Anda di halaman 1dari 1

Syarahan : Menghormati Guru Amalan Mulia

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Puan Guru Besar, panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
‘Menghormati Guru Amalan Mulia’.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis
dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita
menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus
berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana
hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi
nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.

Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup
mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara sukarela demi
memastikan kita berjaya dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,

Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti
akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti
dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup.

Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru


dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para
guru.

Sekian ,terima kasih.