Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Pendahuluan
Program Pasca PT3 merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun selepas
peperiksaan PT3. Program ini dilaksanakan untuk mengisi masa PdP di sekolah dengan
aktiviti-aktiviti luar yang berfaedah. Selain itu, jadual pembelajaran yang ketat dan intensif
menyebabkan ada di kalangan calon-calon PT3 2017 mengalami tekanan emosi dan
mental. Oleh yang demikian, Panitia Matematik, KHB dan PJK mengambil inisiatif untuk
melaksanakan Program Jejak Santai Bina Minda bagi mengurangkan tekanan yang dialami
oleh para pelajar.
Tema ‘Jejak Santai Bina Minda’ dipilih kerana para pelajar berpeluang melalui
proses pembelajaran dengan melakukan aktiviti-aktiviti santai yang boleh membina
pemikiran dan minda yang lebih positif. Para pelajar dan guru-guru bersama-sama
melaksanakan aktiviti tersebut agar wujud kemesraan, sikap hormat-menghormati dan
kasih sayang sesama rakan dan guru.
2.0 Matlamat
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembelajaran luar bilik darjah yang
menyeronokkan dan boleh membina minda.
3.0. Objektif
3.1. Memupuk budaya kasih sayang dan harmonis di kalangan pelajar dan guru.
3.2. Mengenalpasti ruang dan bakat para pelajar.
3.3. Menonjolkan sisi-sisi positif yang ada di kalangan pelajar.
3.4. Meningkatkan motivasi diri agar lebih yakin dan berketrampilan.
7.0. Pelaksanaan
Tarikh : 20 November 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Muzium Negeri Kedah, Menara Alor Setar dan Aman Bowl.
- Taklimat program
2
9.0. Anggaran kos
10.0 Penutup
Semoga program ini dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada pelajar-pelajar
SMK Darulaman supaya terus maju, cemerlang dan terbilang.
____________________ ______________________
(Illya Syuhaida bt Mahfuz) ( PN ARNI BINTI MD ARIFF )
Setiausaha Penasihat Program