
berlaku disebabkan pendidikan awal di rumah. Anak lelaki sejak awal lagi telah diajar untuk
berkuasa dan diberi keutamaan dalam keluarga. Lantas keadaan ini membuatkan mereka
lebih berani dan berkeyakinan diri. Sementara anak perempuan diajar untuk menurut
perintah dan tidak membantah suruhan daripada ibu bapa membuatkan mereka lebih
pemalu. Kaum Melayu, India dan Cina masih mempunyai pendangan yang sama mengenai
jantina.

2.6 Kepercayaan
Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan serta nilai masing-masing. Kepercayaan ini menjadi
pegangan kepada sesetengah ahli masyarakat secara turun-temurun. Dalam konteks pendidikan,
pendedahan tentang kepercayaan masyarakat lain kepada para pelajar dapat mengelakkan sebarang
salah faham sesama mereka yang berlainan budaya. Kepercayaan memberi hala tuju kepada
kehidupan sesebuah masyarakat tidak kira masyarakat Melayu, Cina dan India di sekolah Puncak
Alam.
Nilai-nilai kepercayaan merupakan prinsip –prinsip yang menentukan perkara yang perlu
dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Nilai dalam masyarakat boleh mempengaaruhi norma
dalam sesebuah masyarakat itu. Kepercayaan yang mengandungi pantang larang dan tunjuk ajar
kepada keturunan mereka. Kepercayaan adalah bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan secara
halus. Setiap kaum Melayu , cina dan India ada kepercayaan yang tersendiri. Contoh kepercayaan
orang Melayu yang tidak membenarkan duduk di atas bantal. Menurutnya jika dilakukan nanti akan
tumbuh bisul di punggung. Hakikatnya duduk di atas bantal adalah tidak elok dikuatiri bantal akan
pecah dan koyak. Adalah tidak sesuai benda yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di
bawah punggung.
Bagi kaum India pula contoh kepercayaan yang sebenarnya mempunyai unsur ke a rah
kebaikan ialah mandi bijan. Kebaikan mandi bijan ini adalah sama dengan mandi di sungai Ganges.
Tujuan mandi bijan ini adalah untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. Bagi
kepercayaan masyarakat Cina pula mereka mempunyai masa sebanyak 20 hari yang terbaik setiap
tahun untuk menunaikan tanggungjawab memberi kehormatan dan peringatan kepada nenek
moyang, ibu –bapa dan ahli-ahli yang tersayang yang telah meninggal dunia. Kepercayaan ni adalah
untuk menggalakkan masyarakat Cina berlumba-lumba untuk membuat kebaikan di hari tersebut.
Kepercayaan ketiga-tiga bangsa yang terbesar di Malaysia dan sekolah saya ini semuanya bertujuan
untuk kebaikan. Setiap masyarakat jika mempunyai nilai kesefahaman yng tinggi tentang
kepercayaan, maka lebih mudah masyarakat Malaysia untuk membentuk kesefahaman dalam
kehidupan masyarakat majmuk tanpa gusar dengan kepelbagaian sosial yang ada.
3.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya
Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti
Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India
yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-
kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio budaya yang berbeza yang diwarisi
daripada nenek moyang yang terdahulu.
3.1 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Murid
Individu murid adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang mereka yang berlainan.
Setiap murid membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya
merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Budaya
mempengaruhi cara murid berfikir, cara murid bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan
dan pembawaan.
Menurut Marcelle, DuPraw dan Axner (atas talian), terdapat enam corak asas budaya yang
membuatkan murid itu unik dan berbeza iaitu:
(i) Berbeza dalam gaya komunikasi
Gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Dua orang
yang berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa
yang berbeza. Individu Melayu Utara bersuara lantang dan bernada tinggi semasa berbual adalah
diterima. Rakan karib menggunakan sapaan ‘aku-hang’ adalah diterima tetapi bukan dalam perbualan
dengan orang yang lebih tua. Begitu juga dalam perbualan dialek Melayu di Pantai Timur, terdapat
kosa kata yang boleh mengelirukan pemahaman pengguna bahasa standard. Contohnya kosa kata
‘selalu’ membawa maksud ‘sekarang’.
(ii) Berbeza sikap terhadap konflik
Mereka yang terdidik dalam keluarga yang mengamalkan perbincangan misalnya, akan lebih bersikap
terbuka dalam menghadapi masalah konflik(pandangan yang berbeza). Penyelesaian dalam bentuk
berbincang secara bersemuka mungkin sesuai bagi kelompok ini. Sebaliknya, kebanyakan murid
berasa tidak selesa membincangkan secara terbuka atas sebab tidak mahu menjatuhkan ‘air muka’.
Penyelesaian secara tertutup atau secara bertulis mungkin lebih sesuai.

(iii) Berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugas


Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan tugasan. Antara faktor
yang mempengaruhi termasuklah akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran yang
akan diterima setelah selesai tugasan, pandangan terhadap kepentingan masa, pandangan terhadap
hubungan kerjasama dalam pasukan dan perkaitannya dengan penyediaan tugasan.
(iv) Berbeza dalam gaya menyelesaikan masalah
Gaya menyelesaikan masalah turut bergantung pada pegangan sesuatu budaya. Terdapat budaya
yang mengamalkan perkongsian tanggungjawab dan penurunan kuasa kepada anggota lain dalam
masyarakat atau keluarga. Justeru, amalan tanggungjawab bersama dalam menyelesaikan masalah
wujud. Sebaliknya terdapat juga budaya yang mengutamakan tanggungjawab individu untuk
menyelesikan masalah. Murid-murid berasal daripada latar belakang, justeru wujud amalan yang
berbeza dalam menyelesaikan masalah.

(v) Berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan


Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sikap ‘berterus-terang’ baik tentang
emosi dan perasaan, sebab musabab perbalahan atau maklumat peribadi.

(vi) Berbeza dalam pendekatan untuk mengetahui


Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses mengetahui ataupun belajar. Budaya Barat
lebih mengutamakan pemikiran kognitif manakala budaya Timur lebih berpegang kepada kesahihan
maklumat. Terdapat juga budaya yang memfokuskan aspek afektif, muzik dan pergerakan. Justeru,
setiap murid mempunyai gaya berfikir dan gaya belajar masing-masing. Malah pelajar lelaki dan
perempuan juga mempunyai gaya fikir dan gaya belajar yang berbeza. Lantaran itu, guru harus dapat
mengesan gaya fikir dan gaya belajar pelajarnya dan menyesuaikan gaya mengajar dengan gaya
belajar pelajar agar mereka akan dapat belajar dengan lebih berkesan.
Justeru, pelajar di bawah seliaan kita adalah berbeza dan perlu mendapat layanan yang berbeza
selaras dengan keunikan masing-masing.
3.1.1 Kemahiran dan Penguasaan Bahasa
(a) Bahasa daerah, bahasa ibunda atau dialek sahaja
Pelajar yang hanya menguasai dialek atau bahasa ibunda semata-mata berkemungkinan
menghadapi masalah dalam pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan penerangan guru.
Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.
(b) Dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas.
Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa; contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah
terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot (menguasai banyak bahasa) cepat dan
tangkas dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan
cara yang betul dan sesuai dengan keupayaannya.
3.1.2 Kaum Etnik
(a) Satu kaum atau etnik
Pelajar yang tinggal dan belajar dalam lingkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya,
cara fikir dan pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain.
Justeru, pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan amalan.
Kemungkinan proses menyesuaikan diri dengan kaum atau etnik lain akan menjadi sesuatu yang
sukar.
(b) Pelbagai etnik
Pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan
terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada
sedar ataupun tidak, Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar bahasa etnik ini secara tidak
langsung. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada
masa formal belajar dan secara tidak formal.
3.1.3 Kelas Sosial
Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan tinggi. Kelas sosial wujud hasil
taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.
Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan
dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan untuk belajar dan sebagainya. Mereka
juga menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari
rezeki. Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko menghadapi masalah keciciran dalam
persekolahan.
Pelajar yang datangnya daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang
menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri kelas
bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan dorongan yang khusus daripada ibu bapa. Hasilnya,
peluang mendapatkan pendidikan lebih meluas berbanding mereka yang berada dalam taraf
sosioekonomi rendah.
3.1.4 Petempatan
(a) Bandar dan pinggir bandar
Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza.
Terdapat budaya yang pelbagai berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial
berbeza. Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujud kepelbagaian
budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajar yang tergolong dalam kelompok miskin bandar, kelas
sederhana yang rata-rata anak pegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang kaya. Budaya
pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku
dan pandangan terhadap tugas dan tanggungjawab akan jelas berbeza bergantung pada aspirasi ibu
bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadap pendidikan dan sebagainya.
(b) Luar bandar dan pedalaman
Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik
yang sama, pandangan dunia yang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan dunia,
aspirasi dan pandangan terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan kurang mencabar
sebagaimana mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar di luar bandar kurang mendatangkan
masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku.
3.1.5 Gaya Berfikir dan Gaya Belajar
Setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Terdapat tiga gaya
pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan kinestetik. Pelajar audio mudah memahami isi
pelajaran melalui proses mendengar. Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi
pelajaran sementara pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti membuat untuk menguasai
pembelajaran.
Terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yang berasaskan gaya berfikir individu yang
membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang memerlukan bantuan latar untuk memahami
pembelajaran. Pelajar jenis ini tergolong dalam gaya fikir ‘field dependent’ ( bergantung latar, iaitu
bergantung pada persekitaran yang membentuk sesuatu). Pelajar perempuan lebih banyak
memerlukan bantuan latar berbanding lelaki, juga bergantung kepada budaya hidup etnik. Pelajar
lelaki kebanyakannya boleh berfikir dan menanggapi pembelajaran tanpa bantuan latar(‘field
independent’). Seterusnya terdapat pelajar yang boleh berfikir secara pantas dan ada juga pelajar
yang mengambil masa yang panjang untuk memahami dan bertindak. Pelajar impulsif (berfikir dan
bertindak pantas) lebih mudah membuat kesilapan dalam pembelajaran berbanding pelajar yang
reflektif. Pelajar reflektif mengambil masa dan berfikir panjang sebelum mengambil tindakan. Pelajar
reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih memahami teks dan lebih cekap dalam penyelesaian
masalah dan membuat keputusan berbanding pelajar impulsif.
3.1.6 Gender
Pelajar lelaki dan perempuan sering kali mendapat layanan yang berbeza memandangkan perlakuan
yang mereka tunjukkan sering kali berbeza.
1. Pelajar perempuan lebih tekun memberikan perhatian dalam pembelajaran, mematuhi peraturan bilik
darjah dan sekolah.
2. Pelajar perempuan lebih kemas dan teratur berbanding lelaki.
3. Pelajar perempuan menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah. Pelajar lelaki menunjukkan
prestasi baik pada peringkat menengah.
4. Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran dan interaksi dengan guru.
5. Pelajar lelaki selalunya dianggap ‘bermasalah’.
6. Pelajar lelaki lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran sastera dan
bahasa.
3.2 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada guru
Pelajar dalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf sosiooekonomi, latar belakang
keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza. Lantaran itu guru
tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian terhadap
pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil
perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk
pembelajaran yang berkesan.
3.2.1 Penerimaan dan Layanan Adil
Mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,
kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada
individu pelajar. Guru tidak seharusnya melayani pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok
kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan.
Justeru, guru perlu memberikan layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar.
3.2.2 Strategi Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain.
Guru tidak seharusnya menganggap semua pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidikan
yang saksama bukan bermakna sistem penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar.
3.2.3 Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Hubungan
Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan kurikulum formal tetapi secara
realitinya guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah agar pembelajaran yang berkesan boleh
dicapai. Menguruskan 30 – 50 orang pelajar yang berlainan latar belakang bukanlah sesuatu yang
mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui
peraturan dan rutin bilik darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan
suasana terkawal. Guru boleh menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara pelajar
di dalam bilik darjah. Maklumat yang dikumpulkan hendaklah diipindahkan ke dalam bentuk
sosiogram.
3.2.4 Aspirasi/Jangkaan Guru
Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok kecil,
minoriti atau kelas sosial rendah. Guru hendaklah sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan
kelas sosial, jantina atau bangsa. Jangkaan guru terhadap prestasi pelajar berdasarkan elemen-
elemen generalisasi adalah tidak adil bagi pelajar. Biasanya pelajar yang telah dilabel akan bertindak
sebagaimana label yang disangkut kepadanya. Begitu juga tindakan dan layanan guru terhadap
pelajar. Dengan layanan yang berbeza, jarak antara kelompok pelajar akan menjadi lebih jauh.
Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah, dianggap pelajar
‘bermasalah’, yang akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana yang dijangkakan guru.
3.2.5 Pemilihan Bahan Sumber
Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai
dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan
etnik minoriti mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-unsur budaya etnik
dalam sumber pembelajaran. Nama-nama watak, tempat, makanan dan jenis pekerjaan yang
melibatkan kaum etnik yang pelbagai seharusnya dipilih sebagai teks dalam mata pelajaran yang
diajar. Oleh hal yang demikian, motivasi pelajar akan meningkat dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan kerana contoh yang digunakan berkaitan dengan pengalaman pelajar.
3.3 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada Sekolah
Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian sosiobudaya dalam
masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke
sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Bergantung kepada kecekapan pengurusan
sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing.
3.3.1 Jenis Sekolah
Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus kearah kebangsaan dan sistem berpusat,
namun dalam pelaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga
berbeza memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum etnik tertentu.
Antara jenis sekolah yang wujud adalah:

Jadual 1: Jenis-jenis Sekolah di Malaysia

Peringkat Rendah Peringkat Menengah


Sekolah Kebangsaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Wawasan
Sekolah Bestari
Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Sains
Sekolah Menengah Vokasional
Sekolah Pendidikan Khas

Jenis-jenis sekolah mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang
berbeza. Rata-rata warga sekolah jenis kebangsaan terdiri daripada satu etnik majoriti. Sosiobudaya
yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majoriti tersebut. Namun
akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat
resam. Pelajar dan guru di SJK Tamil contohnya terdiri daripada kaum Malayali, Tamil, Gujerati dan
Sikh. Begitu juga di SJK Cina, sukuan seperti Hokien, Kantonis dan Hakka akan membawa dialek dan
budaya yang sedikit berbeza. Majoriti pelajar di Sekolah Kebangsaan ialah etnik Melayu.
Kepelbagaian sosiobudaya juga dapat dilihat daripada segi kelas sosial dan amalan adat resam serta
kepercayaan agama.
3.3.2 Lokaliti Sekolah
Sekolah-sekolah yang terletak di bandar kebanyakannya disertai oleh pelbagai latar belakang
sosiobudaya: kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman biasanya
merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolah-sekolah
luar bandar sering menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi
pencapaian yang rendah. Justeru, budaya sekolah dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yang
terbatas.
3.3.3 Kepimpinan Sekolah
Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau sekolah bergantung pada gaya kepemimpinan
pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan
dan kerjasama sebagai sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk
mencapai matlamat sekolah. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti, khususnya melalui
peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memanfaatkan sekolah.
3.4 Cara Saya Menangani Implikasi Sosiobudaya dalam kalangan murid.
3.4.1 Aspek bahasa
Saya akan sentiasa memikirkan bagaimana mengaplikasikan pelbagai pedagogi yang bersesuaian
dalam pengajaran bahasa supaya murid-murid berupaya menguasainya dengan baik bukan sekadar
untuk berkomunikasi semata-mata, malahan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat satu
Malaysia. Saya akan mengaplikasikan bahasa dan budaya yang pelbagai daripada pelajar sendiri
sebagai bahan pengajaran. Saya akan menggunakan bahasa standard iaitu bahasa rasmi
kebangsaan iaitu bahasa Melayu tanpa pengaruh bahasa dialek. Namun, sebelum saya
menggunakan mana-mana kaedah dalam mengajar kemahiran berbahasa murid, saya akan
mengambil tahu latar belakang anak murid saya, budaya, kekuatan dan kelemahannya, serta
minatnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berjalan lancar. Saya akan membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif
pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap
kecerdasan.
3.4.2 Aspek Etnik/Kaum
Saya akan pastikan pengajaran saya berkesan, dengan sedaya upaya memastikan kesesuaian
bahan pengajaran, dan sumber pembelajaran. Saya akan melibatkan murid secara aktif tanpa
mengira kaum dan tahap sosial mereka. Dengan itu murid saya yang terdiri dari etnik minoriti tidak
akan merasa dipinggirkan. Selain itu saya akan meningkatkan kemahiran dalam mengurus bilik
darjah dan mengintergrasikan TMK dalam pengajaran saya.
3.4.3 Aspek Kelas Sosial
Saya akan pastikan tiada anak murid saya yang tercicir daripada mengikuti pembelajaran di kelas/di
sekolah hanya kerana murid saya terdiri daripada kelas sosial rendah. Saya akan mengambil berat
akan masalah yang mereka hadapi. Jika berkaitan dengan kewangan, saya akan panjangkan kepada
pengurusan sekolah supaya bantuan yang sewajarnya dapat diberi kepada murid saya. Ini kerana
kerajaan ada menyediakan bantuan kewangan untuk murid-murid miskin yang dikenali sebagai
KWAMP ( Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
saya akan mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan
jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan, kesaksamaan dapat
dipraktikkan. Saya akan menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang
wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu
membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.
3.4.4 Aspek Petempatan
Guru sebagai ‘role model’ kepada murid-murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan
guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu saya bersama rakan-rakan
akan membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan
arahan yang jelas bagi mengurangkan tingkah laku negatif. Saya akan wujudkan budaya belajar yang
ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan
inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid. Semoga dengan itu, di mana pun murid tinggal,
sama ada di bandar dan pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mereka akan tetap berusaha
supaya dapat hadir untuk mendapatkan ilmu di sekolah.
3.4.5 Aspek Gaya Berfikir dan Gaya Belajar
Saya akan kenal pasti murid yang memerlukan gaya belajar visual, audio dan kinestetik. Saya perlu
mempelbagaikan kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran saya supaya sesuai dengan murid yang
berbeza gaya belajarnya.
Begitu juga dengan murid yang mempunyai gaya berfikir yang berbeza. Bagi mereka yang
gaya berfikirnya jenis ‘bergantung latar’, saya akan memberi bantuan latar persekitaran supaya
mereka dapat memahami dan menanggapi pembelajaran. Bagi murid yang gaya berfikirnya ‘Impulsif’,
saya akan kerap membuat penilaian atau semakan, supaya kesilapan yang mereka lakukan dapat
diperbetulkan.
3.4.6 Aspek Gender
Saya akan merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
mengurangkan ketidak seimbangan di dalam penyampaian kepada setiap murid. Saya perlu
mengenali dan memahami sosio budaya setiap murid agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih mudah dan mesra murid. Saya akan terapkan budaya hormat- menghormati di
kalangan murid saya dan saya akan sedaya upaya bersikap adil terhadap mereka. Jika murid
melakukan kesalahan, saya tidak akan memberi hukuman berbentuk deraan dan sengaja memalukan
mereka kerana ini akan menyebabkan hubungan saya dengan murid renggang. Saya khuatir jika
keadaan tersebut akan menghilangkan minat mereka untuk meneruskan pembelajaran.
4. Refleksi
Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah
dilakukan oleh setiap guru supaya tidak sentiasa berada di zon selesa.. Guru haruslah pro-aktif dalam
mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan
efektif, menarik dan menyeronokkan. Guru mesti sentiasa memberikan pengalaman dan suasana
baru kepada murid supaya murid tidak jemu untuk belajar. Guru mesti memastikan murid-murid jatuh
cinta dengan pengajaran guru supaya guru boleh menguasai murid untuk mengikut arahan dan
nasihat yang guru berikan. Pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum
yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan,
budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum
di tempat kerja. Guru-guru adalah keluarga terdekat murid di sekolah. Guru perlu sikap perihatin dan
rasa tanggungjawab yang jitu untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak didik mereka tidak
tidak kira etnik dan kaum. Guru adalah agen utama untuk mempastikan sosiobudaya yang sihat akan
terus berkembang dan diamalkan serta sebati dalam setiap jiwa murid.
Guru tidak boleh melakukan diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata
atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti
tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling
percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira
anutan agama hendaklah dikembangkan supaya pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya
membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara.
Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu bahasa Melayu harus diamalkan
oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum seharusnya dielakkan, penggunaan laras bahasa
yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kearah peningkatan
bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan murid bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat
akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.
Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi berlainan jantina.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu
untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatankuasa keceriaan kelas
perlu diwujudkan di samping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid
dapat merasakan mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Semangat untuk menjaga
keharmonian,kesejahteraan dan kebersihan akan lebih terserlah lagi kerana mereka menyedari
bahawa diri mereka adalah terdiri daripada warga kelas yang juga ada peranannya.

http://izzana95.blogspot.my/2016/02/budaya-dan-pembelajaran-ppg-2012-2015.html
Elemen Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa
Melayu
Mohd Suhaimin IsnenSaturday, February 11, 2017 No comments
Terdapat empat (4) komponen asas didik hibur yang boleh digunakan dalam Pengajaran
dan Pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu :

Nyanyian
Lakonan
Penceritaan
Puisi

Didik Hibur

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang Lebih


Menyeronokkan

Kerajaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan kurikulum baru bagi sekolah rendah
dalam sistem pendidikan negara iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di
mana ia dimurnikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum
tersebut telah dilaksanakan mulai tahun 2010. Antara pemurnian yang dilaksanakan
ialah kemahiran didik hibur. Empat elemen yang terkandung dalam didik hibur ialah
nyanyian, aktiviti bercerita, lakonan dan puisi. Menurut Kamus Dewan (2000), didik
didefinisikan sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur
didefinisikan sebagai menggembirakan atau meriangkan. Oleh itu, didik hibur dapat
dirumuskan sebagai satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi
secara sistematik dan terancang.

Strategi memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) telah diumumkan oleh bekas Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di semua peringkat sekolah. Kerajaan melalui KPM
memberi fokus dan penekanan kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid menerusi pendekatan modular yang bersepadu, holistik dan seimbang.
Ia merangkumi aspek kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar serta
menguasai tatabahasa dan seni bahasa. Penerapan didik hibur di sekolah rendah
berfokus kepada apresiasi bahasa untuk merealisasikan hasrat transformasi berikut.
Terdapat tiga objektif utama pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah iaitu mengguna dan memahami sesuatu pelajaran
secara didik hibur, mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan
dalam aktiviti dan mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan
secara didik hibur.

Pengajaran dan pembelajaran berunsurkan didik hibur mestilah memiliki beberapa ciri-
ciri tertentu. Antaranya sesi pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah
bersifat menyeronokkan di mana terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik,
permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap
kebimbangan dan ketakutan murid terhadap guru. Ini kerana suasana pengajaran dan
pembelajaran yang santai dan positif akan membuatkan murid tertunggu-tunggu untuk
mengikuti sesi pembelajaran pada hari yang akan datang. Pengajaran dan pembelajaran
hendaklah berpusatkan murid kerana melibatkan seramai murid dalam aktiviti
berbahasa. Misalnya, aktiviti lakonan yang dapat mendedahkan murid dalam kemahiran
berdialog dengan baik. Selain itu, penggunaan ICT dan BBM yang menarik ternyata
berkesan untuk menarik minat dan fokus murid terhadap isi pelajaran yang
disampaikan.
Selain itu, antara ciri pengajaran dan pembelajaran didik hibur ialahcenderung
kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara
persembahan yang tidak mempunyai unsur kalah atau menang, tiada ganjaran
mahupun dendaan sebaliknya lebih menjurus kepada aktiviti berbahasa. Didik
hibur yang dipilih dalam sesuatu aktiviti hendaklah lebih berfokus kepada aktiviti
berkumpulan atau berpasangan kerana akan mewujudkan semangat kerja berpasukan,
toleransi dan kerjasama. Melalui didik hibur murid didapati bebas bersuara,
mengeluarkan pendapat serta idea yang bernas dan logik namun masih terkawal dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa


badan. Bahasa badan merujuk kepada bahasa gerak di mana ia merupakan sebahagian
daripada proses komunikasi dan berperanan menggambarkan sebarang reaksi dalam
menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif mahupun negatif. Bahasa badan
melibatkan apa jua anggota badan misalnya mata, kening, tangan, lengan dan bibir.
Dalam konteks didik hibur, bahas badan ialah ‘bahasa gerak badan’ yang diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat meningkatkan keberkesanan
penyampaian semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Didik hibur dapat dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran
sesuatu mata pelajaran dengan memberi fokus kepada aktiviti mengguna dan
memahami penyerapan sesuatu situasi. Penyerapan merujuk kepada proses
menyerapkan pelbagai disiplin ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang
dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 2001). Didik hibur
merupakan penyerapan pelbagai ilmu dan tema. Dalam konteks didik hibur proses
penyerapan merupakan proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai
dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah.

Terdapat banyak kaedah untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek Bahasa Melayu yang lebih menyeronokkan. Nyanyian merupakan salah satu
kaedah yang paling digemari oleh murid kerana iringan muzik memberi impak kepada
nyanyian dan dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan
struktur ayat. Aspek nyanyian ternyata dapat menceriakan sesi pengajaran dan
pembelajaran, mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa serta membantu murid
mengingati apa-apa yang dipelajari dengan mudah. Prinsip semasa melaksanakan
kaedah nyanyian ialah guru memilih lagu yang sesuai (tata bahasa, maksud bahasa),
melodi yang mudah diikuti, sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian, lagu
memiliki jalan cerita, pengajaran, motivasi dan nilai serta tidak membebankan guru dan
murid. Antara lagu yang menarik untuk dinyanyikan ialah Tiga Kupang, Air Pasng Pagi,
Oh Bulan dan Lompat Si Katak Lompat.

Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang amat disukai oleh murid kerana kanak-
kanak amat menyukai mendengar cerita. Guru hendaklah bersedia bercerita secara
natural kerana sesuatu cerita dapat memberi pengajaran, nilai murni dan menyuburkan
imaginasi murid. Kaedah bercerita dapat dibahagikan kepada dua iaitu bercerita tanpa
alat dan dengan alat. Antara tajuk cerita yang boleh disampaikan kepada murid ialah
Pemotong Kayu dan Kapaknya, Gagak Yang Bijak dan sebagainya.

Antara elemen lain dalam didik hibur ialah lakonan. Kelebihan aktiviti lakonan ialah
membolehkan murid bertutur dengan gaya, intonasi, suara, nada dan sebutan yang
betul. Selain itu, lakonan membiasakan murid bertutur menggunakan bahasa yang
kemas dan teratur serta membantu murid berinteraksi dengan orang lain untuk
menyatakan perasaan, keinginan, pengalaman dan fikiran mereka. Antara cadangan
aktiviti lakonan ialah membuat lakonan ringkas seperti memberi ucap tahniah, meniru
aksi pendaki, melakonkan semula situasi seperti penjual ikan, melakonkan dialog yang
disediakan, meniru aksi yang pernah dilihat seperti jatuh, melakonkan semula adegan
yang pernah dilihat seperti filem dan melakonkan dengan menggunakan alatan seperti
boneka, kain atau bunga.

Faktor kejayaan didik hibur dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi
oleh guru dan aktiviti. Menurut Pullias & Young (1982), guru merupakan segala-galanya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala Syed Lutfi
(1994) menyatakan guru yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah.
Ini membuktikan bahawa kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah
terletak kepada kebijaksanaan dan kepakaran guru sebagai pengurus dan perancang
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, sebagai guru misalnya guru
Bahasa Melayu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi iaitu perwatakan guru
yang menarik, kecindan, tidak menakutkan murid, bahasa yang digunakan mestilah
bersesuaian dengan tahap murid, guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan
murid di khalayak, guru sebagai seorang pengurus sesuatu aktiviti yang dilaksanakan,
guru berkebolehan melakonkan pelbagai watak dan membuat pelbagai suara. Selain itu,
guru mestilah memberi arahan dengan tepat dan menarik, prihatin, peka dan tajam
daya pemerhatian, guru berkebolehan menukar penyesuaian mendadak dan memainkan
peranan sebagai fasilitator yang fleksibel.

Didik hibur juga bergantung kepada kejayaan sesuatu aktiviti yang dirancang. Oleh itu,
semasa merancang sesuatu aktiviti guru hendaklah mengambil kira beberapa aspek
seperti aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar, menjalankan
aktiviti yang murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama, penyerapan
didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukkan masa pembelajaran yang
fleksibel dan aktiviti dapat dilaksanakan dan diselesaikan bersama murid tanpa
menghadapi banyak halangan atau masalah. Selain itu, aktiviti yang dipilih tidak
menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid dalam kelas, guru hendaklah
menyediakan arahan yang jelas, mudah difahami dan aktiviti yang dirancang berjaya
memberi kepuasan kepada semua murid yang menyertainya dan dapat disertai seramai
murid.

https://www.cikgusuhaimin.com/2017/02/elemen-didik-hibur-dalam-pengajaran-dan.html

Anda mungkin juga menyukai